Kasut Ijmal Tulip Membantu Atasi Masalah Sakit Kaki dan Lutut | Sejak ada masalah dengan lutut, Mimi memang tidak boleh pakai kasut yang jenis bertumit tinggi. Atas nasihat doktor pakar ortopedik, Mimi hanya boleh pakai kasut jenis flat shoes saja tau. Agak susah nak cari kasut yang sesuai kerana masalah lutut yang Mimi hadapi. Sehinggalah Mimi terjumpa web Ijmal yang menjual kasut di mana kasut Ijmal membantu masalah sakit kaki dan lutut sekaligus mengurangkan kesakitan pada lutut Mimi. Jom baca lanjut keistimewaan kasut Ijmal ini.
KASUT IJMAL TULIP MEMBANTU ATASI MASALAH SAKIT KAKI DAN LUTUT
Kasut Ijmal Tulip Dark Brown |
Kalau korang nak tahu, Mimi sebenarnya ada masalah dengan lutut sebelah kiri Mimi tau. Di mana lutut kiri Mimi ni mudah terkeluar dari kedudukan sebenar. Mimi masih ingat lagi dulu, ada sekali tu Mimi berdiri dan sambil berborak dengan kawan pejabat. Tiba tiba saja lutut kiri teralih ke tepi dan Mimi jatuh. Bila Mimi dah jadi macam tu Mimi tak boleh jalan langsung dan kaki membengkak. Bila rujuk pakar ortopedik, otot sekeliling lutut Mimi ada kecederaan baru dan lama. Dan yang paling sedih otot ligamen antara tulang rawan di lutut Mimi dah rosak dan tak boleh sembuh. Setahun jugalah berulang alik hospital dan klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan dan buat fisioterapi. Untuk mengelakkan perkara sama berlaku lagi, doktor nasihatkan turunkan berat badan dan pilih kasut yang sesuai.
Kasut Ijmal Tulip Dark Brown |
Bila doktor dah nasihat macam tu, habis semua kasut Mimi suami buang tau. Elok elok lagi. Nak bagi adik adik diorang memang tak suka pakai kasut tumit tinggi. Sejak itulah, Mimi memang pakai flat shoes saja. Sedih tau. Agak sukar pesakit lutut seperti Mimi nak cari kasut yang sesuai dan beri keselesaan pada kaki sekaligus dapat mengelakkan lutut keluar dari kedudukannya. Bila nampak web Ijmal yang jual kasut yang boleh membantu mengatasi sakit kaki dan lutut, Mimi terus order kasut Ijmal. Mimi order kasut Ijmal Tulip warna Dark Brown tau. First time tengok kasut ni memang dah jatuh suka dah sebab design kasutnya comel dan lain daripada yang lain. Selain itu, kasut Ijmal Tulip membantu atasi masalah sakit kaki dan lutut yang Mimi hadapi. Jadi, Mimi nak share dengan korang kesan pemilihan kasut yang salah dan tidak sesuai.
Kasut Ijmal Tulip Dark Brown sesuai juga dipakai dengan baju kurung |
1) Melecet (Blister)
Memilih kasut yang salah dan tidak sesuai boleh mengakibatkan kesan melecet (Blister) pada kaki. Setiap kali pakai kasut baru, kaki Mimi mesti akan melecet di bahagian jari kaki dan bahagian belakang kaki. Bila melecet kena air memang pedih oii. Rasa nak menangis saja. Penyudahnya kasut tu simpan saja tak pakai dah.
2) Sakit pada ibu jari
Memang selalu kena bila pakai kasut sarung atau flat shoes. Bila berjalan lama sikit mula ibu jari kaki dan bengkak. Benci tau!
3) Sakit pada bahagian tumit yang serius
Azab tau masa Mimi sakit tumit yang teruk dulu. Sampaikan nak pijak lantai pun tak boleh. Hampir sebulan jugalah menderita sakit tumit gara gara pakai kasut yang tak sesuai dengan kaki. Kononnya nak melaramlah kan. Kesudahannya melaram entah ke mana sakit ku dapat!
4) Sakit pada tumit menyebabkan radang yang teruk (Plantar Fasciitis)
Jika dibiarkan sakit tumit berlarutan ia akan menyebabkan keradangan yang teruk di mana ia memberi kesan kepada lutut dan tulang belakang yang tidak selesa. Sebab itu, Mimi beritahu korang kerana salah pilih kasut jugalah lutut Mimi terkeluar dari kedudukan sebenar tau.
Jadi, jangan cakap kasut tidak ada kena mengena dengan sakit kaki, tumit atau lutut yang korang hadapi. Sebab itu perlunya membeli kasut yang sesuai, selesa dan ringan.
CIRI CIRI KASUT IJMAL TULIP
Sumber : Page Ijmal |
Mimi syorkan korang beli koleksi kasut dari Ijmal untuk atasi masalah kaki korang. Korang yang kerap sakit jari kaki, tumit, melecet, sakit lutut sangat digalakkan beli dan pakai kasut Ijmal. Harganya berpatutan seiring dengan kualitinya yang terbaik. Tidak perlu risau atau ragu memakai koleksi kasut Ijmal kerana design kasut Ijmal sangat sesuai untuk mengatasi sakit kaki, tumit atau lutut korang. Belum cuba belum tahu, dah cuba terus jatuh suka! Mesti korang tertanya tanya kan kenapa Mimi pilih kasut Ijmal Tulip. Sebab Mimi pilih dan beli kasut Ijmal Tulip kerana ciri ciri kasut Ijmal Tulip yang menarik perhatian Mimi.
Sumber : Page Ijmal |
Ciri Ciri Kasut Ijmal Tulip
1) Kasut kulit berkualiti
Kualiti kasut Ijmal Tulip memang tip top. Tak perlu risau kulit yang digunakan adalah halal. Jadi tak perlu ragu ragu memakainya.
2) Insole special dan tebal
Insole Ijmal direka untuk menyokong tumit kaki berjalan dan berdiri lama. Mempunyai insole 3 kali lebih tebal iaitu 0.7cm. Ia membantu menyokong tapak kaki dan tumit daripada cepat lenguh dan sakit ketika banyak berjalan.
3) Kulit kalis air dan tahan lebih lasak
Kasut Ijmal Tulip memang kalis air. Tidak basah bila terkena air dan semestinya ia tahan lasak.
4) Design yang menarik
Bahagian depan kasut dilebarkan sedikit untuk beri keselesaan pada jari kaki agar terus selesa.
5) Selesa dan ringan
Kasut Ijmal Tulip sangat selesa di pakai, lembut pada kaki dan yang penting ia ringan. Tak rasa beban pun pada kaki.
Disebabkan ciri ciri menarik yang ada pada kasut Ijmal Tulip inilah Mimi tak terasa macam berpijak di bumi yang nyata gitu. Dahlah selesa, ringan pula tu. Berjalan atau berdiri lama pun kaki tak sakit tau. Kalau pakai kasut lain sebelum ni berdiri sekejap pun tapak kaki dah sakit. Tapi dengan kasut Ijmal Tulip yang Mimi pakai ni langsung tak rasa sakit. Serius tak tipu! Siap dah plan nak beli kasut Ijmal yang lain pula tau. Kasut Ijmal Tulip ni bukan saja Mimi pakai pergi pejabat tapi keluar pergi mana mana pun pakai juga sebab selesa sangat. Tahan lasak pun ya juga, pakai banyak kali pun tak rosak. Lepas ni confirm nak beli kasut Ijmal lain pula buat koleksi. Suka sangat okey!
Pakai Ijmal Tulip Dark Brown ke pejabat |
Selain kasut Ijmal Tulip, ada juga koleksi kasut Ijmal lain yang cantik dan menarik iaitu Ijmal Plain, Ijmal Emboss dan Ijmal Wedges. Setiap koleksi kasut Ijmal mempunyai design dan warna yang menarik dan cantik sesuai untuk dipakai sama ada ke pejabat atau travel.
TESTIMONI PENGGUNA MENGENAI KASUT IJMAL
Antara testimoni positif daripada pengguna kasut Ijmal. Jangan cakap Mimi tak payung!
Sumber : Page Ijmal |
Sumber : Page Ijmal |
Sumber : Page Ijmal |
Korang berkenan dan nak tahu mengenai koleksi kasut Ijmal dengan lebih lanjut korang boleh layari web atau media sosial Ijmal di bawah ini.
Web : www.ijmal.my
Facebook : https://www.facebook.com/BUTIKIJMAL/
Instagram : https://www.instagram.com/ijmal.malaysia/
Email : butikmuslimahijmal@gmail.com
Atau boleh walk in terus ke butik Ijmal
No 1149 & 1149-A, Jalan Jambu 1,
Taman Muhibah, Saleng Senai, Johor