Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Giselle Yeong Sambut Hari Lahir Di Rumah Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Seremban

$
0
0
Giselle Yeong Sambut Hari Lahir di Rumah Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Seremban | Setiap orang pasti akan sambut hari lahir setahun sekali. Tidak kira sama ada sambutan hari lahir yang diadakan meriah atau secara sederhana. Baru baru ini Mimi berpeluang hadir sama ke majlis Giselle Yeong sambut hari lahir di rumah Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Seremban yang sangat berbeza dan memberi inspirasi kepada yang lain. 

LATAR BELAKANG MENGENAI ADIK GISELLE YEONG




Serba sedikit latar belakang mengenai adik Giselle Yeong. Nama diberi oleh keluarganya ialah Giselle Yeong Chi Kei. Kini berusia 11 tahun dan mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan. Adik Giselle merupakan anak sulung daripada dua adik beradik.

Giselle Yeong merupakan Penari Profesional Tarian Klasik India, Bharatanatyam. Menceburi tarian klasik India seawal usia 8 tahun. Timbulnya minat untuk menceburi seni tarian klasik India ini apabila Giselle melihat poster tarian klasik India.

MENYAMBUT HARI LAHIR DI RUMAH KEBAJIKAN DAN ANAK ANAK YATIM


Selain bergiat aktif dalam tarian klasik India, Giselle juga menyambut hari lahir di rumah kebajikan dan anak anak yatim bersama sama sambil memberi sumbangan kepada mereka. 


Tahun ini merupakan tahun ke 5 Giselle menyambut hari lahirnya di rumah anak yatim yang terpilih iaitu rumah Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Seremban yang terletak di Taman Bidara, Seremban. Sambutan hari lahir Giselle kali pertama diadakan pada tahun 2013 ketika beliau berusia 7 tahun di mana sambutan hari lahirnya dibuat di Padmasambhara Children Loving Association. 



Pada tahun 2014, sambutan hari lahir Giselle diadakan di Light House Children Welfare Home Association KL & Selangor dan pada tahun berikutnya disambut di Pertubuhan Kebajikan Thangam Illam pula. Tahun lepas, Giselle menyambut hari lahirnya di Rumah Anak Anak Yatim dan Miskin "Anning" Ipoh,  Perak. Menurut adik Giselle,  beliau tetap akan meneruskan program ini pada masa masa akan datang untuk menggembirakan hati anak anak yatim. Apa yang buat Mimi bangga dengan adik Giselle,  seawal usia yang masih muda beliau sudah buat banyak kebajikan dengan berkongsi rezeki bersama mereka yang lebih memerlukan. 



Mimi berkesempatan melihat persiapan majlis hari lahir Giselle dan sama sama menyambut hari lahirnya. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah adik Giselle, ahli keluarganya dan sudah tentunya anak anak yatim rumah Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Seremban. Walaupun tidak diadakan secara besar besaran tetapi tetap rasa kemeriahan dan kegembiraan anak anak kecil menyambutnya. Kali ini sambutan hari lahir adik Giselle bertemakan Minion tau. Comel sangat!! 





"Setiap kali sambut birthday pasti orang akan berikan kita hadiah kan? Tapi saya tidak mahu orang berikan saya hadiah sebaliknya saya ingin berikan mereka hadiah," ujar Giselle.

Jom kenali dengan lebih dekat Penari Profesional Tarian Klasik India, adik Giselle Yeong Chi Kei dengan lebih lanjut dan korang boleh follow setiap aktiviti adik Giselle di facebook beliau :



Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.