Makan Makan di Satay Station Batu 4 Port Dickson | Minggu lepas Mimi dan suami balik kampung kat Telok Kemang sekejap. Nak hantar duit belanja untuk mama dan ayah. Balik tu, suami ajak singgah makan makan di Satay Station Batu 4 Port Dickson.
MAKAN MAKAN DI SATAY STATION BATU 4 PORT DICKSON
![]() |
Satay Station Batu 4 Port Dickson |
Sebenarnya ini pertama kali kitorang makan makan di Satay Station Batu 4 Port Dickson ni. Nak cuba juga kan satay di sini sedap ke tak. Suami beritahu dia tengok di facebook orang cakap sedap. So, kitorang yang memang suka makan ni tak lepas peluang cuba. Lain orang lain pandangannya, betul tak?
Tengok pada senarai menu taklah banyak sangat menu yang dijual di sini. Tapi still boleh bawa keluarga datang makan di sini rasa keenakan menu menu yang dijual.
![]() |
Family Bonding @ Satay Station Batu 4 Port Dickson |
MENU ISTIMEWA DI SATAY STATION BATU 4 PORT DICKSON
Nak tahu apa menu istimewa di Satay Station Batu 4 Port Dickson? Sudah tentulah aneka jenis sataynya istimewa iaitu satay ayam, satay daging, satay tuna, satay kambing dan satay hati di makan bersama set nasi impit dan timun. Ada juga menu lain yang dijual iaitu Mee Rebus, Nasi Putih, Sup Tulang, Nasi Lemak lauk ayam atau hati dan aneka jenis air. Untuk setiap satay harga berbeza tau. Untuk satay ayam secucuk RM2.20. Set nasi impit dan timun RM2.50. Harga satay lain Mimi tak ingat. Yang Mimi perasan semua satay berharga RM2.00++ secucuk. Mahalkan? Tapi sebenarnya itulah sebab satay merupakan antara menu istimewa di Satay Station Batu 4 Port Dickson.
So, Mimi order Mee Rebus air sirap bandung, suami pula order satay ayam 15 cucuk air nescafe ais. Sementara tunggu order sampai, Mimi nampak meja depan order diorang dah sampai. Terus tengok satay diorang. Patutlah mahal rupanya satay besar. Bagi Mimi kira worth it la harga tu dengan satay kan. Cepat cepat beritahu suami no wonder lah satay mahal, besar rupanya.
![]() |
Mee Rebus Satay Station - RM8.80 |
Masa menunggu pun tak lama mana. Kira tak ada lah sampai hilang sabar tunggu order tak sampai sampai. Macam biasa mula mula hantar air dulu. Kemudian mee rebus yang Mimi order sampai. Minta izin suami makan dulu sebab memang dah lapar sangat. First impression tengok mee rebus Satay Station memang terbaik. Kuah pekat isi banyak. Dari segi rasa, memang sedap. Kuah mee rebus memang sedap dan kaw kaw rasanya tau. Suami pun cakap sedap. Cuma kurangnya Mimi rasa mee sikit taugeh banyak sangat. Mungkin sebab Mimi tak suka taugeh sebab tu rasa taugeh banyak sangat dari mee...hahaha.. Jangan nak kecam sangat eh. Ni review personal. Tak suka klik X. Tapi for me lah, mee rebus Satay Station memang terbaik. Nak nak yang suka makan taugeh elok korang try. Isi banyak dan fresh. Memang puas hati. Dah habis makan mee (taugeh saja yang tinggal), satay suami order sampai.
![]() |
Satay Ayam + Set Nasi Impit dan Timun |
Disebabkan mee rebus Mimi dah habis, Mimi rasa satay suami order. Suami order satay ayam 15 cucuk. Korang memang berbaloi sangatlah satay dengan harganya yang RM2.20 kan. Sataynya besar, kuah kacang pekat dan sedap.
![]() |
Besarkan Satay Ayam ni |
Memang puas hati makan di Satay Station Batu 4 Port Dickson. Mungkin harganya mahal tapi bagi Mimi berbaloi lah. Suami order 15 cucuk pun tak habis kenyang katanya. Selalu dia sorang boleh saja habis 15 cucuk satay yang saiz biasa. Tapi disebabkan saiz besar memang dia tak habis makan. Kira berbaloilah kan. Total harga yang di bayar malam tu RM50.50.
Korang yang nak rasa betapa sedapnya satay satay di Satay Station jomlah singgah Port Dickson. Lokasinya strategik. Dari tepi jalan dah nampak. Restoran Satay Station terletak berhampiran traffic light Batu 4. Kalau dari Lukut-Bdr PD restoren terletak sebelah kiri. Kalau dari Telok Kemang-Pasir Panjang sebelah kanan. Tak susah pun cari restoren Satay Station ni. Parking khas untuk pelanggan yang singgah Satay Station juga disediakan. Kalau korang ada singgah Port Dickson jangan lupa singgah makan Satay Station Batu 4 tau. Confirm puas hati!