CADBURY DAIRY MILK BUBBLY| Hai semua! Siapa sula makan coklat, angkat tangan! Siapa je tak suka coklat kan. Mimi memang hantu coklat. Nak nak coklat Choki Choki dan Cadbury Dairy Milk Plain. Memang favourite Mimi sangat tau.
Cadbury kan dah keluarkan coklat baru iaitu Cadbury Dairy Milk Bubbly. Semalam Mimi belilah coklat tu nak rasa macam mana kan. Sedap ke tak. Kena dengan piawaian tekak ke tak kan. Kalau ada coklat baru nak nak Cadbury haruslah cuba. Wajib!!!
CADBURY DAIRY MILK BUBBLY
Packaging coklat ni memang tebal dari coklat Cadbury yang lain. Harga pun up sikit lah kan. Balik rumah semalam terus rasmi dengan anak anak. Adhwa memang hantu coklat sama macam Ummi dia. Dia orang pertama yang rasmikan Cadbury Dairy Milk Bubbly. Serius cakap Cadbury Dairy Milk Bubbly ni memang masuk carta coklat favourite Mimi lah lepas ni.
Tengok rupa coklat ni bulat bulat macam ni. Ni luaran saja tau. Kalau isi dalam coklat ni lembut dan dalamnya bubble halus tau korang. Memang sedap sangat tau. Lembut dan cair di mulut. Tapi kan korang Mimi nak ingatkan, kalau korang ada Trypophobia tak digalakkan beli coklat ni ya sebab risau korang fobia pula nanti.
Hah nampak tak bubble halus coklat tu? Memang sesuailah dengan namanya kan Cadbury Dairy Milk Bubbly. Memang berbubbly bubbly isinya. Sebab tulah siapa yang ada Trypophobia better korang beli jela coklat Cadbury yang lain jela. Bukan nak zalim tapi kesian dekat korang nanti. Adik Mimi yang nombor tiga ada Trypophobia memang beli tak beli coklat ni sebab kalau dia tengok dia akan gatal gatal satu badan. Kesian tau tengok dia. Jangan cakap lepas ni Mimi tak ingatkan pulak.
Memang sedap dan rasanya lagi lembut dan cair di mulut dari coklat Cadbury yang lain. Melting je rasa. Coklat ni semalam Mimi beli harganya RM8.00+++ tak ingat exact amount, beli kat 7-Eleven. Korang yang belum beli coklat ni hah cepat cepat pergi beli. Confirm tak menyesal beli sebab sedap sangat.