Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

PENGALAMAN KALI PERTAMA DERMA DARAH

$
0
0
PENGALAMAN KALI PERTAMA DERMA DARAH | Hai semua! Semalam tempat kerja Mimi mengadakan kempen derma darah sempena sambutan Hari Polis ke 212. Bukan sekadar derma darah saja tapi kita boleh buat check up tahap kesihatan.

Mula mula nak join tuh perasaan takut memang ada. Yela tak pernah rasa pengalaman derma darah. Sebelum ni memang ada keinginan nak derma darah tapi setiap kali nak derma tak boleh sebab mengandung lah, menyusukan anak lah. Tapi bila peluang dah ada di depan mata, apa tunggu lagi kan. 



PENGALAMAN KALI PERTAMA DERMA DARAH

Kempen derma darah ni diadakan di Dewan Tan Sri Khalid, Tingkat 9 bangunan IPK Negeri Sembilan. Kempen ni diadakan seawal jam 8.30 pagi. Mimi datang dalam pukul 11.00 pagi. Mula mula macam biasa kena register dulu. Lepas register isi borang untuk derma darah. So, firstly kena ukur tinggi dulu kemudian kena berbaris untuk timbang berat dan sebagainya .

Sementara tunggu turn  timbang berat sempat Mimi tengok keadaan dalam dewan. Memang ramai pegawai, anggota dan pegawai awam yang hadir. 



Sampai turn Mimi, naik atas satu timbang berat. Alat timbang berat yang digunakan ni bukan setakat timbang berat je tau tapi boleh scan sekali kadar lemak yang ada dalam badan kita dan bmi. Kemudian ambil bacaan tekanan darah dan kadar glukos dalam darah. Lepas tu Mimi di consult mengenai lemak, bmi dan juga digalakkan buat senaman seminggu sebanyak 150 minit.

Selepas selesai semua, Mimi pergi ke kaunter lain untuk ambil darah lagi untuk kenal pasti kumpulan darah. Akhir sekali jumpa doktor dan doktor akan tanya macam macam soalan pada kita macam pernah buat surgery ke, ambil suntikan vitamin c atau bekam, mengandung atau gugur, tidur cukup atau tak dan sebagainya. 

Bila dah selesai, check up semua doktor cakap Mimi layak untuk derma darah dan Mimi akan pergi ke kaunter lain untuk daftar nama dan dapat buku merah kecil. Then, tunggulah turn untuk derma darah. 



Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Walaupun ada rasa takut dan cuak sebab first time nak derma darah tapi semua berjalan dengan lancar. Rasa macam baru saja duduk atas kerusi sekali dah selesai. Katanya darah mengalir laju .. hahaha..Dah selesai proses  Mimi kena rehat 10 minit untuk elakkan diri daripada pening. 


Lega rasa hati bila hajat nak derma darah dah termakbul dan dipermudahkan. Lepas ni kalau ada lagi kempen derma darah Mimi nak join. Rasa seronok pula kan. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE