PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI KPDP SK MAMBAU PRK RANTAU | Hai semua! Alhamdulillah tahun ni tahun ketiga Mimi berpeluang bertugas semasa pilihan raya . Semasa PRU 14 dan PRK Port Dickson , Mimk bertugas sebagai Kerani Pengundian. Kali ni di PRK Rantau Mimi bertugas sebagai KPDP iaitu Kerani Penyemak Daftar Pemilih .
Walaupun skop tugas agak berbeza tapi alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Tak ada pun berlaku perkara yang tak diingini.
PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI KPDP SK MAMBAU PRK RANTAU
Mimi sampai di SK Mambau seawal pukul 7.00 pagi. Kena prepare apa yang patut. Seawal 7.30 dah ada pengundi yang datang . Kat sini kebanyakan pengundi terdiri daripada warga veteran. Ada yang lahir dari tahun 1919 tau korang.
Bertugas sebagai KPDP duduk di "Barung". Memang luaslah pengalaman bila duduk di luar .Boleh tengok macam macam gelagat . Mimi dan kawan setugas berpeluang bergambar dengan Ras Adiba Radzi tau. Beliau bertugas sebagai pemerhati pilihan raya lepas tu masa nak balik tu dia singgah "Barung" nak bergambar dengan kitorang .
Memang peramah sangat sangat tau korang . Happening sangat kitorang masa tuh . Lepas tu ada satu kejadian yang buat Mimi sedih tau korang .Di mana salah seorang pengundi pakcik warga emas yang memang sedang sakit datang dengan ambulans semata mata nak mengundi. Masa tengok tu air mata dah bergenang dah sebab sedih. Yela sedangkan warga emas yang sakit oun sanggup datang dengan ambulans untuk jalankan kewajipannya inikan pula kita yang muda dan sihat walafiat kan.
Alhamdulillah segala urusan Mimi dan rakan setugas dipermudahkan . Pukul 6.00 petang Mimi dah sampai rumah .Yela tugas sebagai KPDP tak seteruk tugas KP. Walaupun skop tugas tak sama tapi pengalaman bertugas di pilihan raya memang pengalaman yang menyeronokkan. Penat tapi enjoy. Hopefully kepas ni berpeluang bertugas di PRU akan datang. In shaa Allah Amiin.