Hai semua!
Dua minggu lepas Mimi bawa anak anak makan kat Pizza Hut. Bagi anak anak rasa menu baru dari Pizza Hut iaitu Chicken Cheesy Bites.
Memang jadi satu aktiviti wajib setiap bulan bawa anak anak makan luar. Tak kisahlah makan KFC ke, Pizza Hut ke asalkan anak anak makan di luar. Tak salahkan ada rezeki lebih belanja anak anak makan di luar.
Mimi pilih set regular Chicken Cheesy Bites untuk dua orang makan. Add on Mama Mia Meatballs Beef, Chocolate Freeze untuk Auni dan air mineral untuk Mimi.
Untuk pengetahuan semua sekarang ni Pizza Hut sedang mengadakan contest Pizza Hut "Siapa Kena" Contest 2018 dan menang hadiah berjumlah RM6, 000,000.
Cara nak menang senang saja. Korang boleh rujuk gambar dibawah. Boleh join dua dua cara iaitu Dine-In/Take Away/Hotline atau secara online/app order.
Disebabkan Mimi Dine-In so automatiknya Mimi join contest lah kan. Prize voucher tu Mimi terima selepas buat pembayaran di kaunter. Entah bila nak redeem pun tak tahulah. Dahlah expiry date 17 November nanti. Silap haribulan burn macam tuh je.
Mornag dah try belum menu baru pizza di Pizza Hit. Kalau belum cepat cepat try dan boleh menang prize voucher.