Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

SEBAB KENAPA MIMI PILIH DAN GUNA SEERS INSTANT WATER HEATER

$
0
0
Hai semua! 

Sekarang ni musim hujan. Kalau nak mandi rasa bercinta pula kan. Yelah dah lah musim hujan, air paip confirm sejuk. Nak nak mandi waktu pagi, badan menggigil lah jawab nya. Disebabkan tak tahan sejuk, Mimi bagitahu suami nak pasang water heater. Tak tahan tau setiap kali lepas mandi, terus bersin dan selsema. 

So, lepas dah survey water heater kat banyak tempat, Mimi decide ambil SEERS Instant Water Heater. Mesti ada antara kornag yang tak oernah dengar pasal SEERS kan? Mesti korang duk p
ertikai apa bendalah jenama yang si Mimi beli tu kan. Heii, korang jangan nak bawang sangat okey. Baca dulu SEBAB KENAPA MIMI PILIH DAN GUNA SEERS INSTANT WATER HEATER sampai habis baru tahu kenapa Mimi pilih SEERS. 




SEBAB KENAPA PILIH DAN GUNA SEERS INSTANT WATER HEATER




Sebelum Mimi bebel kenapa Mimi pilih SEERS, meh baca perkongsian Mimi pasal SEERS serba sedikit bagi korang buka mata sikit, hah gitu! Untuk pengetahuan korang lah kan, jenama SEERS telah ditubuhkan sejak tahun 2008 oleh pengasasnya untuk memasarkan produk berdasarkan teknologi pengekstrakan haba yang dipatenkan secara antarabangsa oleh mereka. Semenjak itu, jenama ini telah mendapat pelbagai anugerah tempatan dan juga antarabangsa. 

SEERS Sistem Air Panas telah diakui dengan baik dalam industri di mana ia terkenal sebagai produk yang mesra alam dan cekap tenaga. Menjadikan inovasi sebagai tonggak utama dalam syarikat, pengasas terus membuat penyelidikan dan asas pembangunan SEERS. 



Hah, itu serba sedikit mengenai SEERS. So boleh bayangkan betapa bagusnya produk jenama SEERS ni sebab mesra alam dan cekap tenaga. Bila nak guna sesuatu produk, Mimi memang agak cerewet tau sebab nak pastikan tahap keselematan dan mesra pengguna sesuatu produk. SEERS ternyata menepati kehendak Mimi.

Sebab kenapa Mimi pilih dan guna SEERS Instant Water Heater ialah :

1) No Risk Electrocution  (Tiada risiko terkena renjatan elektrik)

SEERS Instant Water Heater tidak menggunakan plug untuk hidupkan sistemnya. Cukup pasang suis di luar bilik mandi. Nak guna just tekan suis. Mimi ada tunjukkan contoh suis yang Mimi guna untuk hidupkan water heater ni di Instagram. Bukan jenis nak kena pasang plug tu tau. 

2) No Heater Element (Tiada elemen pemanas)

SEERS Instant Water Heater ni tiada elemen pemanas. Maknanya di sini di dalam water heater ni tiada elemen pemanas yang boleh mendatangkan bahaya. Boleh rujuk gambar di bawah bahagian dalam SEERS water heater dan 11 safety points. 






3) Low Energy Consumption (Penggunaan Tenaga yang Rendah)

4) Works All Weather (Sesuai dalam semua keadaan cuaca)

Tak kira cuaca panas atau sejuk, memang sangat sesuai digunakan sebab korang boleh pilih nak guna hot water atau cold water waktu mandi. 

5) Save Cost Maintenance (Menjimatkan kos penyelenggaraan)

Memang sangat jimat dan mudah untuk dipasang. Macam Mimi sendiri, upah adik pasangkan untuk wiring dan suami pula pasangkan hos getah dan hos shower. Barang barang yang diperlukan untuk pasang water heater ialah suis, kabel 3 core 2.5, casing untuk kabel, skru hitam dan cover, connection paip dan hos getah. Total beli barang semua ni tak sampai RM50. Beli di kedai hardware semua ada. Bila tengok adik pasang water heater alahai senang saja tau. Tak susah mana pun cuma bila melibatkan kabel dan suis tu memang surrender la. Kena serah pada yang pakar.

6) No Compressor (Tiada Pemampat)

SEERS Instant Water Heater ni tiada pemampat di bahagian dalam. Korang boleh nampak pada gambar yang Mimi kongsi dengan korang pada entry ni. Bahagian dalam water heater ni tak banyak elemen yang serabut tau. Ringkas dan tersusun cantik saja elemen yang ada. 



Dah sebulan Mimi guna SEERS Instant Water Heater ni di bilik mandi. Memang sangat puas hati bila guna. Jimat masa dan tenaga untuk pasang, mudah dan mesra pengguna. Yang paling seronok sekali tahap panas dan sejuk air yang kita nak boleh dilaraskan ikut kehendak kita. Tekan saja button pada kotak water heater tu. P0 untuk air biasa, P1 untuk air sejuk dan P2 untuk air panas. Bila on saja suis akan appear P0. Nak guna air panas tekan saja button + dua kali untuk dapatkan P2 iaitu air panas. Kalau nak air sejuk tekan button -  saja. Eh memang mudahlah. Nak tahu cara guna Mimi ada terangkan pada video. Korang boleh klik  SINI. Mesra pengguna sangat tau. Benda benda mudah macam ni memang Mimi suka. 



Yang paling penting ciri ciri keselamatan yang diterapkan pada water heater ni. Mimi tak risau nak guna sebab ada cop SIRIM. Itu menandakan sesuatu produk itu selamat untuk digunakan. Betul tak? Harga SEERS Instant Water Heater yang Mimi gunakan ni murah saja tau. Harga mampu milik. Hanya RM560 sahaja. Tapi sekarang ni SEERS ada promosi, kalau tak percaya korang boleh layari web SEERS yang Mimi berikan di akhir entry nanti. 

Korang juga boleh tonton video di bawah testimoni pengguna SEERS Water Heater. 


Nak tahu lebih lanjut pasal SEERS atau nak beli SEERS Instant Water Heater macam Mimi gunakan ni korang boleh layari :

Web :

Facebook :

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669