Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

HADIAHKAN BAYI DENGAN PRODUK BAYI ISTIMEWA DARI LOVINGLY SIGNED

$
0
0

Hadiahkan Bayi dengan Produk Bayi Istimewa dari LOVINGLY SIGNED . Hai semua! Sihat ke? Hari ni seharian Mimi sibuk. Kalau tak sibuk baru Mimi ada masa sikit dan ambil peluang scroll facebook dan instagram kawan kawan. Semalam sempat juga baca beberapa status kawan kawan yang berkongsi berita gembira mereka yang bakal menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga. Bercerita mengenai orang baru yang akan dilahirkan, terutama di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai, pasti kita akan sibuk mencari hadiah yang sesuai untuk si bayi. Kadang kadang sampai buntu dibuatnya sebab tak tahu nak beri hadiah apa. Kebetulan semalam Mimi ada terbaca di satu web ni yang ada menjual pelbagai produk bayi yang bagi Mimi sangat menarik. Jadi, Mimi nak share dengan semua tentang web tersebut yang Mimi baca semalam. Tak perlu pening dah nak cari hadiah selepas ini sebab korang boleh hadiahkan bayi dengan produk bayi istimewa dari LOVINGLY SIGNED.


Pasti korang tertanya tanya apa itu LOVINGLY SIGNED? Tak pernah dengar pun, tak familiar pun. Mesti ada rasa boleh percaya ke dak Mimi ni. Hah, apa korang fikir dak Mimi ni main share saja dengan korang tanpa semak dengan terperinci. Sebelum Mimi share dengan korang Mimi sendiri terjah web LOVINGLY SIGNED ni tau. Nak tengok apa yang menarik. Dan memang ternyata menarik, kalau tak buat apa dak Mimi share dengan korang. Bila korang dah buka web dan tengok produk yang dijual di LOVINGLY SIGNED confirm korang teruja jadinya tau.
Nak tahu sebab apa Mimi teruja, apa kata korang baca selanjutnya, Mimi nak terangkan pada semua apa itu LOVINGLY SIGNED. LOVINGLY SIGNED merupakan satu jenama yang menjual pelbagai produk bayi yang sangat cantik dan comel seperti pakaian bayi, blanket dan tuala, permainan dan aksesori bayi dan juga gift hamper.
Mimi sendiri tengok produk yang dijual memang comel comel belaka tau. Cantik dan kemas saja, geram tengok. Nak nak Mimi pun ada ada anak yang masih kecil. Anak saudara pun kecil lagi. Bolehlah cuci mata tengok apa yang Mimi nak beli untuk mereka.

LOVINGLY SIGNED PRODUK ISTIMEWA BAYI


Mimi dah tengok satu persatu produk yang dijual. Semuanya Nampak menarik dan istimewa sangat. Takkan Mimi nak cuci mata seorang. Mimi nak juga korang join Mimi cuci mata tengok produk bayi LOVINGLY SIGNED yang dijual. Produk yang ada dijual ialah :
a. Pakaian bayi - robes, baby grows, bibs



b Blanket dan tuala - blanket, tuala beserta hood



c. Permainan dan aksesori bayi - soft toys, toy storage, backpacks, buku




d. Gift hampers



Pemilihan warna dan design pada setiap produk yang dijual sangat istimewa dan cantik. Penggunaan warna yang lembut dan corak yang sangat eksklusif membuatkan produk LOVINGLY SIGNED bertambah istimewa. Hah teruja tak tengok produk produk yang dijual? Betul tak Mimi cakap? Cantik cantik dan comel kan.
Selain daripada pakaian, blanket dan tuala mempunyai warna yang lembut dan menceriakan di LOVINGLY SIGNED juga ada menjual soft toys pelbagai bentuk seperti patung gajah, arnab dan sebagainya. Buku juga ada dijual tau.


Macam macam corak dan design yang ada kan? Comel belaka tengok tau. Untuk pengetahuan semua, apa yang istimewanya mengenai produk LOVINGLY SIGNED ini ialah kita juga boleh “custom made” nama bayi pada beg, tuala, baju dan sebagainya. Menarik kan? Memang sesuai sangat dijadikan hadiah istimewa buat keluarga atau sahabat yang baru menimang cahaya mata atau untuk kegunaan anak sendiri.


Sebagai pelanggan, pastinya kita inginkan produk yang kita beli itu berkualiti. Di LOVINGLY SIGNED ini, mereka amat menitikberatkan kualiti produk. Setiap produk keluaran mereka, mereka akan pastikan produk yang dikeluarkan berkualiti tinggi agar dapat memuaskan hati dan memenuhi kehendak pelanggan mereka. Bahan yang digunakan juga 100% dari cotton di mana ia dapat memberikan keselesaan kepada bayi memandangkan bayi mempunyai kulit yang lembut dan sensitif. Jadi, tak perlu risau jika membeli produk bayi LOVINGLY SIGNED ini kerana kualitinya yang terjamin dan jahitannya yang kemas. Produk mereka juga terjaga dan terpelihara rapi kerana setiap produk mereka yang kita beli akan diletakkan ke dalam sebuah kotak yang eksklusif sebelum penghantaran dilakukan. Ia bagi menjaga kualiti produk mereka selain daripada memenangi hati pelanggan kerana memberi sokongan sepenuhnya pada LOVINGLY SIGNED.
Oh ya terlupa pula Mimi nak beritahu semua. Untuk makluman, LOVINGLY SIGNED ini beroperasi di negara jiran iaitu Singapura. Tapi tak perlu risau nak shopping barangan bayi di LOVINGLY SIGNED ni sebab mereka ada menawarkan penghantaran ke Malaysia. Caj penghantaran dikenakan ialah SGD $25 tetapi bagi pembelian SGD $250 dan ke atas, penghantaran adalah percuma. So, tak perlu risau atau bimbang nak shopping sakan. Untuk pembayaran pula, boleh menggunakan kad kredit atau melalui paypal. Kalau ada akaun Paypal lagi senang nak berurusan jual beli nanti. Mudah dan cepat.
Setiap penghantaran produk ke pelanggan mengambil masa dari 4 hingga ke 8 hari. Lebih kurang seminggu juga untuk barang sampai kepada pelanggan terutamanya di Malaysia. Bagi Mimi itu standard penghantaran yang melibatkan negara luar.
Kalau korang semua nak tahu maklumat lanjut mengenai LOVINGLY SIGNED atau nak tengok sendiri produk produk yang dijual, boleh layari web dan media sosial LOVINGLY SIGNED seperti berikut :

Facebook :
Instagram :



Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.