Kebaikan Madu Limau Nipis Untuk Ibu Mengandung | Hai semua! Buat apa tu? Kerja ke? Sebab dak Mimi cuti sakit seminggu sebab tak sihat kan. Tapi entry tetap kena update gitu! Bila cuti sakit ni, time merehatkan badan bosan tau tak tahu nak buat apa. Kerja asyik skroll timeline Facebook dan Instagram saja. Bila skroll timeline Facebook dan Instagram kawan kawan, ramai pula yang update pasal pregnancy masing masing. Happy je baca sebab boleh tahu pengalaman mengandung orang lain kan. Hah cerita pasal bab mengandung, mestilah kita ibu ibu mengandung ni akan usaha cari sumber maklumat tentang pemakanan yang bagus untuk diamalkan ketika mengandung. Betul tak? So, Mimi nak share dengan ibu ibu mengandung di luar sana kebaikan madu limau nipis untuk ibu mengandung.
JENIS JENIS MADU DAN KHASIATNYA
Kita semua tahu kebaikan madu untuk kesihatan dalaman kan. Apa itu madu? Madu ialah sejenis manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia.
Kita semua tahu madu ni ada macam macam jenis. Ada yang kita biasa dengar ada yang tak biasa dengar. Macam Mimi sendiri ada antara madu yang Mimi biasa dengar. Ada yang baru dengar. Tapi kalau "madu" yang lagi satu tu hah jangan cari nahas okey. Mimi cerita pasal madu yang boleh dimakan tu bukan "madu" lagi satu. Jangan nak cetus kontroversi sangat eh!
Jenis jenis madu yang ada ialah madu kelulut, madu tualang, madu sidr @ madu Yaman, madu ratu (royal jelly), madu manuka dan madu propolis. Hah banyak juga kan jenis madu yang ada. Mimi biasa dengar madu tualang, madu kelulut, madu ratu dan madu propolis. Yang lagi dua jenis madu tu tak biasa dengar.
Seperti yang kita tahu madu ni banyak khasiatnya kepada tubuh badan kita antara khasiatnya adalah seperti :
🌸 menjadi agen yang mampu membunuh bakteria🌸 mampu memulihkan luka dengan cepat
🌸 mengurangkan simptom alergik
🌸 meningkatkan jumlah sel darah merah
🌸 dijadikan sebagai pelembap kulit
🌸 merupakan sumber vitamin dan mineral
🌸 boleh dijadikan sebagai penawar batuk
dan banyak lagi khasiat madu. Di dalam Al-Quran juga ada dinyatakan madu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
KEBAIKAN MADU LIMAU NIPIS UNTUK IBU MENGANDUNG
Hah untuk ibu ibu mengandung di luar sana madu bagus untuk diamalkan ketika mengandung. Pernah dengar madu dari jenama Al Intisaar? Apa tak pernah dengar? Tak pernah dengar tak apa, jom baca selanjutnya Mimi nak kongsi dengan korang pasal madu Al Intisaar ni.
Untuk pengetahuan korang madu Al Intisaar ni merupakan madu asli yang dihasilkan dari ladang lebah bunga bungaan dan ekstrak buah yang asli. Terdapat pelbagai jenis madu Al Intisaar seperti :
a) Madu Asli dengan Sarang Lebah
b) Madu Asli dengan Limau Nipis
c) Madu Asli dengan Halia
Kebaikan untuk ibu mengandung yang amalkan madu limau nipis Al Intisaar ialah :
🍯 tinggi dengan Vitamin C
🍯 menggalakkan kulit yang sihat
🍯 membantu mengurangkan berat badan
🍯mengurangkan sakit di kerongkong sambil mengekalkan kelembapan
🍯 menambahkan nutrisi dalam susu badan
🍯mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol
🍯 menguatkan sistem imunisasi
🍯mengurangkan simptom sakit tekak, batuk dan selsema
Bila mengandung ni memang kita kena sentiasa berjaga jaga dari segi kesihatan kan. Berat badan terlalu naik banyak tak boleh, tekanan darah naik pun tak boleh dan paras kolesterol pun kena kawal supaya tak membahayakan kandungan dan macam macam lagilah kena jaga bila mengandung kan. Jadi memang sangat sesuai untuk ibu ibu mengandungkan madu limau nipis Al Intisasr. Tak perlu risau kerana ia selamat untuk diamalkan.
Antara madu Al Intisaar yang ada, Mimi beli Madu Limau Nipis. Bukan saja baik untuk ibu mengandung saja tau yang lain pun boleh amalkan. Hah bercerita pasal madu limau nipis ni, Mimi amalkan madu limau nipis ni sebab baru baru ni Mimi sakit tekak, selsema dan batuk tak henti henti. Serius perit tekak ni tau. Makin bertambah teruk lepas bertugas pilihanraya baru baru ni. Tidur malam pun tak lena sebab asyik batuk. Stress tau jadinya. Jadi, Mimi amalkan madu limau nipis untuk kurangkan sakit tekak dan batuk. Syukur bila amalkan madu limau nipis kurang sikit rasa sakit tekak dan batuk. Alhamdulillah beransur pulih.
PENGEDAR MADU AL INTISAAR SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN
Buat semua di luar sana yang berminat untuk menjana pendapatan, sekarang ni sedang diadakan pencarian pengedar seluruh Malaysia di mana training untuk pengedar disediakan. Kalau berminat nak jadi pengedar madu Al Intisaar ni boleh klik link whatssapp ni >> http://bizapp.la/bisnes
Untuk maklumat lanjut mengenai produk madu keluaran Al Intisaar klik link di bawah :
Web
Facebook