Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all 669 articles
Browse latest View live

Selamat Pengantin Baru Noor Yanti dan Pasangan

$
0
0
Hai korang! 

Sabtu lepas Mimi dan keluarga sempat hadir majlis perkahwinan kawan sekelas masa sekolah dulu.  Kebetulan rumah dia pun dekat Telok Kemang,  apa lagi confirm datang. Sebab dekat kampung Mimi kan. 

Pengantin perempuan tu kawan sekelas masa sekolah rendah dan sekolah menengah tau. Mimi panggil Yan je. Dia sekarang ni bertugas sebagai Jururawat.  



Masa Mimi sampai sempat juga jumpa dua orang ex classmate masa sekolah menengah. Tak dapat nak berbual panjang sebab masing masing nak balik.  Sempat lah bergambar sama dengan pengantin. 



Untuk pengantin,  SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA IKATAN YANG TERJALIN KEKAL HINGGA KE JANNAH.

TUTORIAL MASUKKAN HIGHLIGHT COVER STORY DI INSTAGRAM

$
0
0
Hai semua! 

Selain daripada blog,  sosial media seperti Instagram dan Facebook juga menjadi platform untuk kita sebagai blogger berkongsi info, bertukar pandangan dan review. Mimi ambil contoh Instagram. Mimi memang suka update di Instagram kongsi gambar di situ. Ibarat macam kumpul koleksi gambar dalam satu album tapi secara maya. 

Dan lagi best kalau kita dapat kongsi instagram story ikut kategori.  Baru nampak kemas dan teratur. Sebelum ni tengok Instagram kawan kawan bukan main cantik lagi highlight cover story masing masing. Jealous pula tengok. 

Apa lagi cepat cepat cari tutorial cara nak buat highlight cover story Instagram.  Terjumpa tutorial di blog kak Fiza. Just ikut saja langkah langkah yang diajar. Senang saja. Nak tahu tutorial cara buat highlight cover story klik link ni http://www.fizarahman.com/2018/08/tutorial-bergambar-cara-buat-highlight-cover-instagram-insta-story.html?m=1

Tada!!!Hasil highlight cover story yang Mimi buat ikut tutorial yang kak Fiza kongsikan. Senang sangat tau. Rasa bangga pula bila tengok hasil dari tangan sendiri. Not bad lah kan! Macam biasa background wajiblah PINK. Lepas ni boleh dah tukar tukar highlight cover. Thank you kak Fiza sudi kongsi tutorial buat highlight cover yang comel.



Tutorial yang kak Fiza kongsikan juga ada ajar cara nak cari icon yang comel dan background yang cantik.  Bila ikut langkah yang diberi,  confirm dapat buat. Sekejap saja. Tapi mesti jadi masalah bila dah siap highlight cover story tapi tak tahu macam mana nak masukkan dalam akaun Instagram. Mimi mula mula blur juga tapi cari tutorial di Youtube senang rupanya. So Mimi akan ajar langkah demi langkah TUTORIAL MASUKKAN HIGHLIGHT COVER STORY DI INSTAGRAM

1) Log In Instagram. Pastikan Instagram pada paparan HOME. Kemudian klik icon KAMERA di sebelah atas kiri. Rujuk gambar di bawah. 


2) Akan keluar paparan macam ni. Terus klik pada icon gambar seperti yang ditunjukkan anak panah. Nanti pilih saja gambar highlight cover yang telah di save.


3) Dah pilih highlight cover, klik SEND TO. 


4) Akan keluar paparan seperti gambar di bawah.  Klik SHARE seperti yang ditunjukkan anak panah. 


5) Bila dah klik SHARE akan keluar paparan seperti di bawah.  Klik ADD TO HIGHLIGHTS. 


6) Nanti akan keluar paparan seperti di bawah. Klik simbol +.


 7) Langkah terakhir, masukkan nama highlight yang dikehendaki. Nak letak lifestyle ke,  beauty ke,  ootd ke terpulang. Dah taip nama highlight tu,  terus klik ADD. So,  selesai!  Dah boleh check highlight cover yang comel tu kat profile.


Senang sajakan nak buat highlight cover dan masukkan di Instagram. Ikut betul betul memang senang saja. Sap sap soiii terus eh dah siap. Hah apa tunggu lagi.  Yang tak ada lagi highlight cover tu cepat cepat buat. Memang best! 

Makan Boat Noodle di Seremban Gateway

$
0
0
MAKAN BOAT NOODLE DI SEREMBAN GATEWAY | 2 minggu lepas Mimi dan officemate pergi tengok wayang di Palm Mall. Kitorang dah lama plan nak tengok wayang filem The Meg. Lepas habis tengok wayang,  kami decide nak makan pula. 

So, kami decide pergi Seremban Getaway yang berhampiran dengan Palm Mall. Dua kali ronda Seremban Getaway nak pilih tempat nak makan. Last last decide makan di Boat Noodle je. 

MAKAN BOAT NOODLE DI SEREMBAN GETAWAY



Actually, kami berdua first time jejak kaki MAKAN BOAT NOODLE DI SEREMBAN GATEWAY ni tau. Masuk saja pilih meja terus waitress datang hantar menu dan Mimi tulis sendiri menu yang nak di order. Mimi order dua jenis boat noodle dan air green tea. Officemate pula order meatball, satu boat noodle dan ice blended green tea. Masa nak tulis order tu banyak kali Mimi tanya officemate cukup ke order satu je boat noodle. Dia cakap cukup. Mimi senyum jela sebab mesti dia fikir banyak. 

Selfie satu kali


Mimi suka Boat Noodle yang ni. Sedap kuahnya terasa lemak santan tuh


Sekali order dah sampai. Tanjat gugurl! Officemate terus cakap macam tak cukup je. Hahaha!  Makan makan dulu terus kami buat order kali kedua. Menu tambahan Mimi dua mangkuk boat noodle dan officemate pula order kueyteow. Ikutkan Mimi nak order boat noodle lebih dari tu tapi perut tak mampu nak masuk banyak sebab minum air green tea tu kot. Perut tiba tiba rasa full. 

Ni lagi satu jenis Boat Noodle yang Mimi order. Lupa pula nampak menu ni. 

This is for me! 


So far memang sedap dan puas hatilah makan di Boat Noodle ni. In shaa Allah ada masa makan lagi dekat sini. Lagipun nilah aktiviti santai kami dua minggu lepas. Sebelum tu kami pergi Lake Garden,  berjalan kaki buat 4 pusingan sejauh 8 km. Nanti cerita kat entry lain kot simpan lagi gambar. Hahaha.  

Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia

$
0
0
Sumbangan tambahan berupa wang tunai dan barangan dari rakan-rakan perniagaan dan orang ramai disalurkan untuk mengumpul sasaran dana sebanyak RM4 juta

Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan. Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dan menerima sokongan yang amat memberangsangkan menerusi sumbangan untuk memastikan visi RMHC dalam menjamin kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak tercapai.



Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.

“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat  peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.



Rumah Ronald McDonald pertama telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan ia terus meringankan beban  keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah. Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019.

Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.



“Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau.



Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima untuk membolehkan keluarga menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari 
Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumnah Ronald McDonald yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.


“Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.
  
Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.

#MYCYBERSALE SHOPPING SPREE ON CAROUSELL

$
0
0
Malaysians can now embark on a shopping spree  in conjunction with the MYCyberSale 2018. Happening from 3 September 2018 to 7 September 2018, buyers can stretch their Ringgit for amazing deals on Carousell, one of the world’s largest and fastest growing classifieds marketplace.



The five-day mega sale for various products can be found on Carousell:

Categories:

But wait, there’s more!

RM5.90 Flat-Rate Shipping Promo throughout September with EasyParcel

Parcels can be shipped at a flat-rate of RM5.00 and RM5.90 with Pgeon Delivery and EasyParcel respectively throughout Peninsular Malaysia.

Valid from 1 September 2018 to 30 September 2018, this partnership between Carousell Malaysia and EasyParcel will also reward Carousell sellers with a free RM10 credit for every RM100 credit top-up in their delivery account. This is limited to a one-time redemption per user.

For more information, visit Carousell on https://my.carousell.com , or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

LIRIK LAGU KATA CINTA AFIF SOLA OST DRAMA CINTA TIADA GANTI

$
0
0
Hai korang! 

Selamat bercuti semua. Sakan masing masing berjalan jalan dengan family kan. Yela musim cuti sekolah kan. Mimi time cuti sekolah mereput saja dekat rumah. Kemas,  masak,  marathon drama dan movie. Hah,  bercerita pasal drama dan movie ada yang tonton drama adaptasi drama Filipina iaitu Cinta Tiada Ganti tak? 

Sumber : kepala bergetar


Mimi tak tengok pun dekat tv,  tengok online je. Jarang mengadap tv pun. Masa keluar promo dulu Mimi tak hirau sangat tapi bila dah tengok macam best pula.  Suka tengok lakonan bersahaja Nelly dan Edy. Nampak natural dan tak buat buat. Nak nak ada pula OST Kata Cinta Afif Sola drama tu lagi bertambah best dan feeling tau. 

Jom hafal dan nyanyi sama sama LIRIK LAGU KATA CINTA AFIF SOLA OST CINTA TIADA GANTI  ni. sambil layan muzik video Afif Sola. Memang layan habis kan. 

Lelah rasanya diri ini
Mengenang akan cinta kau pergi
Rasa cintaku itu mati kerana

Dulu pernah kau kecewakan
Hatiku melalui cintamu
Rasa cintaku itu mati kerana
Kau menduakan

Benar kata kata cinta
Yang manis di bibir sahaja
Benar kata kata cinta
Janji janji manis pun tak berguna

Pergi daku sendiri
Tiada siapa peduli
Apakah apakah ini
Namanya dugaan

Namun aku mengerti
Percaya diri sendiri
Menjadi lelaki setia
Lebih bahagia

Dulu pernah kau kecewakan
Hatiku melalui cintamu
Rasa cintaku itu mati kerana
Kau menduakan

Pergi daku sendiri
Tiada siapa peduli
Apakah apakah ini
Namanya dugaan

Namun aku mengerti
Percaya diri sendiri
Menjadi. menjadi lelaki setia
Lebih bahagia

Hoouwoooo....
Lebih bahagia...


Menu Makan Tengahari Hari Ini

$
0
0
Hai semua! 

Ada yang dah start kerja hari ni ke? Yela cuti lama kan. Mimi still cuti lagi. Selasa minggu depan baru start kerja. Bila cuti lama ni jadi surirumah sepenuh masa lah kan. 

Bila duduk rumah macam biasalah kemas rumah, sapu lantai,  basuh pinggan dan memasak. Cerita pasal memasak,  hari ni untuk makan tengahari Mimi buat tiga menu. 

Jom tengok menu apa yang Mimi masak untuk makan tengahari. 

Telur Masak Kicap

Telur maska kicap ni Mimi makan lah tapi tak berapa sangat. Lauk ni selalunya jadi lauk pilihan suami dengan anak anak. Hari hari masak lauk ni pun tak apa tau. Mimi pula yang bosan.

Kangkung Goreng Pedas
Sayur kangkung memang favourite Mimi. Masaklah apa pun memang makan. Dari bujang sampai sekarang. Tapi jarang jaranglah makan kangkung. Yela sayur pun banyak kan. Bosan makan sayur ni beli pula sayur lain. Ye tak?

Sambal tempoyak
Menu yang paling umpphh sambal tempoyaklah. Makan dengan nasi panas panas perghh terbaik rasa dia. Kebetulan tempoyak banyak dekat rumah mak mertua bagi haruslah guna sebaiknya ye tak. Kalau nak masak lemak tempiyak pun sedap tapi tu lah suami Mimi kurengg sikitlah makan kuah tempouak ni. Kalau sambal macam ni dia makan. So, bila nak memasak tu memang duk fikir suami lah kan. Kalau nak masak lemak cili api tempoyak kena time dia tak ada kat rumah. 

Lagi satu fiil Mimi kan kalau masak lauk yang tak pedas, mesti ada menu lain yang pedas sebab rasa lain je kalau tak makan pedas tau. Tak lengkap pula rasanya kalau tak pedas. So,  inilah tiga menu campak campak je. Semua senang dan cepat nak disediakan. Korang pula masak/makan apa untuk tengahari? 

Let's Be Beautiful by Ana Suhana

$
0
0
Hai semua!

Jom join giveaway yang blogger Ana Suhana anjurkan. Haduah best best tau. 

Klik banner untuk join

Hadiah hadiah yang bakal dimenangi seperti di bawah :

Hadiah pemenang pertama : SAFI DERMASAFE


Hadiah pemenang kedua : DR.Jou Six Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask


Hadiah pemenang ketiga : SAFI BALQIS Oxywhite




Makan Makan Sempena Persaraan Pembantu Operasi

$
0
0
Hai semua! 

Cuti panjang ni pergi jalan jalan kat mana? Mimi time cuti duduk rumah je,  mereput. Hahaha.. Time cuti nak keluar ni bercinta betul sebab confirm jalan jammed kan. Memang ada plan nak jalan jalan tapi bukan time cuti. Bila duduk rumah saja nak update blog pun malas.  Tapi hari ni gigihkan diri taip entry sebab lama pula menyepi ye tak. 

Cerita yang agak basi juga Mimi nak kongsi dengan korang. Hahaha.. Teruk perangai. Bulan Ogos punya cerita baru nak update. Nampak tak kat situ tahap kemalasan macam mana. 13hb Ogos lepas Mimi dan officemates lain berpakat nak buat makan makan sempena persaraan Pembantu Operasi jabatan kitorang. Mimi panggil Pembantu Operasi ni Ayah Salim sebab memang dah pangkat ayah pun kan. Otai masih berbisa ni tau. Berpuluh tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM, bila nak pencen gila kau tak sambut. At least appreciate la jasa dia kan. 



Mesti ada yang tertanya apa itu Pembantu Operasi. Pembantu Operasi ni dulunya dikenali sebagai Pembantu Am Rendah. Di mana tugasannya lebih pada penghantaran surat,  semboyan, memo dan dokumen penting dan tidak penting ke setiap jabatan. Sekarang ni dah tak ada istilah Pembantu Am Rendah, dah ditukarkan ke Pembantu Operasi. 



Sambutan yang rasmi belum buat lagi masih mencari masa yang sesuai. So,  Mimi berpakat dengan officemates beli Dominos untuk makan makan sempena persaraan Ayah Salim. Berpakat pun senyap senyap tanpa pengetahuan dia. Kitorang beli guna duit kutipan tiap tiap bulan tu. 



Dominos sampai lebih kurang pukul tiga. Kitorang kena turun dekat guard post ambil pizza sebab tak boleh masuk. Jumlah pesanan RM78.05. Kalau tak silaplah sebab tak sure yang tang 8 tu. 6 atau 8 tak pasti. Walaupun tak meriah tapi cukup sekadar mengingati segala jasa Ayah Salim sepanjang berhidmat. Bestnya dah bersara. Mimi lambat lagi nak bersara. Semoga terus tabah menjalankan tugas sebagai pe jawat awam. Hehehe... 

WD-40® menambah 5 lagi Siri Kepakarannya!

$
0
0
Kita semua sedia maklum bahawa setiap tugas yang berlainan memerlukan peralatan yang berbeza. Hal ini terjadi bagi beberapa pekerjaan yang sukar atau rumit, yang mana memerlukan produk yang direka khusus untuk penggunaan tertentu. 



Menyedari perkara ini, WD-40® memperkenalkan barisan produk kepakaran WD-40® pada tahun 2011. Formulasi khas yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan khusus para pengguna profesional, barisan produk ini membantu juruteknik supaya pekerjaan spesifik mereka dapat dilakukan dengan lebih cekap dan mantap.

Seiring dengan evolusi Sains & Teknologi, WD-40® telah menambah 5 penyelesaian baharunya ke dalam barisan produk kepakaran WD-40® utuk melengkapkan lagi keperluan penyelenggaraan anda.

Berikut adalah 5 tambahan baru dalam barisan kepakaran WD-40®. Lihat sama ada tugasan atau pekerjaan anda memerlukan bantuan Pakar! 

WD-40® SPECIALIST FOOD GRADE SILICONE SPRAY



Direka khas untuk industri pengedalian makanan dan pemprosesan makanan, ia tidak berwarna, tidak berbau, membentuk filem tanpa warna yang memberi pelinciran dan melindungi permukaan seperti plastik, getah, logam, kaca, kayu dan banyak lagi.  
Ia adalah agen yang terbaik untuk menyisihkan dan mengeluarkan garisan makanan, pengadun, pencetak, rantai rol, tali sawat, penggelek dan lain-lain.


WD-40® SPECIALIST DUST FREE AIR DUSTER



Penghapus debu udara ini sangat berkesan menghilangkan habuk dan kotoran dengan mudah.
Tidak kesat dan tidak menghakis, produk ini mudah digunakan dalam membantu menjaga peralatan elektronik, barangan isi rumah, bengkel, dan memberi kenderaan bebas daripada habuk, serpihan, serbuk dan sebagainya- tanpa meninggalkan sebarang sisa. 
Ia selamat digunakan pada permukaan plastik dan peralatan ketepatan halus (contohnya; kamera, mikroskop, pencetak dan komputer riba).  

WD-40® SPECIALIST HIGH PERFORMANCE SPRAY GREASE



Kualiti premium, pelinciran yang tahan lama untuk permukaan logam, produk ini dirumus khas bagi kegunaan di kawasan yang memerlukan pelinciran lebih lama dan perlindungan daripada hakisan.
Ia tidak menitis, kerana dicipta dengan sifat lekatan dan kedapan yang sangat baik untuk memberi ketahanan terhadap air. 




Produk ini boleh digunakan di keseluruhan kawasan kediaman, industri dan premis (contohnya; kendi, gear, rantai, bolt dan nut, paip, pili, jentera)


WD-40® SPECIALIST MULTI-PURPOSE CUTTING OIL



Produk ini direka untuk menggelakkan lubang dan kerosakan logam, untuk memudahkan pemprosesan logam secara mekanikal dengan mengurangkan pengumpulan haba dan daya geseran. 
Ia mengurangkan tenaga pemotongan dan meningkatkan kecekapan pemotongan dan sesuai digunakan bagi semua jenis logam. 
Dengan bahan tambahan tekanan tinggi dan anti-geseran, ia juga meningkatkan kemasan mesin dan memanjangkan hayat peralatan.


WD-40® SPECIALIST RUST REMOVAL SOAK



Produk ini menghilangkan karat dengan cepat dan melarutkannya tanpa merosakkan bahagian atau cat di sekitarnya. 
Tidak bertoksik, tidak mudah terbakar, dan boleh dibiodegradasi, ia sesuai untuk membaiki bahagian berkarat logam tanpa perlu mengikis, menyental atau menggosok.  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan siri produk kepakaran WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/SpecialistNewSoloutions.

THE BEST FLOWER DELIVERY SERVICE IN NEGERI SEMBILAN

$
0
0
Hai semua! 

Cuaca pagi sejuk macam ni bila duduk termenung tiba tiba teringat pula kenangan masa konvokesyen dulu. Masa tu konvokesyen dekat UiTM Shah Alam. Bercerita pasal konvo,  Mimi ingat lagi masa tu masing masing tak cukup tangan nak pegang flower bouquet tau. Ingat lagi time tu Mimi dapat pink roses bouquet. Hah pink gitu! I like. 

Bercerita pasal flower bouquet ni,  korang pernah dengar tak mengenai Flower Chimp? Mesti ada yang tertanya tanya apa tu? Tak pernah dengar pun! Ish korang ni pun, takkan tak pernah dengar pasal the best flower delivery Flower Chimp kan. Sesuatu sangat tau! Korang boleh baca kat sini Mimi pernah share pasal Flower Chimp. Kecewa betul dak Mimi korang tak familiar lagi. Cepat cepat baca  kat sini http://www.mimiazirah.com/2018/08/flower-chimp-menerima-pelaburan.html?m=1

THE BEST FLOWER DELIVERY SERVICE IN NEGERI SEMBILAN




Kalau malas juga nak klik entry tu,  meh Mimi share apa itu Flower Chimp. Flower Chimp merupakan online florist yang buat flower delivery ke seluruh Malaysia tau. Yang best caj penghantaran adalah percuma. Buat korang yang tinggal di Negeri Sembilan dan buntu nak cari hadiah untuk seseorang yang istimewa hahhh Flower Chimp adalah pilihan yang tepat buat korang sebab online florist in Malaysia ni trusted okey. Paling best online florist, Flower Chimp ni merupakan THE BEST FLOWER DELIVERY IN NEGERI SEMBILAN, okey! 

Untuk pengetahuan cik abang, cik akak, cik adik sekalian Flower Chimp menyediakan perkhidmatan jambangan bunga segar ke seluruh Malaysia secara PERCUMA. Ulang lagi sekali PERCUMA ya. Yang menariknya setiap pesanan yang dibuat sebelum pukul 1 tengahari akan dihantar pada hari yang sama. Contohlah kau nak buat surprise sempena birthday tunang kau,  orderlah sebelum pukul 1 tengahari confirm hari tuh juga tunang kau dapat flower bouquet tu. Hah,  pantas tak pantas perkhidmatan diorang. 



Sejak beberapa tahun, Flower Chimp telah beroperasi di Mont Kiara, Kuala Lumpur tetapi mereka menerima tempahan dari seluruh dunia untuk membuat penghantaran kepada insan tercinta di Malaysia. Mereka juga sangat komited terhadap ‘Jaminan Flower Chimp’ yang menjanjikan setiap pesanan hanya menampilkan bunga segar yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. 

Jenama Flower Chimp adalah sinonim dengan mesej dan sentimen yang hanya terzahir menerusi bunga-bungaan. Pengusaha bunga yang bekerjasama dengan Flower Chimp terkenal dengan sifat dedikasi dan mesra. Flower Chimp bukan sahaja satu jenama perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, malah ia akan terus kekal menjadi satu identiti yang sofistikated dengan nilai terhebat bagi setiap pesanan.


Penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak tanpa pesanan minimum. Sila rujuk senarai lokasi penghantaran di sini https://www.flowerchimp.com/pages/mostpopularlocations. Diingatkan sekali lagi penghantaran pada hari yang sama bagi semua pesanan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari.



Flower Chimp juga turut membuat penghantaran ke Indonesia dan Filipina dan lokasi akan datang ialah Singapura.

Di Flower Chimp juga terdapat pelbagai jenis flower bouquet yang boleh korang pilih ikut taste yang korang suka. Korang boleh tengok pelbagai jenis flower bouquet di web mereka https://www.flowerchimp.com/ . 



Disebabkan seketul manusia bernama Mimi ni addicted sangat dengan bunga ros nak nak warna pink, hah tiba tiba saja sepasang mata yang sepet ni berkenan pula tengok koleksi flower bouquet pink yang ada kat Flower Chimp ni tau https://www.flowerchimp.com/collections/roses.

Bila dah dapat bunga tu, jagalah betul betul takkan nak biar layu macam tu kan. Sayang tau orang bagi kot. Jadi,  Flower Chimp juga ada kongsi tips penjagaan bunga supaya tahan lebih lama. 

Mesti korang tertanya tanya siapa founder Flower Chimp ni kan. Yelah tengok semua hasil gubahan bunga yang dibuat semua cantik cantik belaka. Mesti korang jatuh hati dengan hasil tangan ajaib ni dan tertanya siapa pemilik Flower Chimp ni. Untuk pengetahuan korang, Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. 



Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 



Buat korang pembaca blog Mimi dan tak lupa juha warga Negeri Sembilan,  Mimi ada good news nak kongsi dengan korang ni. Kalau korang order flower bouquet di Flower Champ,  boleh gunakan kod baucar "MIMI15" semasa buat tempahan secara online untuk dapatkan diskaun. Nak tahu cara nak redeem baucar boleh klik sini >> https://www.flowerchimp.com/pages/how-to-redeem-coupons-voucher-codes<<

Sila baca terma & syarat kod baucar di bawah :

🌸Potongan harga sebanyak 15% di seluruh platform di  https://www.flowerchimp.com/ perbelanjaan minima.
🌸Baucar hanya boleh digunakan sekali bagi setiap pesanan.
🌸Baucar adalah terhad kepada sekali penebusan bagi seorang pengguna. 
🌸Kod baucar tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. 
🌸Tiada pemulangan atau ganti rugi berbentuk tunai bagi potongan harga yang diberi. 
🌸Kod baucar sah dalam tempoh 3 bulan selepas ulasan diterbitkan

Untuk maklumat lanjut berkenaan Flower Chimp klik saja link web dan media sosial yang Mimi sertakan di bawah :


CAROUSELL PARTNERS BOOST E-WALLET, POSTCO, TO DELIVER A MORE CONVENIENT EXPERIENCE TO MALAYSIANS

$
0
0
Strategic partnerships with payment and logistics providers underline the company’s commitment to Malaysia.

Carousell Malaysia, one of the world’s largest and fastest growing classifieds marketplace is making it even easier to buy and sell on the marketplace. Carousell has teamed up with strategic partners, Boost and PostCo, to address payment and logistics across Malaysia.

Boost, a homegrown e-wallet that allows payment without the hassle of cash, and PostCo, a logistics company that delivers parcels through its network of more than 1,000 locations which include cafes, pharmacies and stores, inked a cross-promotional partnership deal with Carousell in August.




The promotion includes Cashback Rewards for purchases made on Carousell with Boost, as well as a special delivery rate for Carousellers who choose the delivery option via PostCo.




“This is a stepping stone for Carousell Malaysia to provide an end-to-end service for our users. We are committed to creating value for our users and make it more convenient to buy and sell. This trial phase has seen a positive response from users, and we will continue looking for opportunities to improve our marketplace and services to Malaysian Carousellers,” said Tang Siew Wai, Country Head of Carousell Malaysia.

He added that the partnership will run till the end of September, but the company has not ruled out a long-term deal.





Carousell continues to gain traction in Malaysia. For the month of August, it saw total transactions and listings grow by 20% and 30% respectively from the previous month. Response to the strategic nationwide collaboration has been encouraging, with PostCo recording a 47% repeat in Carousellers utilising its delivery services just after a month of partnership and Boost seeing full redemptions in their promotional offers.

Carousell has more than 19 million listings for its Malaysian market as of June 2018, with over 5 million items sold on the marketplace. Globally, it has over 158 million listings and over 54 million items sold across all seven markets in Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Taiwan, Hong Kong and Australia.

“This partnership marks another milestone in our journey to strengthen our leadership in the e-wallet space and enhance our offerings,” said Christopher Tiffin, Chief Executive Officer of Boost. “Boost simplifies your day-to-day operations by allowing you to manage your cash flow with just one app. With their engaged community and wide variety of marketplace offerings, collaborating with Carousell was a natural move for us. Since the start of our partnership to date, we’ve seen an almost four-fold increase in Boost mentions in Carousell.”

“Our partnership with Carousell provides their sellers with a unique avenue to deliver their items through our network of PostCo locations. It is great to see how much convenience it has offered to the community of sellers on Carousell. Once someone finds it convenient, they will continue to utilise the service for their remaining deliveries. Aside from sending, we also allow buyers to collect their parcels at a specified pick-up point at any time, be it before, during or after working hours. We believe that PostCo will also continue to play a pivotal role for Carousell users in a long run,” said Melisa Wang, Chief Operating Officer of PostCo.

Carousell users can now buy from sellers that accept Boost as a payment option by easily entering the seller’s mobile number in the payment app, selecting the Carousell icon and inserting the purchase details. Moreover, sellers can have their first three parcels delivered from only RM1.90 when they send via PostCo.

For more information, follow Carousell on https://my.carousell.com or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

Makan Malam di D' Garden S2 Bersama Keluarga

$
0
0
Hai semua!

Semalam Mimi dan keluarga MAKAN MALAM DI D' GARDEN S2. Sebelum tu kitorang pergi Rantau dulu sebab suami nak recce jalan sebelum pergi bawa bos. Balik dari Rantau, anak anak request nak makan kat luar tak nak makan dekat rumah. Diorang nak makan sate tapi kedai yang kitorang pergi tu penuh.

Wefie satu kali sebelum makanan sampai

Anak anak dara Mimi Aina dan Auni


Last last decide pergi makan di restoran Masakan Thai D' Garden S2. Pujuk anak anak tak dapat makan sate tapi makan chicken chop. Nasib baik diorang okey dan memang suka.

Untuk Aina dan Auni, Mimi orderkan Chicken Chop. Mimi, suami dan Adhwa makan makanan 1 set yang ada Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Air pula mula mula order Tembikai  Laici tapi tembikai habis. Tukar order Sirap Laici. 


Siakap Tiga Rasa

Tomyam Campur

Sayur Kailan Ikan Masin

Chicken Chop untuk Aina dan Auni

Sebenarnya dah banyak kali Mimi MAKAN MALAM DI D' GARDEN S2 BERSAMA KELUARGA. So far, makanan yang dijual di sini menepati citarasa kitorang. Rasanya sedap dan kaw. Portion banyak. Puas hatilah. Kira berbaloi harga yang ditawarkan dengan rasa makanannya. 

Restoran D' Garden S2 ni betul betul terletak di tepi jalan S2. Landmark utama cari Petronas S2, restoran ni terletak betul betul berhadapan Petronas S2. Kalau korang ada jalan jalan di S2, jangan lupa datang makan kat restoran ni. In shaa Allah berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

Domino’s Spreads Love with Free Extra Cheese For All Pizzas!

$
0
0
Cheese, cheese and more cheese! And the best part is, it’s for free! Domino’s Pizza is splurging on giving free extra cheese for all pizzas to all its customers.



It is no secret that Cheese is the key ingredient to pizzas as it brings together all the flavors of the pizza toppings. Known for its promise in delivering value in exciting ways and forms, Domino’s Pizza is delighted to offer customers an enjoyable experience with one of Malaysia’s favorite ingredients. Inspired and always driven by its customers love for cheese, Domino’s is expected to give out free extra cheese from now until 7 October, 2018.

Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore, said, “Domino’s Pizza is committed to enrich the lives of our customers and we are pleased to create value by giving extra cheese on all pizzas, without any additional cost for the entire month of September. The fact that many would opt for extra cheese is a strong indication of Malaysians love for cheese. This has inspired us to create this value campaign, especially to give back to our customers.”

“With current sentiments, customers are more cautious and thrifty with their spending. We understand what they may be facing and this was at the forefront of our thoughts as we created this campaign. We are proud to offer the best deals in town for our customers and we hope our customers will enjoy this month-long free cheese for all, in celebration of our love for all Malaysians.”


Committed to ensuring high quality products for its customers, Domino’s Pizza uses a specially developed cheese for its pizzas. It’s new and improved Mozzarella cheese presents a luscious, indulgent and creamy taste, the perfect combination for cheese lovers. As appealing as the taste, is the stringy and melted cheese texture in every bite that enhances the taste of the pizza toppings, without overpowering it.

During the campaign period, all pizzas will be topped with extra cheese for items bought as ala carte or through Domino’s various value for money deals. For even greater value, order the 2 Pizza Deals with free extra cheese at only RM28.30, RM47.15 and RM66.05 for the two Regular pizzas, two Large pizzas and two Xtra Large pizzas respectively. *Surcharge applies.

Get your extra cheese at all Domino’s Pizza stores. Visit our stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order.

To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Value Campaign as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/.

PASKAL The Movie Filem Tentera Terbaik dan Tidak Membosankan

$
0
0
Hai semua!

PASKAL The Movie Filem Tentera Terbaik dan Tidak Membosankan kalau korang tonton. Sabtu lepas Mimi dan keluarga tonton PASKAL The Movie di TGV Aeon Seremban 2. Mimi beli tiket jam 1.45pm. Kira sempatlah nak jalan jalan beli barang lain dan makan.

Sebelum tonton wayang kitorang singgah makan dulu di The Chicken Rice Shop. Selesai makan Mimi singgah Popular beli novel dan buku anak anak. Settle di Popular singgah Watsons pula beli foundation, deodoran dan maskara. Stok lama dah habis. Sempat juga upgrade kad keahlian Watsons. Nanti share entry lain lah ya.



Semua urusan settle ngam ngam pukul 1.33pm. So, Mimi dan Auni cepat cepat pergi TGV. Suami Mimi, Aina dan Adhwa tak tahu mana pergi. Sampai TGV Mimi call suami suruh dia datang terus ke TGV sebab dah mula kena masuk hall. Kali ni Mimi book twin seat pula. Bagi anak anak selesa duduk kerusi luas. 



Hall memang penuhlah. Masing masing teruja nak tengok PASKAL The Movie. Nak tengok sejauh mana kualiti filem ketenteraan ni kan. Bagus ke tidak seperti filem filem lain. 

REVIEW PASKAL THE MOVIE


Credit : Google

Mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Rahmat, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.



Apa yang best filem PASKAL THE MOVIE ni merangkumi semua perasaan tau. Marah, sedih, gembira, cemas, semua bergabung jadi satu. Kalau sedih memang akan rasa sedih. Mimi ada menangis jugalah.. Sikit je.. Kalau part diorang bertempur tu perghhh tabiklah.. Berdebar pula rasa. Memang filem ni terbaik antara filem filem ketenteraan yang ada. Mimi bagi 9.5/10. Eh memang terbaik lah. Kawan Mimi ada yang tengok dua kali. Best katanya. Mimi pun rasa macam nak repeat tengok je tau.

Buat korang yang belum tengok PASKAL The Movie, apa kata cepat cepat tengok. Rugi wei kalau tak tengok. Memang ini merupakan filem aksi terbaik yang Mimi tengok setakat ni. Rasa macam kita sekali ada dalam situasi tu. Memang menjiwai lah. Bukan senang nak bergelar tentera ni. So, filem ni boleh bangkitkan semangat patriotisme dalam diri korang. Mana tahu kan. End credit filem ni semua penonton dalam wayang beri tepukan tanda mereka berpuas hati dengan filem PASKAL The Movie ni. Mimi pun tepuk tangan sekali sebab memang tabik spring pada semua crew yang terlibat bagi menjayakan filem ni. Yang belum tengok cepat cepat tengok. Confirm tak rugi. 

McDonald’s Terima Tiga Anugerah Berprestij Sumber Manusia

$
0
0
Syarikat komited tingkat pembangunan modal insan menerusi penglibatan aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional di bawah Kementerian Sumber Manusia


Kuala Lumpur, 28 September 2018 – McDonald’s baru-baru ini menerima tiga anugerah berprestij Sumber Manusia yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat paling berdedikasi dan merupakan aspirasi untuk bekerja. Tiga anugerah yang diterima adalah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) (Best Companies to Work for in Asia 2018 (Malaysia Edition)) oleh HR Asia; Majikan Terbaik di Malaysia 2018 (Best Employer in Malaysia 2018) oleh AON; dan Majikan Francais Terbaik 2018 (Best Franchise Employer 2018) oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Kami amat teruja menerima penghormatan ini. Menjadi penerima tiga anugerah berprestij ini merupakan testimoni terhadap kejayaan jenama McDonald’s di Malaysia dan pengiktirafan terhadap kemantapan kepimpinan perniagaan kami yang mengutamakan bakat dan menekankan kepentingan modal insan sebagai penyumbang utama terhadap kejayaan dalam perniagaan”, kata Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia.

Azhar menyatakan bahawa pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) – Keluarga & Rakan-rakan(Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi Fleksibiliti(Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan(Future) yang cerah untuk kakitangannya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan pembangunan kerjaya untuk jangka masa panjang.

Selain itu, restoran khidmat segera ini juga menggalakkan “Budaya McDonald’s” atau “McDonald’s Culture” yang terdiri daripada tiga teras – Mengutamakan Pelanggan (Guest-obsessed); Lebih Baik Bersama (Better Together); dan Komitmen untuk Memimpin (Commitment to Lead)– yang menjadi panduan untuk kemajuan yang berterusan. Menerusi Budaya McDonald’s, syarikat amat komited untuk memastikan pelanggannya menikmati pengalaman yang terbaik di McDonald’s, menggalakkan semangat berpasukan sesama kakitangan dan sentiasa memberi impak positif terhadap industri khidmat segera, komuniti dan juga planet.

“Di McDonald’s, kakitangan adalah lambang jenama dan merupakan aspek penting  dalam kejayaan kami. Kami hendak memanfaatkan skala saiz yang ada dengan menjadikan program pembangunan dan latihan sebagai cara yang membolehkan kakitangan kami melangkah maju ke hadapan, terutamanya, dibidang fungsi kerja dan kepimpinan. Sehingga kini, kami melaburkan lebih RM 8.2 juta setahun dalam pelbagai inisiatif pembangunan modal insan. Kesemua 12,000 kakitangan McDonald’s di Malaysia dikehendaki menjalani program pembangunan dan latihan berstruktur yang berterusan dalam peringkat kerjaya mereka agar mereka mampu memenuhi potensi diri,” tambah Azhar.


Melangkah ke Hadapan dengan Sistem Latihan Dual Nasional

Bagi meningkatkan piawaian syarikat dalam pembangunan modal insan dan mengasah bakat baharu, McDonald’s turut terlibat secara aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia merupakan pengendali restoran khidmat segera pertama yang menerima pengiktirafan SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

SLDN merupakan program berorientasikan latihan industri di mana ia menggabungkan situasi pembelajaran di tempat kerja dan juga di institut latihan. Sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan, pelatih McDonald’s akan menerima 70 – 80 peratus pembelajaran melibatkan latihan praktikal di restoran dan 30 – 20 peratus pula merupakan pembelajaran secara teori di dalam kelas.

Sebaik sahaja mereka lulus ujian penilaian dan peperiksaan akhir yang akan dijalankan di penghujung program latihan, mereka akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sijil ini melayakkan mereka untuk bekerja di restoran McDonald’s dan mengembangkan lagi kerjaya mereka.

Selain menerima tajaan penuh untuk program latihan, setiap pelatih juga diberi elaun sara hidup sebanyak RM1,200, manfaat insurans dan perubatan serta makanan percuma.
Pusat Latihan McDonald’s di Menara TH, Petaling Jaya merupakan pusat latihan di dalam kelas yang diluluskan untuk SLDN. Menjelang penghujung tahun ini, sejumlah 100 restoran McDonald’s akan diberi pensijilan sebagai lokasi latihan praktikal, melibatkan kira-kira 1,000 pelatih. Restoran-restoran tersebut terletak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236

Jacalyn Kow | Azwa Rahmat, LUMOS PR
+6012.961.8271 | +6011.1131.3106
jacalyn.kow@lumospr.net | azwa.rahmat@lumospr.net

PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT @ zakat.com.my

$
0
0
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).



Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.




Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.



Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:
  • Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.



”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

Herba dan Rempah McCormick Berwajah Baru

$
0
0

Rakyat Malaysia di seluruh negara akan dipersembahkan dengan wajah baharu bagi rempah kegemaran mereka di rak-rak kedai apabila McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.



Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.



Anda mencari inspirasi sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”





Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

Domino’s Pizza & Pepsi Black Memberi Ganjaran dengan Hadiah Bernilai RM130,000 kepada Pelanggannya

$
0
0
Hadiah Utama Honda City Untuk Direbut

Nikmati pizza Domino’s kegemaran anda yang dipadankan bersama Pepsi Black tanpa kalori semestinya tidak akan pernah mengecewakan. Domino's Pizza telah bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat perniagaan minuman, iaitu Etika dalam menjayakan satu peraduan baharu yang menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!

Berpegang pada janjinya untuk terus mempertingkatkan pengalaman buat pelanggannya, Domino’s Pizza telah melancarkan peraduan yang dinamakan sebagaiSetiap Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk dibawa pulang. Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000 untuk direbut.Antara hadiah lain adalah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum, sah selama 2 minggu. Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.



Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."

"Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika adalah satu bonus untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah ini, pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan. Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke hadapan, "kata Linda.

"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza dan menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan dengan platform yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat mereka. Resipi kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna nikmati, " kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.



Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar. Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai permainan ‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan yang paling kreatif menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Domino's Pizza Malaysia's Everyone's A Winner serta sebarang promosi yang ajab datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.

FERNLEAF 100% SUSU SEGAR DARI NEW ZEALAND PILIHAN MIMI

$
0
0
Fernleaf 100% Susu Segar dari New Zealand Pilihan Mimi | Hai semua! Siapa suka minum susu, angkat tangan! Susu bukan saja sinonim dengan kanak kanak saja tau, kita yang dewasa pun kenalah minum susu untuk menjaga tulang kita.  Sedari kita lahir, kita dikenalkan dengan susu ibu. Betul tak? Jadi, bila kita semakin meningkat umur kita  akan  mengalami kekurangan kalsium, jadi amat penting untuk kita minum susu untuk membekalkan kalsium pada tulang kita. 



Terus terang Mimi cakap, Mimi bukanlah peminum susu tegar tau. Tak suka sangat nak nak yang jenis plain tu. Bercinta tau nak minum. Memang tekak loya dan tak boleh masuk. Tapi memandangkan susu ni ada perisa lain iaitu coklat, jadi Mimi minum yang perisa coklat lah. Kalau susu jenis plain selalunya Mimi guna bila nak buat kek atau masak makaroni. Hah yang tu baru guna susu plain. 

FERNLEAF 100% SUSU SEGAR DARI NEW ZEALAND PILIHAN MIMI 




Fernleaf 100% susu segar dari New Zealand pilihan Mimi kerana susu segar Fernleaf merupakan 100% susu  dari New Zealand. Ladang yang diusahakan merupakan ladang semulajadi di mana padang rumput yang  ditanam merupakan rumput segar dan subur. Lembu lembu bebas meragut di ladang rumput yang segar dan subur. Ia adalah kerana bagi menghasilkan susu 100% Mmmmmm yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Sebab itulah susu yang dihasilkan semuanya mempunyai makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita. Ia juga mengandungi banyak nutrien yang sangat penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga Vitamin D. 





New Zealand sangat terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik serta mendapat cahaya  matahari yang banyak menjadikan ia salah satu tempat terbaik  di dunia untuk menghasilkan susu yang sangat berkualiti. Kalau kita lihat, lembu tenusu di New Zealand sangat sihat dan berisi kan. Geram je tengok. Hah sebab apa lembu tenusunya sihat dan berisi? Mestilah kerana lembu yang dipelihara dapat meragut rumput dengan bebas tanpa perlu berkurung di dalam kandang. Rumput yang ada di ladang juga merupakan rumput yang sangat berkualiti dan terbaik supaya dapat menghasilkan susu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. 




Lembu lembu ini juga menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah dan secara tidak langsung mereka mendapat kandungan Vitamin D yang sihat. Sebab itulah lembu tenusu di sini menghasilkan susu dengan tahap Vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung dalam kandang. 

Sebab itulah Mimi suka minum susu Fernleaf kerana susunya berkualiti tinggi dan mempunyai vitamin D yang tinggi. Bukan Mimi saja yang suka anak anak lagilah suka bila dapat minum susu Fernleaf. 

New Zealand Mempunyai Pakar Tenusu Yang Berpengalaman


New Zealand mempunyai pakar pakar tenusu di Fonterra ini sudah mempunyai lebih dari 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu yang mana setiap peladangnya  sentiasa berdedikasi untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk yang sedia untuk diedarkan kepada pengguna. 



Sebab itulah berulangkali Mimi beritahu semua yang susu Fernleaf sangat berkualiti tinggi kerana mempunyai vitamin yang tinggi diperlukan tubuh badan. Terpulang pada semua untuk membuat pilihan yang bijak dan terbaik untuk keluarga. Macam Mimi memang pilih Fernleaf 100% susu segar dari New Zealand untuk diri sendiri dan keluarga. 

Sebelum terlupa susu Fernleaf boleh didapati di semua pasaraya berdekatan dan mempunyai tiga pilihan iaitu :

🌸 Full Cream
🌸 Low Fat
🌸 Chocolate


Jadi, apa perlu tunggu lagi. Apa kata pilih dan dapatkan susu Fernleaf 100% Mmmmmm yang sangat sedap dan lazat ni.


Viewing all 669 articles
Browse latest View live