Lirik Empat Dara 2020 - Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana | Sekarang ni viral sana sini lagu Empat Dara yang diberi nafas baru oleh penyanyi Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana.
Bertambah menarik lagi, Elly Mazlein menyanyi lagu Empat Dara 2020 dengan membawa karakter Mona dalam drama Kampung People lakonan beliau sendiri di awal lagu.
Mimi sendiri dengar dan tonton muzik video lagu Empat Dara 2020 pun terhibur tau. Bukan kata Mimi, anak anak pun terhibur. Satu pujian yang harus diberikan kepada Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana kerana menaikkan semula lagu Empat Dara dengan nafas baru seiiring dengan peredaran masa kini.
Lirik Lagu Empat Dara 2020 Nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana
Jom nyanyi sama sama Empat Dara 2020 nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana.
Empat Dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam lah batu
Satu dua tiga
Empat anak dara
Semua orang tahu aku boleh mengira
Tapi kalau hilang satu anak dara
Bikin risau satu negara
Semua anak dara
Jangan mudah percaya janji si teruna
Jangan mudah terpedaya dengan dunia
Hanya ilusi semata
Empat Dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam lah batu
Satu dua tiga empat
Empat dara tunggu Jebat
Mana teruna cuba dekat
Itu yang tak kenal tempat tolong halang mohon sekat
Empat tiga dua satu
Macam hitam merah jambu
Pilih bias mana satu
Lain rezeki lain laku lain pinggan lain waktu
Empat Dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam lah batu
Anak dara semua
Cantik melaram batik
Lembut berbahasa
Indah rupa budi
Bagai bulan dipagar bintang
Empat Dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam lah batu
Hah amacam? Terhibur tak dengar lagu Empat Dara versi 2020 ni. Catchy kan lagunya. Tak jemu dengar walaupun banyak kali nak nak bila part Elly Mazlein menyanyi dan sebut "Hah masuk!"
Ish dah jadi satu trade mark pulak "Hah masuk!" tu. Bukan nak kata apa lah, lagu lagu yang diyanyikan oleh Faizal Tahir memang best. Catchy dan tak jemu di dengar.
Akan datang apa pula lagu yang bakal diketengahkan oleh Faizal Tahir kan? Apakah akan jadi viral dan pilihan utama? Sama sama nantikan.