Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Resipi Sup Ayam Dato' Rizalman

$
0
0

Resipi Sup Ayam Dato' Rizalman | Assalamualaikum. Hai semua. Semoga semua sihat hendaknya di musim Covid-19 ni. Yang negeri terlibat dengan PKPB pula sama samalah kita jaga kita. Patuh arahan dan ikut SOP.

Start minggu depan, Mimi dah mula Bekerja Dari Rumah (BDR) secara bergilir gilir. Bila dah duduk di rumah ni, memang banyak bendalah nak buat kan. Contohnya deko rumah, buat content untuk media sosial ataupun cuba resipi baru.



Bercerita pasal resipi Mimi nak kongsi dengan semua satu resipi sup yang sedap iaitu Resipi Sup Ayam Dato' Rizalman. Siapa je yang tak kenal Dato' Rizalman kan? Ikon Malaysia yang berjaya menempa nama dalam bidnag fesyen suatu ketika dahulu dan kini telah bersara dari dunia fesyen. Kini, beliau sibuk dengan perniagaan beliau. Respect dengan Dato' Rizalman ni sebab idea beliau tu sangat brilliant dan banyak membantu rakyat marhein. Selain daripada, berniaga beliau todak lokek kongsi tazkirah dan juga resipi. 

Mimi dah cuba salah satu resipi yang beliau kongsikan iaitu Sup Ayam versi Dato' Rizalman. Sedap sangat dan tahan sampai esok pagi. Tak basi walaupun tak simpan dalam peti sejuk (gara gara terlupa simpan)

Jom cuba resipi Sup Ayam Dato' Rizalman. Sekali cuba mesti nak buat lagi dan lagi. 

Bahan bahan :

Ayam (potong kecil) 

2 bungkus sup bunjut

1 biji bawang besar (belah 4)

10 biji Bawang merah dihiris halus (separuh untuk tumis dan separuh lagi untuk goreng)

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Halia dihiris

2 biji lemon (diambil jus)

Daun bawang 

Daun sup


Cara cara masak

1. Tumis separuh daripada hirisan bawang merah. Hirisan halia, kulit kayu manis dna bunga lawang. Tumis hingga bawang garing.



2. Masukkan ayam. Gaul dan masak hingga keluar air ayam. Kemudian masukkan air. Kalau suka hirup sup, bubuhlah air tu banyak. Ikut pada selera masing masing. 

3. Kemudian masukkan bawang besar yang dibelah 4, sup bunjut dan jus lemon. Kacau kacau. Nanti perasalah dengan garam dan gula sikit. 




4. Kemudian masukkan separuh bawang merah yang digoreng (bersama minyak) ke dalam sup tadi.

5. Akhir sekali tabur daun sup dan daun bawang atas sup tadi. Siap. 

Hirup macam tu saja pun dah sedap tau korang. Cicah dengan roti lagilah bertambah sedap. 

Selalunya nak makan sup ayam ni Mimi akan sediakan sambal kicap sekali. Memnag marvellous rasanya. Mimi tak makan dengan nasi tapi cicah roti. Memang sedaplah. Rasanya unik dan tahan lama. 



Kalau masak sup sebelum ni kalau terlupa simpan dalam fridge memang akan basi. Tapi sup ayam Dato' Rizalman ni memang tak basi tau korang. Korang pun jangan luoa cuba resipi Sup Ayam Dato' Rizalman ni tau. In sya Allah sekali buat mesti nak buat lagi dan lagi. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.