Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

5 Jaw-Droping dan Cheesy-Licious Pizza di Kuala Lumpur dan Putrajaya

$
0
0
5 Jaw-Droping dan Cheesy-Licious Pizza di Kuala Lumpur dan Putrajaya | Pizza? Siapa saja yang tidak suka makan pizza signature dari Itali ni. Rasanya yang lembut, topping yang sedap pelbagai rasa dan dipenuhi dengan lelehan cheese merupakan kombinasi yang sangat serasi bagi menambahkan keenakkan pizza. 

Sumber : Google


Jika dahulu teringin nak makan pizza, kita perlu keluar ke bandar untuk membeli dan menikmati keenakkan pizza di restoran. Tetapi kini, seiring dengan peredaran masa yang berteknologi tinggi, kita tidak perlu bersusah payah keluar ke rumah pergi ke bandar untuk dapatkan pizza. Dengan menggunakan kecanggihan teknologi terkini, kita boleh membuat pesanan pizza hanya di hujung jari sahaja. 

Tidak terhad kepada restoran tertentu untuk dapatkan pizza, kini telah banyak restoran yang menjual pizza dengan pelbagai rasa. Kalau dahulu agak susah untuk dapatkan pizza, kini cakap sahaja mahu makan pizza di mana sudah banyak restoran yang menjual pizza.  

Kadang kala kekangan masa juga menghalang kita daripada menikmati keenakkan pizza yang berhampiran. Terutamanya mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pasti akan fikir dua tiga kali sebelum keluar makan di restoran pizza berhampiran kerana kekangan waktu rehay yang singkat atau penat meredah jalan yang sesak. Buat mereka yang ingin menikmati keenakan pizza dan malas hendak membuang masa dan tenaga meredah kesesakan lalu lintas, masa ini sangat sesuai untuk menggunakan perkhidmatan pizza delivery.

5 Jaw-Dropping dan Cheese-Licious Pizza di Kuala Lumpur dan Putrajaya


Buat korang yang tinggal di sekitar Kuala Lumput dan Putrajaya, korang boleh dapatkan pizza yang dipenuhi dengan kesedapan pizza serta rasa yang mengagumkan di 5 restoran yang Mimi kongsikan di bawah. Jom baca 5 tempat makan dengan menu pizza yang sedap dipenuhi dengan keenakkan cheese di Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

1. Mikey's Original New York Pizza @ Bangsar



Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan dan ini merupakan tempat yang patut dikunjungi. Terletak di Bangsar dan dimiliki seorang chef yang amat meminati pizza. Di sini, pizza berukuran 18" lebih besar dari ukuran pizza biasa. Yang menariknya, pizza di sini boleh didapati dalam bentuk kepingan yang rangup, nipis dan mudah dilipat. Apa kata cuba Classic New York Pizza! Rangup dan nipis serta dihiasi topping seperti sos tomato, keju parut Grana Padano dan keju mozzarella. Boleh juga cuba menu menarik di sini seperti Boneless Buffalo Wings dan Waffle Fries! 



2. Uno's Pizza @ TTDI


Kalau sebelum ni restoran yang Mimi kongsikan menjanjikan juadah pizza yang nipis dan rangup, restoran Uno's Pizza juga begitu. Pizza berkerak nipis yang ada di sini pasti membuatkan korang makan lebih dari dua keping! Ia terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), restoran Itali yang sangat selesa ini menyajikan pizza dan pasta yang enak. Banyak pilihan rasa pizza yang boleh dipilih di sini. Selain itu, jangan lupa pesan Tiramisu yang istimewa dan tidak lupa juga pasta.


3. FLAM's Pizza @ Bukit Bintang


Merupakan salah satu pizza paling nipis yang boleh korang dapatkan di kawasan Lembah Klang, FLAM's memberi salah satu pizza yang enak dan terbaik dari awal pembuatannya. Istimewanya pizza di sini, ia dibakar di dalam ketuhar kayu bata merah. Pelbagai pilihan yang di sini seperti  Smoked Salmon dan Blue Cheese hingga Four Seasons Flam's, pastinya menjadi pizza yang memuaskan dan ketagihan untuk dimakan! Chef mereka juga mencadangkan cara lain untuk memakannya kerana ia nipis dan enak dengan menggulungnya menjadi bentuk krep dan menikmati keenakkan dan kerangupannya.


4. Fahrenheit 600 @ Solaris Dutamas


Kalau 3 restoran tadi menyajikan pizza yang nipis dan rangup kali ini restoran yang Mimi nak kongsikan memyajikan pizza sedikit berbeza dari pizza kerak tipis biasa, di mana ia mempunyai yang lebih tebal. Dibuat dari adunan tangan, Henry the Duck harus menjadi pilihan yang baik untuk memenuhi perut korang yang lapar. Pizza dihiasi dengan kepingan itik salai, avokado, kepingan oren dan tomato ceri. Pizza yang harum dan sedap, sememangnya akan disyorkan kepada korang.



5. Urbano e Fresco @ Solaris Dutamas


Mendapat banyak cadangan dari  pelanggan, restoran Itali ini sangat selesa dan menyajikan makanan seperti salad, sandwic dan pizza. Bahan-bahan yang diimport menjadikan pizza di sini sangat istimewa di mana korang boleh melepaskan keinginan untuk makan pizza dengan memilih salah satu menu yang enak di sini iaitu The Margherita Pizza. Pizza kerak nipis ini terdapat dalam 3 saiz iaitu 9 ", 12" dan 15 ". Oleh kerana bahan-bahan  yang digunakan diimport, rasa yang ada pada pizza mereka sangat asli dan klasik.



Inilah 5  restoran yang menyajikan pizza yang mengagumkan serta dipenuhi dengan lelehan cheese yang banyak dan sedap di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mimi sendiri terasa rasa di tekak keenakkan dan kesedapan pizza di setiap restoran pilihan Mimi ni. 

Sekarang ini kita sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, telah banyak sektor yang mula beroperasi sekaligus menyebabkan jalan raya mulai sibuk dengan kenderaan sana sini. Pasti sedikit sebanyak berlaku kesesakan di jalan raya. Tekak teringin nak makan pizza tapi malas nak memandu dan hadap kesesakan di jalan raya. Hah apa lagi, jom sama sama kita gunakan khidmat pizza delivery yang ada. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu susah payah keluar rumah ataupun pejabat. 

Ambil telefon buat sahaja pesanan secara atas talian dan pesan sahaja menu pizza yang diingini melalui FoodPanda Malaysia Delivery. Hanya duduk saja di rumah ataupun pejabat. Tunggu sahaja sehingga pizza yang dipesan sampai ke depan pintu. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Problema Quotes – Pera Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tropa Quotes


INUMAN QUOTES


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.