Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Patutlah Mahal, Rupanya Ini Kelebihan Kurma Ajwa atau Kurma Nabi

$
0
0

Patutlah Mahal, Rupanya Ini Kelebihan Kurma Ajwa atau Kurma Nabi 



Assalamualaikum dan hai semua! Kurma memang sinonim dengan bulan puasa kerana sunnah makan kurma ketuka bersahur mahupun berbuka. 

Kurma ni banyak jenis. Ada kurma Mazafati, kurma Sayer, kurma Mabroom, kurma Piarom, kurma Ajwa dan banyak lagi. Yang paling Mimi suka ialah kurma Ajwa kerana isinya yang tidak manis, padat dan mengenyangkan. Kurma Ajwa dikenali sebagai kurma Nabi. Nak tahu lanjut mengenai kurma Ajwa baca artikel yang Mimi kongsikan ini hingga habis.

Kurma Ajwa Asli, Kurma Ajwa, Kurma Nabi, Kurma  Ajwa Kurma Mahal, Kurma Ajwa Banyak Khasiat,

Asal Usul Kurma Ajwa atau Kurma Nabi


Salah satu kurma yang Mimi suka makan ialah kurma Ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma Nabi. Ia juga merupakan buah kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Serba sedikit mengenai kurma Ajwa atau kurma Nabi. Kurma Ajwa merupakan kurma yang berbentuk hampir bulat dengan warna kehitaman. Teksturnya pula tebal dan lembut. Yang paling Mimi suka rasanya tidak terlalu manis seperti kurma lain yang dijual di Malaysia. Kurma Ajwa juga banyak ditanam di Madinah. 

Kurma Ajwa Asli, Kurma Ajwa, Kurma Nabi, Kurma  Ajwa Kurma Mahal, Kurma Ajwa Banyak Khasiat,


Kalau kita baca sendiri serba sedikit sejarah mengenai kurma Ajwa, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.  

Kurma Ajwa merupakan kurma yang mahal antara kurma yang ada kerana kini hanya terdapat sekitar 100 pokok kurma Ajwa sahaja di Madinah. Oleh kerana itu harganya agak mahal berbanding kurma yang ada. 

Kelebihan Mengamalkan Kurma Ajwa Kurma Paling Mahal


Banyak kelebihan sebenarnya apabila mengamalkan kurma Ajwa kurma paling mahal ini. Harganya boleh cecah RM80 - RM160 sekilo di Malaysia tau. Kalau di Arab Saudi cecah 60-80 riyal sekilo. 

Kurma Ajwa Asli, Kurma Ajwa, Kurma Nabi, Kurma  Ajwa Kurma Mahal, Kurma Ajwa Banyak Khasiat,


Apa kelebihan mengamalkan kurma Ajwa ni? Antara kelebihannya ialah :

1) Kurma yang disebut dalam hadis


Tahukah korang bahawa antara 1400 jenis kurma yang ada, kurma Ajwa merupakan kurma yang disebut dengan jelas di dalam hadis akan kelebihan mengamalkannya. 

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

2. Cirinya Yang Unik

Buah kurma Ajwa merupakan kurma yang berwarna gelap dan kehitaman, berbentuk hampir bulat dan kecil. Tidak manis dan isinya yang lembut. Ia juga mempunyai khasiat yang unik dibandingkan kurma lain.

3. Melindungi daripada jangkitan

Kurma Ajwa merupakan kurma yang mampu mengelakkan diri dari sebarang jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung kita serta bersifat anti kanser.

Ia juga kaya dengan zat magnesium iaiti mineral di mana ia amat penting sebagai anti radang.

4. Sumber antioksidan

Kurma Ajwa juga merupakan sumber antioksidan di mana ia mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan  antioksidan kepada tubuh setanding produk antioksidan yang ada di pasaran.

5. Berkhasiat buat ibu mengandung dan menyusukan bayi

Selain sinonim dengan bulan puasa, kurma juga sinonim dengan ibu ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ia mampu memberi tenaga yang berterusan. Kurma Ajwa juga mampu meningkatkan susu badan untuk ibu yang menyusukan bayi selain daripada melindungi daripada sebarang jangkitan dan penyakit. 

Sebab itu, Mimi mengamalkan kurma Ajwa kerana setiap kali amalkan kurma Ajwa alhamdulillah susu badan Mimi banyak dan pekat.

6. Melancarkan sistem penghadaman

Bila berpuasa, badan kita kekurangan air. Jadi agak mudah terkena sembelit. Mengamalkan makan kurma Ajwa mampu menghindarkan dari sembelit dan pembuangan jadi lawas. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya melancarkan sistem percernaan.

Kurma Ajwa Asli Madinah Keluaran Rihura Herbs

Tak kisahlah, harga kurma Ajwa ni mahal dari kurma yang lain ia tetap jadi pilihan Mimi kerana kelebihan dan keistimewaan yang ada pada kurma Ajwa ni. 

Bulan puasa yang lepas, Mimi tak melepaskan peluang beli kurma Ajwa ni untuk dijadikan makanan pembuka sahur dan berbuka. Bulan lepas datang lagi stok kurma Ajwa. Kali ni sekilo kurma Ajwa pula. Mimi jadikan kurma Ajwa sebagai kudapan tak kira masa. 

Kurma Ajwa Asli, Kurma Ajwa, Kurma Nabi, Kurma  Ajwa Kurma Mahal, Kurma Ajwa Banyak Khasiat,


Rasa teragak nak makan, memang Mimi makan saja. Siap standby satu bekas kecil berisi kurma Ajwa dalam beg. Mana mana pergi memang bawa. Teragak nak makan, ambil saja. Senang. Kurma Ajwa Asli Madinah yang Mimi beli dan makan tentulah keluaran Rihura Herbs. 

Kurma Ajwa dari Rihura Herbs jadi pilihan kerana gred kurma Ajwa ni merupakan gred 1 di mana ia merupakan kurma berkualiti tinggi, paling segar dan elok. 

Walaupun harga kurma Ajwa ni mahal tapi tidak kira peringkat apa pun korang juga mampu beli kurma Ajwa keluaran Rihura Herbs ni kerana harganya yang mampu milik. Kini, semua orang mampu membeli dan merasa keenakkan dan kesedapan kurma Ajwa. 

Kurma Ajwa Asli, Kurma Ajwa, Kurma Nabi, Kurma  Ajwa Kurma Mahal, Kurma Ajwa Banyak Khasiat,


Bagusnya kurma Ajwa keluaran rihura Herbs ini ialah selain dari harga yang berpatutan, kualiti kurmanya juga terbaik. Setiap produk merupakan stok terbaru bukan stok lama. 

Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs ini mempunyai 5 jenis bungkusan dan berat yang berbeza. Setiap bungkusan mempunyai harga yang berbeza mengikut berat iaitu :

[100g] RM 15
[200g] RM 28
[300g] RM 40
[500g] RM 60
[1kg] RM 110

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh hubungi Rihura Herbs :

Whastapp : +60 10-501 2717

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.