Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

20 Resipi Aneka Nasi Yang Sedap Memikat Selera

$
0
0
20 Resipi Aneka Nasi Yang Sedap Memikat Selera | Nasi merupakan makanan asas semua orang. Nasi juga boleh dipelbagaikan cara masakannya untuk memikat selera. Ada pelbagai aneka masakan berasaskan nasi yang kita tahu antaranya nasi goreng, nasi ayam, nasi lemak dan sebagainya.

Di sini dikongsikan 20 resipi aneka nasi yang sedap memikat selera anda dan keluarga untuk di cuba sepanjang puasa ini. Jom baca resipi resipi aneka nasi di artikel ini.


20 Resipi Aneka Nasi Yang Sedap Memikat Selera untuk Dicuba Sepanjang Bulan Puasa


Resipi Mimi sendiri sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Dah buntu sangat tak boleh fikir nak masak apa, masak saja Nasi Goreng Telur. Ringkas dan mudah serta tak banyak bahan. Guna saja apa yang ada. Janji perut kenyang! 

Nasi Goreng Telur



Bahan bahan

Nasi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
6 biji cili padi
2 biji telur

Cara menyediakan

🌸tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi.

🌸tumiskan bahan yg ditumbuk tadi. masukkan 2 biji telur. gaul semua bahan hingga sebati.

🌸kemudian masukkan garam dan gaul sebati.
🌸akhir sekali barulah masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata. 


    Nasi Minyak Paling Ringkas ( Guna Beras Biasa Tanpa Minyak Sapi) 

    Kredit : Sis Awa



    Bahan bahan

    • 2 cawan beras yang telah dibersihkan
    • 2 ulas bawang besar (dimayang) *
    • 5 ulas bawang putih (diketuk) *
    • 2 inci halia (potong memanjang) *
    • 1 inci kulit kayu manis *
    • 2 kuntum bunga lawang *
    • 5 biji buah pelaga *
    • 3 sudu makan marjerin *
    • minyak masak utk menumis
    • air secukupnya (sukatan biasa masak nasi)
    • 1 sudu garam

    Cara menyediakan
    1. panaskan minyak berserta marjerin di dalam periuk. masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.
    2. kemudian, masukkan beras dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.
    3. sekarang bolehlah dimasukkan air dan garam. kacau supaya semua sebati.
    4. kita tunggu hingga nasi masak. 

    Nasi Tomato Lauk Kenduri


    Kredit : Cikza Mohmad

    Resepi Nasi Tomato

    Bahan bahan
    • beras biasa / basmathi (sukatan adalah 1 pot beras : 2 pot air)
    • air sukatan beras
    • 3sb minyak sapi
    • 2sb minyak masak
    • rempah 3 beradik (bunga lawang / kulit kayu manis / buah pelaga)
    • 1/2 tin susu cair
    • 1 tin susu
    • 1 tin tomato puri
    • daun ketumbar
    • daun pandan
    • 1 biji tomato (potong 4 bahagian)
    • garam
    • bahan kisar : 1 ulas bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1/2 inci halia

    Cara menyediakan
    1. panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah 3 beradik sampai garing dan naik bau. Masukkan tomato puti, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.
    2. masukkan susu cari dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. biarkan separuh didi.
    3. masukkan garam, daun pandan dan tomato.
    4. bila dah mendidih, masukkan beras, kacau bagi rata. terus pindahkan ke periuk nasi. ni kalau tumis di atas dapur lah...
    5. PETUA : jika guna beras biasa, nak nampak cantik bila dah masak, wajib goreng dulu beras tersebut ye. 


    Nasi Arab

    Kredit : CikTie



    Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab

    ½ ekor ayam - potong 2
    1 kiub ayam
    1 biji tomato belah 4
    1 biji cili merah belah 4
    1 batang kulit kayu manis
    ½ sudu jintan manis (biji)
    ½ sudu biji ketumbar
    ½ sudu lada hitam (biji)
    Sesudu garam

    Cara-cara
    Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam.

    PERAP AYAM

    angkat ayam lumur dengan garam kunyit,  dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa.

    Cara Penyediaan Nasi Arab

    Bahan untuk menumis
    Minyak sapi / butter / minyak masak
    2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)
    ½ sudu biji ketumbar
    ½ sudu jintan manis
    ½ sudu lada hitam

    Cara-caranya
    • Tumis semua bahan sehingga naik bau.
    • Kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
    • Masukan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya.
    • Akhir sekali masukan daun ketumbar. Dah siap 


    SAYUR 

    Bahan :-
    Timun dibuang biji di tengahnya
    Tomato di potong dadu
    Bawang besar racik halus
    Garam dan air perahan lemon

    Caranya
    Gaulkan kesemua bahannya tu.


    SAMBAL

    Bahan-bahan 
    3 batang cili besar merah
    3 batang cili padi merah
    Buah Tomato - Lebihkan buah tomato ye
    Daun ketumbar
    Air Perahan lemon
    Garam / gula

    Cara-cara
    Blend cili, tomato dan daun ketumbar. Kemudian masukan garam, gula dan perahan lemon.

    Nasi Goreng Orang Bujang

    Kredit : Wawa

    Resepi Nasi Goreng Orang Bujang

    Bahan bahan 

    Bwg putih 5 ulas ditumbuk
    Bwg merah 4 ulas ditumbuk
    Cabai melaka dlm 10 biji ditumbuk
    Sos tiram
    Sos cili
    Telur ayam 3 biji
    Sosej

    Cara cara
    Tumis semua bahan
    Kalau nk sedap lagi letak butter sikit masa kita nk tumis.
    Masukkan sos tiram 
    Masukkan sos cili
    Kemudian masukkan sosej yang dipotong dan masukkan telur 3 biji. 
    Gaul semua bahan hingga sebati dan masukkan nasi. Gaul lagi sekata sehingga masak. 


    Nasi Daging Air Asam Kerisik




    • Bahan bahan
    • 500gm daging (dihiris)
    • 5 pot beras basmathi
    • 3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
    • 5 sudu serbuk kurma
    • 1 biji bawang merah (dihiris)
    • 3 ulas bawang putih (dihiris)
    • 1 inci halia (dihiris)
    • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
    • 1 helai daun pandan
    • 3 sudu mentega
    • garam
    • cukup rasa Maggi

    Cara cara (menggunakan Philips Pressure Cooker) : 

    1. masukkan butter, bawang merah, bawang putih & 3 serangkai. tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air. masukkan juga daun pandan. biarkan sampai garing. 
    2. selepas tu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda ye.
    3. masukkan pula lobak merah. kacau bagi rata lobak merah dgn rempah ratus.
    4. 5 pot beras disukat mcm nak masak nasi biasa (5 pot beras : 6 pot air). utk beras basmathi ni tambahkan sedikit air lagi sebab beras basmathi memang perlukan lebih air. agak-agak je ye sukatan air tu.
    5. masukkan garam dan cukup rasa Maggi dan kacau rata.
    6. akhir sekali, padamkan mode BAKE dan tukar kepada mode RICE. masak selama 15 minit.


      Cara cara buat air asam kerisik : 

      2 sudu kerisik

      2 biji tomato (potong dadu)
      7 cili akar hijau (dihiris bulat)
      3 cili merah thai (dihiris bulat) 
      1 biji bawang merah (dihiris nipis)
      1 biji bawang putih (dihiris nipis)
      1 sudu air asam jawa
      sedikit air suam dan garam
      kesemua bahan di atas dicampur dan digaulkan di dalam satu mangkuk.




      Nasi Ayam Hainan

      Kredit : Noor Liza

      Resepi Nasi Ayam Hainan


      Bahan bahan

      untuk sup
      • 2 ketul peha ayam
      • 2 batang daun bawang (diikat)
      • 2 inci halia (dipotong tebal)
      • 3 cawan air
      • garam

      untuk nasi
      • 3 pot kecil beras (dibasuh, tos)
      • 2 sudu mentega
      • 3 ulas bawang putih (dicincang)
      • 2 inci halia (dipotong kasar)
      • 1 batang serai (diketuk)
      • 2 sudu besar serbuk perencah Hilal
      • garam

      untuk sos cili
      • 5 batang cili masak
      • 3 ulas bawang putih
      • 1 batang serai
      • 1 inci halia
      • 1 sudu besar serbuk perencah Hilal
      • garam 
      • cuka

      untuk sos kicap
      • 3 ulas bawang putih
      • 1 sudu besar sos tiram
      • 3 sudu besar kicap cair
      • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
      • 1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)
      • 6 sudu air
      • garam


      Cara memasak sup

      1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
      2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.

      3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
      4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.

      Cara memasak nasi
      1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
      2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
      3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
      4. Biarkan ia masak.

      Cara membuat sos cili
      1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.

      Cara membuat sos kicap
      1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
      2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
      3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
      4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi.

        Nasi Goreng Ikan Bilis

        Kredit : Nor Azlina

        Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis


        Bahan bahan
        • 10 biji bawang merah
        • 3 biji bawang putih (digoreng dengan kulitnya sekali dan ketuk bawang)
        • 2 sudu ciliboh
        • sayur sawi
        • segenggam ikan bilis
        • nasi
        • secubit garam
        • minyak utk menggoreng

        Cara cara 
        1. kupas bawang merah dan tumbuk hingga lumat.
        2. basuh bawang putih dan goreng bersama kulit sehingga garing. ketepikan.
        3. masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. ketepikan.
        4. tumiskan bawang merah bersama bawang putih sehingga naik bau.
        5. masukkan ciliboh, serta tumis sehingga pecah minyak dan garing.
        6. masukkan sawi dan nasi putih. gaul sebati. perisakan dgn garam.
        7. akhir sekali, masukkan ikan bilis. gaul sekata.
        8. Tutup api dan sedia dihidangkan. 

        Nasi Ayam Kukus

        Kredit : Shalimar

        Resepi Nasi Ayam Kukus


        Bahan bahan



        5 ketul ayam
        air
        bawang merah (tumbuk kasar)
        bawang putih (tumbuk kasar)
        halia (diketuk)
        akar daun ketumbar
        1 kiub pati ayam



        Cara cara

        Rebus ayam dengan semua bahan di atas hingga ayam menjadi lembut.
        air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi. nasi tu dimasak seperti biasa. 
        ayam pula ditoskan sementara nasi masak.
        sambil tunggu nasi masak, boleh sediakan sos merah untuk nasi ayam. 

        Resipi Sos Merah


        1 biji bawang merah (ditumbuk kasar)

        1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
        1 biji cili merah (ditumbuk kasar)
        3 biji cili padi (ditumbuk kasar)
        daun ketumbar (dipotong kasar)
        1 biji tomato (dipotong dadu)
        1/2 gelas air rebusan ayam
        1 piring kecil sos cili



        bila dah siap tumbuk bahan-bahan di atas, satukan dengan bahan-bahan yang lain. gaul rata dlm satu mangkuk. 


        Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara) 

        Kredit : Ira Dzahir

        Resepi Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara)

        Bahan bahan untuk nasi ulam

        • nasi
        • ikan talang masin - goreng dan mesin halus
        • udang kering - goreng tanpa minyak dan mesin halus
        • kerisik - mesin halus (elok kalau buat sendiri)
        • lengkuas dan serai - mesin halus, tapi mesin asing-asing ya
        • bawang besar - potong nipis
        • bunga kantan - potong nipis
        • ulam-ulaman - gulung kemudian hiris halus.

        bubuh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan tu sikit-sikit, campur dan gaul semuanya.
        kalau nak tambah garam / serbuk perasa, boleh.
        kalau nak bagi pedas, boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. ikut citarasa masing-masing. 

        Cara cara nak masak daun keladi


        Resepi Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara)


        • keladi - rebus, lepas tu buang air
        • ikan temenung - rebus, asing isi dan tulang. mesin (mcm buat laksa)
        • bawang besar, belacan - mesin air
        • cabai kering mesin
        • daun kesom
        • bunga kantan - hiris nipis
        • lada hitam - mesin halus
        • asam keping
        • gula & garam


        basuh keladi dan rebus. dah nampak lembut, buang air rebusan tu.


        masukkan bahan yang telah dimesin (ikan temenung, bawang besar & belacan) dan cabai kering mesin.

        kalau nampak kering, tambah air sikit. biar ia mendidih sikit.

        masukkan daun kesom, bunga kantan asam keping, lada hitam, garam dan gula.

        ikut kalau nak tambah perasa. Sedia untuk dihidang.


        Bubur Nasi Berlauk

        Kredit : Alia Farhan

        Resepi Bubur Nasi Berlauk Philips Pressure Cooker

        for moi / bubur nasi all u need is beras and water. resepi ni guna Philips Pressure Cooker.
        1. 1 cup of rice grain + 2 cups water, masukkan dlm pressure cooker and then press mode "CONGEE" and then press START.
        2. after 13 minutes you moi / bubur nasi is ready.
        Resepi Bubur Nasi Berlauk Philips Pressure Cooker

        kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi. and for the lauk parts, u can cook basically anything u love.


        Nasi Goreng Sotong

        Kredit : Cahaya Hayati

        Resepi Nasi Goreng Sotong


        • Nasi lebihan semalam
          2-3 ekor sotong- dipotong
          1 ulas bawang merah kecil
          1 ulas bawang putih
          1-2 sudu besar cili kisar 
          1 sudu besar sos tiram
          1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas la)
          1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahulu
          Sayuran seperti sawi dan kobis 
          Garam secukupnya.
          Minyak
          Daun bawang
          Bawang Goreng

          Cara:
          Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la..

          Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.

          Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.

          Siap. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.

        Bubur Nasi Kemboja

        Kredit : Siti Rohaida



        • bahan-bahan untuk buat bubur :
          1) Beras yang dah dibersihkan 
          2) Bawang putih (di tumbuk halus)
          3)Udang kering(ditumbuk) 
          4) Potongan Ayam
        • 5)Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas boleh lebihkan) 

        • 6)Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis lah

        • 7) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)

        • 8) Sedikit garam

        • 9)Sedikit Minyak masak untuk menumis

        Cara-Caranya
        Firstly,korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing.
        Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la.
        Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur .
        Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye.
        Apa bahan-bahan yang dijadikan sebagai hiasan dan pelengkap bubur ni adalah
        • lobak asin yang diracik.atau korang beli yang kecik tu je.
        • Taugeh
        • Limau
        • Daun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)
        • Isi ayam
        • Lada hitam
        • Sambal
        Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka. Perasakan dengan garam dan gula.

        Nasi Minyak Daging Beriani

        Kredit : Shuhada Herman


        Resepi Nasi Minyak Daging Beriani

        • Bahan bahan :
        • 3 cawan beras basmathi
        • 1/2 cawan marjerin / planta
        • 3 1/2 cawan air
        • 1 cawan susu cair
        • 2 kuntuk bunga lawang
        • 2 batang kulit kayu manis
        • 3 biji buah pelaga
        • 2 helai daun pandan
        • garam
        • 1 kiub stok ayam
        • pewarna kuning
        • 6 biji bawang merah (dikisar)
        • 3 ulas bawang putih (dikisar)
        • 1 cm halia (dikisar)
        • bawang goreng
        • daun bawang (dihiris)


        Cara cara
        1. tumiskan bahan yang telah dikisar dgn marjerin / planta. masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
        2. masukkan beras yang dah siap dicuci, garam, air, susu cair dan kiub ayam
        3. apabila nasi telah kering, masukkan pewarna kuning. letakkan bercapuk atau setompok-setompok. tutup dan biarkan seketika.
        4. setelah kering, kacau rata. biarkan seketika.
        5. bolehlah dihidangkan. 
        Resepi Nasi Minyak Daging Beriani


        Cara buat daging beriani :

        • 1 kg daging (direbus hingga lembut)
        • 1/2 cawan minyak
        • 1 cawan air
        • 125g rempah beriani
        • 2 tangkai daun ketumbar
        • garam
        • 2 biji kentang (dipotong 4)
        • sedikit susu cair
        • 2 sudu cili kisar
        • 7 biji bawang merah (dikisar)
        • 5 ulas bawang putih (dikisar)
        • 3 labu bawang besar (dikisar)
        • 1 1/2 cm halia (dikisar)

        1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. masukkan rempah beriani dan cili kisar.
        2. masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang.
        3. tambahkan air, garam dan perasa.
        4. masakkan sehingga pekat. hias dgn tomato ceri. 


        Nasi Goreng Ikan Masin

        Kredit : Maria Firdz

        Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

        • Bahan bahan : 
        • nasi sejuk
        • ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
        • bawang putih (ketuk dan cincang)
        • cili padi (ketuk dan cincang)
        • telur
        • kailan 
        • serbuk lada hitam / lada sulah
        • sos tiram
        • gula

        Cara cara :
        1. tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
        2. masukkan telur dan hancurkan.
        3. masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. kacau rata.
        4. masukkan gula dan serbuk lada hitam / lada sulah
        5. masukkan nasi dan kacau rata. 


        Nasi Ayam Kukus Halia

        Kredit : Hanny Abdullah



        Bahan-bahan nasi ayam :
        • Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
        • Bawang merah ( dihiris)
        • Halia (dicicang atau dihiris)
        • Ayam dalam 3 ke 4 ketul.
        • Minyak masak
        • Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
        • Beras

        Cara memasak :
        Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
        Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.

        • Ayam 
        • Halia dihiris nipis 
        • Garam secukup rasa
        • Minyak bijan 
        • Kicap cair 
        • Kicap manis sedikit 
        • Serbuk lada hitam 
        • Daun ketumbar  (mengantikan daun bawang yang tak ada stok) 

        Caranya :
        1) Gaulkan kesemua bahan-bahan yang di atas bersama ayam, kemudian perapkan dan letakkan di dalam peti ais selama sejam.
        2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Masak dalam 40 min.


          Nasi Lemak Kuah Sambal

          Kredit : Marina Bashah

           Resepi Nasi Lemak Kuah Sambal

          Bahan-bahan:

          Telur yang telah direbus
          Timun
          Kacang
          Ikan bilis yang telah digoreng

          Bahan-bahan Nasi:
          1 kotak kecil Santan
          1 inci Halia dihiris
          2 pot Beras

          Bahan-bahan sambal:
          3 biji bawang merah sederhana besar
          3 ulas Bawang putih
          2 sudu besar cili boh
          Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
          Gula

          Cara-cara masak nasi :
          1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
          2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.

          Cara-cara masak sambal :
          1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
          2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
          3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
          4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
          5. Masukkan gula. Gaul sebati.



          Nasi Ayam Marjerin


          Resepi Nasi Ayam Marjerin

          Bahan-bahan

          Bawang putih
          Halia
          Ayam beberapa ketul(Untuk 2-3 orang makan)
          Air 1 jug
          Kicap
          Sos tiram
          Cili merah
          Lada sulah
          Sup bunjut
          Garam
          Gula
          Madu
          Kentang(dipotong 7 hingga 10 bahagian)
          Carrot (dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal)
          2 kiub ayam
          cuka
          majerin

          Cara-caranya

          1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
          2. Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam.
          3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit.
          4. Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.

          Cara Masak Nasi

          1. Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.
          2. Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
          3. Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
          4. Masakkan beras tersebut.


          Cara Masak Ayam

          1. Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.


          Cara Masak Kuah Kicap

          1. Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
          2. Kdemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
          3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.
          4. Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.


          Cara Buat Sambal Cili

          1. Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.
          2. Kemudian masukkan  cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.
          3. Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

          Cara Buat Sup Ayam

          1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
          2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.
          3. Kemudian masukkan carrot dan kentang.
          4. Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.


          Nasi Lemak

          Kredit : Aida Hanafiah


          • BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :
          • 3 pot beras
          • 1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
          • sedikit garam
          • 2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)
          • 2 helai daun pandan (diikat)
          • mudah. kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌.

          • BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :
          • 3 senduk ciliboh
          • 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
          • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
          • segenggam ikan bilis
          • sedikit air asam jawa
          • sedikit garam dan gula utk perisa
          • tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
          • masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak ye.
          • selepas ciliboh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata.
          • masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula.
          • SIAP!

          • BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
          • telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
          • ayam goreng
          • ikan bilis garing
          • ulam timun
          • sayur kangkung goreng
          • kacang tanah goreng

          Nasi Dagang Kelantan 

          kredit : Wani Sukarno


          • BAHAN-BAHAN

            1.5 kg beras nasi dagang
            8 biji bawang merah dihiris
            11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
            1 sudu besar rata halba
            santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
            santan cair 21/2 cawan

            CARA-CARA
            1.beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
            2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
            3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
            4. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak lah. 


          Bahan bahan untuk ikan tongkol rebus

          2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
          15 keping asam gelugor
          garam - wani letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu ya
          air
          lengkuas ( dihiris )

          CARA-CARA
          rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa  tu sekata. bila ikan tu disusun dalam periuk dan direbus sampai la kering air ikan tu.

          Bahan bahan untuk gulai ikan tongkol

          2 biji bawang merah besar*
          1 biji bawang besar*
          21 tangkai lada kering*
          11/2 lengkuas*
          11/2 kunyit*
          kari ikan 2/12 sudu besar
          3 keping asam keping
          nisan 11/2 keping
          garam ikut kesesuaian
          cili hijau 4 biji
          santan - wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu

          CARA-CARA
          1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
          2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
          3. kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.
          4. masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
          5. barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati...
          6. biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan.
          7. gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat .. sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan.


          Jangan lupa cuba kesemua 20 resipi aneka nasi yang sedap memikat selera ini sepanjang bulan puasa ni. Dari yang mudah hingga susah sikit untuk disediakan bagi yang baru belajar memasak. Tidak mengapa perlahan lahan belajar memasak. Kalau yang memang sudah pakar memasak ni, memang sap sap soi saja nak siapkan. Bak kata pepatah pejam mata pun boleh. Hah gitu! Selamat mencuba! 

          Viewing all articles
          Browse latest Browse all 669