Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Detail Scan di Klinik Pakar Wanita Rekha Seremban

$
0
0
Detail Scan di Klinik Pakar Wanita Rekha Seremban | Hai semua! Bila mengandung ni perkara pertama yang ibu ibu teruja nak buat mestilah scan bayi yang dikandungkan. Kandungan sebelum ni Mimi hanya scan biasa saja. Tak pernah buat detail scan. Untuk kandungan kali kelima ni tiba tiba tergerak hati nak buat detail scan. Mimi nak buat  sebab terbaca satu artikel ni mengenai kepentingan detail scan pada kandungan untuk kita tahu sama ada kandungan sihat dan normal ataupun tidak. Tambahan pula kandungan kali ni Mimi banyak stress dan emosi tak menentu, takut juga beri kesan pada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Jadi, pagi semalam Mimi decide buat detail scan di klinik swasta di kawasan Seremban. Berdekatan dengan pejabat. Pagi tu Mimi masuk pejabat dulu. Pukul 8.30 pagi baru keluar pejabat pergi ke klinik. Klinik yang Mimi pilih untuk buat detail scan ialah KLINIK PAKAR WANITA REKHA SEREMBAN. Kawan kawan pun syorkan buat detail scan di klinik ni.



Detail Scan di Klinik Pakar Wanita Rekha Seremban

Mimi sampai seawal jam 8.55 pagi nak buat DETAIL SCAN DI KLINIK PAKAR WANITA REKHA SEREMBAN. Masa tu klinik tak buka lagi. Bila dah buka macam biasalah daftar dulu di kaunter. Selepas beberapa maklumat penting di ambil, petugas di kaunter minta Mimi menunggu di ruangan menunggu sebab doktor akan sampai pukul 10.00 pagi. pukul 10.24 pagi nama Mimi di panggil masuk ke bilik doktor. Doktor Rekha ambil beberapa maklumat penting berkenaan dengan kandungan. Bila tarikh akhir datang bulan, kandungan ke berapa, tarikh dijangka bersalin dan bilangan anak yang sedia ada. Setelah maklumat penting di ambil, Mimi di minta masuk ke bilik Consultation di sebelah bilik doktor untuk scan.

Sebelum doktor buat detail scan, petugas minta Mimi baring ke atas katil yang disediakan. Petugas klinik masukkan beberapa maklumat penting yang Mimi berikan. Segala maklumat yang dimasukkan Mimi boleh tengok sebab ada skrin yang disediakan di hadapan untuk mudah kita lihat apa yang terpapar di skrin.


Sebelum mula detail scan, selfie dulu! 

Lepas dah masukkan beberapa maklumat, petugas beritahu doktor akan masuk sekejap lagi, dia pun terus keluar. Beberapa minit lepas tu, doktor masuk untuk mulakan detail scan. Doktor akan scan dari semua sudut tau. Mula mula dia scan menggunakan 2D kemudian bila dia nak bagi Mimi tengok dia akan tukar pada 3D. Jadi, Mimi boleh lihat dengan jelas dan terang keadaaan baby dalam kandungan. Teruja sangat bila tengok baby tau. Doktor puji baby comel, hidung mancung. Mimi jawab baby ikut ayah dia hidung mancung. Bila tengok muka baby sama macam muka kakak Auni dia pula. Tiba tiba rasa tak sabar nak tunggu baby lahir. 

Alhamdulillah fizikal baby sempurna cukup sifat semua. Jantung, saluran tali pusat, tulang, tangan kaki, jari jemari semua alhamdulillah normal. Cuma doktor ada cakap baby Mimi kecil sikit dari sepatutnya. Tapi takpelah asalkan baby normal dan sihat tuh dah cukup. Ikut tarikh dijangka bersalin yang diberikan doktor Klinik Kesihatan ialah 20.02.2020 tapi tarikh dijangka bersalin dari klinik Rekha ialah 22.02.2020. Beza tarikh tak jauh bezakan.

Selesai detail scan doktor print out semua maklumat scan pada kertas dan scan muka baby. Rasa teruja tengok muka baby tau. Tak sabar nak tunggu baby lahir dan gomol gomol. 

Bila masa yangs sesuai untuk buat detail scan ni? Masa yang sesuai untuk detail scan yang disyorkan ialah semasa kandungan berusia 18 minggu hingga 24 minggu. Tapi masa Mimi buat detail scan kandungan Mimi berusia 25 minggu, doktor kata masih boleh lagi. Kalau dah cecah 28 minggu ke atas agak susah sikit nak buat. Tapi bergantung pada doktor jugalah kan. kalau dia cakap boleh, teruskan sajalah. Tapi seeloknya dibuat semasa kandungan berusia seperti yang Mimi nyatakan tadi. 

Oh ya mungkin ada yang nak tahu berapa bayaran yang dikenakan untuk DETAIL SCAN DI KLINIK PAKAR WANITA REKHA SEREMBAN ni. Bayaran yang dikenakan ialah RM130.00. Kalau nak buat detail scan memang korang kena melabur sedikit duit sebab detail scan memang mahal dari harga scan biasa. Tengok klinik juga. Sekurang kurangnya standby dalam RM200.00. Mimi memang standby RM200.00 untuk detail scan tapi bila jumlah yang Mimi bayar hanya RM130.00 kira okeylah kan.

Buat korang ibu ibu yang sedang mengandung, digalakkan buat detail scan ni untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungan sama ada bayi normal atau tidak. Mana tahu kandungan bermasalah sekurang kurangnya ia membantu kita sebagai ibu bapa membuat persediaan awal dan juga tindakan sewajarnya yang perlu diambil untuk kesihatan bayi. Bila kandungan bermasalah korang akan dirujuk pada pakar untuk tindakan selanjutnya. Sebelum nak buat detail scan memang kita akan rasa risau dan tak senang duduk tapi demi kebaikan bayi kena jugalah buat. Tapi terpulang pada masing masing sama ada nak buat atau tidak.

Korang doakan semoga urusan bersalin Mimi dipermudahkan nanti ya. Mimi doakan kawan kawan blogger yang mengandung juga dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669