Cara Menangani Stress Dengan Bijak | Hai korang! Bercakap mengenai stress ni, rasanya semua orang ada stress. Sama ada stress tu di tahap yang terkawal atau tidak. Bohonglah kalau cakap diri tu tak pernah stress kan? Tak banyak, sikit pun akan rasa stress.
Apa itu stress? Menurut Dr. Hans Selye pengasas kepadabteori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikan sebagai "suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan sesuatau bebanan yang menimpanya." (rujukan : www.drdanial.faithweb.com)
Macam Mimi sendiri pun merasa juga stress. Kebanyakan stress berpunca dari tempat kerja. Setakat ni kerja memang tak ada masalah tapi keadaan sekeliling tu yang mneyebabkan Mimi stress. Bila stress, mulalah nak makan makan makan. Dah kurang stress mula rasa menyesal sebab makan tak ingat dunia. Hahaha... Sebab tu seboleh boleh Mimi cuba elakkan diri daripada stress. Sebab bila stress Mimi mulalah naknlepaskan marah tu pada orang yang tak sepatutnya. Mimi bukan jenis yang suka marah orang sebab memang tak suka nak marah. Kalau marah tu adalah yang tak kena. Nasib baik suami faham.
Jadi, cara Mimi menangani stress ialah Mimi cuba sesuatu yang memberi keseronokan dan kegembiraan pada diri sendiri. Sebagai contoh Mimi akan pakai earphone dan mainkan lagu lagu kegemaran. Selalunya dengar lagu hindustan lah. Lantaklah orang nak membawang ke, panggil Mimi memang tak ku hirau sebab tak dengar.
Selain daripada tu, kalau pejabat Mimi dah stress sangat, Mimi akan merayau dari tingkat 9 pergi ke tingkat 8 cari kawan borak borak kosong. Tak nak layan sangat stress tu. Kadang kadang whatsapp suami atau bff luah perasaan. Sekurang kurangnya rasa lega sikit apa yang kita rasa.
Ada masanya Mimi akan tidur. Bila tidur, lepas bangun tu rasa fresh sangat. Terus lupa apa yang buat Mimi jadi stress. Tu cara Mimi tangani stress. Ada juga cara lain yang lebih baik dan bagus dari cara Mimi ni.
Buat korang yang stress ada CARA MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK tau. Cara bijak menangani stress dwngan mengamalkan 10B. Apa 10B tu? 10B yang dimaksudkan seperti berikut :
🌸 Bersyukur
🌸 Bernafas dengan teratur
🌸 Bicara Diri
🌸 Beribadat
🌸 Berkongsi perasaan
🌸 Berehat dan berurut
🌸 Beriadah
🌸 Bersenam
🌸 Berfikiran positif
🌸 Mendengar muzik
Hah ni cara yang efektif CARA MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap korang yang stress dapat atasi stress dengan mengamalajn 10B seperti yang dikongsikan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang.