Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES

$
0
0
PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES | Hai semua! Pejam celik pejam celik sekejap saja dah masuk 5 Ramadhan kan? Selain kita berlumba lumba tambah amal ibadat, ada juga dalam masa yang sama cuba ubah diri untuk jadi insan yang lebih positif. Yelah hidup kita ni mestilah sentiasa positif kalau nak jadi insan berjaya, betul tak? 

Bila nak berjaya kita mesti hadirkan diri ke bengkel atau seminar yang menganjurkan program yang boleh membangkitkan semangat kita supaya terus berjaya dalam hidup kita. Mesti korang terfikir bengkel atau seminar mana yang patut korang hadir untuk menyerlahkan potensi diri korang tu? Hah Mimi nak share dengan korang berita baik. Korang nak ubah hidup korang supaya jadi lebih baik dari yang sebelum ni? Hah apa kata korang join PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES. 

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES 




Mesti korang nak tahu juga siapa yang menganjurkan program ni. Untuk pengetahuan korang, PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES telah dilancarkan oleh Richworks International Sdn Bhd secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 

Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.



Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Hah agak agak korang dapat agak tak siapakah gerangan empunya Richworks International Sdn Bhd ni. Pandai pun masing masing teka. Siapa lagi kan kalau bukan Dr Azizan Osman. Mimi memang kenal beliau melalui iklan motivasi di internet, akhbar dan majalah. Memang program beliau dihadiri orang ramai yang pelbagai latar belakang. Tak silap Mimi kawan kawan Mimi yang ada buat bisnes pun tak melepaskan peluang untuk menghadiri program yang dianjurkan beliau. Memang tak dapat dinafikan ramai usahawan berjaya lahir dari program anjuran Richworks International Sdn Bhd. 



Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.



RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 




Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 




“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.



Jadi, buat semua di luar sana yang nak ubah hidup apa kata sertai program yang dianjurkan oleh Richworls International Sdn Bhd. Bila dah sertai nanti pasti korang tidak rasa rugi dan akan terus bersemangat untuk ubah hidup seperti mereka yang telah berjaya. Pendaftaran  dibuka untuk sertai Program Ubah Nak Ubah Hidup.

Untuk pendaftaran boleh layari www.nakubahhidup.com atau hubungi talian hotline 1300-88-2424

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.