Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUKAN VERSI PURE NOGOYI

$
0
0
RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUKAN VERSI PURE NOGOYI| Hai semua! Apa menu berbuka hari ni? Hari ni berbuka puasa Mimi masak dua menu request by encik suami iaitu Udang Masak Lemak Cili Padi daj Sayur Kailan Ikan Masin. 

Tapi kali ni Mimi nak share dengan semua RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUKAN VERSI PURE NOGOYI hah gitu !Bukan main panjang nama resipi kan? 

RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUKAN VERSI PURE NOGOYI



Sebab apa Mimi cakap resipi ni bukan pure nogoyi? Hah kalau yang masak lemak cili padi pure orang Nogoyi atau Nismilan atau Negeri Sembilan, bahan bahan untuk masak lemak sangat ringkas tau. Tak guna bawang langsung! 

Tapi masak lemak cili padi yang Mimi masak ni versi derhaka sikit sebab orang  Nismilan dah campur orang Melaka hah jadilah resipi ni. Ni resipi versi mak mertua Mimi pun ye. 
Hah jom tengok resipi masak lemak bukan versi pure nogoyi ni. 

BAHAN BAHAN

Udang
1/2 biji bawang besar2 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
9 biji cili padi
1 sdt kecil serbuk kunyit
1 sdt kecil garam kasar
1 biji kentang sederhana besar
Santan
Sebatang serai

Cara nak masak

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit, cili padi dan garam sehingga lumat.
2. Masukkan sedikit santan cair (Mimi guna santan KARA) 
3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, serai dan    kentang yang dibelah 12. (Cara nak potong ikut pada selera masing masing ya)
4. Biarkan sehingga kentang sedikit empuk. Kemudian masukkan santan pekat. Kacau kuah sehingga sebati dan biarkan seketika sampai kentang betul betul empuk. Pastikan sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak. 
5. Bila kentang dah empuk masukkan udang. Udang masuk akhir sekali sebab isinya senang masak. Sekejap saja dah masak. Kan? 
6. Bila udang dah bertukar warna dan kuah dah gelega. Tutup api. Siap!! 

Jadi, ni lah menu berbuka yang Mimi masak untuk hari ni. Jangan ada yang   argue masak lemak cili padi mana ada letak bawang. Ye, dak Mimi tahu masak lemak cili padi tak guna bawang langsung tapi macam Mimi cakap dah nama pun resipi ni versi derhaka kan! So, faham faham sajalah. 

Korang yang nak cuba resipi ni untuk makan masa sahur atau berbuka nanti silakan! Okayla , nak berbuka dah. Jumpa next entry.  Bye! 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes