PERUT KENYANG HATI RIANG IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT | Hai semua! Dari sehari ke sehari nak share dengan korang cerita Mimi iftar dengan family dekat Bangi Golf Resort tapi semendang busy dengan kerja. Finally, berjaya juga update entry basi yang tak berapa nak basi sangat ni dengan korang.
Sabtu minggu pertama bulan April tahun dua kosong satu sembilan (awal bulan April lah, hehehe), Mimi berkesempatan bawa keluarga ke Bangi Golf Resort untuk menikmati pelbagai juadah sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia tak lama lagi. Of course lah kan Mimi nak PERUT KENYANG HATI RIANG IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT dengan keluarga tercinta!
PERUT KENYANG HATI RIANG IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT
Korang yang belum berkeluarga sendiri tu boleh saja bawa mak ayah atau adik beradik iftar kat sini. Boleh juga nak bawa kawan atau insan insan kurang bernasib baik menikmati juadah istimewa dan sedap di Bangi Golf Resort ni.
Ermmm mesti korang tertanya tanya kan apa tarikan utama yang ada di BANGI GOLF RESORT ni kan. Yelah beria ia nau dak Mimi bercerita kan. Hah, nak tahu sangatkan tarikan utama di Bangi Golf Resort ni apa?
Mestilah ada pelbagai seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan yang ada kat sini. Cakap je nak hidangan apa! Hidangan tradisional Melayu yang boleh buat korang terkenangkan masakan ibu nun jauh kat kampung atau korang nak ubah sikit selera tekak nak makan hidangan Barat. Semua ada di BANGI GOLF RESORT! Kalau korang iftar kat sini memang perut kenyang hati riang dibuatnya nak nak Iftar Sesama bersama orang tersayang kan!
Dan yang paling best di Bangi Golf Resort ni mestilah konsep 'Kebun Dalam Bandar' yang menjadi trademark dan kebanggaan Restoran BGR. Ia mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri digunakan dalam masakan Melayu dan tradisional.
Sebagai contoh kalau korang makan Nasi Kerabu di Restoran BGR. Nasi Kerabu bersama ulam ulaman organik dipetik sendiri oleh chef chef di BGR sendiri dimakan pula dengan serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan ayam goreng berempah dan gabungan ulam ulaman yang segar iaitu bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom dan kacang panjang. Tak lupa juga budu bersama hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Hah dapat bayangkan tak kesedapan Nasi Kerabu di Restoran BGR.
Nasi Kerabu berwarna biru bukan dicurahkan dengan pewarna biru ya korang tapi warna biru tu dari bunga Telang yang ada di kebun. Terbayang bayang pula kesedapan Nasi Kerabu BGR yang Mimi makan semasa iftar tahun lepas.
Nak bagi korang rasa sendiri pengalaman memetik sebahagian ulam ulaman terus dari pokok, tahun ini di bahagian ulam ulaman dan kerabu disediakan peluang keemasan ini kepada korang yang berkunjung kat sini. Di seksyen yang sama juga, korang jangan lepaskan peluang cuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang sedap dan menyelerakan.
ANEKA VARIASI MENU MENAMBAT SELERA
Seperti tahun lepas eksklusif sepanjang Ramadhan, Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak memang menjadi pilihan pengunjung selain Satay Ayam dan Daging. Kueh Teow dan Mee Mamak pula di masak dan korang boleh tengok depan mata cara masak.
Iftar kali ni Mimi tak lepaskan peluang rasa makan Nasi Ayam. Ayam pula dipanggang bersama sos BBQ ala Oriental. Memang sedap tau korang. Dah lah ayam tu empuk dan berjus, nasi pula gebu, berkilau. Tambah pula sos kicap soya dan sos cili dibuat sendiri perrghh bertambah sedap.
Bahagian masakan India pula, ada Ayam Varuval Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak yang digandingkan bersama nasi kukus.
Hah korang jangan lupa singgah di bahagian masakan Barat tau. Makanan Barat tak kurang hebatnya. Macam tahun lepas tahun ni memang Mimi tak lepaskan peluang makan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Memang sedap tau korang. Kalau nak makan Spaghetti dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carnonara pun ada tau korang!
Apa maknanya berbuka puasa kalau tak ada manisan dan pencuci mulut. Macam macam ada seperti Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Koci, Putri Ayu dan pelbagai lagi kuih muih Melayu yang ada. Aneka kek seperti Blueberry Creme Brule Cake, Red Velvet Swiss Roll Green Tea Cheese Cake, Pandan Gula Melaka Mousse dan pelbagai lagi kek pun ada!
Dah makan mestilah nak minum kan? Kang tercekik naya je kan. Hah jangan lupa basahkan tekak korang dengan aneka minuman seperti Kordial Mangga, Kordial Anggur Air Tebu ,Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah buahan.
Last but not least, kitorang dihidangkan dengan Raja Buah! Siapa yang tak suka Raja Buah kan! Malam tu dewan semerbak harum buah Raja Buah. Mimi dan sekeluarga tak lepaskan peluang makan durian!
Pertandingan menguoas durian terpantas juga diadakan mengamatkan suasana di dalam dewan tau .
Di Bangi Golf Resort selain daripada kita dapat Iftar Sesama, kita juga boleh berkongsi pahala sama sama kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungan sepanjang Ramadhan kepada Relief Malaysia (IRM).
Selain daripada itu Restoran BGR juga mengamalkan konsep sifar pembaziran di mana mereka bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, Restoran BGR dengan kerjasama
portal F8Buzz.com juga mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian sepanjang Ramadhan ini. Satu usaha murni yang patut dihargai!
Oh ya lupa nak beritahu korang di sini juga disediakan surau yang lebih luas untuk menunaikan solat, 16 kubikel tandas dengan taraf 5 bintang dan 800 lot parkir percuma disediakan untuk memudahkan para pengunjung. Memang memudahkan sangat sangat urusan pengunjung kan!
Harga untuk tempahan buffet Ramadhan untuk dewasa ialah RM59.00 nett dan RM29.00 nett untuk kanak kanak.
Boleh buat tempahan di :
https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
Seperti tahun lepas eksklusif sepanjang Ramadhan, Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak memang menjadi pilihan pengunjung selain Satay Ayam dan Daging. Kueh Teow dan Mee Mamak pula di masak dan korang boleh tengok depan mata cara masak.
Iftar kali ni Mimi tak lepaskan peluang rasa makan Nasi Ayam. Ayam pula dipanggang bersama sos BBQ ala Oriental. Memang sedap tau korang. Dah lah ayam tu empuk dan berjus, nasi pula gebu, berkilau. Tambah pula sos kicap soya dan sos cili dibuat sendiri perrghh bertambah sedap.
Bahagian masakan India pula, ada Ayam Varuval Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak yang digandingkan bersama nasi kukus.
Hah korang jangan lupa singgah di bahagian masakan Barat tau. Makanan Barat tak kurang hebatnya. Macam tahun lepas tahun ni memang Mimi tak lepaskan peluang makan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Memang sedap tau korang. Kalau nak makan Spaghetti dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carnonara pun ada tau korang!
Dah makan mestilah nak minum kan? Kang tercekik naya je kan. Hah jangan lupa basahkan tekak korang dengan aneka minuman seperti Kordial Mangga, Kordial Anggur Air Tebu ,Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah buahan.
Last but not least, kitorang dihidangkan dengan Raja Buah! Siapa yang tak suka Raja Buah kan! Malam tu dewan semerbak harum buah Raja Buah. Mimi dan sekeluarga tak lepaskan peluang makan durian!
Pertandingan menguoas durian terpantas juga diadakan mengamatkan suasana di dalam dewan tau .
Di Bangi Golf Resort selain daripada kita dapat Iftar Sesama, kita juga boleh berkongsi pahala sama sama kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungan sepanjang Ramadhan kepada Relief Malaysia (IRM).
Selain daripada itu Restoran BGR juga mengamalkan konsep sifar pembaziran di mana mereka bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, Restoran BGR dengan kerjasama
portal F8Buzz.com juga mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian sepanjang Ramadhan ini. Satu usaha murni yang patut dihargai!
Oh ya lupa nak beritahu korang di sini juga disediakan surau yang lebih luas untuk menunaikan solat, 16 kubikel tandas dengan taraf 5 bintang dan 800 lot parkir percuma disediakan untuk memudahkan para pengunjung. Memang memudahkan sangat sangat urusan pengunjung kan!
Harga untuk tempahan buffet Ramadhan untuk dewasa ialah RM59.00 nett dan RM29.00 nett untuk kanak kanak.
Boleh buat tempahan di :
https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
Untuk maklumat lanjut layari :
Web : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : @bangigolfresort