Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE

$
0
0
RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN DERMASAFE | Hai semua! Bila umur semakin meningkat ni macam macam produk skincare yang kita akan try and error untuk cari keserasian. Betul tak? Tapi perlu diingatkan janganlah nak cantik dengan masa singkat sanggup rosakkan kulit muka dengan produk skincare timbang kilo atau yang mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya yang tinggi. 

Dulu masa zaman study di U, kulit muka Mimi memang breakout teruk bukan sebab salah guna produk ke apa tapi lebih pada masalah hormon. Masa tu jerawat tumbuh besar besar dan merah. Nak berdepan dengan orang pun malu langsung tak ada keyakinan. Alhamdulillah masalah Mimi tu dapat diatasi selepas menggunakan produk Safi. Sejak dari itulah Mimi kenal Safi. Semua orang tahu, Safi sekarang mempunyai pelbagai rangkaian produk yang sangat bagus untuk kulit wajah. 

Untuk pengetahuan korang, sekarang ni Safi telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu SAFI DERMASAFE. Korang yang ada masalah kulit muka kusam, breakout, berjerawat dan sebagainya apa kata RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE. 



RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE

Rangkaian SAFI DERMASAFE mempunyai kandungan bahan semulajadi utama iaitu Licorice dan Chamomile di dalam rangkaian produknya. SAFI DERMASAFE terdiri daripada 5 produk utama iaitu :



1) SAFI DERMASAFE Pembersih Mousse - ia merupakan pembersih lembut, ringan dan tidak merengsakan kulit muka. Ia menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam sahaja. Buih yang dihasilkan padat dan berkrim ini membersihkan kulit dari sebum dan kekotoran yang berlebihan sambil mengurangkan tekanan pada kulit.

Ia diperkaya dengan bahan bahan alam semula jadi seperti Licorice dan Chamomile untuk mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Formula yang tidak kering dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) dan meninggalkan rasa segar dan bertenaga sambil mengekalkan kulit terhidrat, lembap dan lembut.



2) SAFI DERMASAFE Hydrate & Refresh Booster Mist  - Cuaca panas menyebabkan kulit muka menjadi kusam, letih dan tak bermaya yang mengakibatkan kulit pudar dengan cepat, kulit terasa kering dan tidak selesa. Dihasilkan dengan bahan semulajadi ekstrak Licorice dan Chamomile ia memberi manfaat 2 dalam 1 pada kulit muka iaitu bertindak sebagai penggalak yang meningkatkan kelembapan. Ia juga melegakan dan melindungi kulit ketika mengenakan solekan dan ia akan membuat solekan tahan lebih lama serta memastikan kulit lembut sepanjang hari.

Fungsi SAFI DERMASAFE Hydrate & Refresh Booster Mist 2 in 1 :

🌸 Meningkatkan kelembapan sehingga 3x
🌸 Melindungi kulit dari bahan pencemar
🌸 Menguatkan struktur kulit dan melindungi kulit daripada bahan pencemar
🌸 Berkesan menenangkan kulit
🌸 Mekap tahan lebih lama
🌸 Melegakan ketidakselesaan pada kulit.





3) SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle  - membersihkan kulit secara mendalam sambil menyingkirkan sebum dan kekotoran. Formula yang ringan dan lembut ini diperkaya dengan bahan semulajadi iaitu Licorice dan Chamomile untuk membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit muka. Secara keseluruhannya, pembersih ini membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit dan menghasilkan kulit yang sihat dan berseri. 




4) SAFI DERMASAFE Rehydrate & Recover Night Cream  - emulsi berasaskan air dan teksturnya selembut sutera yang tidak berminyak dan menyerap dengan cepat. Formula pelembap yang diperkaya dengan bahan bahan semulajadi seperti Licorice & Chamomile melembap dan mencegah kekurangan air pada kulit. Ia juga mengurangkan kemerahan kulit  kerengsaan untuk membantu ketidakselesaan pada kulit. Emulsi ini sangat membantu nemulihkan kulit muka ketika tidur. 

Ia juga diperkaya dengan Niacinamide di mana ia menguatkan fungsi penghalang kulit untuk membentuk perlindungan yang tinggi pada kulit.



5)  SAFI DERMASAFE Soothing & Hydrate Day Moisturizer  - merupakan gel yang ringan dan mudah menyerap pada kulit muka di mana ia memberikan penghidratan 24 jam sambil mengekalkan kulit yang tenang dan lembap di siang hari. 

Formula anti pencemaran dengan bahan bahan semulajadi dari ekstrak Licorice dan Chamomile yang membentuk halangan pelindung dari bahan pencemar sambil mengurangkan kemerahan pada kulit dan kerengsaan. Ia juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid untuk mengunci kelembapan dan mengekalkan kulit lembut dan lembap sepanjang hari.

TEKSTUR DAN CARA PRODUK SAFI DERMASAFE

Mesti korang nak tahu tekstur kelima lima produk SAFI DERMASAFE ni kan. Apa yang boleh Mimi katakan kelima lima produk SAFI DERMASAFE lembut pada kulit dan ringan. Cara nak gunakan pun tak susah mana.

Mimi selalunya akan guna pembersih muka jenis gel dulu baru diikuti dengan mousse. Korang boleh tengok tekstur gel dan buih yang terhasil dari pembersih gel pada gambar di bawah. Cara nak guna pun senang saja. Picit pembersih pada tapak tangan dan ratakan dengan air. Sapu sekata pada muka dan bilas.

Tekstur pembersih gel

Buih yang terhasil dari pembersih gel

Selepas itu guna pembersih mousse pula. Pastikan tangan dan muka basah dengan air. Pamkan pembersih pada tapak tangan dan ratakan pada muka. Bilas hingga bersih. Kalau korang nampak tekstur pembersih mousse dalam bentuk adalah jenis cecair dan bila dipam ia berbentuk buih halus. Mimi suka pembersih yang didatangkan dalam bentuk botol sebab lebih hygiene.

Tekstur pembersih mousse di dalam botol

Tekstur pembersih mousse selepas dipam

Selepas dah bersihkan muka dengan pembersih SAFI DERMASAFE jangan lupa pakai krim pelembap siang untuk siang hari dan krim pelembap malam untuk malam sebelum tidur.

Kedua dua pelembap ni sangat lembut pada kulit muka dan mudah menyerap ke dalam kulit. Krim pelembap siang berwarna jernih manakala krim pelembap malam berwarna putih.

Tekstur krim pelembap siang

Tekstur krim pelembap malam

Selepas pakai pelembap Mimi akan sembur booster mist. Waktu pagi Mimi akan sembur selepas mengenakan mekap. Malam Mimi tak guna pun. Pakai krim pelembap malam tu pun dah cukup.

Jangan lupa sembur muka dengan booster mist

PENDAPAT MIMI MENGENAI RANGKAIAN PRODUK SAFI DERMASAFE




Selepas menggunakan rangkaian SAFI DERMASAFE ni memang Mimi dapat rasa kulit muka lebih lembut dan lembap. Paling best skincare SAFI DERMASAFE baunya tak terlalu kuat dan wangi tau.

Mimi suka kedua dua pembersih muka SAFI DERMASAFE gel dan mousse tu. Gel tu buih tak terlalu banyak dan bila sapu pada muka memang lembut je. Macam tu juga bila pakai pembersih mousse tu. Pam sekali sahaja dah cukup. Bila sapu pada muka memang terasa betul kelembutan buih tu.



Krim pelembap siang dan malam memang mudah menyerap pada kulit muka. Tak tinggalkan kesan melekit atau oily pada muka Mimi. Memang Mimi suka produk macam ni. Sebab sejenis kulit Mimi ni mudah berpeluh, jadi bila skincare yang meninggalkan kesan melekit atau oily memang buat mood spoil terus.


Hah antara kelima lima produk SAFI DERMASAFE Mimi paling suka booster mist. Sembur sembur saja pada muka memang sejuk dan segar je rasa. Nak nak time panas ni kan memang elok sangat sembur booster mist ni pada muka. Tak lah muka layu je rasa betul tak?

Yang penting SAFI DERMASAFE telah diuji secara Dermatologi dan TIADA pewangi, TIADA alkohol, TIADA colorants, TIDAK diuji ke atas haiwan dan TIADA minyak mineral.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk SAFI DERMASAFE ni korang boleh layari  :

Laman rasmi :

Facebook  : 

Instagram :


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669