ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI | Hai semua! Sebagai blogger dan peniaga online amat penting Mimi mempunyai kad nama atau kad business untuk meluaskan lagi pengaruh sebagai blogger ataupun peniaga online. Kira kad nama tuh melambangkan identiti Mimi gitu. Korang pun mesti ada kad nama jugak kan, betul tak? Korang yang tak ada tu cepat cepat buat sebab penting okey kad nama tuh. Bercerita pasal kad nama, Mimi nak share dengan korang mengenai ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI.
ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI
Selain mendesign dan mencetak kad nama, Arifani Design juga menyediakan perkhidmatan tempahan kad kahwin, banner, bunting sticker, rubberstamp, flyers dan banyak lagi. Kesemua tempahan tuh akan disiapkan dalam tempoh seminggu KECUALI kad kahwin sahaja akan siap dalam tempoh 14 hari waktu bekerja .
Kenapa Mimi recommend korang untuk buat tempahan di Arifani Design ni? Ini kerana hasil design dan cetakan yang disediakan sangat memuaskan hati korang nanti. Selain daripada harganya yang murah, produk perkhidmatan mereka yang disediakan sangat berkualiti. Bab layanan pada pelanggan pula tak perlu nak dipertikaikan lagi sebab layanan yang diberikan memang terbaik.
Pihak Arifani Design juga tidak lokek nak share idea dan cadangan yang terbaik buat pelanggan untuk mendapatkan hasil yang cantik memuaskan hati. Kot korang tak ada idea, hah diorang sedia membantu memberi beberapa idea yang bagus. Design yang dibuat juga menarik dan cantik tau korang. Masa Mimi nak pilih design untuk kad business jadi rambang mata tau. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Semua cantik cantik belaka. Ambil masa nak pilih.
Eh terlupa pula nak beritahu, kalau korang buat tempahan kad tapi ketandusan idea nak design apa korang tak perlu risau sebab Arifani Design akan design untuk korang. Design percuma ditawarkan untuk Kad Business, Kad Kahwin, Banner dan Banting yang simple, rubberstamp dan sticker .
Perkhidmatan cetakan pun mereka buat tau. Let say korang dah ada design semua tapi tinggal nak cetak sahaja pun boleh di Arifani Design ni. So, memang tak ada masalah pun kalau nak gunakan perkhidmatan mereka .
Mesti korang cakap eh dak Mimi sembang kencang entah ya ke tak dia cakap pasal Arifani Design ni. Korang tak baik tau fikir bukan bukan. Takmo takmo takmo. Sebab baguslah dak Mimi share. Tak percaya? Korang boleh tengok feedback pelanggan Arifani Design tentang perkhidmatan yang mereka sediakan .
Kalau korang nak dapatkan perkhidmatan terbaik dari Arifani Design korang boleh layari laman sosial mereka seperti di bawah :
Facebook - Arifani Design
Instagram - @arifanidesign
Shopee - http://shopee.my/arifanidesign