Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY

$
0
0
HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY | Hai semua! Malam ni baru ada mood nak update blog. Makin menjadi jadi pulak pemalas nak update blog kan. Padahal banyak je story nak share dengan korang semua! Mesti ada yang perasan sebelum ni Mimi kerap update entry mengenai produk yang best best dari Althea. Nama pun Althea Angels kan bertindak sebagai ambassador gitu. Kenalah promote barang barang yang best dari Althea.



2 minggu lepas iaitu 13 Januari merupakan hari lahir Mimi. So, Althea Angels yang birthday bulan Januari akan dapat hadiah istimewa dari Althea. Pilih sendiri gitu. Hadiah dari Althea ni Mimi dapat 12 Januari. Agak teruja bila dapat tau! Selalu dapat kotak pink cecoet saja saiznya kali nih panjang ngko! 

So, nak tahu apa HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY yang Mimi dapat, sila baca entry ni hingga tamat siaran.... hahaha

Total produk yang Mimi grab ialah 16 jenis. Produk yang Mimi grab ialah :


1) My Beauty Tool Hair Brush

Bila nampak sikat ni terus grab. Sebab colour pink. Tolonglah jangan kecam sejenis dak Mimi ni. Memang pantang betul tengok segala benda warna pink. Dah test guna. Memang best. Bila sikat rambut, rambut yang rosak dan gugur akan melekat dekat sikat. So, takde dah rambut gugur bersepah dekat lantai. I like sangat!! 

2) Holika Holika Collagen

Mimi baca review ramai cakap best dan memang berkesan bila pakai. So, Mimi pun grab satu sebab nak jugak nampak awet muda selalu kan. Cara nak pakai pun senang, guna selepas cuci muka. Picit sikit pada tapak tangan dan sapu pada muka. Lepas tu, sambung pakai toner, essence dan bla bla bla. 


3) Koelf Ruby Bulgarian Rose Hidrogel Eye Patch

Love sangat eye patch ni. Bau wangi. Mimi pakai masa sebelum nak tidur malam. Mimi pakai eye patch ni untuk kurangkan eye bag dan dark circle.  Sangat hygienic okay sebab diaediakan small spatula untuk korang pick eye patch dari bekas pink.


4) Lovey Dovey Perfume Fabric Mist

Serius cakap Mimi tak boleh move on dengan bau fabric mist Lovey Dovey. Wangi gila kot. Sembur sembur sikit kat baju pergh terbaik baunya. Jarang guna sebab sayang .hahaha....


5) Nature Republic Argan Essential Deep Care Shampoo

Baca review ramai cakap best syampu ni nak nak ia mengandungi argan oil. Kita semua tahukan kebaikan argan oil ni. So, Mimi grab satu nak cuba. Bila dah pakai memang best, bau wangi yang semulajadi lah. Soft je tau korang bau syampu ni.

6) Mise - En - Scène Perfect Repair

Kecil kecil cili api okey. Cara nak pakai senang jer, lepas cuci rambut korang keringkan dengan tuala. So rambut dalam keadaan basah dan kering. Kira masih lembab lagilah. Then sapu perfect repair ni. Dah beberapa kali pakai nampak perubahan pada rambut tau. Rambut halus, lembut dan paling best rambut kurang gugur. Memang best sangat lah korang. Tak sia sia pilih.


7)  The Face Shop Pink Cushion Blusher

Memandangkan blusher sedia ada dah nak habis. So, haruslah dak Mimi grab satu blusher yang cute ni. Didatangkan dalam packaging yang cute dan puff bulus bulus yang lembut gitu. Belum pakai lagi tau. Nak habiskan betul betul blusher sedia ada. Rasa sayang pulak nak pakai sebab cute!

8) It's Skin Power 10 Formula VC Effector with Vitamin C Derivative

Serum ni Mimi pakai waktu malam sebelum nak tidur. Waktu siang serum lain. Serum ni best pakai. Bau lemon yang soft. Pakai pun tak rasa melekit. Saiz pun besar kalau nak compare dengan serum yang lain.


9) Althea Bare Essentials Contour Cleanser

Kebanyakan kawan kawan bloggers Mimi pakai ni sebab best. Bau lemon yang sangat wangi dan bila apply pada muka rasa berangin sejuk saja. Jangan tak tahu adik adik Mimi pun guna. Diorang suka. So, yang ni Mimi grab untuk mama. Stok Mimi ada lagi tau.

10) AHA BHA PHA 30 DAYS Miracle Toner

Since Mimi baca banyak review yang best best pasal toner ni, Mimi pun grab satu buat stok. Dah pakai memang best. Kulit muka rasa lembut dan moist saja. Liang pori pun mengecil dan scars pada muka semakin pudar.


11) Boom De Ah Dah Everyday Mask Lemon Lime 

Setakat ni, Mimi ada 3 jenis mask dari jenama Boom De Ah Dah iaitu Rice, Lemon Lime dan Green Tea. Lepas ni nak tambah stok mask lagi. Lemon Lime tu best, walaupun masa pakai rasa pedih sikit jerrrr tapi boleh nampak kesan pakainya. Scar jerawat semakin pudar. Hasil gabungan mantop dengan produk lain gitu juga kan.

12) Boom De Ah Dah Everyday Mask Green Tea

Mask Green Tea ni pun best sangat pakai tau korang. Bau green tea tu soft je bila kita bau. Bila pakai kulit muka memang rasa moist sangatttt. 

13) Tony Moly Pureness 100 Green Tea Mask Sheet

Dah pakai mask Green Tea ni memang best. Boleh nampak ekstrak green tea pada mask tu. Lepas pakai memang kulit muka rasa soft dan moist gitu. 


14) Althea Pore Purifying Serum Cleanser

One of my favourite product from Althea. Highly recommended untuk korang yang tak suka bawa segala tok nenek skincare yang memberatkan beg korang kalau pergi mana mana. Tak payah dah bawa wet tissue, makeup remover, cleanser atau serum. Ada sebotol ni dalam beg cukup. Bertindak 3 dalam 1 tau iaitu sebagai makeup remover, cleanser dan serum. Kalau mekap tebal memang Mimi suka pakai ni. Semua jenis mekap tanggal sepantas kilat.


15) The Face Shop Light Cleansing Oil

Since Mimi sekarang memang rutin skincare ikut cara Korean Skincare routine, so ni salah satu wishlist yang Mimi nak . Nak buat double cleansing memang kena ada cleansing jenis oil ni. 

16) Missha 4D Mascara

Kemain ko nama maskara ni 4D Mascara gitu . Terfikir juga kenapa panggil 4D kan. Ke bila pakai bulu mata ni dari jauh nampak "4D" tu ke macam mana kan. Tapi yang best bila pakai maskara ni, ia tak clumpy tau korang. Tuh yang best. Bulu mata pun nampak sehelai sehelai je. I loike sangat! 

So, inilah kesemua 16 produk yang Mimi grab sempena birthday Mimi yang lalu. Hah amacam best best tak produk yang Mimi grab! Gila tak suka dapat hadiah masyuk macam ni. Thank you very much to ALTHEA for the awesome gifts. Rasa beruntung dan bertuah sangat terpilih jadi Althea Angels tau korang. Sebab barang barang yang ada di Althea semua best best. Kalau korang tak percaya korang boleh klik link web Althea ni, confirm korang pun akan jadi rambang mata macam sejenis dak Mimi. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.