Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL x ALTHEA

$
0
0
STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL x ALTHEA | Hai semua ! Selamat tahun baru. Semoga hari ini baik baik saja buat korang semua. Stay in positive circle! Tahun baru mesti semua segala galanya baru. Macam tu juga dengan wangian yang Mimi pakai. Sebelum ni Mimi setia dengan perfume tau. Tak pernah cuba body mist pun. 



Tapi kan sejak bulan lepas Mimi cuba satu haruman baru body mist iaitu STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL x ALTHEA. Disebabkan dah biasa dan serasi dengan perfume bila cuba body mist baru dari Althea ni memang agak risau nak pakai sebab takut tak menepati piawaian yang ditetapkan.... Hah gitu!! 

Body mist ni merupakan body mist pertama Althea berkolaborasi dengan pelakon popular Indonesia Titi Kamal. Titi Kamal merupakan pelakon dan ikon kecantikan tau korang. Antara filem popular lakonannya ialah Ada Apa Dengan Cinta. so, dah kenalkan siapa Titi Kamal? Disebabkan Titi Kamal ni ikon kecantikan, jadi,  tak mustahillah beliau sangat menitikberatkan kualiti yang ada pada Stay Fresh Body Sparkling Mist. 



Masa mula mula sembur tu Mimi macam tak berapa ngam dengan baunya sebab macam kuat sikit baunya. Yela sebelum ni Mimi dah biasa dengan perfume yang baunya soft dan tak terlalu kuat baunya. Tapi kan bila dah pakai lama lama eh eh lembut saja baunya tau. Terus jatuh cinta dengan STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL x ALTHEA ni tau. Terus dah sembur nak sembur lagi. Bau memang kekal dari pagi sampai petang kalau korang sembur terus di bahagian nadi korang .

STAY FRESH BODY SPARKLING BY TITI KAMAL x ALTHEA




Mesti korang nak tahu kan kandungan body mist ni yang wangi ni kan. Kandungan bahan utama yang terdapat dalam body mist ialah:

❤️ Damask Rose Water - memastikan kulit sentiasa terhidrasi dan memberikan aroma yang lembut serta wangi

❤️ Orange Flower Extract  - menyegarkan semula kulit dan memberi perasaan yang menyenangkan

❤️ Elder Flower Extract  - menyejukkan dan melegakan kulit serta memberikan aroma yang selesa



Patutlah aromanya wangi dan lembut saja rupanya ada mengandungi air mawar dan ekstrak bunga orange dan peach. 

Pendapat Mimi memgenai Stay Fresh Body Sparkling Mist pula, so far, Mimi pakai body mist ni memang best dan rasa wangi je sepanjang hari. Baunya memang unik tau. Anak anak Mimi pun suka bau body mist baby sulung Althea ni. Jangan tak tahu, Mimi pun dah repeat order tau body mist. Sempat grab masa promo Buy 1 Get 1. Setakat ni Mimi ada stok 4 botol dekat rumah. 



Lagi satu apa yang best pasal body mist ni mudah dan boleh di bawa ke mana mana saja sebab saiznya yang sesuai untuk disimpan di dalam handbag. Kira friendly user lah. Ringan dan tak membebankan pun. 

Hopefully after this Althea akan berkolaborasi dengan artis lain pula untuk keluarkan produk seperti perfume ke atau barangan mekap kan. Why not berkolaborasi dengan Dato' Sri Siti Nurhaliza ke kan memandangkan beliau merupakan ikon kecantikan dan usahawan yang berjaya selain dari menyanyi . Betul tak? Confirm lagi meriah dan mendapat sambutan hangat gitu! 




Okey buat korang yang tertanya tanya harga body mist, meh Mimi nak bagitahu korang berapa harganya. Harga sebotol body mist ni ialah RM35.00 (100ml). 

STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ni merupakan salah satu produk eksklusif Althea tau korang. Setiap pembelian produk eksklusif Althea ni akan dapat free shipping dengan masukkan kod PBSHIP. Korang yang nak dapatkan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni boleh dapatkan terus di link bawah:



Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.