Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA

$
0
0
DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA | Hai semua ! Sekarang ni hangat dan heboh sana sini bercerita pasal DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah tu ya. Macam macam luahan kat facebook Mimi baca pasal drama tu. Ada yang kelakar ada yang geram kan. Tapi Mimi tak tengok pun drama tu. Sebab sejenis jarang tengok tv. So, Mimi beli novel saja. Lagi puas hati .



DRAMA ADAPTASI NOVEL PUJAAN HATI KANDA


Walaupun tak tengok drama PUJAAN HATI KANDA ni, Mimi boleh agak jalan cerita macam sebab Mimi dah ada novel Pujaan Hati Kanda ni . Dah habis baca pun. Nama pun drama adaptasi kan mesti ada jalan cerita yang diubah ikut kesesuaian  betul tak? Contoh dalam drama baby Iqy tapi dalam novel baby Rara okey! 

Sumber  Google


Pelakon dan Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda


Barisan pelakon 

Remy Ishak - Megat Danish/Danny
Mira Filzah - Tiara
Sarah Hildebrand - Nadine
Syazwan Zulkifly - Pali
Elisya Sandha - Reena
Azar Azmi - Fatimah
Mustaqim Bahadon - Kashah
Aida Rahim - Rosnah
Omar Abdullah - Dato Megat Aiyub
Dian P. Ramlee - Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim - Suria
Taufik Hanafi - Naim
Qazem Nor  - Rizman

Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.
Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Bakal isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.    Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi itu anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.
Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
Jika dahulu dia digelar lelaki mata keranjang bergred A+, dikejar dan dipuja ramai gadis. Kini, pesonanyamasih hebat. Dia kembali dikejar Tiara, Nadine dan Fatimah gadis misteri. Ketiha tiga mereka mempunyai sikap dan karamter yang berbeza. Namun ketiga tiga mereka mempunyai alasan yang kuat untuk mengikatnya dengan ikatan perkahwinan .Hendak atau tidak, dia terpaksa memilih antara simpati, tanggungjawab dan cinta. Kini manakahenjadi keutamaan seorang lelaki yang kini sudah kembali ke pangkal jalan ?

Hah complicated tak hidup Danny? Mesti korang tertanya tanya nanti Danny dan Tiara jadi ke tak kahwin? Ke Danny kahwin dengan Nadine? Mimi tak nak cerita Danny kahwin dengan siapa, better korang tenhok sendiri drama tu kan. Kalau cerita nanti tak best lah sebab dah spoil. Tapi PUJAAN HATI KANDA ni memang best tau korang .
Baca novel pun hati dah sakit tengok perangai Pali kalau drama apa entah lagi kan . Nak nak muncul pula si Fatimah tu lagi sakit hati tau korang . Kesian dekat Tiara je nanti . Dan yang paling best tentulah part baby Iqy sebab baby Iqy tu comel sangatkan?  Gebu dan bijak tau . Tengok gambar je dah geram .
Selamat menonton drama PUJAAN HATI KANDA lah ye korang. Confirm lepas ni korang akan bertambah sakit hati. Mimi dah lepas rasa sakit hati menyampah tu bila baca novel. Tak sanggup nak tengok drama dah. Tambah dosa aku je kang! Hahaha .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE