SEBAB KENAPA HUGGIES DRY PANTS JADI PILIHAN | Hai semua! Ibu ibu kat luar sana pernah tak buntu nak pilih diaper yang bagus dan terbaik untuk anak anak. Mimi pun mengalami nasib yang sama. Sampai pening jadinya nak pilih diaper yang terbaik untuk si bujang Adhwa. Tapi, sekarang Mimi dah tahu diaper yang terbaik untuk Adhwa iaitu Huggies Dry Pants . Nak tahu SEBAB KENAPA HUGGIES DRY PANTS JADI PILIHAN Mimi? Hah, wajib baca sampai habis kenapa Mimi pilih HUGGIES DRY PANTS.
SEBAB KENAPA HUGGIES DRY PANTS JADI PILIHAN
Bila Adhwa semakin membesar dan lasak , Mimi kena cari diaper yang sesuai dengan dia. Nak nak sekarang ni dia dah pandai buka diaper yang dia pakai. Yelah, pakai jenis tape tuh senanglah dia buka. Geram je tengok tau. Tapi mungkin dia tak selesa sebab ketat dia pakai pangkal peha tu kan. So, Mimi decide cari diaper yang sesuai dan selesa dipakai. Cari punya cari akhirnya mata ni berkenan dan tersuka tanpa sengaja dengan Huggies Dry Pants.
Sebab kenapa Mimi pilih Huggies Dry Pants? Jom tengok video yang Mimi sertakan di bawah dulu.
Hah dah tengok video kan? So, apa pendapat korang mengenai Huggies Dry Pants? Jom baca SEBAB KENAPA HUGGIES DRY PANTS JADI PILIHAN Mimi.
Mempunyai Kuasa Serapan Yang Terbaik
Ya. Salah satu pilihan utama yang Mimi titikberatkan ialah kadar penyerapan yang baik. Huggies Dry Pants ni mampu menyerap dengan pantas dan mengelakkan berlakunya kebocoran. Ada sesetengah diaper yang Mimi belikan untuk Adhwa lambat menyerap dan tahu tahu bocor saja. Jenuh pula nak cuci dan lap sisa air kecil yang keluar dari diaper yang dipakai. Kadang bila buka diaper yang dipakai, punggung dia nampak basah kesan dari air kecil yang dibuang. Tapi bila pakai Huggies Dry Pants, punggung dia sentiasa kering.
Huggies Dry Pants merupakan Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants! Hah nampak tak hebat tak hebat kadar serapan yang dimiliki! Ia mempunyai kadar serapan yang pantas kerana ia mempunyai 1000 Lubang Mikro yang menyerap dengan cepat serta memerangkap kebasahan untuk memastikan anak kecil sentiasa dalam keadaan kering. Hah, sebab tulah Mimi pilih Huggies Dry Pants untuk Adhwa!
Beri keselesaan kepada Kulit Anak
Bila nak belikan diaper kena juga ambil kira anak kita selesa atau tidak bila pakai, betul tak? Macam Adhwa sendiri bila dia suka buka diaper, Mimi assume dia tidak selesa. Sebab tu dia buka diaper yang dipakai. Bila pakai Huggies Dry Pants nampaklah dia lebih selesa bergerak ke mana sahaja yang dia suka. Selain itu, ia juga mempunyai 5-Way Comfort Fit di mana ia beri keselesaan di bahagian pingang perut,bahagian pinggang belakang dan kedua dua belah kaki secara berterusan kepada anak dan yang paling penting di bahagian pinggang pants direka agar mudah regang dan elastik. So, tak perlu risau dah diaper yang anak kita pakai ketat atau tidak kan.
Jimatkan masa dan mudah diuruskan
Sebab apa Mimi cakap jimatkan masa dan mudah diuruskan bila pakai Huggies Dry Pants ni. Sebab bila anak tengah lasak, agak susah sikit nak pakaikan dia diaper. Sebab tak tahu duduk diam kan. Gerak sana sini . Kadang pakaikan dia diaper jenis tape tu mesti senget sebelah lah, ketat lah. Kalau dapat jenis yang suka lari sana lari sini tak penat nak kejar? Dahlah kita ibu ibu banyak kerja nak kena buat dan perlu di selesaikan. Memang terkejar-kejar masa dibuatnya.
Tapi dengan Huggies Dry Pants semua jadi mudah dan pantas. Geraklah macam mana pun lari lah jauh mana pun, dapat saja terus sarung zasss gitu! Tak kiralah masa tu macam mana posisi anak. Berdiri ke, merangkak ke, baring ke kan. Sarung saja. Kalau jenis tape tu nak pakaikan anak diaper kena pastikan dia dalam posisi baring, betul tak? Tapi dengan Huggies Dry Pants, anak dalam apa posisi pun boleh saja pakai. Hah lepas tu dah boleh sambung buat kerja macam biasa.
Harga yang sangat berpatutan dan kualiti yang terjamin
Kalau dulu orang cakap Huggies ni untuk orang ada ada saja boleh pakai sekarang ni tak lagi. Semua golongan bekerja boleh beli dan pakaikan untuk anak anak sebab harga yang ditawarkan sangat berpatutan setanding dengan kualiti yang diberikan. Dijamin selesa dan bagus untuk anak kecil!
Bagi Mimi harga yang ditawarkan kalau setanding dengan kualitinya, sangat berbaloi untuk dibeli. Harga tak penting yang penting kualiti diaper tu sendiri supaya anak selesa dan happy bila pakai.
Buat ibu ibu di luar sana tak payah dah fikir lagi nak cari diaper sesuai untuk anak korang! Percayalah cakap Mimi beli saja Huggies Dry Pants confirm puas hati! Tak perlu fikir panjang dah sebab Huggies Dry Pants menepati ciri ciri yang ibu ibu inginkan pada anak anak.
Sebelum terlupa, Huggies Dry Pants boleh didapati dengan lima saiz berbeza mengikut berat anak anak iaitu saiz SM, L, XL dan XXL. Korang boleh rujuk seperti gambar di bawah untuk cari saiz yang bersesuaian dengan berat anak.
Yang nak beli Huggies Dry Pants korang boleh beli terus di sini http://bit.ly/2LgcBwt