Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

PLAN TRIP KE SABAH YANG PASTI MENYERONOKKAN

$
0
0
I need a break! Most of time, Mimi rasa nak lari kejap tinggalkan tempat ni dan pergi ke tempat yang tak ada orang kenal dan Mimi tak perlu buat apa-apa. Embracing the mother nature, berjemur di bawah sinaran matahari sambil dengar bunyi kicauan unggas. Fuh, bestnyaaa. Tapi impossible lah Mimi boleh buat semua tu. Kalau nak cari tempat-tempat macam tu mesti kena plan awal, book flight and chalet, arrange itinenary, bla bla bla. Mahu makan masa 2-3 bulan juga tu. 

Yes I need a break! 


Tapi kenapa Mimi tengok orang lain senang je pergi bercuti. Tiap-tiap bulan mesti up gambar-gambar cantik kat gunung lah, laut lah. Mimi pula asyik terperap je kat pejabat. Pagi kerja, balik petang. Bila penat, terus tidur. Bosannya hidup seorang Mimi. Macam tak percaya pulak hidup Mimi sekarang sesuram ni. Nak nak suami tugas luar, anak anak pula bercuti di kampung. Tinggallah Mimi seorang dengan si bujang kecil ni di rumah. Kalau dulu zaman belajar, Mimi selalu jugak ikut trip dengan persatuan or kawan-kawan pergi hiking, camping, berkelah! Seriously, Mimi jealous tengok kawan-kawan lain post gambar percutian dorang. Hmmm..

Sumber : Google


Then satu hari, time Mimi tengah scroll feed Instagram, Mimi terjumpa satu akaun ni. Nampak macam menarik sebab kebanyakan post dorang pasal attractions yang Mimi jarang tengok orang pergi. Semua tempat-tempat rare. Dia punya account description bunyi macam ni, “travel made simple through our flight and hotel booking app”. Seriouslah? Apa lagi, Mimi terus cari aplikasi ni kat Playstore. Yelah, dah bertahun tau Mimi plan nak bercuti di Sabah tapi asyik tertangguh saja. Tapi bila peluang keemasan ada di depan mata takkan nak lepaskan, betul tak? 

Sumber : Google


Mimi dah dapat bayangkan Mimi tengah menikmati keindahan alam, sambil hirup udara nyaman dan cuci mata tengok lembu yang comel-comel kat Kundasang. Selepas itu, Mimi bayangkan pula buat Island Hopping di Pulau Mantanani dan Pulau Manukan. Mesti best kan dapat tengok School of Barracuda Fish. Lepas tu, Mimi plan nak naik kereta api klasik dari Beaufort ke Tenom. Mission adalah nak rasa kopi Tenom yang orang dok cakap sedap sangat tu ;)

Sumber  : Google


Tiba tiba Mimi rasa macam boleh travel sana-sini dengan mudah pula. Macam mana boleh rasa mudah? Haa mesti la dengan Traveloka! Ever since Mimi download app tu kat handphone, asal ada waktu free je, Mimi akan search flight and hotel promo. Apa yang Mimi perasan, setiap kali hujung minggu or any special occassion, dorang akan buat offer dengan bagi kod kupon untuk promo! Cool kan? So dari situ lah Mimi boleh arrange everything untuk trip ke Kota Kinabalu nanti. Kebetulan time checking out the app, Malindo Air tengah buat promosi. Apa lagi, terus sambar lah. Return tiket tak sampai RM400 pun! Dah lah Malindo. Dengan free 20kg luggage check in, dapat complimentary in flight meal. Lepas tu boleh tengok movie sepanjang perjalanan lagi, takde lah pishang macam selalu bhai, hihihi!



Untuk hotel pulak, aplikasi ni boleh sort kan ikut kita punya preference. Samada nak yang luxury, budget, homestay atau resort. Depend kat bajet kita sendiri. Disebabkan Mimi plan nak pergi dengan family, so Mimi decide untuk stay kat Promenade Service Apartment. Apa yang Mimi suka pasal tempat ni ialah sebab jaraknya yang dekat dengan banyak local attractions, macam Pasar Filipine, Jesselton Point ( jeti untuk ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abd Rahman), Centre Point Sabah dan macam-macam lagi. Nak cari tempat makan dan shopping souvenir boleh berjalan kaki saja. Gaya Street yang famous dengan Sunday Market tu pun tak jauh dari apartment yang Mimi dan family nak menginap  nanti. Kebetulan nanti kitorang akan touch kat Kota Kinabalu hari Ahad pagi, sempat lah pergi usha apa yang ada kat sana. Confirm, segala macam benda unik ada kan? Patutlah tempat ni perlu ada dalam must-visit list setiap pengunjung yang datang ke Kota Kinabalu ni.

Sumber : Google


Oh ye, berbalik kepada cerita pengembaraan Mimi nanti, selepas ke Tenom, kitorang plan nak singgah main White Water Rafting kat Sg Padas! Tak sabar rasanya nak cuba White Water Rafting nanti! Mesti seronok! Nanti Mimi tulis dan kongsi pengalaman di sana supaya korang boleh buat reference, hihihi. Mimi harap trip akan datang ni berjalan dengan lancar dan mudah!! Rasa excited sangat! Tak sabar tau korang! Thank you Traveloka, memudahkan urusan Mimi dan family untuk bercuti nanti! Love you!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Latest Images

Trending Articles


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.2 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC



Latest Images