Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA

$
0
0
10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA | Hai semua! Sebut saja pasal Althea tak senang duduk dibuatnya tau sebab Althea merupakan web yang menjual pelbagai produk kecantikan dari Korea. Sebut saja apa korang nak semua ada. Mimi alergik betul dengan nama Althea ni .Sebab kalau dengar saja dah tak tentu arah. Hahaha!

Jangan tak tahu Althea menawarkan pelbagai produk yang terbaik dan mampu milik. Sebelum beli korang boleh baca review produk. Sama ada okey atau tidak. Tapi produk dari Althea tak pernah tak okey! Semua best! Sebab tuhlah Mimi setia dengan produk Althea.



Okey stop bebel, jom tengok 10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA yang Mimi nak sangat pakai dan tambah stok sedia ada! 

💄Althea Real Fresh Skin Detoxers Rose & Green Tea Set (150ml) - RM77 (10% OFF) 


Produk istimewa 2 in 1 cleanser + mask ni memang tak dapat disangkal kehebatannya. Real Fresh Skin Detoxers Rose yang mengandungi ekstrak dan kelopak bunga May dan sesuai dipakai waktu pagi manakala Green Tea yang mengandungi serbuk green tea Jeju dipakai pada waktu malam. Hanya sapu pada muka dan biar selama 10 saat kemudian cuci dengan air. Memang muka rasa segar dan lembut! Produk ni memang terbaik! Kulit muka Mimi memang lembut dan segar! Dah pakai beranilah recommend pada orang lain juga. Kalau beli 1 RM43 tapi beli dua dapat 10% diskaun. Jimat tak jimat ?

Boleh klik sini untuk dapatkan kedua duanya https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set

💄Althea Milk Peel Cream Mask (50ml)  - RM36


Satu lagi produk skincare yang Mimi jatuh cinta dan suka iaitu Milk Peel Cream Mask .Ia mengandungi AHA dan BHA serta ekstrak susu. Mampu singkirkan kulit mati pada muka dan kulit akan jadi lembut. Bila nak mekap nanti tak adalah nampak bercapuk disebabkan ada kulit mati. Mask ni best tau korang, ia berbentuk clay tapi bila sapu terasa creamy dan milky tu. Biarkan beberapa saat bertukar jadi bubble halus pada muka. Masa mula mula pakai rasa geli pada muka macam semut hurung tapi best! Memang best dan best! 

Tak percaya jom try! Boleh klik sini https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

💄Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner (250ml) - RM57


Selepas cuci muka kenalah segarkan muka dengan toner ya tak? Macam Mimi sendiri agak cerewet nak pilih toner yang sesuai dengan masalah kulit muka Mimi yang berminyak dan ada masalah pori terbuka. Tapi ada satu toner ni yang Mimi nak cuba sangat iaitu Jeju Volcanic Pore Toner. Dah baca review semua puji best pakai. Katanya mampu kecilkan pori terbuka juga. Ia mampu membersihkan sisa pencuci yang tertinggal dan buat kulit muka segar sepanjang hari. Ia juga bertindak mengawal pengeluaran sebum dan tiada kesan iritasi pada kulit muka terutamanya yang mempunyai masalah pori sensitif . 

Boleh dapatkan toner ni di sini https://my.althea.kr/jeju-volcanic-pore-toner

💄Etude House Wonder Pore Freshner (250ml)  - RM34


Salah satu toner yang Mimi nak try juga ialah Etude House Wonder Pore Freshner. Mengandungi ekstrak peppermint ia mampu membersihkan kekotoran di samping mengekalkan tahap pH kulit muka. Ia sesuai digunakan untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak dan mempunyai pori terbuka. So memang kena cuba produk ni ! Sebab sesuai untuk selesaikan masalah kukit muka yang Mimi hadapi sekarang ni! 


💄Althea Petal Velvet Sunaway (55ml)  - RM43


Sebelum apply foundation atau cushion pada muka kenalah pakai sunscreen dulu, betul tak? Penting tau nak lindung kulit dari sinar UV. Sebelum ni Mimi ada juga pakai sunblock atau sunscreen ni tapi tak sesuai sebab rasa melekit dan berminyak. Tapi Petal Velvet Sunaway ni lain daripada yang lain. Walaupun teksturnya tidak terlalu pekat dan cair dan berwarna putih tapi bila sapu pada kulit ia tak tinggalkan kesan capuk. Memang blend dengan warna kulit kita tau. Yang best ia mudah meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak langsung! Produk yang tak oily memang Mimi love sangat !

Tak percaya? Jom cuba produk ni https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway

💄 Laneige BB Cushion Pore Control (430g) - RM118


Produk Cushion terbaik dari Laneige okey! Mimi nak cushion ni sebab ia berikan coverage yang lembut pada muka. Didatangkan dengan formula yang dipertingkatkan, di mana ia mampu mengawal pengeluaran sebum. Kulit wajah juga akan kelihatan segar sepanjang hari. Hah bab bab kawal sebum ni memang Mimi suka! Pori Mimi terbuka sedikit di bahagian pipi jadi cushion macam ni memang Mimi perlukan. Sebab bab pemilihan cushion ni memang Mimi agak cerewet sikit sebab tak semua cushion serasi dengan muka Mimi tau. 

Jom cantik sama sama dan dapatkan cushion hebat ni https://my.althea.kr/bb-cushion-pore-control-2016-new

💄 Althea Flawless  Creamy Concealer (6g)  - RM15


Selalunya Mimi guna concealer untuk cover bahagian yang bermasalah contohnya bawah mata dan juga guna untuk buat shading. Concealer memang sangat penting okey. Concealer Althea ni terdiri dari 4 warna yang berbeza. Disebabkan produk Althea tak pernah mengecewakan, so Mimi nak cuba concealer Althea ni .Confirm best! 

Nak tambah koleksi produk best dari Althea klik sini https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer

💄 Natural 100 Mineral Sunkill RX (12g) - RM46


Kenapa Mimi nak sangat produk ni? Mimi nak sangat sebab selain melindungi kulit dari sinar UV ia mampu buat kulit nampak cerah dan sekata tau  Bila pakai muka nampak gebu gitu! Liang pori pun jadi kecil. Stok yang ada pada Mimi dah tinggal sikit sebab tu Mimi nak sangat produk ni. Memang best sangat sangat bila pakai. Ia mengandungi SPF 46 dan PA+++ dan kandungannya terdiri dari bahan semulajadi. Kanak kanak pun boleh guna tau. So  takdelah kulit muka kita kena sunburn. Memang sangat selamat digunakan! Highly recommended tau !

Nak juga? Klik link ni untuk dapatkan produk ni https://my.althea.kr/catrin-natural-100-mineral-sunkill-rx-12g


💄Etude House Bling Bling Eyestick (1.4g) - RM18


Macam Mimi kalau pergi kerja memang ada masa pakai eyeshadow ada masa tak pakai sebab sejenis malas nak angkut palet eyeshadow yang makan ruang beg mekap. Mimi lagi suka bawa yang jenis kecil dan menjimatkan ruang. Jadi, bila ada eyeshadow jenis stick ni memang terus berkenan nak beli. Sebab mudah dan ringan dibawa ke mana sahaja. Ada 9 jenis warna yang cantik cantik, memang wajib ada dalam beg mekap gitu! 


💄Etude House Lip & Eye Remover (100ml) - RM16


Bila muka seharian dengan mekap , dah tiba masa nak rehatkan muka dari sebarang mekap betul tak? Selalunya Mimi bersihkan mekap guna tisu basah. Sebelum ni ada juga guna mekap remover untuk mata dan bibir saja. Kira pakai asing asing lah . Tanggalkan mekap pada mata dan bibir dulu kemudian baru tanggalkan mekap di kawasan lain guna remover lain pula. Bahagian mata dan bibir ni kan nipis sikit dan sensitif . Macam Mimi, ada juga guna lipstick yang susah tanggal tau. Pakai tisu basah memang kena sental kuat kuat. Sakit sikit lah! Bila baca review produk ni best dan mudah tanggalkan mekap tebal di kawasan mata dan bibir nak juga cuba sebab ia tidak meninggalkan kesan iritasi pada mata dan bibir. Mengandungi air dan minyak yang perlu digoncang sebelum guna sangat mudah digunakan dan menanggalkan mekap semudah ABC! 

Boleh dapatkan produk ni di sini https://my.althea.kr/lip-eye-remover-100ml

So, ni lah 10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA. Berpinar mata nak pilih produk terbaik dan best yang Mimi suka dan sangat pakai. Korang pilih produk apa pula di Althea? Buat korang yang nak cuci mata tengok produk lain yang best best di Althea boleh layari web www.althea.kr atau nak lagi mudah download saja aplikasi Althea di Play Store dan Apple Store  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear