Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Belanja Anak Anak Makan KFC Nancho Cheezy Crunch

$
0
0
Belanja Anak ANAK Makan KFC Nancho Cheezy Crunch| Hai korang! Khamis baru ni, sebelum shopping kasut raya Mimi bawa anak anak makan KFC dulu. Dah sampai KFC of course lah nak cuba menu baru KFC. So, hari tu Mimi belanja anak anak makan KFC Nancho Cheezy Crunch.

Makan KFC Nancho Cheezy Crunch

Mimi order dua set KFC Nancho Cheezy Crunch untuk anak anak. Memang sedap dan crunchy sangat! Sekali pula dengan air Mango pergh lagi sedap. Favourite Mimi tau air Mango tu.

Set KFC Nancho Cheezy Crunch

Mimi pula order set lain. Tak ingat pula nama set tu. Yang Mimi ingat set tu ada ayam seketul dan KFC wrapping tu. Air Mimi tukar ambil Fanta Float. Tapi tukar air dengan Aina. Dia amnil float, Mimi ambil air Mango.

Muka happy Auni dapat makan KFC

Kakak Aina dengan gaya peace

Adhwa bukan main lagi sedut air Mango

Mimi rasa juga KFC Nancho Cheezy Crunch. Memang sedap dan rangup. Nancho yang dihancur kecil kecil u pun banyak disalut pada ayam. Ayam memang besra. Puas hati. Tapi ada juga cakap tak Nancho Cheezy Crunch indah khabar dari rupa! 

Bagi Mimi lah kan, rasa dan rupa menu baru KFC ni bergantung pada outlet yang menyediakan. Sebab ada yang okey ada yang tak kan. So far, kalau nak makan KFC, Mimi suka makn di KFC Aeon S2. Kalau makan KFC di City Park S2, memang tak puas sebab rasanya kurang sedap. Macam Mimi cakaplah penyediaan menu setiap outlet berbeza dna tidak sama walaupun menggunakan resipi yang sama!

So far, anak anak happy dapat makan Mimi pun happy juga. Korang dah makan ke Nancho Cheezy Crunch? Macam mana rasanya? Okey ke tak?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669