Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

KASUT BATA KASUT RAYA 2018 PILIHAN HATI

$
0
0
Kasut BATA Kasut Raya 2018 Pilihan Hati | Bila bulan puasa, mak mak mesti sibuk buat persiapan raya. Seperti mak mak lain, setiap tahun, Mimi juga sibuk fikir persiapan raya seperti biskut raya, baju raya, kasut raya dan sebagainya. Yang paling penting Mimi dulukan persiapan untuk anak anak. Bila raya mesti semua nak baru, betul tak? Baju, tudung, beg termasuklah kasut baru untuk anak anak. Kasut Aina dan Auni Mimi dah beli awal awal sebelum puasa lagi. Dan semeatinya kasut diorang Mimi beli di BATA. Untuk raya kali ni, kasut BATA kasut raya 2018 pilihan hati Mimi sekeluarga.

KASUT BATA KASUT RAYA 2018 PILIHAN HATI


Kasut BATA kasut Raya 2018 pilihan hati

Mesti korang tertanya juga kan kenapa Mimi  memilih kasut BATA. Mimi pilih kasut BATA kerana ia sangat selesa dan harganya yang berpatutan. Tahun lepas pun kasut raya Mimi jenama BATA tau. Siap daftar jadi ahli BATA lagi. Sebab itu raya tahun 2018 ni, sekali lagi Mimi pilih kasut BATA sebagai kasut raya Mimi sekeluarga. Selain daripada itu, setiap kali raya BATA pasti akan menawarkan diskaun yang best untuk pelanggan setianya. Sempena raya tahun 2018, BATA menawarkan diskaun raya yang sangat menarik tau!

Khamis lepas Mimi bawa anak anak pergi BATA di Aeon Seremban 2. Masuk saja BATA, terus jadi rambang mata sebab banyak pilihan kasut yang ada. Dan yang paling best ada tawaran yang menarik di BATA! Nak tahu apa tawaran menarik BATA? 

Belanja RM149 PERCUMA RM25 baucer diskaun dan Marie Claire Wrislet


Untuk pembelian RM149 korang akan dapat RM25 diskaun baucer dan Marie Claire Wrislet dan kalau korang berbelanja RM99, korang akan dapat 10% offer dan RM25 diskaun baucer. Diskaun baucer tu boleh digunakan untuk pembelian yang seterusnya. Hah best tak? Sebab tuhlah Mimi suka shopping di BATA.

PELBAGAI PILIHAN KASUT RAYA 2018 DI BATA


Di BATA ada pelbagai pilihan kasut raya 2018 tau korang. Dari kasut lelaki dan wanita dewasa sehinggalah kanak kanak. Pelbagai design yang menarik dan up to date ada di BATA. Korang hanya pilih saja mana yang berkenan di mata. Jom tengok pelbagai pilihan kasut raya 2018 di BATA yang sempat Mimi snap!

Pelbagai jenis dan design kasut untuk wanita


Cantikkan kasut ni

Pelbagai design high heel yang ada di BATA

BATA Comfit pun ada tau


Selain daripada pelbagai pilihan kasut raya 2018 di BATA, korang yang nak beraya sakan dengan beg baru pun boleh dapatkan di BATA okey. Beg jenama Marie Claire memang agak popular di BATA dengan pelbagai design yang dijual. Murah murah saja korang. Design pun cantik cantik tau.

Antara neg Marie Claire yang ada di BATA

Koleksi beg dan kasut di BATA




KASUT BATA JADI PILIHAN MIMI


Sibuk pilih kasut raya sendiri


Macam Mimi cakap tadi, raya tahun lepas kasut Raya Mimi memang jenama BATA. Boleh baca SINI. So, tahun ni sekali lagi BATA jadi pilihan Mimi. Mimi suka kasut BATA sebab kasutnya sangat selesa. Pakai lama pun tak sakit. Tapak kaki rasa lebih rilex tau. Tahun lepas wedges menjadi pilihan Mimi. Sekali lagi, tahun ni wedges jadi pilihan. Walaupun dah tinggi tetap juga pilih wedges yang tinggi. Wedges yang ada di BATA memang Mimi suka tau korang sebab design wedges up to date dan selesa bila dipakai.

Cantik juga wedges ni

Tengok jangan tak tengok

Ada sesetengah wedges kalau pakai lama, tapak kaki akan rasa sakit. Tapi sejak guna BATA pakai lah lama mana pun memang tak sakit dan selesa sangat walaupun wedges tuh tinggi. Macam Mimi sendiri ada masalah lutut dan tidak digalakkan pakai kasut tinggi tapi wedges BATA ni beri Mimi keyakinan dan kaki memang tak sakit bila pakai. Dan wedges pilihan Mimi korang boleh tengok gambar di bawah ni.

Tara!!!!Wedges BATA Kasut Raya 2018 pilihan Mimi


Dah selesai pilih kasut untuk diri sendiri, Mimi pilih kasut untuk Adhwa pula. Banyak juga pilihan kasut untuk budak lelaki. Ada kasut dari jenama Mickey, Avengers dan juga Bubble Gummers. Pilih punya pilih, Mimi berkenan kasut Bubble Gummers dan terus grab untuk Adhwa. Nampak comel saja bila Adhwa pakai tau.

Pelbagai pilihan kasut dan selipar untuk kanak kanak lelaki


Jom cuba kasut Bubble Gummers

Gaya santai seorang Adhwa dengan sebelah kasut Bubble Gummers

Kasut Raya Adhwa Bubble Gummers

Kasut untuk budak perempuan pun tak kurang hebatnya tau korang. Design cantik sangat. Geram saja bila tengok. Aina dan Auni dah berkenan dengan kasut Hello Kitty. Duk pujuk nak kasut walaupun diorang dah ada kasut dari BATA. Tapi, Mimi dah janji dengan diorang akan datang BATA lagi untuk belikan kasut yang diorang berkenan. Meriahlah anak anak Mimi beraya sakan dengan kasut BATA!



Korang yang belum beli kasut raya tu, cepat cepat datang ke Bata dan grab kasut yang korang berkenan. Jangan lambat sangat nanti saiz kasut yang korang nak habis pula. Lagi pula banyak tawaran diskaun yang diberikan BATA sehingga 31 Mei 2018 tau. Kalau lambat lambat nanti takut terlepas peluang tawaran istimewa BATA. Menyesal tak sudah nanti !



Kalau nak beli online pun boleh je korang. Janji korang tahu saiz. Korang layari saja www.bata.com.my

Untuk maklumat lanjut tentang BATA dan promosi lain, korang layari media sosial BATA seperti berikut :




Viewing all articles
Browse latest Browse all 669