JALAN JALAN JAPAN KINI DIBUKA DI CENTREPOINT SEREMBAN | Hai korang! Selamat pagi dan selamat berpuasa. Korang familiar tak dengan outlet Jalan Jalan Japan? Yang tak familiar, nanti Mimi kongsi dengan korang apa itu Jalan Jalan Japan. Sabtu lepas, Mimi bawa anak anak shopping di Jalan Jalan Japan tau korang. Rambang mata dibuatnya. Buat korang yang tinggal di sekitar Seremban, Jalan Jalan Japan kini dibuka di Centrepoint Seremban. Best tak best?
JALAN JALAN JAPAN KINI DIBUKA DI CRNTREPOINT SEREMBAN
![]() |
Jalan Jalan Jalan Centrepoint Seremban |
Jalan Jalan Japan di Centrepoint Seremban ni merupakan cawangan yang ketiga dibuka selepas cawangan pertama dibuka pada tahun 2016 di One City Subang Jaya dan pada tahun 2017 cawangan kedua pula dibuka di Shamelin Mall. Apa itu Jalan Jalan Japan? Jalan Jalan Japan merupakan outlet yang menjual barangan terpakai seperti baju, seluar, peralatan sukan, perhiasan rumah, pinggan mangkuk, mainan kanak kanak, kasut dan banyak lagi tau korang. Walaupun barangan terpakai tapi kebanyakan barang yang dijual nampak baru.
Yang paling best sekali, barang barang yang dijual di Jalan Jalan Japan nih harganya murah murah saja korang. Harga barang yang dijual di sini serendah dari RM1 tau. Tak percaya? Korang kena percaya juga.
Mimi pun tak lepaskan peluang shopping di Jalan Jalan Japan. Rambang mata tau tengok. Rasa nak beli semua je. Tapi bila nak berbelanja ni kenalah beringat ingat kan. Jom tengok apa yang ada dijual di Jalan Jalan Japan.
![]() |
Aneka jenis mangkuk yang ada |
![]() |
Pilih barang untuk hiasan ruang tamu |
![]() |
Auni pun sibuk nak pilih barang juga |
![]() |
Aina dengan patung Doraemon |
![]() |
Pelbagai pilihan baju kanak kanak yang ada |
![]() |
Pelbagai kemeja lengan panjang |
![]() |
Stroller cover |
![]() |
Sudut permainan kanak kanak |
![]() |
Antara permainan yang ada |
![]() |
Adhwa sibuk memilih |
![]() |
Ada kasut, sneaker dan but |
![]() |
Beg yang pelbagai design dan corak |
![]() |
Pelbagai jenis jar yang ada |
![]() |
Macam macam jenis periuk yang ada |
![]() |
Pelbagai jenis beg wanita yang dijual |
![]() |
Pelbagai jenis dan size permainan kanak kanak yang ada |
![]() |
Permainan kanak kanak yang ada |
![]() |
Monopoly pun ada dijual tsu |
Jumlah semua barang yang Mimi shopping hari tu ialah RM104.00 untuk 13 barang. Murah kan? Mimi beli mangkuk, beg untuk Aina dan Auni, bola untuk Adhwa, seluar jeans, sepit rambut untuk Mimi dan beberapa lagi barang.
Lepas ni confirm akan datang lagi ke Jalan Jalan Japan ni sebab ada beberapa barang yang Mimi dah berkenan. Hopefully apa yang Mimi nak tu ada lagilah kan. Takut habis pula kena grab dengan orang lain. Antara yang Mimi nak beli ialah kasut hitam. Buat pakai ke pejabat. Kasut memang nampak cantik cantik dan baru tau korang.
![]() |
2 mangkuk yang Mimi grab |
Hah ni antara barang yang Mimi beli di Jalan Jalan Japan. Mangkuk ni Mimi beli dua sebab berkenan dengan design dan coraknya. Satu mangkuk ni hanya RM10.00 saja tau korang. Murah tak murah? Beli dua baru RM20.00 saja. Mimi pun ada beli mangkuk kecil warna pink, sesuai untuk buat makan aiskrim dengan harga RM15.00 untuk 5 biji. Murah kan?
![]() |
Dah selesai shopping |
Oh ya, lupa nak beritahu korang. Kalau korang nak datang shopping di Jalan Jalan Japan Centrepoint Seremban ni, ia terletak di tingkat tiga tau. Naik lif ke tingkat dua, sebelah kiri ada kedai Ali Baba dan korang jalan terus sampai jumpa eskalator. Naik eskalator tu memang korang akan nampak dengan jelas Jalan Jalan Japan. Senang saja nak cari tau.
Buat semua warga Seremban korang juga boleh shopping di Jalan Jalan Japan Centrepoint Seremban ni tau. Jalan Jalan Japan akan mengadakan Opening Day secara besar besaran pada 02 Jun 2018 tidak lama lagi. Cabutan bertuah buat pelanggan yang bertuah juga ada tau. Korang jangan lepaskan peluang untuk bershopping di Jalan Jalan Japan ni. Memang seronok! Ingat tau mark siap siap di kalendar korang Opening Day Jalan Jalan Japan pada 02 Jun 2018 nanti!
JALAN JALAN JAPAN
Centrepoint Seremban
3, Jalan Dato Siamang Gagap
Betaria Business Centre
70100 Seremban, Negeri Sembilan
Facebook :
Instagram :