Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU

$
0
0
BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU | Hai korang! Salam Ramdhan dan selamat berpuasa. Sebagai wanita amat penting menjaga kecantikan diri supaya diri tampil berkeyakinan sentiasa. Salah satu cara Mimi menjaga kecantikan diri ialah dengan menggunakan Bio-Oil. Korang guna tak Bio Oil tak? Kalau guna, gimme hi 5! Kini, Bio-Oil Malaysia meraikan Kempen #sheisremarkable #iamremarkable sempena Hari Ibu.

BIO-OIL PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG BERKESAN

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU


Semasa mengandung Mimi, Mimi suka sapu losyen pada perut sebab nak mengelakkan perut daripada meregang. Tapi bila ada Bio-Oil, Mimi terus guna Bio-Oil saja sapu pada perut. Walaupun tiada masalah tapi Mimi tetap sapu. Hasilnya, perut nampak bersih dan licin. Kalau pergi klinik setiap kali check perut, nurse puji perut Mimi cantik dan bersih. Bukan angkat bakul sendiri tapi ini apa yang Mimi alami. Mimi hanya jawab selalu sapu Bio-Oil.

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU



Mengandungkan Adhwa pun Mimi amalkan juga sapu Bio-Oil. Memang hasil yang Mimi dapat sangat sangat memuaskan dengan mengamalkan secara konsisten. Sekarang ni, Mimi amalkan sapu pada parut pembedahan pula. Yelah, Mimi bersalinkan Adhwa melalui pembedahan. Jadi, bila dah bedah ni faham faham sajalahkan mesti ada parut. Sekarang, parut bedah semakin hilang. Cuma parut tebal tuh ambil masa sedikit nak hilangkan.

Buat korang yang memang menggunakan Bio-Oil mesti tahu akan kebaikan dan keberkesanan menggunakan Bio-Oil secara konsisten. Korang yang tak pernah guna Bio-Oil mesti nak tahu apa kebaikan Bio-Oil ni. Jom baca lanjut apa kebaikan Bio-Oil.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN BIO-OIL

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU


Untuk pengetahuan korang Bio-Oil mampu menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata di mana ia mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semula jadi (Lavender, Calendula, Rosemary, Chamomile) untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Kebaikan yang akan korang dapat apabila menggunakan Bio-Oil ialah :

Parut : membantu memulihkan kembali pelbagai jenis parut akibat pembedahan, kemalangan, melecur, gigitan serangga, kulit tercalar, yermasuk parut kesan demam campak. Ia sesuai digunakan untuk merawat kesan parut baru dan lama.

Regangan kulit : membantu memulihkan kulit bermasalah akibat kehamilan, tumbesaran peringkat remaja yang cepat serta kehilangan dan kenaikan berat badan yang mendadak.

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU


Warna kulit tidak sekata : membantu menghilangkan kesan kesan pigmentasi dan kecelaan kulit akibat ketidakstabikan hormon, penggunaan produk pencerah kulit atau pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan.

Melicinkan & menegangkan kulit : membantu melicinkan dan menegangakan kulit serta kedutan pada muka dan badan

Minyak kulit terhakis : Membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandi dengan kerap.

Korang dah tahu dengan jelaskan kebaikan dan kesan yang korang dapat apabila menggunakan Bio-Oil. Mimi nak kongsi pula cara nak gunakan Bio-Oil. Tak susah mana tau korang. Korang cuma perlu gunakan dua kali sehari untuk tempoh masa minimum tiga bulan. Korang tak perlu risau ia berminyak pada kulit kerana ia menyerap dengan cepat, todak meninggalkan kesan berminyak dan sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU


Sempena Hari Ibu pada bulan Mei ini, Bio-Oil meraikan kempen bertajuk #sheisremarkable #iamremarkable bagi meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita terutamanya peristiwa yang bermakna seperti mempunyai bayi dan pengalaman menjadi seorang ibu yang mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri.

Sambutan tersebut dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk Cinta Luar Biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya di mana berkisarkan tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak. Dia juga terimbau kembali kenangan ketika hamil dan hubungan erat dengan ibunya sendiri.

BIO-OIL MALAYSIA MERAIKAN KEMPEN #sheisremarkable #iamremarkable SEMPENA HARI IBU

Untuk pengetahuan korang, kempen ini diikuti dengan peraduan Facebook dan buat pengguna Bio-Oil boleh hantar gambar dengan ibu. Sebanyak sebelas pasang produk Bio-Oil menanti korang sempena dengan ukang tahun ke 11 Bio Oil di Malaysia.

Peraduan diadakan sehingga hujung bulan Jun tau korang. Cara nak join peraduan ni senang saja, korang hanya perlu beli Bio-Oil 60ml dan korang berpeluang memenangi sesi fotografi dan makeover di studio.

#sheisrematkable bukan semata mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain.

"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang dilalui ibunya. Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis garis penuaan," Pengurus Unit Perniagaan Malaysia Bio-Oil,Cik Low Hooi Wan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669