PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 | Hai korang! Berita baik buat bakal pengantin di sekitar Nilai 3, Mimi nak kongsi dengan korang PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 di mana bagi Mimi sangat berbaloi dan menarik untuk korang menggunakan perkhidmatan mereka.
PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3
UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 ini terletak di Nilai 3 , Negeri Sembilan. Kedudukannya yang strategik boleh dilihat dari tepi jalan dan kawasan parkir kereta juga luas. Memang sesuai menjadi pilihan buat korang yang ingin mengadakan majlis di sini terutamanya yang tinggal di kawasan yang berhampiran. Lengkap semua pakej yang korang nak dari makanan sehinggalah sewa dewan semua ada, korang pilih saja tema apa korang nak, pasti akan direalisasikan.
Tidak kira apa jenis majlis korang ingin adakan sama ada majlis makan malam, reunion, perkahwinan, pernikahan, graduasi dan aqiqah. Semua pasti boleh hanya di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3.
Apa yang menariknya di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3, pakej sewaan dewan ini juga lengkap dengan pelamin, meja makan beradab, meja makan untuk tetamu dan beberapa dekorasi lain terutamanya kalau korang adakan majlis perkahwinan. Tak perlu pening kepala nak cari dan sewa perkhidmatan perkahwinan yang lain.
Mimi berpeluang datang ke UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 dan melihat sendiri perkhidmatan sewa dewan yang disediakan. Serius cakap, dewannya besar dan luas, dekorasi dewan serta pelamin sangat cantik. Nampak mewah dan esklusif.
![]() |
Dewan yang besar dan luas |
![]() |
Hiasan pelamin tanpak ringkas tetapi eksklusif sangat. Memang cantik |
![]() |
Meja makan beradab |
![]() |
Meja makan tetamu yang dihias ringkas tetapi cantik |
![]() |
Meja untuk pelbagai juadah dan live cooking |
Di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 juga ada disediakan surau lelaki dan perempuan, tandas dan bilik VIP (bilik persalinan pengantin). Kiranya apa yang korang inginkan semua ada di sini.
UBE CATERING SERVICES
Selian menyediakan sewaan dewan dan pelamin, di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 juga menyediakan perkhidmatan katering yang di kelolakan di bawah UBE CATERING SERVICES. Ia mula bertapak dalam bidang katering sejak tahun 1998 dan telah menerima banyak tempahan makanan untuk pelbagai majlis. UBE Catering Services menyediakan pelbagai pilihan menu yang menarik dan pastinya sedap. Ada lebih 100 menu yang boleh dipilih mengikut citarasa masing masing dan yang penting mempunyai sijil HALAL kelulusan JAKIM.
![]() |
Sudut yang mempamerkan sijil Halal Jakim dan menu yang disediakan |
Mimi berkesempatan makan tengahari dan mencuba pelbagai menu yang disediakan oleh UBE Catering Services baru baru ini. Jujur Mimi beritahu korang, menu yang disediakan memang sangat sedap dan cukup semua rempah ratus dan rasanya.
![]() |
Nasi Minyak |
![]() |
Ayam Masak Madu |
![]() |
Daging Rendang Minang |
![]() |
Dalca Sayuran |
![]() |
Acar Jelatah Sri Mersing |
![]() |
Papadom Selembut Awan |
![]() |
Tembikai |
![]() |
Oren |
![]() |
Air Pumch dan Air Mineral |
Mimi paling suka Daging Rendang Minang yang disediakan. Sedap sangat. Memang Mimi bagi 5/5 lah. Semua menu yang disediakan memang sangat sedap tapi lauk daging tetap pilihan nombor satu. Secara keseluruhannya Mimi bagi 5/5 untuk semua menu yang disediakan. Sedap sedap belaka tau korang!
![]() |
Tengok saja dah terliur tau |
Bukan Mimi saja cakap sedap okey, kawan kawan yang lain pun cakap sedap. Serius tak tipu tak korang. Kalau tak sedap Mimi akan cakap tak sedap. Tapi semua menu yang UBE Catering Services sediakan memang sedap sangat.
Untuk korang yang berminat ingin menggunakan perkhidmatan di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 boleh lihat pakej menarik yang ditawarkan :
SRI TANJUNG (1000/PAX)
HARGA PROMOSI - RM19.90
Menu hidangan :
🌸Nasi Minyak / Nasi Hujan Panas
🌸Nasi Putih
🌸Ayam Masak Merah Sri Rose / Ayam Madu Tiga
🌸Daging Masak Kari / Gulai Kawah
🌸Acar Jelatah
🌸Papadom Kashmir
🌸Buah Tembikai
🌸Air Sirap Kampung
🌸Air Mineral
Pakej termasuk :
Sewaan Dewan
🌸25 Unit Meja Bulat + Alas (top) mengikut tema
🌸250 Unit Kerusi Chiavary
🌸2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
🌸Set Meja Makanan Beradab / Makanan
🌸Gubahan bunga artificial di meja makan beradab dan sekuntum bunga di setiap meja tetamu
🌸2 Unit Dom Berhidang
🌸12 Orang Pelayan Beruniform
🌸Peralatan Katering
SRI KEKWA (1000/PAX)
HARGA PROMOSI RM23.50
Menu hidangan :
🌸Nasi Beriani / Nasi Minyak
🌸Nasi Putih
🌸Ayam Goreng Serai / Berempah
🌸Daging Masak Hitam / Maska Beriani
🌸Dalca Sayuran
🌸Acar Jelatah
🌸Papadom Taj Mahal
🌸Buah Tembikai + Oren
🌸2 Jenis Kuih (Manis + Pedas)
🌸Bubur Kacang Hijau / Pulut Hitam
🌸Teh Tarik dan Kopi O
🌸Air Punch
🌸Air Mineral
Pakej termasuk :
Sewaan Dewan
🌸30 Unit Meja Bulat + Alas (top) mengikut tema
🌸300 Unit Kerusi Chiavary
🌸2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
🌸Pelamin Dewan (18 kaki)
🌸Set Meja Makanan Beradab / Makanan
🌸Gubahan bunga artificial di meja makan beradab dan sekuntum bunga di setiap meja tetamu
🌸3 Unit Dom Berhidang
🌸13 Orang Pelayan Beruniform
🌸Peralatan Katering
Mesti korang dah tertarik kan dengan perkhidmatan dan pakej yang disediakan. Hah apa tunggu lagi. Buat semua bakal pengantin yang bakal berkahwin selepas Hari Raya atau hujung tahun ini, korang boleh buat tempahan sekarang dan paling best sekarang diadakan promosi hebat untuk tahun ini.
UBE BANQUET HALL D'NILAI 3
Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan
Facebook :
Instagram :
No.Telefon :
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748
Email :
ubebanquethall@gmail.com
ubecatering@gmail.com