Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Cabaran Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Eucerin ® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

$
0
0
Sertai Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari dan menangi produk Eucerin® bernilai RM12000!

Musuh utama Mimi mestilah jerawat! Ingat dulu semasa zaman belajar di UiTM, muka Mimi memang breakout gila. Jerawat tumbuh melata dekat muka ni. Masa tuh memang tak pernah pakai apa apa produk kulit pun. Memang tahap keyakinan Mimi masa tu jatuhlah. Malu nak berdepan dengan orang sebab kulit muka penuh jerawat merah dan besar. Sekarang bila umur dah meningkat tak ada dah jerawat merah dan besar tumbuh macam tu. Jerawat akan tumbuh sekali tiga empat biji kemerahan sama ada kecil atau sederhana.



Sekarang ni jerawat akan tumbuh bila lagi seminggu nak period. Eh ikut suka dia nak tumbuh dekat mana kan. Jadi, bila jerawat tumbuh dekat muka memang Mimi menyampah betul. Lepas tu, ditambah pula kulit muka berminyak dan pori besar. Lagi jadi menyampah tau. Sehinggalah Mimi jumpa dan mencuba produk Eucerin® ProACNE Solution A.I untuk merawat masalah jerawat dan kulit berminyak serta pori besar Mimi.

Cabaran Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Eucerin ® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment




Eucerin® merupakan salah satu jenama dermo- kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu EUCERIN® PROAXNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit.



Diformulasikan dengan bahan bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawak kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat.

Mesti korang tertanya apa itu jerawat komedon? Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu kepada yang mengalami masalah jerawat.

Tekstur dan warna krim Eucerin® ProACNE


Korang yang ada masalah jerawat bolehlah mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini salam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah :

  • Langkah 1 : Ambil gambar kulit korang pada hari pertama dan hari ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari .
  • Langkah 2 : Poskan gambar "sebelum dan selepas" korang dan kongsi pengalaman menggubakan prodik ini di halaman facrbook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000 manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.


CABARAN KULIT BEBAS-JERAWAT EUCERIN® 14 HARI


Jerawat tumbuh di bahagian bawah pipi dan dahi tanda nak period


Mimi telah sahut CABARAN KULIT BEBAS-JERAWAT EUCERIN® 14 HARI. Dan hasil selepas menggunakannya memang memuaskan tau. Jerawat cepat kejut dan paling best tidak meninggalkan kesan hitam langsung pada muka. Kulit Mimi kalau tumbuh jerawat, walaupun tak sentuh tetap tinggalkan bekas hitam yang gelap dan payah nak hilang. Tak suka tau. Tapi selepas guna Eucerin® sangat puas hati tau.


Hari pertama dan hari ke 14 menggunakan Eucerin® ProACNE. Jerawat di dahi dan bahagian bawah pipi dah tak ada



Cara nak gunakan pun senang saja tau korang. Pastikan sebelum guna Eucerin® cuci muka bersih bersih. Lap muka sehingga kering dan sapukan Eucerin® ProACNE secara rata di muka.


Memang best sangat selepas Eucerin® ni tau. Memang nampak perbezaan muka Mimi sebelum dan selepas menggunakan Eucerin®. Selain daripada jerawat cepat kecut, tidak meninggalkan bekas jerawat, kulit muka Mimi dah kurang berminyak, lembab dan lembut saja tau. Memang terbaiklah Eucerin® ni. Keluar rumah tak payah pakai bedak dah. Sapu Eucerin®, pakai lipstick dan celak. Cukup dah. Yang paling best sejak guna Eucerin® jerawat segan silu nak tumbuh dekat muka. Dalam sebulan muka Mimi wajib naik tiga empat biji jerawat tau. Sekarang dah tak ada. Suka suka.

Percaya tak semasa gambar ni diambil Mimi hanya pakai Eucerin® ProACNE, lipstick dan celak saja. Bebas dari sbarang foundation, concealer atau compact powder


Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaianq yang sama kini tersedia dalam bungkusan ysng diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes