Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all 669 articles
Browse latest View live

Hospital Columbia Asia terbesar di Malaysia dibuka di Tebrau

$
0
0

Menyediakan khidmat kesihatan swasta yang berkualiti untuk masyarakat Johor

Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama kami, Columbia Asia Hospital - Iskandar Puteri, pada tahun 2010, kami sukacita memperkenalkan hospital kedua kami di Johor iaitu Columbia Asia Hospital – Tebrau.



Columbia Asia Hospital – Tebrau mula beroperasi pada 27hb November, 2019. Ia merupakan hospital Columbia Asia yang ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara. Bangunan setinggi empat tingkat ini merupakan yang terbesar antara semua hospital Columbia Asia di Malaysia.

Terletak di hab kediaman dengan kadar lalu lintas yang tinggi di Kota Southkey, hospital ini terletak hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru serta dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Sentosa, Taman Sri Tebrau, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi, Taman Abad, Taman Kebun Teh, Taman Century, Taman Melodies, Taman Suria dan Taman Kota Southkey.  Hospital ini juga dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta bagi memenuhi keperluan masyarakat Tebrau yang semakin berkembang.

Selain daripada kemudahan moden dan kepakaran tinggi, Columbia Asia Hospital mempelopori trend penjagaan kesihatan swasta dengan rawatan perubatan yang terkini dan kurang invasif lantas memendekkan tempoh tinggal di hospital. Struktur penetapan harganya adalah telus dan lebih kompetitif berbanding model standard khidmat kesihatan swasta.

Program perubatan di Columbia Asia Hospital – Tebrau meliputi Kardiologi, Perubatan Dalaman, Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.

Hospital ini juga menempatkan Makmal Pengkateteran Jantung (Cardiac Catheterization Lab), Bilik Litotripsi, Mamografi, Ultrabunyi, 128-slice CT Scan, 1.5 Tesla MRI, Farmasi, Makmal, Bilik Fisioterapi, Ruang Pengasingan, ICU, Bilik Bersalin dan lima Dewan Bedah berkemudahan lengkap.



"Keputusan untuk membina hospital Columbia Asia kedua di Johor berdasarkan kajian kami tentang kurangnya kemudahan khidmat kesihatan di kawasan sini. Tambahan lagi, penduduk Johor Bahru semakin ramai. Kerana itu, kami memberi pilihan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan," kata Pengurus Besar Serantau Columbia Asia Hospital – Tebrau dan Iskandar Puteri, Puan Rahani Yaacob.

Memandangkan kapasiti hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri hampir penuh, Rahani menjelaskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk memperluaskan lagi kumpulan hospital ini di Johor. Dengan pembukaan Columbia Asia Hospital – Tebrau, keperluan khidmat kesihatan di Johor Bahru akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi.

"Columbia Asia Hospital – Tebrau adalah satu-satunya hospital dalam kumpulan kami yang mempunyai kapasiti 205 buah katil. Ini berbeza daripada struktur hospital biasa kami. Kemudahan perubatan lain mempunyai kapasiti tidak lebih daripada 100 buah katil setiap hospital. Dengan permintaan tinggi bagi khidmat kesihatan swasta di Johor, kami membuat keputusan untuk membina sebuah hospital Columbia Asia yang lebih besar di Tebrau untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat di sini," tambah Rahani.



Memandangkan peningkatan bilangan pesakit warga asing yang meningkat di Malaysia, Columbia Asia Hospital – Tebrau bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, termasuk permintaan dari Singapura dan Indonesia.

"Selain menyediakan akses penjagaan kesihatan swasta yang berkualiti kepada penduduk Johor, hospital baharu ini turut mewujudkan peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja. Kami mempunyai pelbagai kempen menarik yang telah dirancang, untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan," kata Rahani.

Dalam bulan Disember tahun lalu, kempen 'AyuhSihat!' telah diadakan sempena pembukaan hospital di Tebrau. Kempen yang terbuka kepada orang awam ini merupakan hari yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, pemeriksaan kesihatan dan tawaran istimewa untuk pakej yang ditawarkan oleh hospital kami. Acara itu bertujuan untuk mendorong para hadirin untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil jualan tiket Ayuh Sihat diserahkan kepada Yayasan Kanser Laksamana Johor.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang Columbia Asia Hospital – Tebrau, atau menerima berita tentang program dan pakej perubatannya? Log masuk ke laman web Columbia  Asia Hospital di www.columbiaasia.com/malaysia atau 'like’ laman Facebook 'Columbia Asia Malaysia' di www.facebook.com/columbiaasia atau hubungi 07-272 999 untuk pertanyaan lanjut.

Columbia Asia Hospital – Tebrau terletak di Persiaran Southkey 5, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Resipi Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi

$
0
0
Resipi Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi | Bila memasak ni kita kena jadi kreatif kan. Kalau tak cukup 1 atau 2 bahan bukan alasan tak nak masak. Boleh pejam mata lagi kalau tak cukup 1,2 bahan kalau lebih Mimi pun tak nak masak sebab feel tu tak ada. Hahaha...

Time PKP ni memang habis semua platform Mimi explore nak cuba resipi baru punya pasal sambil otak duk ligat fikir bahan yang diperlukan ada ke tak kat dapur. Kalau tak ada 1,2 bahan tu kira on jelah. Fikir punya fikir semalam Mimi decide nak masak sotong tiga rasa tapi resipi ni Mimi derhaka sikit tak ikut sangat resipi asal. Tapi tetap sedap tau.



Jom baca selanjutnya cara nak masak sotong tiga rasa ni. 

Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi


Bahan bahan

Sotong (bersihkan dan potong kepada bebeapa bahagian. Kalau ada telur jangan buang, boleh masak sekali)
1 biji ubi kentang (potong 12 - saiz besar)
Serbuk kunyit
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi
3 biji lada merah
2 batang serai
Sedikit kicap lemak manis
1/2 cawan Air Asam Jawa
Garam dan gula secukupnya

Hiasan 
1 biji lada merah dihiris serong
7 biji cili padi
Daun bawang dihiris sederhana

Cara menyediakan

1. Gaul ubi kentang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak. Ketepikan. 
2. Bawang merah, bawang putih, lada merah dan cili padi dikisar. (resipi asal ada belacan dan semua bahan ditumbuk) - dak Mimi derhaka part ni lah
3. Tumis bahan yang dikisar dan masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sotong dan telur sotong (jika sotong ada sekali pakej telur, tak ada tak perlu)



5. Gaul rata. Kemudian masukkan air asam jawa, kicap, garam dan gula.
6. Jangan lupa masukkan ubi kentang yangvtelah digoreng tadi.
7. Akhir sekali masukkan bahan hiasan lada merah, cili padi dan daun bawang. Gaul sehingga sebati, rasa kuah dah cukup semua perasa boleh tutup api. Dah siap untuk dihidang.

Sedap juga masak sotong tiga rasa ni. Suami siap puji sedap, kembang semangkuk jari jemari ni..hahaha..Hah kira cukup tiga rasa tu, masam, manis dan pedas! 

Resipi ni sebenarnya ada belacan tapi rumah tak ada stok belacan boleh saja. Lepas tu bahan bahan utama untuk ditumis tu kena tumbuk tapi Mimi nak cepat, kisar pun boleh janji masak. Dah nama pun kalau masak kena kreatif, pantas dan tuntas kan.


Resipi lain : Resipi Sambal Ayam Mak Mertua Mudah dan Sedap

Sebab tu Mimi letak tajuk Resipi Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi sebab memang tak sama cara masak dengan bahan yang tak cukup. Selain tak ada belacan, air perahan limau dan kiub pati knorr dalam resipi asal pun tak ada juga. Kicap tu patut guna kicap manis sahaja tapi di rumah ada kicap lemak manis, Mimi belasah je. Janji jadi dan sedap. Dah nama pun Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi hah gitu!

Jangan ada makcik Kiah Sotong datang kecam sudah. Sedangkan Dato' Rizalman pun dia kecam sampai Dato' lockdown dari memasak minggu lepas, ini kan pula dak Mimi yang picisan ni. Lagi legend Mimi masak guna kuali hitam legend! Sambil flip tudung, ada Mimi kisah. Janji suami puji sedap, cukup! Gitchuu!!

Jangan lupa cuba resipi sotong masak tiga rasa ni tau! Memang sedap meletopss! 

Pencarian Bloglist by Aisyhah Nyais

$
0
0
Pencarian Bloglist by Aisyhah Nyais | Hari ini Mimi join segmen pencarian bloglist pula. Dah lama tak join segmen untuk bloglist ni. Kali ni rajin pula nak join. Mimi di tag oleh blogger kak Adda a.k.a Mamapipie.

Jom tengok syarat syarat segmen pencarian bloglist by Aisyhah Nyais ni. 

Klik banner untuk join segmen

Syarat syarat segmen

🍄Follow Blog Aisyhah Nyais ✔️
🍄Copy Banner dan Paste di entry korang ✔️
🍄Comment di entey ini dengan link URL pernyataan✔️
🍄Tag kawan korang minimum 3 orang *WAJIB✔️

Mimi tag kak Syamimi Saad, Yatie Owner dan kak Azlinda

Segmen berlangsung sehingga hari ini, 23 April 2020.

Resipi Kek Minyak Marble Kukus Yang Mudah dan Sedap

$
0
0
Resipi Kek Minyak Marble Kukus Yang Mudah dan Sedap | Semalam sibuk anak dara Mimi yang seorang tu, Auni nak tolong buat kek. Bila dah ada anak kecil ni timing mesti kucar kacir. Nak masak lagi, nak buat kek lagi, nak bagi baby susu lagi. Terlejar kejar oi.

Nanti suami balik kerja nak makan lagi. Anak dara sibuk nak kek. Hah penyudahnya Mimi decide projek buat kek biar Auni handle. Mimi masak. Bahan bahan pun dia tolong sediakan dan ada juga Mimi bantu sikit sediakan bahan. Nak buat kek semua dia. Sambil sediakan bahan bahan nak masak untuk makan malam, Mimi bagi arahan pada Auni.



Nak tahu resipi kek minyak marble kukus yang mudah dan sedap ni? Baca selanjutnya.

Kek Minyak Marble Kukus


1 cawan minyak (Mimi campurkan minyak jagung dan minyak masak)
5 biji telur gred B
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor (kalau suka manis jadikan sukatan 1 cawan)
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar serbuk koko

Cara menyediakan

1. Masukkan minyak, telur, susu pekat, gula kastor dan ovalette ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang dengan mixer.
2. Bila adunan dah kembang dan warna sedikit keputihan masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit.
3. Adunan dah sebati, bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian adunan campurkan dengan serbuk koko dan gaul sebati.



4. Sapukan sedikit marjerin ke seluruh loyang kek. Kalau nak lapik kertas minyak pun boleh. Kalau tak nak pun tak apa. 
5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Secara berselang seli sehingga adunan habis.
6. Kukus kek selama satu jam atau sehingga kek masak. 

Untuk percubaan Auni buat kek, hasilnya kira memuaskan. Walaupun ada lubang lubang pada kek tapi okaylah kan. Mimi lupa nak pesan pada Auni ketuk ketuk loyang kek bagi adunan tu penuh. Tapi tak apalah kan. Janji kek minyak marble kukus ni jadi.



Auni pun baru darjah 3 tak adalah Mimi expect kek dia tu sempurna sangatkan. Budak umur 9 tahun buat kek, faham faham sajalah. Baru pertama kali pula tu, kejadian kek tu dah dikira sempurna kan. Lepas ni boleh ajar dia buat kek lain yang mudah disediakan pula. 

Cara Pengiraan Diskaun PRIHATIN pada Bil Elektrik

$
0
0
Cara Pengiraan Diskaun PRIHATIN pada Bil Elektrik | Sebagaimana yang kita semua sedia maklum ketika pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN pada 27 March 2020, seisi rumah akan menikmati diskaun pada bil elektrik. Tetapi baru baru ni apabila masing masing menyemak bil elektrik, semua tertanya tanya bagaimana cara pengiraan diskaun PRIHATIN tersebut.

Termasuklah Mimi sebenarnya. Masa view bil elektrik di aplikasi TNB tertanya tanya juga cara pengiraan sebenar. Mesti ramai yang pelik kenapa potongan diskaun sedikit dari jumlah yang difikirkan. Maka terdengarlah suara bercakap sana sini betul atau tidak cara pengiraan tersebut.

Tak perlu gusar tak perlu risau. Mimi kongsikan dengan korang video cara pengiraan diskaun PRIHATIN pada bil elektrik yang sebenar.


Dah tengok video? Faham ke tak? Atau tak dapat nak catch up sebab video terlalu cepat atau laju? Tidak mengapa. Mimi bantu korang untuk faham dengan lebih jelas lagi bagaimana pengiraan diskaun bil elektrik dibuat.

Jadi, Mimi sertakan sekali gambar yang jelas  menerangkan pengiraan diskaun pada bil elektrik seperti di bawah.


Gambar di atas jelas menerangkan diskaun PRIHATIN yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada Pakej Rangsangan Ekonomi bulan lepas. Diskaun 2% sehingga 50% mengikut kadar penggunaan elektrik mulai 1 April hingga 30 September. 

Bab ni semua jelas dan faham kan? Okay jom kita tengok cara pengiraan diskaun pada bil elektrik pula. 


Sila semak bil elektrik masing masing dan semak jumlah kegunaan elektrik dan tempoh bil seperti gambaran di atas. 

Sekarang, cuba kira diskaun yang korang layak terima mengikut langkah langkah pengiraan seperti dibawah. 






Sekarang korang dapat tak jumlah yang sama seperti tertera di dalam bil elektrik? Lepas ini diharapkan tiada lagi timbul kekeliruan kepada semua mengenai pengiraan diskaun pada elektrik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. 

Nasi Goreng Telur Sedap dan Mudah Disediakan

$
0
0
NASI GORENG TELUR SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN | Hari ni baru ada mood nak update blog. Bercinta rasanya nak update. Sedangkan dah janji dengan diri sendiri nak keep update blog. So, untuk kembalikan mood update blog, so Mimi up entry sarapan hari ni iaitu Nasi Goreng Telur sedap dan mudah.

Nasi Goreng Ikan Bilis Sedap dan Mudah Disediakan. Yang ni Mimie tabur cili padi potong. 


Bila ada anak anak kecil kat rumah ni nak masak tak boleh ikut tekak sendiri. Contoh Mimi ni memang kuat pedas tapi bila fikirkan anak anak kenalah masak tak pedas. Kadang kadang termasak pedas juga sebab tak boleh nak lari. Pagi ni Mimi sediakan sarapan NASI GORENG TELUR SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN.

NASI GORENG TELUR SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

Bagi yang baru baru nak belajar masak ni, jom belajar masak NASI GORENG TELUR SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN untuk isi perut yang lapar tu.

Bahan bahan

Nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
6 biji cili padi
2 biji telur

Cara menyediakan

Tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 6 biji cili padi. Cili padi tu ikutlah pada tahap kepedasan yang korang nak. Kalau nak pedas lagi tambahlah lagi bilangan cili padi tu. Macam Mimi letak sikit je sebab anak anak pun nak makan. Tumbuk kesemua bahan tu hingga lumat. Jangan terlalu lumat. Agak agaklah ye.

Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi

Tumis bahan yang ditumbuk tadi

Masukkan dua biji telur. Gaul sebati hingga garing

Masukkan minyak biarkan sekejap bagi panas kemudian baru tumis bahan yang ditumbuk tadi. Agak agak dah garing masukkan dua biji telur.

Kemudian masukkan garam. Gaul sebati, akhir sekali masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata.

Dah siap nasi goreng telur. Senangkan nak masak nasi goreng ni. Tak renyah pun!

Last sekali masukkan nasi. Gaul sebati. 


Macam Mimi suka pedas dan hantu pedas, jadi Mimi taburkan cili padi potong atas nasi goreng tu nak bagi pedas. Bila ngap je tergigit cili pergh nikmatnya!

Selamat mencuba! 

Resipi Sardin Masak Lemak Lada Hijau

$
0
0
Resipi Sardin Masak Lemak Lada Hijau | Bila duduk berkurung dalam rumah ni masuk bab memasak kena jadi kreatif. Apa saja bahan yang ada di dapur guna saja untuk masak asalkan jadi. Mimi teringin nak makan sardin masak lemak cili padi. Sebelum ni pernah buat memang sedap tapi stok cili padi dah habis pula. Kebetulan dalam peti sejuk ada lada hijau saja.

Otak mula jalankan fungsinya untuk memikir. Akhirnya Mimi buat juga sardin masak lemak tapi guna lada hijau. Jadilah sardin masak lemak lada hijau. Sedap tau. Jom tengok bahan apa diperlukan dan cara masak sardin masak lemak lada hijau. 


Sardin Masak Lemak Lada Hijau


Bahan bahan

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji lada hijau
1 inci halia
1 tin besar sardin (asingkan sardin dan kuah sos sardin dan cuci bersih)
1 biji ubi kentang dibelah 12
2 batang serai diketuk
Air
Sedikit serbuk kunyit
Santan
Garam

Cara menyediakannya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan lada hijau.
2. Masukkan sardin, serai, serbuk kunyit, ubi kentang dan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masukkan air. 
3. Biarkan sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan santan dan garam. 
4. Kacau kuah sehingga santan sebati. Biarkan sehingga mendidih. Dah siap!



Senangkan. Memang sedaplah makan dengan nasi panas. Yang penting kuah pekat dan likat. Tu yang sedap. 

Cara masak ni bukanlah cara pure orang Negeri Sembilan masak lemak cili padi tu tau. Kalau yang tu langsung tak menggunakan bawang dan halia tau. Masak lemak ni macam macam versi. Versi Mimi masak ni ada bawang. Jangan keliru pula ya. 

Selamat mencuba! 

Resipi Nasi Kalio Ayam

$
0
0
Resipi Nasi Kalio Ayam | Sebenarnya dari nasi ni pelbagai resipi kita boleh buat. Aneka nasi goreng, nasi lemak, nasi tomato dan sebagainya. Apabila memasak, kita perlu jadi kreatif untuk menghasilkan menu yang unik dan sedap. Kali ni nak kongsi dengan semua resipi nasi kalio ayam. Bila buat memang sedap. Sebenarnya nasi kalio ayam ni diilhamkan dari resipi asal Nasi Kalio Burung Puyuh oleh Angah Raja Lawak. 

Resipi ni dari rancangan kuali terbalik yang dikendalikan oleh Angah Raja Lawak bersama pelawak yang lain. Masa Angah Raja Lawak masak nasi kalio burung puyuh tu memang fokus dan ingat resipi serta cara memasaknya langkah demi langkah. Terus tulis resipi dalam buku dan cuba memasak dan olah sedikit saja resipi menggunakan bahan yang ada. Alhamdulillah menjadi dan sedap. 

Jom cuba masak Nasi Kalio Ayam untuk juadah berbuka puasa. 

Nasi Kalio Ayam


Nasi Kalio Ayam (Resipi asal Nasi Kalio Burung Puyuh) 

Bahan bahan perapan

1/2 labu @ 1 labu bawang besar dikisar
1 sdb serbuk rempah kurma
Ayam 

*Gaul tiga tiga bahan sehingga sebati. Perap bahan bahan tadi sekejap. Ketepikan.

Bahan bahan kuah

4 biji bawang merah dihiris 
3 biji bawang putih dihiris 
2 inci halia dihiris
1 sdb serbuk rempah kurma
2 sdb puri tomato
Bahan penumis 3 sekawan (kulit kayu manis+bunga cengkih+buah pelaga) 
2 sdb marjerin atau mentega (resipi asal guna minyak sapi)
1 sdb cili boh 
Garam dan serbuk perasa
Minyak (untuk menggoreng)

1. Masukkan marjerin/mentega. Tumiskan bawang mera, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan penumis tiga sekawan tadi. 
2. Kacau sebati dan masukkan pula rempah kurma, puri tomato dan cili boh. Gaul sebati. 
3. Kemudian masukkan bahan perapan yang dibuat tadi. Biarkan seketika sampai masak. 
4. Sementara itu panaskan minyak untuk menggoreng. Bila ayam dan kuah tadi dah masak, ambil ayam sahaja dan gorengkan ayam tadi sehingga habis. Dah masak ketepikan. 
5. Kuah dah maska boleh ditutup api. Ketepikan. 

Bahan bahan untuk nasi

Beras bramathi (boleh sahaja guna beras biasa)
Air
1 cawan Susu cair atau susu segar
Kismis (resipi asal tiada kismis tapi saja nak bubuh)

1. Basuh beras hingga bersih. Toskan beras biar kering. 
2. Masukkan susu cair @ susu segar, kismis, kuah yang dimasak tadi dan air. 
3. Masak nasi seperti biasa. 

**Untuk sukatan masak beras ni, contoh masak nasi 3 pot. Bila dah masukkan susu cair @ susu segar dan kuah, baru masukkan air dan sukat ikut sukatan nasi seperti biasa. Pastikan air masuk akhir sekali bagi memudahkan sukatan air untuk masak nasi. 

Resipi ni sebenarnya tak ada kuah pun. Macam mana dalam gambar, macam tu lah rupa resipi ni selepas dimasak. Tapi memang sedap dimakan begitu sahaja sebab cukup rempah dan rasa. Kalau nak berkuah boleh sahaja makan dengan menu tambahan lain seperti sambal contohnya. Selamat mencuba! 


Aneka Kuih Muih Pencuci Mulut Bulan Puasa

$
0
0
Aneka Kuih Muih Pencuci Mulut Bulan Puasa | Memandangkan kita menyambut bulan puasa Ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, sudah tentu masa kita banyak terluang di rumah. Ibu ibu pun boleh mencuba pelbagai jenis menu masakan utnuk disediakan sebagai juadah berbuka.

Tahun ini untuk pertama kalinya tiada bazar Ramadhan pastinya ibu ibu sibuk mencari pelbagai jenis resipi masakan untuk dicuba. Antaranya pastilah resipi kuih mudah dan cepat disediakan. Nak sediakan juadah berbuka puasa kenalah cepat dan tuntas kan. Jadi, nak cari resipi pun jenis yang mudah, senang dan cepat. 

Di sini Mimi kongsikan aneka resipi kuih muih bulan puasa. Semuanya mudah dan  cepat disediakan.



Aneka Kuih Muih dan Pencuci Mulut Bulan Puasa

Untuk dapatkan resipi klik saja pada nama resipi ya. Nanti akan keluar resipi pilihan untuk juadah berbuka puasa nanti. 

1. Resipi Kuih Nona Manis



2. Resipi Kuih Kerbau Guling



3. Resipi Lempeng Kelapa Manis




4. Resipi Bubur Tepung Pulut



5. Resipi Masalodeh



6. Resipi Churros



7. Resipi Donat Gebu 



8. Resipi Seri Muka



9. Resipi Kuih Tradisional Netbak



10. Resipi Agar Agar Bandung Cincau



11. Resipi Kek Karamel Pelangi dan Coklat



12. Resipi Cornflakes Nutella



13. Resipi Apam Susu Mudah



14. Resipi Puding Roti Bersama Kuah Kastard



15. Resipi Bubur Butir Nangka



16. Resipi Doh Roti Canai



17. Resipi Kuih Kaswi 



18. Resipi Ketupat Sotong



19. Resipi Kuih Apam Balik



20. Resipi Puding Jagung Creamy


Inilah 20 aneka kuih muih pencuci mulut mudah dan cepat disediakan di bulan puasa. Bolehlah cuba kesemua resipi kuih muih bulan puasa ini selama 20 hari berturut turut. 

Selamat mencuba! 

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie

$
0
0
Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie | Hari ni Mimi merajinkan diri join segmen yang dianjurkan blogger Abam Kie. Saja isi masa lapang. Banyak faedah tau join segmen bloglist ni. 

Jom sama sama join segmen yang dianjurkan oleh Abam Kie. 

Klik banner untuk join segmen
Sila baca syarat syarat yang Mimi copy di bawah ini.

Syarat-syarat segmen ini adalah seperti berikut:

1. Buat satu entri/blog post bertajuk 'Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie'. 

2. Follow blog Abam KieJika dah lama follow atau add, abaikan saja.

3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja. 

4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e. www.zukidin.com di dalam blog list anda. Abam Kie pun akan letak URL blog anda di dalam blog list Abam Kie. Sila pastikan URL blog Abam Kie tu terus kekal di blog list anda. Namun harus diingat jika blog anda tidak dikemaskini melebihi 2 bulan maka ia akan dibuang dari blog list Abam Kie kerana Abam Kie mahu blog yang dikemaskini secara 'regular' sahaja berada di dalam blog list. Harap bersetuju dengan syarat ini ye.

5. Siap semua, publish entri anda. Jangan lupa hantar link blog post segmen anda dalam ruangan komen di bawah entri ini sahaja.

6. Sila patuhi semua syarat yang diberikan. Peserta yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dibatalkan penyertaan mereka.

Segmen ini ada hadiah tahu! Biarpun hadiah murah2 aje tapi cukuplah sebagai menghargai usaha kawan2 yang menyertai segmen ini. Pemilihan pemenang akan dibuat secara rawak.

Hadiah: Top up Hotlink RM5 X 5 Pemenang (Jika pemenang tersebut tidak guna telco Maxis, boleh berikan top up kpd keluarga, sedara atau member yg pakai line Maxis, OK?

Peserta pertama dan terakhir akan mendapat wang tunai RM5!

TEMPOH PENYERTAAN:  17 APRIL hingga 10 MEI 2020

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Negeri

$
0
0
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Negeri | Selamat berpuasa bagi mereka yang beragama Islam. Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita sebahai umat Islam berpuasa. Puasa di bulan Ramadhan kali ini betul betul rasa lain kan? Bagi Mimi, suasana puasa kali ini tenang saja. Cuaca pun mendung dan hujan lebat.

Sumber : Google

Setiap kali bulan Ramadhan umat Islam pasti akan melakukan satu kewajipan ini iaitu membayar zakat fitrah. Di mana ada akad antara pembayar zakat dan amil. Semasa kerja dahulu masuk sahaja bulan Ramadhan Mimi berpeluang tengok sendiri bagaimana amil menjalankan tugasnya menerima bayaran zakat fitrah. Yela amil di tempat kerja Mimi pun dari kalangan ustaz di pejabat Mimi. Memang senanglah nak tengok depan mata kan.

Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan kerana tularnya virus Covid-19 yang bahaya ini segala galanya berubah. Segala urusan yang melibatkan pertemuan secara bersemuka dua pihak tidak boleh dilakukan lagi. Semuanya kena #stayathome dan penjarakan sosial 1 meter untuk mengelakkan penyebaran virus merbahaya ini.

Jadi, untuk kali ini zakat fitrah yang wajib dibayar setiap tahun perlu dibayar secara online. Pembayaran online zakat fitrah ini melibatkan seluruh negeri di Malaysia.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Negeri


Berikut link untuk bayar zakat fitrah secara online seluruh negeri di Malaysia

4. Perlis : bit.ly/2VMqN5L 
5. Penang : bit.ly/2Ko9zqj
7. Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3 
9. Pahang : bit.ly/2KljrRA 
10. N9 : bit.ly/3eEbyEB 
11. Melaka : bit.ly/2RVHb2E 
13. Sarawak : bit.ly/2zmhimp 

Semua bayaran zakat fitrah boleh mula dilakukan mulai 1 Ramadan 2020 yakni pada waktu maghrib sehingga pagi raya sebelum solat raya.

Langkah Bayar Zakat Fitrah Online di Negeri Sembilan


Di Negeri Sembilan, kadar bagi zakat fitrah adalah RM7.00 sahaja. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pembayar zakat seperti bayar menggunakan aplikasi PBMaINS MAINS, MyeG, dan SnapNPay. Kesemua aplikasi ini boleh di muat turun melalui Google Play atau Apple Store.

Boleh juga bayar menggunakan kaedah JomPay melalui perbankan internet. Portal PBMaINS MAINS juga boleh dilayari menggunakan komputer atau laptop.







Bayar zakat fitrah online ni lagi mudah kerana kita boleh bayar di mana sahaja kita berada. Semuanya hanya di hujung jari sahaja. Jangan lupa tunaikan kewajipan masing masing bayar zakat fitrah ya. Selamat beramal! 

Goodies Bag Kahwin Murah juga Sesuai untuk Kenduri Aqiqah, Majlis Tunang, Doa Selamat

$
0
0
Goodies Bag Kahwin Murah juga Sesuai untuk Kenduri Aqiqah, Majlis Tunang, Doa Selamat | Mengadakan sesuatu majlis penting seperti perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu di ambil kira seperti jumlah jemputan, menu yang disediakan dan goodies bag. Jika dahulu, tetamu hanya dibekalkan telur rebus berbalut dengan tisu tetapi sekarang ini sesuai dengan perubahan zaman, pemberian goodies bag sangat penting buat tetamu. Ada pelbagai jenis goodies bag kahwin yang diberikan kepada tetamu bergantung kepada tuan rumah.

Teringat dulu masa Mimi nak kahwin. Goodies bag yang Mimi sediakan untuk kawan kawan sekolah dan tempat kerja Mimi beri mug comel. Untuk para tetamu Mimi sediakan goodies bag kahwin yang ada kerepek dan telur. Pening juga masa tu nak cari dan kira bajet untuk goodies bag kahwin. Yalah, masa itu agak susah dan terhad nak cari goodies bag kahwin murah. Terpaksa ambil cuti semata mata nak cari dan survey harga goodies bag yang murah. 

Dulu mana ada perkhidmatan menjual goodies bag doorgift kahwin murah secara online. Sekarang ini, cari saja di Google, ada beratus laman yang menjual goodies bag kahwin murah. Salah satunya ialah laman Greenworks.


Greenworks : Eco, Promotional, Premium, Gifts Menawarkan Goodies Bag Kahwin Yang Sangat Murah


Tidak dinafikan, memang mudah nak dapatkan perkhidmatan menjual goodies bag murah. Kalau cari di Google pasti akan keluar pelbagai laman web yang menawarkan goodies bag kahwin yang murah dan banyak pilihan. Salah satu laman web yang menawarkan goodies bag doorgift kahwin murah yang juga sesuai untuk kenduri aqiqah, majlis tunang dan doa selamat ialah Greenworks. 

Greenworks didaftarkan sebagai syarikat berhad swasta di bawah suruhanjaya syarikat SSM Malaysia. Ia adalah pemborong dan pembekal hadiah promosi dan premium di Malaysia, di mana syarikat ini berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk menjadi syarikat barangan promosi mesra alam terkemuka di Malaysia. 

Di laman Greenworks, bukan sahaja menjual goodies bag kahwin malahan ada juga menjual pelbagai produk lain custom made yang sesuai dijadikan sebagai hadiah atau doorgift. Buat bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan yang sedang mencari goodies bag kahwin murah, boleh baca artikel ini dari awal hingga akhir.


Sebenarnya saudara terdekat Mimi akan melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun hadapan. Jadi, dia minta tolong survey kan goodies bag kahwin yang murah untuk dia. Cari punya cari terjumpa laman web Greenworks ni. Bila view satu persatu berkenan pula dengan Jute Drawstring Pouch ni. Lain dari yang lain. Selalunya orang gunakan paper bag untuk isi doorgift. Kali ini tampilkan kelainan pula untuk goodies bag. 



Bila dah berkenan, mestilah nak tengok kualiti dan harga Jute Drawstring Pouch ni. Kualiti Jute Pouch ini memang jenis tahan lama dan sesuai nak isi pelbagai jenis dan bentuk doorgift. Jute pouch ini didatangkan dengan tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar mengikut pilihan masing masing.  Jute Pouch ini yang juga boleh custom made dengan gambar dan logo dijual dengan harga semurah dari RM1.20 mengikut kuantiti dan saiz yang diinginkan.



Antara contoh Jute Pouch yang di custom made dengan gambar pilihan. nampak comel dan cantik, bukan? Lagi cantik kalau dicetak gambar pengantin disertakan dengan kata ucapan buat para tetamu jemputan sebagai menghargai mereka.


Cara Buat Tempahan Goodies Bag Kahwin Murah di Laman Web Greenworks

Bila dah jumpa goodies bag kahwin yang murah dan sesuai pastilah terus nak buat tempahan. Bagaimana nak buat tempahan? Boleh baca artikel ini selanjutnya.

1) Home > Eco Bags > Jute Bags > Jute Drawstring Pouch

Seperti tertera pada gambar di bawah, boleh nampak saiz, harga dan kuantiti Jute Drawstring Pouch disertakan. Ini bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan saiz dan kuantiti yang diperlukan untuk menyediakan goodies bag doorgift kahwin. Malahan membantu bakal pengantin membuat kira kira bajet yang diperlukan untuk menyediakan goodies bag istimewa buat para tetamu jemputan.



Dah ada pilihan saiz dan kuantiti  yang dikehendaki bolehlah buat pilihan saiz dan warna di bahagian yang disediakan seperti di bawah.




Bahagian ni yang penting sekali iaitu printing options. Bagi mereka yang inginkan cetakan pada Jute Drawstring Pouch boleh buat pilihan seperti dibawah dan bayaran tambahan disertakan bagi  jumlah warna dan bahagian cetakan yang diinginkan.



Selesai buat pilihan, boleh klik Add to Quote dan akan terpapar Check Quote List yang berwarna hijau. Klik Check Quote List dan paparan seterusnya akan keluar.



 2) Request an Official Quote

Paparan seperti dibawah akan keluar selepas klik Check Quote List di mana ia akan memaparkan pilihan saiz, warna dan printing options (jika ada) yang telah dipilih.



Skrol di bahagian akan terpapar ruangan isi borang seperti di bawah. Boleh isi maklumat seperti yang dinyatakan. Jangan lupa isikan bahagian target tarikh penghantaran serta muat naik gambar yang dikehendaki untuk cetakan pada Jute Drawstring Pouch. Isi special request (jika ada) dan klik Send Your Request dan tunggu saja proses seterusnya di mana pihak Greenworks akan terima dan semak quotation serta akan memberi maklum balas secepat mungkin. 




Pelbagai Pilihan Goodies Bag Doorgift Kahwin Simple dan Murah di Greenworks

Selain pilihan Jute Drawstring Pouch, boleh juga pilih produk lain yang berkenan di hati. Selain goodies bag kahwin murah, di sini juga ada menawarkan doorgift simple dan doorgift murah sesuai untuk kenduri aqiqah, pertunangan dan doa selamat. Ada pelbagai produk yang boleh dipilih mengikut kategori seperti Eco Bags, Lanyards, Daily Use, Stationary, Eco Friendly Gifts, IT Gadgets dan Outdoor & Travel

Jika berhajat untuk mencari doorgift ataupun hadiah untuk majlis di tempat kerja seperti seminar, kursus, pertandingan dan sebagainya juga ada dijual di sini. Pilih sahaja hadiah yang berkenan dan sesuai untuk majlis yang akan diadakan nanti, pasti pihak Greenworks akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memenuhi dan merealisasikan kehendak pelanggan dengan layanan yang baik. 

Semakin banyak kuantiti yang dibeli semakin murah harga produk yang dipilih. Dahlah harga murah, boleh custom made lagi dengan gambar ataupun logo pilihan. 














Mengapa perlu membeli goodies bag doorgift kahwin?


Pasti ada yang bertanya, mengapa perlu membeli goodies bag doorgift kahwin? Sebenarnya terpulang pada kehendak masing masing mengapa dan kenapa beli goodies bag doorgift kahwin. Pada pendapat Mimi, tidak dinafikan zaman sekarang ini ramai orang suka menerima goodies bag doorgift daripada pengantin.

Kenapa Mimi berpendapat sedemikian? Antara salah satu sebabnya ialah pemberian goodies bag kahwin ini menandakan bahawa pengantin dan seluruh ahli  keluarga  menghargai kehadiran para tetamu jemputan ke majlis yang dianjurkan. Ia juga membuatkan tetamu jemputan berasa istimewa kerana diraikan oleh tuan rumah.

Siapa yang tidak seronok apabila menerima goodies bag doorgift kahwin istimewa daripada pengantin. Malahan kalau hadir ke suatu majlis seperti aqiqah, tunang dan doa selamat dapat goodies bag daripada tuan rumah pun sudah mampu membuat para tetamu menerimanya dengan senyuman yang manis. 

Tidak Kira Di Mana Lokasi Tempahan Menjadi Mudah Kerana Semua Di Hujung Jari Anda


Tidak kira di mana sahaja lokasi anda berada, semua tempahan menjadi mudah kerana semuanya di hujung jari, hanya buka laman web. Pilih, isi dan buat bayaran semudah abc. Selesai buat tempahan, yang perlu dilakukan hanya menunggu di rumah sahaja dan tempahan yang dibuat akan sampai sehingga depan pintu rumah.

Yang ingin adakan majlis penting seperti majlis kahwin tidak lama lagi, dah boleh mula cari goodies bag doorgift kahwin yang murah dari sekarang. Lebih elok siapkan yang penting lebih awal supaya tidak kelam kabut di saat saat akhir. Bila buat persediaan awal, semuanya jadi mudah hati pun tenang.

Pelbagai pilihan goodies boleh dibuat di Greenworks. Yang berada di lokasi berhampiran, boleh datang sendiri melihat sendiri produk mereka tapi pastikan buat appointment terlebih dahulu. Ia bagi memastikan produk yang ingin dilihat ada dan anda dilayan dengan baik.

GREENWORKS MARKETING SDN BHD

Alamat : No.230, Jalan KIP 7, Taman Perindustrian KIP, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia

Email : sales@greenworks.com.my


Nombor untuk dihubungi :
Sales: +6012 302 7093
General: +603-6273 1210
Fax: +603-6730 2186

Masa Operasi :

Isnin - Jumaat: 9am - 6pm
Sabtu - Ahad (Cuti Umum) : Tutup
* Lawatan Showroom hanya melalui appointment sahaja, sila buat panggilan terlebih dahulu sebelum datang.

Kemalangan di Highway Seremban Angkara Pemandu Mabuk, Ini Langkah Perlu di Ambil Jika Kereta Dilanggar dari Belakang

$
0
0
Kemalangan di Highway Angkara Pemandu Mabuk, Ini Langkah Perlu di Ambil Jika Kereta Dilanggar dari Belakang | Malang tidak berbau, pepatah yang memang kita biasa dengar. Selalunya pepatah ini akan dikaitkan dengan suatu kejadian atau kemalangan yang tidak ingini. Walaupun kita sehabis baik berhati hati di atas jalan raya tetapi musibah tetap berlaku. Bukan kerana kita puncanya tetapi orang lain.

Begitulah yang suami Mimi hadapi petang semalam. Di kala sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa, Mimi lihat ada notifikasi missed call daripada suami. Bila call dia semula, dia beritahu dia terlibat dengan kemalangan. Bertubi tubi tembakan soalan Mimi tanya dia. Alhamdulillah suami selamat cuma dada dia sakit terhentak pada stereng. Bahagian belakang kereta agak teruk.



Kemalangan di Highway Seremban Angkara Pemandu Mabuk


Suami yang baru balik dari Senawang (baru lepas hantar bos ke rumah selepas habis kerja) lalu highway untuk pulang ke rumah. Cuaca ketika  itu hujan dan jalan agak licin, suami drive di lane 3 dengan kadar kelajuan 60-70km/j (suami Mimi memang drive perlahan, isteri dia saja yang drive laju kah!). Tiba di highway berhampiran dengan NSK Seremban, kereta dilanggar dari belakang dengan kuat.

Menurut suami dia cuba tekan brek perlahan lahan tetapi brek tidak berfungsi. Ketika itu, kereta dah berpusing pusing. Nasib baik suami tak panik, dia kawal stereng dan langgar divider tepi jalan dengan bahagian belakang kereta untuk hentikan kereta. Bahagian hadapan kereta okay cuma yang teruk bahagian belakang. Sport rim yang baru guna tidak sampai setahun patah. Bayangkanlah kuat tak kuat kena hentam.

Bahagian kereta yang dilanggar. Sport rim dan tayar patah dan pecah


Suami keluar dari kereta dan dia jumpa dengan pemandu yang langgar kereta kami. Pemandu mabuk tersebut meletakkan kesalahan pada suami. Dia menuduh suami memandu kereta ke kanan ke kiri dan menghimpit keretanya. Suami dah geram masa tu sebab yang salah pemandu tersebut tapi dia pula disalahkan?

Macam mana suami tahu dia mabuk? Sebab bila dia bercakap, bau arak sangat kuat dan depan mata suami sendiri, pemandu tersebut cepat cepat buang plastik yang mengandungi tin arak ke dalam longkang. Cakap tak mabuk tapi buang tin arak depan mata orang (nampak tak tahap kecerdikan pemandu tersebut kat mana?)



Pemandu tu sempat juga ambil gambar suami kerana dia tidak berpuas hati suami marah dia dan cakap dia mabuk. Dah terang lagi bersuluh tapi masih tidak mahu mengaku. Syukur Allah permudahkan semua urusan suami. Ada saksi nampak pemandu mabuk itu yang bersalah kerana memandu dalam keadaan yang merbahaya.

Selepas Kemalangan Apa Yang Patut Dilakukan?

Selepas kemalangan berlaku, suami uruskan dengan lori toink untuk angkut kereta. Saksi dan suami pergi ke balai. Begitu juga dengan pemandu mabuk turut sama pergi ke balai.

Sampai di balai trafik perlu buat laporan berkaitan kemalangan. Laporan dari pemandu kereta yang dilanggar, pemandu yang melanggar dan juga saksi (jika ada). Penting ya laporan polis untuk buka kes. Menurut suami, pemandu mabuk tersebut diarahkan buat ujian alkohol dan keputusannya 100% beliau di bawah pengaruh alkohol. But, guess what? That guy still didn't want to admit his mistake.

Tak apalah tak nak mengaku kan, biar polis jalankan tugas mereka. Dah jelas dan nyata masih putar belit tidak mahu mengaku. Selepas laporan dibuat, suami dipanggil masuk ke bilik pegawai penyiasat kes (IO) untuk tindakan seterusnya iaitu beri statement kejadian sebenar yang berlaku. Setelah selesai semua, boleh balik dan pastikan terima satu salinan laporan polis untuk tujuan claim insurans ke atas insurans kereta pemandu mabuk tersebut.

Oh ya, difahamkan pemandu mabuk tersebut menerima beberapa saman atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, melanggar belakang kereta dan juga disaman RM1000 atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Jangan Panik, Ini Langkah yang Perlu Di Ambil Jika Kereta Dilanggar dari Belakang


Bila kereta dilanggar dari belakang, apa langkah yang perlu kita ambil? Ikuti langkah langkah berikut  yang telah dikongsikan oleh seorang peguam sekiranya berlaku kejadian tersebut. 

1. Jika ada orang melanggar kereta dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta di tepi jalan kawasan yang lapang dan selamat untuk mengelakkan berlaku kesesakan lalulintas.

3. Selepas pemandu yang melanggar kereta anda memberhentikan kenderaan, ambil telefon bimbit berkamera dan keluar dari kereta.

4. Ambil nombor plat kenderaan dan cukai jalan kenderaan yang melanggar kereta.

5. Apabila pemandu yang melanggar kereta anda keluar dari kenderaannya, sapa ia dengan baik walaupun dalam hati penuh dengan maki hamun (mesti ada kan kan, kah!) dan muka ketat tak mampu nak senyum.

6. Tanya dengan baik kepada pemandu tersebut, kenapa melanggar kereta anda. Sekiranya pemandu tersebut tidak mengaku kesalahannya dan menuding jari pada anda, jangan marah dan bergaduh. Tenangkan diri sehabis baik. 

7. Jika boleh, minta pemandu tersebut kad pengenalan dan lesen memandu. Ambil gambar kad pengenalan dan lesen memandu.

8. Sekiranya pemandu tersebut tidak mengaku akan kesalahannya, jangan paksa dirinya untuk mengaku atau memaksa membayar sejumlah wang atas kerosakan kereta anda. Terangkan kepadanya dari segi undang undang, sekiranya kenderaan lain melanggar kenderaan lain dari belakang, kecuaian berlaku adalah disebabkan kenderaan yang melanggar.

9. Sekiranya pemandu tersebut mengaku kesalahannya, minta dia tanggung kos pembaikan kereta anda (jangan sesekali minta wang). Bawa dia pergi ke bengkel kereta yang biasa anda berurusan untuk menilai kos kerosakan kereta anda.

10. Jangan lupa ambil nombor telefon dan business card (jika ada) pemandu tersebut untuk memudahkan anda menghubunginya.

11. Sekiranya pemandu tersebut berkeras tidak mahu mengaku kesalahannya dan enggan menanggung kos pembaikan kereta anda, jangan marah dan bergaduh atau melakukan kesalahan lain yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah. Biarkan saja dia pergi kerana anda telah ada segala maklumatnya.

12. Pergi ke balai polis berhampiran dan buat laporan kemalangan yang berlaku.

13. Bawa laporan polis tadi ke JPj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kereta yang melanggar kereta anda tadi.

14. Pergi ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta mereka uruskan 3rd party claim untuk membaiki kerosakan kereta anda.

Sumber : Klik Sini

Suami memang ambil langkah langkah seperti di atas. Dia memang akan pastikan kerosakan kereta dibaiki menggunakan 3rd party claim insurans kereta pemandu mabuk yang melanggar kereta kami. 

Dahlah minggu depan ada check up Amani, bila berlaku kejadian begini patah kaki pula sebab itu saja satu satunya kereta yang kami ada dan sebiji motor. Memang plan nak ambil kereta lain tapi bukan masa sekarang ni. Tapi bila dah jadi macam ni memang kena cari cepat jugalah. 

Mimi dah pasrah dan redha. Benda nak jadi nak buat macam mana. Adalah hikmahnya berlaku semua kejadian ni kan walaupun pada mulanya dapat berita kemalangan tersebut Mimi membebel marahkan pemandu mabuk tu di rumah. Siap suruh suami belasah pemandu tu lagi. Hahaha.. Jahat tak Mimi mengajar suami bukan bukan. Nasib baiklah suami Mimi seorang yang sabar dan fikir panjang. 

Dia sendiri cakap ikutkan hati dia nak tumbuk pemandu mabuk tersebut kerana menyusahkan dan tidak mengaku kesalahan. Tapi dia cuba bertenang dan fikir panjang apa implikasi yang berlaku jika dia bertindak sedemikian. Doa kan semoga urusan suami dipermudahkan ya. 

Kawan kawan yang bekerja dan memandu, berhati hatilah di atas jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat! 

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

$
0
0
Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela | Hari ni Mimi join segmen bloglist by Cik Miela pula. Saja isi masa lapang. Tak ada apa nak buatkan. So, join segemn lah.

Jom tengok syarat syarat segmen di bawah.

Klik banner untuk join segmen




Syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Cik Miela ✔️
2. Follow instagram @salmilanadia ✔️
3. Buat entri bertajuk " Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela"✔️
4. Jangan lupa komen link entri penyertaan dan username IG di entri ni untuk Miela follow back

Hadiah:
10 x bloglist selama 3 BULAN (dipilih secara random)

BONUS
1 x Photobook 6x6 + Bloglist 3 BULAN
(dipilih peserta paling aktif)

Tarikh tutup segmen 15/05/2020. Jom korang join meriahkan segmen. 

Resipi Popia Bergedel Yang Sedap dan Rangup

$
0
0
Resipi Popia Bergedel Yang Sedap dan Rangup | Salam 7 Ramadhan semua. Sekejap saja dah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa dalam PKP, kan? Eh hari ni berbuka apa semua? Mesti sedap sedap menu kan.

Hari ni rajin nak buat popia bergedel pula.  Popia? Hahlah.. Selalu kulit popia kita buat popia goreng, popia basah, samosa, popia nestum dan macam macam lagilah. Kali ni kita buat popua bergedel pula. Semuanya gara gara adik Mimi share gambar popia bergedel yang dia buat baru baru ni. Nampak sedap pula tu yang nak buat juga. Apa kata cuba buat popia bergedel yang sedap dan rangup ni.



Popia Bergedel Cara Mimi


Bahan bahan

Kulit popia
4 biji ubi kentang 
5 keping burger ayam (nak guna isi ayam/daging cincang lagi bagus)
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang bsar dicincang halus
4 biji bawang merah dihiris
Daun bawang dihiris halus
Sedikit Maggi Cukup Rasa
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit air

Cara membuatnya

1. Potong ubi kentang kepada 8 bahagian. Goreng sehingga garing dan empuk. Dah masak biarkan sejuk seketika dab boleh lenyek kentang tersebut. Ketepikan. 
2. Goreng bawang merah hingga garing. Ketepikan. 
3. Tumiskan bawang putih dna bawang besar yang di cincang halus. 
4. Potong dadu burger ayam dan masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Masukkan Maggi cukup rasa. Gaul dan hancur hancur kan isi burger supaya kecil dan hancur. Dah masak dan angkat. 
5. Dalam satu bekas lain masukkan kentang yang dilenyek, daun bawang, bawang merah yang digoreng, adunan isi burger dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Ketepikan.

Sumber gambar : Youtube Cik Dadida


6. Kulit popia di basahkan dengan sedikit air di bahagian tengah dan lipat sebahagian kulit popia menutupi bahagian yang disapu dengan air. Kepal kepalkan isi bergedel dan letak di bahagian yang dilipat tadi. Kemudian bahagian lagi satu tutup isi bergedel dan boleh digulung. Buat hingga habis.

Hasil menggulung popia bergedel


7. Pecahkan telur dan pukul dengan sudu. Kemudian masukkan tepung jagung dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Gaul hingga sebati. Celup popia ke dalam telur. 
8. Goreng popia sehingga masak. Siap! 

Popia Bergedel ni lagi bertambah sedap makan cicah dengan sambal kicap tu. Pergh memang terangkat. Isinya yang sedap, padat cicah pulak dengan sambal kicap memang padu rasanya.





Bila buat dapatlah 19 biji popia bergedel sedap ni. Separuh goreng buat untuk berbuka separuh lagi simpan. 

Resipi asal ada serbuk lada putih dan daun sup tapi stok serbuk lada putih dan daun sup tak ada, jadi kita guna saja apa yang ada. Dah nama pun cara sendiri kan. Janji jadi dan sedap. 

11 Resipi Kuih Apam Kukus Yang Lembut dan Mudah Disediakan

$
0
0
11 Resepi Kuih Apam Kukus Yang Lembut dan Mudah Disediakan | Pejam celik sekejap sahaja dah masuk 9 Ramadhan. Bulan puasa ni macam biasalah, ibu ibu sibuk di dapur untuk menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa. Kadang sampai tak boleh fikir nak masak menu apa. Tidak kira lah menu utama atau sampingan seperti kuih muih atau pencuci mulut.

Di sini dikongsikan 11 resipi kuih apam kukus yang lembut dan mudah disediakan untuk dicuba sebagai juadah berbuka nanti. Bukan sahaja sesuai disediakan untuk juadah berbuka malahan boleh juga sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi atau minum petang selepas bulan Ramadhan. Jom baca resipi kuih apam kukus yang dikongsikan selanjutnya.

1. Apam Nasi


Bahan bahan

2 cawan nasi 
2 cawan gula
3 cawan air
(Blend ke semua 3 bahan ni) 

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Mauripan 1 paket 11gm

Cara menyediakan

🧁Campur ke semua bahan bahan sekali dengan bahan diblend. 
🧁Perap 1 jam dan siap untuk dikukus. 

*Sapu minyak pada acuan senang nak keluarkan apam. 

2. Apam Kampung 3 Bahan


Bahan bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula putih atau gula merah
1/2 paket yis

Cara masak

🧁Campurkan bahan bahan ke dalam satu bekas.
🧁Masukkan airnsedikit demi sedikit sehingga adunan jadi likat dan pekat.
🧁Rehatkan selama 2 jam.
🧁Sediakan acuan dan loyang. Sapukan marjerin.
🧁Masukkan adunan dalam bekas acuan. Kukus selama 30 minit. Api sederhana besar.
🧁(Optional) Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa parut dan masukkan ke dalam periuk kukus. Kukus seketika. Dan apam kampung sedia dihidang.

3. Apam Puteri Ayu


Bahan bahan

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung gandum
Q sudu kevil baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
Kelapa parut + sedikit garam+Sedikit twpung gandum (gaul sebati. Kukus sekejap)

Cara cara menyediakan

🧁Ayakkan tepung bersama baking powder
🧁Mix telur, gula, ovalette dan esen pandan hingga kembang putih.
🧁Masukkan santan selang seli dengan tepung.
🧁Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
🧁Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang di kukus tadi dekat dasar acuan.
🧁Tuang aduanan tepung paras acuan.
🧁Kukus 10-15 minit api besar.

4. Apam Gula Hangus Kukus


Bahan bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil susu pekat
2 biji telur
1 cawan air panas untuk gula hangus
1 cawan gula dihanguskan secantik habis sebab kejadian apam bergantung pada warna gula hangus

🧁Blend semua kemudian kukus selama 10 minit je dah siap!

Baca juga : Aneka Kuih Muih Pencuci Mulut Bulan Puasa

5. Apam Pandan Santan


Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
1/2 cawan santan kotak
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan air masak
3/4 cawan gula
1 sudu kecil pewarna pandan
1 sudu kecil esen vanila

🧁Gaulkan semua bahan hingga sebati kukus selama 15 minit. Perap selama 1 jam dan boleh dimakan bersama kelapa parut. 

6. Apam Coklat Mekar


Bahan bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
Sedikit garam

Ayak dan ketepikan

Bahan untuk blend

1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula ( kalau tak nak manis, 3/4 cawan saja) 

🧁Blend 3 minit masukkan ke dalam bahan yang diayak dan gaul sebati. 
🧁Masukkan ke dalam cup kecil. Kemudian masukkan cup dalam acuan lompang. 
🧁Panaskan kukusan. Kukus 15 minit. Siap. 

7. Apam polkadot


Bahan bahan

3 biji telur gred A dari peti sejuk 
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
150ml susu segar/susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 suru kecil esen vanila
Pewarna
Filling blueberry/strawnsrry/coklat/kaya atau apa apa ikut citarasa yang disukai

Cara penyediaan

🧁Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang menggunakan kelajuan maksima sehingga menjadi putih. 
🧁Selepas itu, baru campur bahan bahan lain seperti susu, tepung+baking powder (telah diayak) dan esen vanila. Mix lagi dengan jelajuan minimum hingga sebati. 
🧁Bahagikan adunan ke beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna. 
🧁Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas separuh sahaja sebab nak letakkan filling secukupnya (nak sennag guna piping bag) 
🧁Picitkan adunan sama warna atau berbeza warna sehingga hampir penuh. Kemudian buat dot dot menggunakan warna berbeza. 
🧁Siap semua, kukuskan selama 10-15 minit atau sehingga masak. 
🧁Bila dah masak maknanya dah siap. 


8. Apam Susu 


Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder 
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar susu cair
Pewarna yang disukai

Cara cara

🧁Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mula buat apam. 
🧁Ayak tepung bersama baking powder kemudian ketepikan. 
🧁Dalam mixer, masukkan telur, gula halus, ovalette dan esen vanila. 
🧁Putar hingga gebu dan adunan menjadi putih. 
🧁Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
🧁Tambahkan minyak jagung dan putar lagi. 
🧁Masukkan tepung ganfum dan baking pwder yang telah diayak. 
🧁Kaup balik adunan hingga rata
🧁Masukkan susu cair, kaup balik. 
🧁Bahagikan adunan kepada 3 dengan warna pilihan
🧁Sediakan liyang 8 inci dan gris mentega pada loyang. 
🧁Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis. 
🧁Kukus dalam kukusan air telah mendidih airnya selama 40 minit. 
🧁Tutup loyang dengan plastik aluminium foil supaya wap air tidak jatuh atas apam. 
🧁Angkat apam setelah masak. 

9. Apam Pisang FY


Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
3 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang dilecek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara cara

🧁Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas. Gaul rata dan ketepikan. 
🧁Dalam satu bekas lain masukkan gula, esen vanila dan telur pukul hingga kembang
🧁Masukkan minyak masak ke dalam adunan telur yang dipukul tadi dan kacau sebati. 
🧁Kemudian masukkan pisang yang dilecek dan susu pekat. Gaul rata. 
🧁Masukkan adunan tepung ke dalam adunan yang bercampur pisang tadi dan gaul rata sehingga sebati. 
🧁Panaskan air kukusan.
🧁Kemudian isi adunan ke dalam bekas kecil. 
🧁Setelah air kukusan mendidih, kukus selama 30 minit. Siap! 

10. Apam Tepung Beras


Bahan bahan

2 cawan tepung beras (guna cap gajah seekor) 
2 sudu kecil baking powder
2/3 cawan gula (gula ising pun boleh) 
1 cawan susu kotak
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna atau emulco (optional)

Cara cara

🧁Ayak tepung beras, baking powder dan gula ising. Kemudian masukkan susu. 
🧁Panaskan kukusan. Sudukan aduna ke dalam paper cup kecil. Disebabkan paper cup kecil, apam dah masak hanya 3 hingga 4 minit apam tepung beras mekar dah siap. 

11. Apam Tembikai


Bahan bahan

5 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila

🧁putar bahan di atas sampai kembang gebu dan memutih (dalam 5 minit guna mixer)

1 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak

🧁Lepas bahan tadi gebu, masukkan tepung berselang seli susu. Mixer low speed.
🧁Akhir, masukkan minyak. Sebatikan.
🧁Kukus  selama 15 minit menggunakan acuan kecil dan 30-40 minit jika menggunakan loyang
🧁Untuk dapatkan warna tembikai, bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian warna merah lebihkan. Lagi 2 bahagian untuk warna putih (asal) dan hijau.

Jika guna acuan kecil

Sudukan warna merah dalam acuan 1/2 acuan. Kukus dalam 3-4 minit bila adunan mula mengeras. Perlahan lahan sudikan warna putih, sedikit sahaja. Kukus lagi dalam 3 minit. Kemudian warna hijau juga sedikit. Kukus 10 minit atau hingga masak.

Jika guna loyang

Lapisan pertama dan kedua 10 minit, lapisan akhir 20 minit.

Sumber : FB Jom Kongsi Tips/Resipi

Semua resipi kuih apam kukus ni nampak menarik dan mudah untuk disediakan. Dah boleh save siap siap resipi kuih apam kukus ni. Satu hari buat satu resipi. 

Selamat mencuba. 

Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020

$
0
0
Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020 | kali nak join segmen yang dianjurkan oleh blogger SitiYang Menaip. Ada masa terluang ni join saja segmen yang dianjurkan blogger lain sebagai tanda sokongan.

Klik banner untuk join segmen

Syarat syarat join segmen seperti di bawah :


  1. Mesti ada blog dan masih aktif berblogging
  2. Wajib follow blog SITIYANGMENAIP - DONE #1087
  3. Buat entry bertajuk 'Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020'
  4. Letak banner - backlink kepada entry INI
  5. Publish entry
  6. Tinggalkan link pada ruangan komen di entry INI
  7. Jika terpilih mesti letakkan juga link blog SITIYANGMENAIP di senarai bloglist anda selama mana link blog anda tersenarai di blog ini
  8. (Optional) Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI dan tinggalkan Youtube Channel anda di ruangan komen - DONE
  9. (Optional) Follow Instagram SITIYANGMENAIP di SINI - DAH LAMA FOLLOW
  10. Link blog yang terpilih akan kekal di blog ini sehingga segmen bloglist baru dilakukan


Prestasi Blog www.mimiazirah.com Suku Tahun Pertama Januari hingga April 2020

$
0
0
Prestasi Blog www.mimiazirah.com Suku Tahun Pertama Januari hingga April 2020 | Kemain tajuk entry ada suku tahun bagai macam nak hantar laporan aset kepada ketua jabatan. Kah! Saja nak tepek dalam blog untuk rujukan di kemudian hari.

Bagi Mimi penting sebenarnya PV ni untuk kita tahu prestasi blog sama ada bagus atau tidak. Banyak faktor juga yang mempengaruhi PV blog kita kan. 

Prestasi blog www.mimiazirah.com Suku Tahun Pertama Januari hingga April 2020


Imbas kembali blog ni Mimi mula buat pada Disember 2010 tapi banyak entry telah Mimi padam dan ada juga Mimi tukar ke draf. Mimi hanya tinggalkan entry yang mana Mimi rasa okay dan perlu di perbaiki isi dalam entry tersebut. Sekarang ni memang buat sikit sikit ubah label setiap entry, buang broken link dan sebagainya. Ambil masa sikitlah. Banyak tu entry dari tahun 2010 kan. 

PV Januari 35380


Kalau tengok graf, pada tahun 2017 ada PV cecah 80k iaitu pada bulan Oktober 2017. Mulai September 2017 sehingga Oktober 2018 PV range 60k ke atas. Bila semak semula entry dalam tempoh tersebut, masa tu rajin update entry dan share di pelbagai platform. Selepas tu dah mula merundum semula PV sebab sikap malas tu. Kah!


PV Februari 28865



PV March 30120


Selain daripada sikap malas nak update entry, template yang Mimi gunakan sebelum ni ada sedikit masalah dan beberapa masalah yang ada pada ketika itu. Alhamdulillah selepas tukar template baru dan rajinkan diri update entry barulah nampak perubahan PV blog. 

Kalau tengok prestasi blog Mimi bagi suku tahun pertama dari Januari hingga April, PV dari 30k sebulan dah mula naik 50k. Nampak gaya kena kekalkan atau tingkatkan lagi prestasi untuk naikkan PV blog. Rajin update entry, blogwalking dan tinggalkan komen! 

PV April 51918


Selain daripada itu Mimi gigih belajar ilmu blog setiap hari nak naikkan prestasi blog punya pasal. Banyak ilmu blog yang Mimi pelajari sejak join group Biters. Korang boleh nampak logo Biters di side kanan blog Mimi ni. Tak rugi join Biters ni sebab founder sangat tak kedekut ilmu blog untuk dikongsikan kepada ahli Biters.

Mimi juga suka baca ilmu blog di blog sifu, tuan Hasrul Hassan. Banyak ilmu tentang blog yang dikongsikan oleh beliau. Blog Mimi yang sekarang ni pun hasil sentuhan tangan beliau. Yang nak dapatkan sentuhan baru pada blog boleh cuba dm beliau. In shaa Allah banyak ilmu akan dikongsikan dan sedikit teguran mengenai kesalahan yang ada pada blog. 

Dulu banyak kali apply adsense tak lulus sekarang iklan seronok berjoget joget di blog semuanya atas bantuan sifu Hasrul Hassan juga. Kalau tidak mereputlah dak Mimi orang lain beratus dapat duit dari Adsense, diri sendiri gigit jari. 

Target Mimi selepas ni, nak dapatkan PV sebulan 100k dan naikkan income Adsense. Ikutkan prestasi blog Mimi sekarang ni masih lagi dalam kategori so-so. Jadi, kena terus berusaha untuk naikkan prestasi blog Mimi. In shaa Allah i can do it! 

Tanda Awal Kehamilan, Ini Simptom-Simptom Yang Di Alami Sebelum Ujian Kehamilan Dilakukan

$
0
0
Tanda Awal Kehamilan, Ini Simptom-Simptom Yang Di Alami Sebelum Ujian Kehamilan Dilakukan | Bila dah bergelar suami isteri pastinya kita mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga. Gelagat bayi yang comel dan menghiburkan hati di kala kita letih pulang dari kerja. Telatah mereka mampu membuatkan kita tersenyum dan tertawa melupakan kepenatan. 

Terimbau kembali selepas mendirikan rumahtangga dengan suami. Sejujurnya kami tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata lambat. Lagi cepat lagi bagus. Tapi semua itu ketentuan Allah, cepat atau tidak Allah yang tentukan. Kita sebagai hambaNya hanya terima sahaja dengan redha dan tawakal. Sebenarnya setahun jugalah Mimi tiada rezeki mengandung. Masuk bulan ke 13 barulah disahkan Mimi mengandung. Itu pun setelah pelbagai cara  dan petua dilakukan untuk mengandung.



Nanti Mimi akan kongsikan cara yang dilakukan untuk mengandung. Kali ni nak kongsikan tanda awal kehamilan yang dialami sebelum ujian kehamilan dilakukan. Nak tahu apa tanda awal kehamilan yang dilalui, baca artikel hingga akhir nanti. 

Ini Simptom-Simptom Awal Kehamilan Sebelum Ujian Kehamilan Dilakukan


1) Alami cirit birit

Sebelum disahkan mengandung, Mimi alami cirit birit. Tapi masa itu tak syak apa apa sebab fikir silap makan walaupun kita makan masakan dari rumah dan jaga kebersihan makanan. 

2) Letih dan rasa mengantuk

Yang memang tidak dinafikan, tiba tiba saja jadi letih dan rasa mengantuk teramat sangat setiap kali selepas pulang dari kerja. Sebelum ini tidak pernah berlaku macam tu. Bila kaki melangkah masuk saja dalam rumah, mata kuyu dan layu seolah ada batu hempap atas mata ni. Langsung tak boleh buka mata. Berat sungguh! 

3) Batuk dan demam dengan tempoh yang lama

Setiap kali mengandung memang batuk dan demam ni wajib Mimi alami sebelum tahu diri mengandung. Makan ubat klinik pun tak jalan (sebelum tahu mengandung). Batuk dan demam ni selalunya berlanjutan hingga 2 minggu. Tapi Mimi tak dapat tangkap hint ini kerana batuk dan demam selalunya Mimi kaitkan dengan keadaan sekeliling atau orang cakap musim. 

4) Sensitif dengan bau tertentu

Tanda awal kehamilan yang wajib dilalui dari anak pertama hingga bongsu ni, sensitif dengan sesuatu bau. Anak sulung dahulu Mimi tak boleh bau sebarang masakan sup dan nasi. Anak kedua, ketiga dan bongsu tidak boleh bau minyak wangi lelaki. Bagi Mimi bau minyak wangi lelaki busuk. Anak bongsu juga Mimi tak boleh bau sabun pencuci baju dan nescafe. Kalau terbau mula rasa nak marah sebab rasanya tengik. 

5) Mual dan loya

Simptom awal kehamilan ni rasanya semua pernah alami. Mual dan loya tiba tiba. Sedang duduk bersantai pun tiba tiba boleh datang rasa mual dan loya.



6) Rasa tidak cukup nafas atau nafas pendek

Salah satu tanda awal yang Mimi alami ialah rasa tidak cukup nafas atau nafas pendek bila melakukan sesuatu kerja. Mudah rasa tercungap. Walaupun aktiviti yang kita lakukan itu dah menjadi kebiasaan tetapi secara tiba tiba kita tak boleh lakukan kerana nafas pendek. 

7) Buah dada sakit dan bengkak dari biasa

Selalunya bila datang bulan kita akan rasa sakit buah dada. Tetapi tanda awal kehamilan pula buah dada kita akan rasa sakit dan bengkak dua kali ganda dari biasa. Ini salah satu tanda yang menguatkan bahawa kita hamil. 

8) Lewat datang bulan

Of course lah benda ni akan jadi petunjuk yang kita kemungkinan mengandung. Ada setengah orang akan kata, lewat datang bulan lama takkan tak sedar diri tu mengandung. Fahamilah kaum hawa sekalian, kita memang sama jantina tapi hormon kita tidak sama. Ada yang lewat datang bulan sehari pun boleh detect dia mengandung ada juga yang tidak boleh. Mimi kategori lewat berminggu dan berbulan pun tak boleh detect mengandung sebab pernah Mimi habis beratus beli macam macam jenis alat ujian kehamilan gara gara lewat datang bulan tetapi bila buat ujian, keputusannya negatif. Hampa! 

Setelah kesemua tanda awal kehamilan yang Mimi alami di atas dan datang bulan pun lewat, jadi Mimi akan ambil keputusan beli alat ujian kehamilan. Bila buat ujian keputusannya positif, maknanya tanda tanda yang dialami perlu di ambil kira untuk buat ujian kehamilan. Tidaklah kita membuang masa dan wang ringgit beli alat ujian kehamilan. 

Ada juga yang datang bulan seperti biasa tapi tanpa sedar yang diri sedang berbadan dua. Setiap wanita alami tanda awal kehamilan berbeza. Ada yang boleh kesan seawal lewat datang bulan ada yang tidak. Ada yang tahu diri sedang  berbadan dua ada yang tidak. Pendek kata setiap daripada kita mengalami tanda awal kehamilan yang tidak sama. 

20 Resipi Aneka Nasi Yang Sedap Memikat Selera

$
0
0
20 Resipi Aneka Nasi Yang Sedap Memikat Selera | Nasi merupakan makanan asas semua orang. Nasi juga boleh dipelbagaikan cara masakannya untuk memikat selera. Ada pelbagai aneka masakan berasaskan nasi yang kita tahu antaranya nasi goreng, nasi ayam, nasi lemak dan sebagainya.

Di sini dikongsikan 20 resipi aneka nasi yang sedap memikat selera anda dan keluarga untuk di cuba sepanjang puasa ini. Jom baca resipi resipi aneka nasi di artikel ini.


20 Resipi Aneka Nasi Yang Sedap Memikat Selera untuk Dicuba Sepanjang Bulan Puasa


Resipi Mimi sendiri sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Dah buntu sangat tak boleh fikir nak masak apa, masak saja Nasi Goreng Telur. Ringkas dan mudah serta tak banyak bahan. Guna saja apa yang ada. Janji perut kenyang! 

Nasi Goreng Telur



Bahan bahan

Nasi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
6 biji cili padi
2 biji telur

Cara menyediakan

🌸tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi.

🌸tumiskan bahan yg ditumbuk tadi. masukkan 2 biji telur. gaul semua bahan hingga sebati.

🌸kemudian masukkan garam dan gaul sebati.
🌸akhir sekali barulah masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata. 


    Nasi Minyak Paling Ringkas ( Guna Beras Biasa Tanpa Minyak Sapi) 

    Kredit : Sis Awa



    Bahan bahan

    • 2 cawan beras yang telah dibersihkan
    • 2 ulas bawang besar (dimayang) *
    • 5 ulas bawang putih (diketuk) *
    • 2 inci halia (potong memanjang) *
    • 1 inci kulit kayu manis *
    • 2 kuntum bunga lawang *
    • 5 biji buah pelaga *
    • 3 sudu makan marjerin *
    • minyak masak utk menumis
    • air secukupnya (sukatan biasa masak nasi)
    • 1 sudu garam

    Cara menyediakan
    1. panaskan minyak berserta marjerin di dalam periuk. masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.
    2. kemudian, masukkan beras dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.
    3. sekarang bolehlah dimasukkan air dan garam. kacau supaya semua sebati.
    4. kita tunggu hingga nasi masak. 

    Nasi Tomato Lauk Kenduri


    Kredit : Cikza Mohmad

    Resepi Nasi Tomato

    Bahan bahan
    • beras biasa / basmathi (sukatan adalah 1 pot beras : 2 pot air)
    • air sukatan beras
    • 3sb minyak sapi
    • 2sb minyak masak
    • rempah 3 beradik (bunga lawang / kulit kayu manis / buah pelaga)
    • 1/2 tin susu cair
    • 1 tin susu
    • 1 tin tomato puri
    • daun ketumbar
    • daun pandan
    • 1 biji tomato (potong 4 bahagian)
    • garam
    • bahan kisar : 1 ulas bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1/2 inci halia

    Cara menyediakan
    1. panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah 3 beradik sampai garing dan naik bau. Masukkan tomato puti, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.
    2. masukkan susu cari dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. biarkan separuh didi.
    3. masukkan garam, daun pandan dan tomato.
    4. bila dah mendidih, masukkan beras, kacau bagi rata. terus pindahkan ke periuk nasi. ni kalau tumis di atas dapur lah...
    5. PETUA : jika guna beras biasa, nak nampak cantik bila dah masak, wajib goreng dulu beras tersebut ye. 


    Nasi Arab

    Kredit : CikTie



    Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab

    ½ ekor ayam - potong 2
    1 kiub ayam
    1 biji tomato belah 4
    1 biji cili merah belah 4
    1 batang kulit kayu manis
    ½ sudu jintan manis (biji)
    ½ sudu biji ketumbar
    ½ sudu lada hitam (biji)
    Sesudu garam

    Cara-cara
    Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam.

    PERAP AYAM

    angkat ayam lumur dengan garam kunyit,  dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa.

    Cara Penyediaan Nasi Arab

    Bahan untuk menumis
    Minyak sapi / butter / minyak masak
    2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)
    ½ sudu biji ketumbar
    ½ sudu jintan manis
    ½ sudu lada hitam

    Cara-caranya
    • Tumis semua bahan sehingga naik bau.
    • Kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
    • Masukan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya.
    • Akhir sekali masukan daun ketumbar. Dah siap 


    SAYUR 

    Bahan :-
    Timun dibuang biji di tengahnya
    Tomato di potong dadu
    Bawang besar racik halus
    Garam dan air perahan lemon

    Caranya
    Gaulkan kesemua bahannya tu.


    SAMBAL

    Bahan-bahan 
    3 batang cili besar merah
    3 batang cili padi merah
    Buah Tomato - Lebihkan buah tomato ye
    Daun ketumbar
    Air Perahan lemon
    Garam / gula

    Cara-cara
    Blend cili, tomato dan daun ketumbar. Kemudian masukan garam, gula dan perahan lemon.

    Nasi Goreng Orang Bujang

    Kredit : Wawa

    Resepi Nasi Goreng Orang Bujang

    Bahan bahan 

    Bwg putih 5 ulas ditumbuk
    Bwg merah 4 ulas ditumbuk
    Cabai melaka dlm 10 biji ditumbuk
    Sos tiram
    Sos cili
    Telur ayam 3 biji
    Sosej

    Cara cara
    Tumis semua bahan
    Kalau nk sedap lagi letak butter sikit masa kita nk tumis.
    Masukkan sos tiram 
    Masukkan sos cili
    Kemudian masukkan sosej yang dipotong dan masukkan telur 3 biji. 
    Gaul semua bahan hingga sebati dan masukkan nasi. Gaul lagi sekata sehingga masak. 


    Nasi Daging Air Asam Kerisik




    • Bahan bahan
    • 500gm daging (dihiris)
    • 5 pot beras basmathi
    • 3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
    • 5 sudu serbuk kurma
    • 1 biji bawang merah (dihiris)
    • 3 ulas bawang putih (dihiris)
    • 1 inci halia (dihiris)
    • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
    • 1 helai daun pandan
    • 3 sudu mentega
    • garam
    • cukup rasa Maggi

    Cara cara (menggunakan Philips Pressure Cooker) : 

    1. masukkan butter, bawang merah, bawang putih & 3 serangkai. tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air. masukkan juga daun pandan. biarkan sampai garing. 
    2. selepas tu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda ye.
    3. masukkan pula lobak merah. kacau bagi rata lobak merah dgn rempah ratus.
    4. 5 pot beras disukat mcm nak masak nasi biasa (5 pot beras : 6 pot air). utk beras basmathi ni tambahkan sedikit air lagi sebab beras basmathi memang perlukan lebih air. agak-agak je ye sukatan air tu.
    5. masukkan garam dan cukup rasa Maggi dan kacau rata.
    6. akhir sekali, padamkan mode BAKE dan tukar kepada mode RICE. masak selama 15 minit.


      Cara cara buat air asam kerisik : 

      2 sudu kerisik

      2 biji tomato (potong dadu)
      7 cili akar hijau (dihiris bulat)
      3 cili merah thai (dihiris bulat) 
      1 biji bawang merah (dihiris nipis)
      1 biji bawang putih (dihiris nipis)
      1 sudu air asam jawa
      sedikit air suam dan garam
      kesemua bahan di atas dicampur dan digaulkan di dalam satu mangkuk.




      Nasi Ayam Hainan

      Kredit : Noor Liza

      Resepi Nasi Ayam Hainan


      Bahan bahan

      untuk sup
      • 2 ketul peha ayam
      • 2 batang daun bawang (diikat)
      • 2 inci halia (dipotong tebal)
      • 3 cawan air
      • garam

      untuk nasi
      • 3 pot kecil beras (dibasuh, tos)
      • 2 sudu mentega
      • 3 ulas bawang putih (dicincang)
      • 2 inci halia (dipotong kasar)
      • 1 batang serai (diketuk)
      • 2 sudu besar serbuk perencah Hilal
      • garam

      untuk sos cili
      • 5 batang cili masak
      • 3 ulas bawang putih
      • 1 batang serai
      • 1 inci halia
      • 1 sudu besar serbuk perencah Hilal
      • garam 
      • cuka

      untuk sos kicap
      • 3 ulas bawang putih
      • 1 sudu besar sos tiram
      • 3 sudu besar kicap cair
      • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
      • 1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)
      • 6 sudu air
      • garam


      Cara memasak sup

      1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
      2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.

      3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
      4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.

      Cara memasak nasi
      1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
      2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
      3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
      4. Biarkan ia masak.

      Cara membuat sos cili
      1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.

      Cara membuat sos kicap
      1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
      2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
      3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
      4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi.

        Nasi Goreng Ikan Bilis

        Kredit : Nor Azlina

        Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis


        Bahan bahan
        • 10 biji bawang merah
        • 3 biji bawang putih (digoreng dengan kulitnya sekali dan ketuk bawang)
        • 2 sudu ciliboh
        • sayur sawi
        • segenggam ikan bilis
        • nasi
        • secubit garam
        • minyak utk menggoreng

        Cara cara 
        1. kupas bawang merah dan tumbuk hingga lumat.
        2. basuh bawang putih dan goreng bersama kulit sehingga garing. ketepikan.
        3. masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. ketepikan.
        4. tumiskan bawang merah bersama bawang putih sehingga naik bau.
        5. masukkan ciliboh, serta tumis sehingga pecah minyak dan garing.
        6. masukkan sawi dan nasi putih. gaul sebati. perisakan dgn garam.
        7. akhir sekali, masukkan ikan bilis. gaul sekata.
        8. Tutup api dan sedia dihidangkan. 

        Nasi Ayam Kukus

        Kredit : Shalimar

        Resepi Nasi Ayam Kukus


        Bahan bahan



        5 ketul ayam
        air
        bawang merah (tumbuk kasar)
        bawang putih (tumbuk kasar)
        halia (diketuk)
        akar daun ketumbar
        1 kiub pati ayam



        Cara cara

        Rebus ayam dengan semua bahan di atas hingga ayam menjadi lembut.
        air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi. nasi tu dimasak seperti biasa. 
        ayam pula ditoskan sementara nasi masak.
        sambil tunggu nasi masak, boleh sediakan sos merah untuk nasi ayam. 

        Resipi Sos Merah


        1 biji bawang merah (ditumbuk kasar)

        1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
        1 biji cili merah (ditumbuk kasar)
        3 biji cili padi (ditumbuk kasar)
        daun ketumbar (dipotong kasar)
        1 biji tomato (dipotong dadu)
        1/2 gelas air rebusan ayam
        1 piring kecil sos cili



        bila dah siap tumbuk bahan-bahan di atas, satukan dengan bahan-bahan yang lain. gaul rata dlm satu mangkuk. 


        Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara) 

        Kredit : Ira Dzahir

        Resepi Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara)

        Bahan bahan untuk nasi ulam

        • nasi
        • ikan talang masin - goreng dan mesin halus
        • udang kering - goreng tanpa minyak dan mesin halus
        • kerisik - mesin halus (elok kalau buat sendiri)
        • lengkuas dan serai - mesin halus, tapi mesin asing-asing ya
        • bawang besar - potong nipis
        • bunga kantan - potong nipis
        • ulam-ulaman - gulung kemudian hiris halus.

        bubuh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan tu sikit-sikit, campur dan gaul semuanya.
        kalau nak tambah garam / serbuk perasa, boleh.
        kalau nak bagi pedas, boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. ikut citarasa masing-masing. 

        Cara cara nak masak daun keladi


        Resepi Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara)


        • keladi - rebus, lepas tu buang air
        • ikan temenung - rebus, asing isi dan tulang. mesin (mcm buat laksa)
        • bawang besar, belacan - mesin air
        • cabai kering mesin
        • daun kesom
        • bunga kantan - hiris nipis
        • lada hitam - mesin halus
        • asam keping
        • gula & garam


        basuh keladi dan rebus. dah nampak lembut, buang air rebusan tu.


        masukkan bahan yang telah dimesin (ikan temenung, bawang besar & belacan) dan cabai kering mesin.

        kalau nampak kering, tambah air sikit. biar ia mendidih sikit.

        masukkan daun kesom, bunga kantan asam keping, lada hitam, garam dan gula.

        ikut kalau nak tambah perasa. Sedia untuk dihidang.


        Bubur Nasi Berlauk

        Kredit : Alia Farhan

        Resepi Bubur Nasi Berlauk Philips Pressure Cooker

        for moi / bubur nasi all u need is beras and water. resepi ni guna Philips Pressure Cooker.
        1. 1 cup of rice grain + 2 cups water, masukkan dlm pressure cooker and then press mode "CONGEE" and then press START.
        2. after 13 minutes you moi / bubur nasi is ready.
        Resepi Bubur Nasi Berlauk Philips Pressure Cooker

        kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi. and for the lauk parts, u can cook basically anything u love.


        Nasi Goreng Sotong

        Kredit : Cahaya Hayati

        Resepi Nasi Goreng Sotong


        • Nasi lebihan semalam
          2-3 ekor sotong- dipotong
          1 ulas bawang merah kecil
          1 ulas bawang putih
          1-2 sudu besar cili kisar 
          1 sudu besar sos tiram
          1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas la)
          1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahulu
          Sayuran seperti sawi dan kobis 
          Garam secukupnya.
          Minyak
          Daun bawang
          Bawang Goreng

          Cara:
          Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la..

          Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.

          Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.

          Siap. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.

        Bubur Nasi Kemboja

        Kredit : Siti Rohaida



        • bahan-bahan untuk buat bubur :
          1) Beras yang dah dibersihkan 
          2) Bawang putih (di tumbuk halus)
          3)Udang kering(ditumbuk) 
          4) Potongan Ayam
        • 5)Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas boleh lebihkan) 

        • 6)Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis lah

        • 7) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)

        • 8) Sedikit garam

        • 9)Sedikit Minyak masak untuk menumis

        Cara-Caranya
        Firstly,korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing.
        Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la.
        Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur .
        Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye.
        Apa bahan-bahan yang dijadikan sebagai hiasan dan pelengkap bubur ni adalah
        • lobak asin yang diracik.atau korang beli yang kecik tu je.
        • Taugeh
        • Limau
        • Daun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)
        • Isi ayam
        • Lada hitam
        • Sambal
        Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka. Perasakan dengan garam dan gula.

        Nasi Minyak Daging Beriani

        Kredit : Shuhada Herman


        Resepi Nasi Minyak Daging Beriani

        • Bahan bahan :
        • 3 cawan beras basmathi
        • 1/2 cawan marjerin / planta
        • 3 1/2 cawan air
        • 1 cawan susu cair
        • 2 kuntuk bunga lawang
        • 2 batang kulit kayu manis
        • 3 biji buah pelaga
        • 2 helai daun pandan
        • garam
        • 1 kiub stok ayam
        • pewarna kuning
        • 6 biji bawang merah (dikisar)
        • 3 ulas bawang putih (dikisar)
        • 1 cm halia (dikisar)
        • bawang goreng
        • daun bawang (dihiris)


        Cara cara
        1. tumiskan bahan yang telah dikisar dgn marjerin / planta. masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
        2. masukkan beras yang dah siap dicuci, garam, air, susu cair dan kiub ayam
        3. apabila nasi telah kering, masukkan pewarna kuning. letakkan bercapuk atau setompok-setompok. tutup dan biarkan seketika.
        4. setelah kering, kacau rata. biarkan seketika.
        5. bolehlah dihidangkan. 
        Resepi Nasi Minyak Daging Beriani


        Cara buat daging beriani :

        • 1 kg daging (direbus hingga lembut)
        • 1/2 cawan minyak
        • 1 cawan air
        • 125g rempah beriani
        • 2 tangkai daun ketumbar
        • garam
        • 2 biji kentang (dipotong 4)
        • sedikit susu cair
        • 2 sudu cili kisar
        • 7 biji bawang merah (dikisar)
        • 5 ulas bawang putih (dikisar)
        • 3 labu bawang besar (dikisar)
        • 1 1/2 cm halia (dikisar)

        1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. masukkan rempah beriani dan cili kisar.
        2. masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang.
        3. tambahkan air, garam dan perasa.
        4. masakkan sehingga pekat. hias dgn tomato ceri. 


        Nasi Goreng Ikan Masin

        Kredit : Maria Firdz

        Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

        • Bahan bahan : 
        • nasi sejuk
        • ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
        • bawang putih (ketuk dan cincang)
        • cili padi (ketuk dan cincang)
        • telur
        • kailan 
        • serbuk lada hitam / lada sulah
        • sos tiram
        • gula

        Cara cara :
        1. tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
        2. masukkan telur dan hancurkan.
        3. masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. kacau rata.
        4. masukkan gula dan serbuk lada hitam / lada sulah
        5. masukkan nasi dan kacau rata. 


        Nasi Ayam Kukus Halia

        Kredit : Hanny Abdullah



        Bahan-bahan nasi ayam :
        • Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
        • Bawang merah ( dihiris)
        • Halia (dicicang atau dihiris)
        • Ayam dalam 3 ke 4 ketul.
        • Minyak masak
        • Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
        • Beras

        Cara memasak :
        Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
        Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.

        • Ayam 
        • Halia dihiris nipis 
        • Garam secukup rasa
        • Minyak bijan 
        • Kicap cair 
        • Kicap manis sedikit 
        • Serbuk lada hitam 
        • Daun ketumbar  (mengantikan daun bawang yang tak ada stok) 

        Caranya :
        1) Gaulkan kesemua bahan-bahan yang di atas bersama ayam, kemudian perapkan dan letakkan di dalam peti ais selama sejam.
        2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Masak dalam 40 min.


          Nasi Lemak Kuah Sambal

          Kredit : Marina Bashah

           Resepi Nasi Lemak Kuah Sambal

          Bahan-bahan:

          Telur yang telah direbus
          Timun
          Kacang
          Ikan bilis yang telah digoreng

          Bahan-bahan Nasi:
          1 kotak kecil Santan
          1 inci Halia dihiris
          2 pot Beras

          Bahan-bahan sambal:
          3 biji bawang merah sederhana besar
          3 ulas Bawang putih
          2 sudu besar cili boh
          Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
          Gula

          Cara-cara masak nasi :
          1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
          2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.

          Cara-cara masak sambal :
          1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
          2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
          3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
          4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
          5. Masukkan gula. Gaul sebati.



          Nasi Ayam Marjerin


          Resepi Nasi Ayam Marjerin

          Bahan-bahan

          Bawang putih
          Halia
          Ayam beberapa ketul(Untuk 2-3 orang makan)
          Air 1 jug
          Kicap
          Sos tiram
          Cili merah
          Lada sulah
          Sup bunjut
          Garam
          Gula
          Madu
          Kentang(dipotong 7 hingga 10 bahagian)
          Carrot (dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal)
          2 kiub ayam
          cuka
          majerin

          Cara-caranya

          1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
          2. Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam.
          3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit.
          4. Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.

          Cara Masak Nasi

          1. Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.
          2. Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
          3. Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
          4. Masakkan beras tersebut.


          Cara Masak Ayam

          1. Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.


          Cara Masak Kuah Kicap

          1. Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
          2. Kdemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
          3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.
          4. Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.


          Cara Buat Sambal Cili

          1. Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.
          2. Kemudian masukkan  cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.
          3. Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

          Cara Buat Sup Ayam

          1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
          2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.
          3. Kemudian masukkan carrot dan kentang.
          4. Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.


          Nasi Lemak

          Kredit : Aida Hanafiah


          • BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :
          • 3 pot beras
          • 1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
          • sedikit garam
          • 2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)
          • 2 helai daun pandan (diikat)
          • mudah. kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌.

          • BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :
          • 3 senduk ciliboh
          • 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
          • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
          • segenggam ikan bilis
          • sedikit air asam jawa
          • sedikit garam dan gula utk perisa
          • tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
          • masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak ye.
          • selepas ciliboh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata.
          • masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula.
          • SIAP!

          • BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
          • telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
          • ayam goreng
          • ikan bilis garing
          • ulam timun
          • sayur kangkung goreng
          • kacang tanah goreng

          Nasi Dagang Kelantan 

          kredit : Wani Sukarno


          • BAHAN-BAHAN

            1.5 kg beras nasi dagang
            8 biji bawang merah dihiris
            11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
            1 sudu besar rata halba
            santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
            santan cair 21/2 cawan

            CARA-CARA
            1.beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
            2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
            3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
            4. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak lah. 


          Bahan bahan untuk ikan tongkol rebus

          2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
          15 keping asam gelugor
          garam - wani letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu ya
          air
          lengkuas ( dihiris )

          CARA-CARA
          rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa  tu sekata. bila ikan tu disusun dalam periuk dan direbus sampai la kering air ikan tu.

          Bahan bahan untuk gulai ikan tongkol

          2 biji bawang merah besar*
          1 biji bawang besar*
          21 tangkai lada kering*
          11/2 lengkuas*
          11/2 kunyit*
          kari ikan 2/12 sudu besar
          3 keping asam keping
          nisan 11/2 keping
          garam ikut kesesuaian
          cili hijau 4 biji
          santan - wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu

          CARA-CARA
          1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
          2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
          3. kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.
          4. masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
          5. barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati...
          6. biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan.
          7. gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat .. sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan.


          Jangan lupa cuba kesemua 20 resipi aneka nasi yang sedap memikat selera ini sepanjang bulan puasa ni. Dari yang mudah hingga susah sikit untuk disediakan bagi yang baru belajar memasak. Tidak mengapa perlahan lahan belajar memasak. Kalau yang memang sudah pakar memasak ni, memang sap sap soi saja nak siapkan. Bak kata pepatah pejam mata pun boleh. Hah gitu! Selamat mencuba! 
          Viewing all 669 articles
          Browse latest View live