Team AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian | Hai semua! Korang pernah dengar tak mengenai AFY haniff? Mesti tak pernah dengar kan? Kalau tak pernah, Mimi akan kongsi dengan korang mengenai AFY haniff. AFY haniff Group (M) Sdn Bhd telah diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006 di mana ia menyediakan detergan herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff sangat terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Kini, AFY haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand.
Teruja kan bila dengan produk AFY haniff ini berasaskan dari bahan bahan organik yang sudah tentu selamat digunakan. Kebanyakan produk detergan dan penghalau serangga yang berada di pasaran mengandungi bahan bahan kimia yang dibenarkan. Walaupun kandungan kimianya dibenarkan tetapi kita pasti mengutamakan produk yang mengandungi bahan bahan organik.
Aktiviti Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian
Untuk pengetahuan korang, baru baru ini AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Ini merupakan aktiviti hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan team McDonald’s dengan dibantu olehBite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama sama menjayakan event ini.
Tujuan utama AFY haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepara para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Kehadiran AFY haniff di Rumah Ronald McDonald ini sekurang kurangnya dapat meringankan beban pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Nampak menarik dan seronok pula aktiviti yang diadakan ni. Kalau Mimi berada berdekatan dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian pasti Mimi akan turut serta menyumbang tenaga untuk sama sama menjayakan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan ini.
Untuk pengetahuan korang, aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald yang diadakan pada 24 September 2019, Selasa yang lepas dimulakan dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas kepada semua yang terlibat untuk menjayakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald. Setelah taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan diadakan diberikan, sesi lawatan Rumah Ronald McDonald diadakan selama satu jam. Selesai sesi lawatan, aktiviti shopping barangan keperluan untuk penghuni Rumah Ronald McDonald pula. Antara barangan keperluan yang dibeli untuk Rumah Ronald McDonald adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Aktiviti shopping barangan keperluan ini mengambil masa kira kira 2 jam. Selesai shopping barangan keperluan, sesi masak beramai-ramai diadakan untuk makan bersama sama dengan penghuni Rumah Ronald McDonald. Mimi dapat bayangkan kemeriahan aktiviti masak beramai-ramai ni, pasti meriah macam aktiviti merewang kenduri kahwin kan? Ketika itu, masing masing sibuk bantu membantu antara satu sama lain dan melakukan kerja-kerja yang telah diagihkan.
Pada jam 2.00 petang, aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald dimulakan. Aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald ini sepenuhnya menggunakan produk dari AFY haniff. Aktiviti membersih dan mewangi seperti menyapu sampah dan mop lantai menggunakan pencuci lantai SWIPEL AFY haniff, fabrik seperti langsir dan sebagainya pula menggunakan pewangi fabrik D'MENC AFY haniff dan mencuci pinggan mangkuk menggunakan pencuci pinggan 40 DAYS AFY haniff.
Untuk pengetahuan korang, produk SWIPEL AFY haniff ini diperbuat daripada bahan herba organik di mana ia tidak mengandungi racun dan bahan kimia berbahaya. Jadi, produk ini memang terjamin selamat untuk digunakan. Selesai sesi membersih dan mewangikan Rumah Ronald McDonald, para penghuni yang berada di sana diberikan sumbangan berupa barangan jenama AFY haniff.
Selain daripada itu, pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan kepada salah seorang waris pesakit Pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian ini diberi secara mengejut kerana atas dasar rasa sedih dan simpati akan nasib keluarga ini. Difahamkan anak pakcik ini sedang terlantar sakit di HUSM Kubang Kerian akibat di langgar kereta. Usia anak pakcik ini ialah 5 tahun. Cuba bayangkan seawal usia 5 tahun telah ditimpa musibah yang tidak dijangka. Diharapkan adik ini akan segera pulih dan sihat seperti sediakala.
Rangkaian produk AFY haniff
Secara jujurnya, Mimi pernah nampak produk AFY haniff di pasar raya tetapi Mimi tidak menggunakan pun produk AFY haniff ni. Yalah dulu tak berapa menitik beratkan produk organik, janji produk Mimi beli tu berkesan dan murah bagi Mimi itu dah cukup. Tapi sejak timbul kesedaran akan kepentingan mengutamakan produk produk berasaskan bahan bahan organik, pastinya selepas ini Mimi akan cari dan menggunakan produk AFY haniff. Lebih lebih lagi dah banyak testimoni daripada pengguna produk AFY haniff memberi maklum balas yang positif selepas menggunakan rangkaian produk AFY haniff. Bila ramai yang beri maklum balas yang positif sudah tentu produk AFY haniff ini sangat bagus, betul tak?
Buat korang yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai produk AFY haniff, boleh layari :