Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all 669 articles
Browse latest View live

RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA

$
0
0
RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA | Hai semua! Dah beli kasut raya dan beg raya ke? Kasut raya anak anak dan suami dah siap beli lagi dua hari nak puasa. Mimi tak beli kasut raya pun beli kasut untuk pakai pergi kerja saja. Dan semestinya kasut raya yang family Mimi beli dari Bata Malaysia. Kasut dari Bata memang jadi pilihan sebab ada pelbagai design dan tahan lama. Tahun ni memang family Mimi Raya Sakan dengan Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin gitu! 

Memandangkan tahun ni Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin,  ia menawarkan pelbagai design dan corak yang menarik di samping promosi yang best dan buat korang nak beli dan beli lagi. Hah gitu!



RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA

Mimi tak beli pun kasut raya tahun ni sebab kasut raya tahun lepas masih elok dan nampak baru lagi tau! Dah semestinya kasut tu Mimi beli di Bata masa bulan puasa tahun lepas. 


Jadi, raya tahun ni Mimi nak beli beg raya pula. Dah bertahun tak beli beg baru kali ni kita shopping beg!

Nak tahu beg mana jadi pilihan hati Mimi baca sampai habis ya. Jom cuci mata dulu tengok koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama!

KOLEKSI RAYA SAKAN DENGAN BATA RAYA BERGAYA

Masuk Bata memang hati kena kental. Kalau tak, rasa nak borong semua tau! Semua koleksi nampak cantik dan elok saja di mata. Yelah jenama Bata kot! Jenama paling mendapat tempat di hati pelanggan! Selesa, harga murah dan mampu milik gitu! Mohon bertabahlah baca entry Mimi ni ya. Agak mana yang berkenan terjah cepat cepat kedai Bata yang berhampiran! 

Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Beg Wanita






Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Wanita








Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Lelaki dan Kanak Kanak






Ini baru sikit tau korang. Ada pelbagai lagi koleksi design dan corak kasut serta beg yang cantik cantik! Yang penting kualitinya terjamin dan harga mampu milik. 

APA MIMI BELI DI BATA SEMPENA PROMOSI BATA BERGAYA BERSAMA

Nak dijadikan cerita, masuk saja outlet Bata, Mimi jadi rambang mata tengok koleksi baru yang ada. Baik kasut mahu pun beg. Memandangkan misi utama Mimi nak beli beg jadi koleksi terbaru beg yang ada di Bata terus Mimi terjah. Dah nama pun perempuan kan, bab membeli memang ambil masa berjam lamanya. Yelah bukan senang nak puaskan hati. Nak nak suami pula pengaruh kuat! Ambil ni cantik yang ni tahan lasak... Ishhhh buat hati berbelah bahagi sungguh!




Kalau membeli memang Mimi suka belek dan check sesuatu barang tu sebab nak bagi puas hati. Dari segi jahitan, kekemasan, keselesaan dan fungsi semua tu memang Mimi ambil berat. Tapi koleksi di Bata Malaysia tak pernah mengecewakan okey! Mesti korang tertanya tanya antara koleksi terbaru beg raya Bata Bergaya Bersama yang ada mana satu jadi pilihan Mimi. 

Bila up status di facebook kebanyakan teka Mimi akan ambil beg yang kanan sekali tu, warna pink belacan! Yelah peminat pink tegar katakan mestilah orang akan teka warna pink belacan. Sebenarnya Mimi tak pilih warna pink belacan tau! Tapi warna lain! Nak tahu warna dan design apa Mimi pilih tengok sajalah gambar di bawah.

.



..



...



....


.....

Tada!!!!!!! 


Beg warna blue black jadi pilihan Mimi. Sebelum ni beg dah ada warna pink belacan takkan nak beli warna yang sama lagi betul tak? Tahun ni pilih beg warna lain. Dah lama tau aim backpack macam ni. Akhirnya berjaya juga beli beg idaman! Yeayyyy!! 

Korang yang belum shopping beli kasut raya ataupun beg raya cepat cepat singgah Bata Malaysia berhampiran dengan korang tau! 



Sekarang ni Bata  Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin menawarkan promosi yang best buat korang! Dengan setiap pembelian RM149 ke atas dalam satu resit korang akan dapat jam tangan dan bracelet Marie Claire secara PERCUMA dan juga dapat baucer bernilai RM25 di mana korang boleh tebus baucer tersebut untuk pembelian yang seterusnya. 

Kalau korang berbelanja RM99 ke atas pula korang akan akan dapat baucer bernilai RM25. Hah! Berbaloi ke tak shopping sakan di Bata? Berbaloi sangat kan!



Kalau korang tak berkesempatan nak terjah mana mana outlet Bata Malaysia berhampiran, korang juga boleh beli layari web Bata Malaysia untuk lihat koleksi terbaru dan terkini dari Bata !


Redoxon Double Action Vitamin C dan Zink Sepanjang Hari

$
0
0
REDOXON DOUBLE ACTION VITAMIN C DAN ZINK BEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI | Hai semua! Bulan puasa ni memang akan rasa letih dan mengantuk. Nak buat kerja pun rasa lesu saja, betul tak? Tapi alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni, Mimi rasa bertenaga sejak amalkan Redoxon Double Action Vitamin C dan Zink. Kalau terlupa makan memang rasa letih dan mengantuk sangat. 

Sebelum ni memang Mimi amalkan vitamin C tapi lama sangat stop sebab tak serasi. Bila beli online ni faham sajalah risikonya kan. So, sebelum puasa Mimi decide cari vitamin C di Watsons. Bila umur meningkat ni memang kena consume vitamin C. Jadi, Mimi pilih REDOXON DOUBLE ACTION VITAMIN C DAN ZINK BEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI. 


REDOXON DOUBLE ACTION VITAMIN C DAN ZINK BEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI

Semua tahu akan kepentingan vitamin C dalam tubuh badan kita. Redoxon yang Mimi beli ni jenis chewable dan cara makan hisap saja. Memang terasa orange dan masam masam manis tu. Dalam botol ni mengandungi 60 tablet. Boleh tahan sehingga satu atau dua bulan saja. Redoxon ni makan 1-2 tablet sehari. 



Macam Mimi sendiri amalkan Redoxon ni ikut mood. Kadang makan satu tablet kadang dua tablet. Ikut keadaan. 



Redoxon Double Action memgandungi 500mg Vitamin C dan 5mg Zink. 

Vitamin C dan Zink memainkan peranan yang penting dalam proses metabolisma. Sebagai contoh vitamin C sangat penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi serta pembentukan badan secara umum.

Zink merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. 




Redoxon Double Action ni didatangkan dalam bentuk tablet untuk chewable. Ada juga yang jenis rendam dalam air. Ikut mana yang korang suka. Mimi suka yang chewable ni. Harga untuk sebotol Redoxon yang Mimi beli ni RM20. 00++ tak ingat pulak exact amount. Kalau korang nak try Redoxon ni boleh cari di Watsons berhampira . 

A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN

$
0
0
A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN | Hai semua! Kalau bab bab produk Althea ni memang Mimi suka dan jatuh cinta tau! Bulan lepas Althea telah memperkenalkan produk eksklusif terbaru mereka iaitu A'bloom. 

Apa A'bloom tu mesti korang nak tahu kan? Hah, apa kata baca entry ni sampai habis. Confirm korang akan jatuh hati dengan rangkaian produk A'Bloom eksklusif dari Althea ni. 



A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN


Apa itu A'bloom?  

Althea memperkenalkan 4 produk terbaru mereka iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue, A'bloom Baby Meringue dan A'bloom Mask Sheet. 

Perghhh memang best best semua rangkaian produk Althea ni. Tak sabar Mimi nak share dengan korang satu persatu mengenai produk A'bloom dari Althea ni. 

A'bloom BHA Blackhead Blaster



A'bloom BHA Blackhead Blaster diperkenalkan bagi mengatasi masalah whitehead dan blackhead. Didatangkan dalam packaging yang menarik iaitu bentuk stick dan mudah digunakan. Hanya pusingkan saja dan boleh terus pakai. Yang lagi best saiznya kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja. 

Ia mengandungi apricot seed powder untuk mengeluarkan sebum berlebihan dan mengandungi tea tree oil untuk menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan serta kemerahan pada kulit muka. 



Cara menggunakan: Basahkan muka dengan air suam. Keringkan muka dengan tuala. Kira muka dalam keadaan lembap gitu sapu pada bahagian yang bermasalah terutama di kawasan hidung untuk beberapa saat. Kemudian bilas dengan air bersih.

Harga : RM16. 00

A'bloom Giant Meringue Puff



A'bloom Giant Meringue Puff ni saiznya besar. Ia digunakan untuk meratakan foundation di muka. Giant Meringue Puff ni boleh digunakan dengan dua cara sama ada guna ketika kering ataupun basah. Saiznya yang besar memudahkan untuk sapuan foundation ke seluruh muka. Meringue Puff ni diperbuat daripada High Density Latex Free Foam. Bila picit picit memang lembut sangat puff ni. 

Harga : RM8.00

A'bloom Baby Meringue Puff



Ishh masa mula mula dapat dah rasa geram tau. Dah lah kecil comel pulak tu. Pink pulak tu. Lagi bertambah geram tau. Sama juga macam Giant Meringue Puff, Baby Meringue Puff juga digunakan untuk meratakan foundation dan concealer pada muka dengan mudah di bahagian bawah mata dan hidung. Ia juga diperbuat daripada High Density Latex Free Foam. 

Harga : RM11.00 (3 pieces) 

A'bloom Mask Sheet



A'bloom Mask Sheet ni terdiri daripada 4 jenis mask iaitu:

🌸A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
🌸 A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
🌸 A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach
🌸A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

Mask ni membantu untuk mencerahkan kulit kerana ia memgandungi Vitamin C dari Lemon dan Lime. Ia juga mengandungi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap. Selain daripada itu, ia juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utamanya terdiri daripada Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis. 

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.



A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada kerosakan  alam sekitar yang berbahaya serta dan mencegah wrinkles. Kandungannya terdiri daripada ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

Mask anti blemish ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif

A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long


Mask ini mengandungi esktra tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.



Ini first mask yang Mimi cuba tau. Memang best sangat. Sejuk je muka. Lembap lembap gitu! Memang sesuai sangat untuk kulit berminyak macam Mimi pakai. 

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak. 

Harga : RM 2.00 sekeping

Hah best best kan rangkaian produk eksklusif Althea ni. Kalau    korang nak jugak, boleh terus beli di https://my.althea.kr

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DENGAN DETTOL!

$
0
0
Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca 2 yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Dettol Team at Bazaar Jalan Kuching

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. 

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan :-

  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  • Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air;
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan


Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk  3 kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!


Team Dettol at Bazaar TTDI


Team Dettol at Bazaar Bandar Tasik Permaisuri

Untuk info lanjut, sila layari :-

Berbuka Puasa di McDonald's Seremban 2

$
0
0
BERBUKA PUASA DI MCDONALD'S SEREMBAN 2 | Hai semua! | Pejam celik pejam celik dah masuk 27 Ramadhan. Sekejap saja kan. Tapi bila bulan puasa ni kita yang mak mak mesti pening kepala nak fikir masak apa untuk berbuka kan.

Boleh kira berapa kali je Mimi masak dalam bulan puasa. Kebanyakan beli kat param atau berbuka di luar. Khamis baru ni suami ajak berbuka kat McDonald's sebab si bujang kecil tu nak sangat makan kat McD. Asal lalu kat sebelah McD dia tunjuk, asal lalu dia tunjuk. Bila tanya adik nak makan kat McD ke, dia angguk. So, abi dia tunaikan kehendak anak dia nak makan McD.



BERBUKA PUASA DI McDONALD'S SEREMBAN 2

No meja kitorang. 211

Sampai McD pukul 6.30 petang. Sampai je kitorang pesan makan menggunakan papan menu pintar elektronik. Memang senang nak pesan makan kat sini. Klik klik saja. Cara nak bayar pesanan pun mudah saja. Nak bayar guna kad atau cash. Kalau cash bayar melalui kaunter. Print resit dan bawa ke kaunter, bayar. Senang kan? 

Kononnya nak berbuka puasa di McDonald's Seremban 2 ni nak makanlah set Nasi McD. Sekali staf McD awal awal dah bagitahu set nasi McD tak ada. Dah habis. Kecewa betul. Last last order set burger. Suami order set ayam untuk si bujang kecil order Happy Meal. Macam biasa sebelum berbuka kita bergambar dulu. 



Set burger yang Mimi order. Big Mac! 


Sementara tunggu waktu berbuka puasa, suami layan si bujang kecil tampal sticker kat kereta Hot Wheel yang dapat dari Happy Meal. Mimi layan movie kat handphone. Dah settle bab kereta Adhwa, dia main kereta. Mimi sambil tengok movie sambil layan Adhwa main kereta. Tak lah leka sangat tengok movie kan. 


Encik suami sibuk tampal sticker pada kereta Hot Wheel


Tepat jam 7.18, kitorang berbuka. Makan pun cepat cepat sebab berkejar nak solat Maghrib. First time tau berbuka makan kat restoran fast food. Kalau makan kat kedai makan tu biasalah kan. Bila bertiga saja dekat rumah memang suami ajak makan kat luar sebab kesian kat isteri penat nak masak. Hehehe... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

$
0
0
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN | Hai semua! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Mimie minta maaf kepada semua kawan kawan blogger sama ada yang jauh dan dekat, ampun dan maaf kalau ada salah dan silap ya.



Sekejap saja dah raya ketiga. Alhamdulillah tahun ni Mimie beraya di Sg. Rambai, Melaka kampung sebelah suami. Turn raya rumah mertua pula. Tahun ni suami yang tetapkan warna tema. I follow je. 




Beraya kat Melaka sekejap saja sebab raya kedua dah kena balik, hari ni encik suami kena kerja. Lepas dia balik dari kerja beraya di Port Dickson pula.

Tahun ni tak beraya sakan pun lebih pada anak anak je sebab tak berapa sihat. Sakit dada dan cirit birit. Hahaha, siapa suruh makan tak ingat dunia kan. 

Raya kedua sebelum balik sempat tolong mak mertua masak masak kat dapur untuk saudara mara yang akan datang. Dah siap masak mandi dan bersiap ala kadar. Berborak dulu dengan saudara mara. Diornag balik terus bergegas siap beraya kat Pagoh pula. Kat Pagoh bukan rumah saudara tapi rumah kawan sepejabat Mimi, Sjn Aziz. 



Selesai beraya di Pagoh balik semula Sg Rambai kemas kemas nak balik Seremban pulak. Sepanjang nak balik tu faham faham jelah dugaan orang sakit perut ni macam mana. Azab sengsara menanggung sakit. Hahaha... 

Akhir kata, Mimie sekali lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali Mimie.

DI SEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI DAN DIKENALI RAMAI

$
0
0
DI SEBALIK  KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI DAN DIKENALI RAMAI | Hai semua! Masih beraya lagi ke tu? Beraya kat mana pula kali ni? Ke korang dah sibuk fikir nak masak juadah apa untuk open house nanti? 

Cakap pasal menu untuk open house nanti, korang selalu masak guna rempah jenama apa ya? Ada tak yang gunakan rempah ratus jenama Mak Siti? Sana sini Mimie dengar ornag bercerita tentang kesedapan dan keenakan makanan yang di masak menggunakan rempah ratus Mak Siti. Yang paling penting dipercayai ramai, halal dan selamat digunakan. Betul tak? 



DI SEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI DAN DIKENALI RAMAI

Kalau dah gunakan rempah jenama Mak Siti tu baguslah kan. Confirm sedap masakan korang tu. Tapi korang tahu tak asal usul wujudnya rempah ratus Mak Siti ni? Hah, apa kata korang baca dan hayati di sebalik kejayaan rempah ratus Mak Siti dan dikenali ramai ni. Manalah tahu boleh bagi korang sumber inspirasi untuk lebih berjaya seperti Mak Siti. 



Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada di dalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.

Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.

Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.

Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.

Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.

Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).





Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga. Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka. Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.



Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu. 

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan Siti Khawa. Atas sebab itu, Siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi. 

Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”. 

Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya”Ujarnya.

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.



Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI. Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”. 

Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.

Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.

BUKA LADANG REMPAH RATUS DAN MENGUSAHAKAN RESTORAN

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga pernah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran. “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah” ujar Mak Siti.


Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.

Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

“Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli.

Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa.

Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.

Terpegun dan kagum dengan semangat kental Mak Siti dalam mengusahakan perniagaan rempah ratus beliau. Bukan mudah dan senang untuk berjaya. Nak nak macam macam ujian dan halangan terpaksa ditempuhi beliau sehingga hampir berputus asa. Namun adat orang berniaga pasti ada pasang surutnya betul tak? 

Setiap ujian yang dilalui itu sebenarnya kekuatan buat kita untuk terus berjaya dan berjaya. Bila setiap halangan tu kita berjaya lepasi memnag kita boleh tarik nafas lega sebab perniagaan sudah mula dikenali ramai. Serius cakap Mimie memang respect dengan founder yang kental dan bersemangat waja untuk mempertahankan perniagaan mereka hingga dikenali ramai.



Hah korang yang nak buat open house nanti nak masak rendang jangan lupa gunakan serbuk rempah rendang Mak Siti dalam masakan korang tau. Gerenti puas hati dan sedap. Lagi bangga bila para tetamu puji sedap dan bertambah makan. Kembang kuncup hidung sebab dipuji kan kan! Mimie pun nak standby rempah ratus Mak Siti kat dapur. Stok yang ada dah makin susut kena topup cepat cepat. Rempah ratus Mak Siti memang sedap rugi tak cuba!



Untuk maklumat lanjut mengenai rempah ratus Mak Siti korang semua boleh layari :


Facebook : 


TIPS YOU NEED TO KNOW BEFORE PLANNING FOR A GROUP TRIP

$
0
0
TIPS YOU NEED TO KNOW BEFORE PLANNING FIR A GROUP TRIP | Hi all! Happy Tuesday and happy working to all! How about your holiday? Is it going smooth and well as planned or become worst?

For those who are still not on vacation mood and busy with work, you need to rest, stop working for a while and plan your holiday!



More young working adults are working hard to afford a house on their own, especially when there are many properties available for sale, such as Empire Damansara. All work and no play makes Jack a dull boy. Working hard is important, but it is also important to take a break and go for a trip. Going for a group trip is always exciting and fun, especially if it is with you or best friends. However, having a group trip can also be your best or worst type of trip ever. It could be fun and be the most amazing trip you will ever have, where you get to bond with your travel mates. Or, it could be the worst trip you will ever have in your life. This article will guide you through some tips you need to know before planning for a group trip.

1.Have a leader to guide

Although the name says it is a group trip, and that everyone could organize a group trip, it is still best to appoint one group leader to guide the trip planning process. Appoint someone that has great leadership skill so that everyone in the group can know how the planning progresses and what needs to be done next. 

If the group is big and one group leader is not enough, you can appoint another one to help out, in case the planning gets a little bit too much for one person to handle. By having two group leaders, you can split different tasks between two persons. For example, one group leader could be in charge of accommodation, whereas the other group leader will be in charge of researching for things or activities to do. Then, the two leaders can discuss and agree on the final decision with everyone in the group. In the end, you will have most things well organized and planned. 

Know the strengths of your group members. If someone loves to plan, then appoint him to lead the planning. If you are indecisive, appoint a decision maker to make decisions. It is important to get all these sorted out in the beginning before your trip and not waste time arguing during your trip. Remember, teamwork is key when it comes to group traveling. 

2.Have a budget

One of the sensitive topics for a group trip – budget. This is because everyone has different opinions on how much money they want to spend for a trip. Therefore, it is important to sit down and discuss as a group. Having a shared pot of money while you travel as a group could be a good idea too, especially if you stay in accommodation where you are allowed to buy your own food and cook as a group. It will then be easier to have a shared pot of money instead of having to constantly work out on how to split the bills between everyone. Therefore, it is important to discuss and have a budget that everyone agrees to before the trip commences.

3.Book flights

The price for flights or ground transportations can get pretty expensive the closer the date of the trip gets, and availability could be a problem as well, leaving no room for a group. Therefore, make sure you book your tickets early to get the best deals for you and your traveling mates. If it is possible, do check for group rate if you are traveling by train or other road transports.

You will also need to work out the details on how to travel from one point to another. Find out how you plan to get around. Do you need to hire a vehicle? If so, what car would be suitable? Do book earlier as larger vehicles tend to be unavailable pretty fast.

4.Alternative accommodation

You will also need to decide on where to stay. Hotels might not be the best option for a group. Furthermore, it can get pretty expensive as well. Hence, apartment or house might be a better choice for group traveling. This gives everyone a chance to hand out together without having to cram in a small hotel room. Most importantly, staying in apartment is definitely a more affordable option than staying in hotel.

5.Pre plan activities

Have a list of activities that you wish to include in your group trip. After that, you can start pre planning the activities. Get a group discount if there are tours that you want to participate in. Some tours need booking in advance, so appoint someone to be in charge with planning activities. Planning ahead prevents you from missing out on something that the group really wants to do. 

However, do remember to not be too ambitious with your planning. Being too ambitious by having too many activities might leave everyone exhausted at the end of the day. It might even backfire and leave some travel mates stressed out or unhappy. Plan accordingly. At the end of the day, everyone just wants to have fun throughout the trip. Sometimes the best activity comes by chance without having a plan. 

In conclusion, traveling in a group can be fun, if you plan wisely before you depart. After all, group traveling involves lots of planning, organization and team work. 


BEAUTIFUL AND FASHIONABLE EVENING BAGS ONLY AT BAGINNING.COM

$
0
0
BEAUTIFUL AND FASHIONABLE EVENING BAGS ONLY AT BAGINNING.COM | Hi all! Happy working! Some of  you who are just starting to leave today, happy holidays. Be careful on the road while returning to your kampung okay! 

Hey ladies! Who likes to buy and have a collection of bags, please pick up your hand. Give me five!!! No matter what kind of bag like handbags, backpacks, sling bags and more, of course we love bag so much, right? Bags such as representing our personality as a modern and fashionable woman. 

Me, myself likes backpack and handbag. But this time, I  think i wants to try the clutch bag. When I look at the different designs of the clutch bag, I am so eye-catching. Oh my! All the clutch sold on this site are beautiful and fashionable design! And of course all the beautiful and fashionable evening bags only at Baginning.Com.



BEAUTIFUL AND FASHIONABLE EVENING BAGS ONLY AT BAGINNING.COM

So,  let me introduce about Baginning first. Baginning is a website that sells a variety of collection bags which are very beautiful. In addition,  they also provide a very good service  to meet the needs and requirements of their customers. 

Baginning also make shipping worldwide to many countries such as United States, Canada, Germany, UK, France, Italy, Switzerland, Sweden, Australia, New Zealand, Russia, China, Japan, Korea, Singapore, Malaysia, Turkey, Saudi Arabia and more.  

Without wasting your time,  let's see the collection of evening bags at Baginning






I told you, right? All the evening clutches are so fashionable and catchy! I started to feel headache because i'm got little bit confused which clutch i want to! All the clutch are damn gorgeous and beautiful! 


Before i forgot, i would to remind that all the purchase at Baginning  use Paypal account and credit card only. If you do not have a paypal account, please register immediately! Easy for you to shopping and shopping soon! 

I also love to share customer reviews about the quality of the products and services provided by Baginning. 






You can see, all customers are satisfied with service provided by Baginning. So, no worry to buy your favourite evening bags here. If you wanna to shopping at Baginning.Com, you can click the  Baginning's banner at sidebar of my blog. 

For more information about Baginning, you can visit the website below: 

Web 

Tema Maroon Batik Tema Hari Raya 2019

$
0
0
TEMA MAROON BATIK TEMA HARI RAYA 2019 | Alhamdulillah hari ni dah masuk Syawal 9. Tahun ni tahun beraya di Melaka. So tema baju untk raya kali ni encik suami yang pilih. So, dia pilih tema maroon batik.

Masa dia pilih warna dan corak baju tu Mimi tak kenan tapi dah dia pilih ikut sajalah. Bila baju dah sampai dan pakai nampak cantik pulak.

Macam biasa pagi raya bila semua dah bersiap kami semua bermaaf maafan. Kemudian jalan kaki pergi rumah saudara mara suami yang tinggal berhampiran.

Kemudian singgah rumah sekejap untuk sesi bergambar. Dah selesai bergambar kitorang sambung beraya pulak.

Gambar candid. Masa ni duk kalut suruh anak anak standby

Susah nak cari gambar elok sikit. Ada je kurangnya.. Hehehe

Keluarga suami

Ayah mertua dan mak mertua Mimi

Hajat dihati nak juga pilih gambar elok dan frame kan. Pilih punya pilih nan hado. Erm alamatnya buat photobook jela.

Dah settle beraya rumah tok andak jiran sebelah rumah mertua dan rumah tok mak (ibu kepaada mak mertua dan nenek suami). Kat rumah tok mak semua adik beradik mak mertua Mimi akan berkumpul. Memang meriahlah. Tahun ni ramai yang tak ada.

Sebahagian daripada keluarga mertua

Bila si bujang menangis be like.... 
Raya tahun ni lagi best dan kelakar sebab baju raya Mimi sama dengan kawan blogger Kak Suria Amanda. Terperasan masa kak SA upload pic dia kat facebook. Sekali tengok eh baju samalah. Terus ketawa berdekah. Tak sangka baju kitorang sama. Hahaha, berjodoh sungguh Mimi dengan kak SA ni.

Tahun depan in shaa Allah beraya di Port Dickson pula. Tema tahun depan pun adik beradik dah decide nak warna apa. In shaa Allah ada rezeki lebih tahun depan Mimi sponsor pula baju raya untuk family Mimi. 

Percutian Tanpa Dirancang ke Bukit Fraser dan Genting Highland

$
0
0
PERCUTIAN TANPA DIRANCANG KE BUKIT FRASER DAN GENTING HIGHLAND | Isnin lepas betul betul buat kerja gila Mimi laki bini tau. Pagi Isnin tu Mimi masih duk melingkar atas katil lagi. Still cuti lagi kan. Sekali suami kejutkan Mimi tanya nak ikut ke tak. Dengan malasnya Mimi jawab nak pergi mana. Yelah, dahlah esoknya dah kerja, last day nak berehat dan bermalasan kat rumah.

Sekali dia jawab pergi Bukit Fraser terus segar biji mata! Gila nak tolak. Bangun je terus mandi siap siap. Suami siapkan si bujang. Pukul 11.50 pagi macam tu terus bertolak.

Bayangkan hari tu Mimi puasa, jalan nak ke sana pula bengkang bengkok macam ular kena palu. Bayangkan macam mana keadaan Mimi time tu. Seksa menahan pening dan loya. Tiba tiba terbau "semerbak harum". Rupanya Auni muntah. Nasib baik masa tu dah sampai area Bukit Fraser. Berhenti kejap bersihkan muntah Auni yang terkena seat, baju dan tudung.

Lepas settle misi membersihkan muntah Auni, kitorang sambung lagi perjalanan. Dah nak dekat pun sampai dekat Menara Jam Bukit Fraser tu. Sampai je terus parking, suami pergi makan di Restoran Strawberi Mimi. Mimi bawa anak anak pergi tandas awam.

Settle urusan kat tandas bawa anak anak pergi restoran isi perut diorang. Dah kenyang semua apa lagi kan, sesi bergambar pula.











Tak ada apa pun kat Bukit Fraser ni, kalau nak ambil gambar memnag sesuai. Pemandangan cantik sangat. Memandangkan kitorang bosan kat Bukit Fraser, kitorang decide pergi Genting Higlands. Ikut jalan dalam lebih kurang 80km ke atas. Pukul 3.30 kitorang bertolak sampai pukul 6.22 petang sebab jalan jammed. 

Pergi Genting Higlands pun sebab nak jalan jalan hirup udara sejuk bukannya nak main games kat sana pun. Saja jalan jalan ambil gambar. Merasa juga Mimi buka puasa kat Genting Highland.








Lebih kurang pukul 8.15 malam kitorang balik sebab nak pergi open house pegawai suami kat Seremban. First time kitorang laki bini buat kerja gila macam ni tau. Selalu nak bercuti atau berjalan ke mana mana kitorang akan plan sampai jadi. Tak pernah plan last minute macam ni. Walaupun plan last minute tetap jugak rasa seronok. Cuma nak pergi Bukit Fraser lagi memang taklah. First and last datang. Tak sanggup hadap jalan macam ular kena palu. Oklah jumpa lagi next entry.. Bye! 

6 SEBAB ELISE EDITION JOVI JADI PILIHAN HATI

$
0
0
6 SEBAB ELISE EDITION JOVI JADI PILIHAN HATI | Sejenis dak Mimi ni kalau beli barang memang sangat pentingkan kualiti tau. Tak kisahlah harga murah ke mahal ke tapi kalau kualiti bagus dan tip top memang dak Mimi suka. Kalau mahal sanggup ku harungi lautan api nak dapatkan apa yang dak Mimi nak. Sebab apa? Of course lah sebab kualiti! Tapi kebanyakannya yang berkualiti itu harga mestilah mahal kan. Ada juga kategori mampu milik.

Antara barang yang Mimi sangat pentingkan kualiti dan tahan lasak ialah wallet. Tak kisahlah harga cecah 3 angka asalkan dak Mimi puas hati! So, puasa hari tu sempatlah cuci mata tengok wallet sebab nak gantikan wallet sedia ada. Masih okay lagi tapi nak ubah angin melaram pakai wallet baru. And yes Sabtu baru ni sampai tapi tak sempat nak belek sebab nak beraya. Semalam baru sempat u boxing dan belek. Wallet baru yang Mimi beli ni ialah Elise Edition dari JOVI. Nak tahu 6 sebab kenapa Mimi beli wallet dari JOVI ni? Eh rajinkan diri baca okay! Rajin baca dapat info best malas baca habuk pun tarak!



6 SEBAB ELISE EDITION JOVI JADI PILIHAN HATI



100% Kulit Lembu Tulen - Kulit Halus yang Mewah

Kan dah cakap sejenis dak Mimi sangat penting kualiti sesuatu barang yang dibeli. Thats why Mimi pilih wallet dari JOVI. 100% diperbuat daripada kukit lembu tulen okay! Bukan kulit buaya bukan juga kulit ular. Kulit lembu! Walaupun melibatkan kos yang sangat tinggi dan susah nak cari tapi Mimi salute team JOVI sebab mereka berjaya cari pemilihan kulit lembu yang terbaik okay! Buat apa dorang bersusah payah cari kulit lembu terbaik  kenapa tak pilih je kulit lembu Pak Seman sebelah kampung ye tak? Ishhh mestilah team JOVI mementingkan kualiti  kepuasan pelanggan dan yang penting untuk pastikan ketahanan dan mengekalkan rupa asal wallet itu sendiri. 

Ciri RFID Anti-Kecurian untuk Melindungi Duit dan Kad


Sebelum ni Mimi ada share dengan korang keistimewaan wallet JOVI yang Mimi beli sebelum ni. Korang yang belum baca sila klik tajuk di bawah. Yang ingat ingat lupa sila baca semula untuk refresh balik otak korang apa istimewanya wallet JOVI ni. 


Hah dah baca? Sama macam ciri yang ada pada wallet Mimi sebelum ni, wallet Elise Edition JOVI ni juga ada ciri RFID Anti-Kecurian untuk melindungi duit dan kad yang berkepuk dalam wallet tu. Macam Mimi ciri wallet macam ni memang jadi pilihan sebab sejenis yang banyak kad. Kad bank, kad kredit, kad pengenalan sendiri, my kid anak anak dan macam macam lagi. Sebab tu wallet macam ni sesuai dipakai sebab ia mempunyai ciri  RFID yang menghalang dan membantu melindungi kita daripada sebarang jenis kecurian tertentu terutamanya kegiatan RFID skimming. Hei! Sekarang ni banyak jenis bentuk kecurian dan penipuan okey! Kadang tak terjangkau dek fikiran kan! So, thats why wallet ni jadi pilihan Mimi! 

Dihiasi dengan Perhiasan Metal Emas yang Berkilat


Perasan tak ada logo bulat JOVI yang comel tu. Hah, berkilat tak? Cuba bayangkan wallet korang dari kulit lembu yang halus dan mewah dipasangkan sekali dengan metal emas yang bersinar sinar. Sentuhan warna emas tu yang buat sentuhan logo bulat JOVI yang comel kelihatan cantik dan mewah. Feeling princess gitu! Bila lagi nak melaram wallet baru yang eksklusif ni kan! Sekarang lah! 

Wallet Eksklusif dengan Ukiran Laser Nama Sendiri

Eh eh apa ni apa ni? Wallet boleh ukir laser nama sendiri? Ye ke tak dak Mimi ni kan. Hey, dak Mimi berani cakap sebab wallet i ada ukiran nama MIMIE okay! Eksklusif gitu! Jarang jarang kita beli wallet siap ukir nama kita guna laser okay! For me, this is my first experience! Tak pernah lagi beli wallet siap ukir nama sendiri tapi ELISE EDITION JOVI ada! Tak percaya sila tengok video kat bawah. Tak percaya lagi hah belek gambar yang Mimi tepek sekali puas puas! Silalah jeles! 


Nampak? Nampak? Macam mana telitinya nama di laser pada metal yang ada pada wallet. Cantik kannnn... Yang penting ukir laser nama sendiri ni PERCUMA kalau korang beli ELISE EDITION dari JOVI ni ya. 

Pembungkusan Mewah dan Ekslusif


Pernah terfikir nak beri seseorang ya g istimewa hadiah tak? Hah wallet Elise Edition ni memang sangat sesuai dijadikan hadiah sebab pembungkusan wallet ni cantik dan eksklusif sangat! Dibalut dengan kain baldu dan disimpan kemas dalam kotak keras yang berkualiti tinggi. Siap reben ikat tepi okay! Hah cantik tak? Tak payah susah payah fikir nak beli pembalut hadiah, kotak sedia ada dah cukup cantik, mewah, ekslusif dan sempurna dah. Memang sesuai sangat korang hadiah buat orang yang tersayang untuk anniversary ke, hari lahir ke atau nak bagi emak insan yang paling disayangi, kan? Nak hadiahkan untuk diri sendiri pun boleh! Hah gitu!

Program Waranti 369 Hari


Hah untuk makluman korang wallet yang Mimi beli ni ada waranti selama 369 hari okay! Kalau ada apa apa kerosakan ke apa jangan risau sebab wallet korang masih dalam waranti lagi. Eh eh macam beli handphone pula ada waranti. Kah! Tapi ini yang buat wallet ni istimewaaaa sangat! Macam yang Mimi share kat atas, wallet ni diperbuat dari pemilihan bahan yang halus dan berkualiti serta dibuat dengan teliti dari hasil mutu kerja yang terbaik! Cuba korang kira dengan jari berapa banyak jenama yang sanggup beri jaminan tambahan macam ni kan. Korang boleh nilai sendiri!

Habis dah Mimi list kan satu persatu 6 Sebab Elise Edition JOVI Jadi Pilihan Hati Mimi. Ingat senang ke nak puaskan hati seorang Mimi. Laki sendiri pun pening kepala layan karenah seorang Mimi yang katanya cerewet nau! Bukan cerewet tapi kita ni pentingkan kualiti okay. Kalau ada cacat cela kurang sana sini memang awal awal ku reject!

CIRI CIRI PENTING YANG ADA PADA ELISE EDITION JOVI

Sila hadam dan semat dalam otak tau ciri ciri yang ada pada wallet Elise Edition JOVI ni.

Bahan/material : 100% Kulit Lembu Asli

Perhiasan : Perhiasan Metal seperti Emas

Dimensi : 20.7cm x 2.8cm x 10.8cm

Berat : 410g

Wallet Elise Edition JOVI ni juga mempunyai 18 slot untuk kad tau. Banyak kan? Hah korang yang sejenis sama dengan dak Mimi yang banyak sangat kad tu eloklah pakai wallet Elise Edition ni. Nak simpan handphone pun boleh. Wallet panjang kan. Mestilah muat.

ELISE Edition ni didatangkan dengan empat warna yang cantik belaka iaitu ELISE Black, ELISE Green, ELISE Maroon dan ELISE Nude. Wallet yang Mimi beli warna Nude. Kalau ada warna pink confirm warna tolak ketepi dah tapi disebabkan tak ada warnan pink, Mimi pilih warna Nude. Nice jugak!

BELI WALLET JANGAN LUPA JELING JELING SEKALI DHEA TAG


Hahaha! Kemain dak Mimi mengayatkan. Betullah dah alang alang cuci mata tengok ELISE EDITION why not cuci mata sekali tengok koleksi DHEA TAG. Keychain nampak mewah dan cantik sangat tau. Material keychain ni mestilah dari bahan berkualiti. Kalau ELISE Edition diperbuat daripada 100% kulit lembu yang berkualiti macam tuh jugalah dengan keychain Dhea ni. Memang 100% dari kulit lembu ditambah pula dengan kemasan glittery untuk menambahkan lagi ketahanan Dhea Tag ni.

Perhiasan pada Dhea Tag juga terdiri dari perkakasan metal emas yang berkilat yang mewah dengan sentuhan logo JOVI gitu. Keychain Dhea ni pun ada jaminan waranti juga iaitu selama 99 hari. Keychain ni juga korang boleh ukir laser nama sendiri ya. Boleh tengok gambar Dhea Tag yang Mimi beli. Cantik kan? Ciri ciri yang ada pada keychain ni sama seperti ELISE Edition vuma beza dari segi saiz dan berat.

Bahan/material : 100% Kulit Lembu Asli

Perhiasan : Perhiasan Metal seperti Emas

Dimensi : 15cm x 2cm x 2cm

Berat : 80g

Sama juga seperti ELISE Edition, packaging untuk Dhea Tag juga didatangkan dengan kotak keras yang cantik, eksklusif dan tahan lasak.  Terdiri daripada empat warna yang menarik iaitu hitam, hijau, maroon dan nude. Harga Dhea Tag ni ialah RM89. Tapi kalau korang beli wallet ELISE Edition, korang akan dapat potongan harga untuk Dhea Tag sehingga RM50. Dari RM89 korang hanya bayar RM39 saja. Hah murahkan? Kira murahlah dengan kualiti barang yang bagus macam ni. Mana nak dapat barang yang berkualiti tinggi tapi murah! Perlu diingatkan yang tawaran ni terhad sangat sangat okay!


Korang dah tahu harga Dhea Tag kan! Mesti korang nak tahu harga wallet ELISE Edition pula, betul tak? Okay harga untuk wallet ELISE Edition ni ialah RM229! Tapi memandangkan ELISE Edition ni merupakan keluaran terbaru produk JOVI, jadi korang boleh dapatkan dengan harga RM149. Hah jimat RM80 dekat situ! Tawaran ni terhad untuk 1000 unit sahaja. Siapa yang tak nak lepaskan peluang memiliki wallet ELISE Edition dari JOVI ni hah cepat cepatlah beli ya. Klik link ni https://jovileather.com/elise-edition/  untuk terus dapatkan ELISE EDITION. Siapa cepat dia dapat tawaran harga yang murah ni. Kos penghantaran adalah PERCUMA! Cara pembayaran korang boleh bayar guna kad kredit ataupun melalui Internet banking.


Nak tahu lebih lanjut mengenai wallet ELISE EDITION atau prosuk JOVI yang lain korang boleh layari :

Web : 

Facebook : 

Instagram :

EUCERIN ULTRAWHITE + SPOTLESS DOUBLE BOOSTER SERUM MENGURANGKAN TOMPOK GELAP TANPA RAWATAN LASER

$
0
0
EUCERIN ULTRAWHITE + SPOTLESS DOUBLE BOOSTER SERUM MENGURANGKAN TOMPOK GELAP TANPA RAWATAN LASER | Bab bab kecantikan ni memang Mimi ambil tahu dan ambil peduli. Yelah sebab bila umur semakin meningkat ni macam macam masalah kulit yang timbul, betul tak?

Salah satu masalah kulit muka yang akan dihadapi kebanyakan wanita ialah tompok gelap pada muka. Mimi tak terkecuali hadapi masalah yang sama okey. So, bulan lepas masa kuta semua sambut Ramadhan Mimie try produk Eucerin yang baru iaitu Eucerin UltraWHITE + Spotless Double Booster Serum mengurangkan tompok gelap tanpa rawatan laser. Ishh tak kuasa nak buang masa, buang tenaga dan buang duit buat rawatan laser. Buat apa rawatan laser kalau boleh rawat dengan serum je. Kannnn...



EUCERIN ULTRAWHITE + SPOTLESS DOUBLE BOOSTER SERUM MENGURANGKAN TOMPOK GELAP TANPA RAWATAN LASER

Eucerin merupakan satu jenama yang dikenali dan sangat berkesan. Ia mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti pencuci muka, toner, krim jerawat, serum, pelembap, penjagaan mata, penjagaan mulut dan pelbagai lagi. Semua rangkaian Eucerin kita boleh belu di mana mana drugstore yang berhampiran. 



Mesti korang nak tahu apa bestnya Eucerin UltraWHITE + Spotless Double Booster Serum ni kan. Double booster serum Eucerin ni merupakan produk  yang mengandungi Thiamidol iaitu kandungan aktif yang dipaten dan terbukti secara klinikal bertindak 10 kali ganda dengan berkesan mengurangkan tompok gelap tanpa kita perlu melalui rawatan laser. Selain itu ia juga mampu menyamaratakan tona kulit dan memudarkan jeragat. 



Sehingga ke hari ni Mimi still pakai double booster serum ni kerana ia mempunyai kelebihan seperti berikut :

🌸10 kali ganda berkesan untuk mengurangkan masalah tompok gelap, kulit tidak sekata, pigmentasi tanpa melakukan rawatan laser

🌸 Lembut pada kulit dan cepat meresap serta tidak melekit

🌸Memberi kesan kulit lebih sekata dan lebih cerah

Alhamdulillah dah 4 minggu guna dan nampaknya kulit muka Mimi serasi dengan double serum ni. Macam mana tak jatuh cinta. Dahlah lain daripada serum yang ada. Bau pula wangi, mudah meresap ke dalam kulit. Yang paling best tak melekit okey.





So Mimi nak ajak korang guna dan sahut Eucerin UltraWHITE + Spotless Challenge ni. Cara nak jkin senang je korang. Follow saja langkah langkah yang Mimi kongsi di bawah. 

Cara Sertai Eucerin Ultrawhite+ Spotless Challenge

  • Daftar SEKARANG di page Facebook Eucerin >>> http://bit.ly/UECUWSCH dan pihak Eucerin akan pilih 100 peserta untuk sertai kempen atau challenge ini. 
  • Bila dah terpilih, korang akan terima produk Ecurin Ultrawhite+ Spotless yang bernilai RM580. 

Tak payah buang masa lagi tau korang, jom join cepat cepat challenge ni. Mana tahu ada rezeki menang kan. Tuah ayam nampak di kaki tuah kita siapa yang tahu. Jom join sekarang! 

Minuman Sarang Burung Ecolite The Joy of Life

$
0
0
MINUMAN SARANG BURUNG ECOLITE THE JOY OF LIFE | Sebenarnya dah lama duk usha nak minum air sarang burung ni tapi tak juga belinya. Usha sana usha sini tak juga beli. Yelah kebaikan minuman sarang burung ni siapa boleh nafikan. Betul tak?

Bagus untuk kecantikan luaran dan dalaman. Memang tak pernah minum so nak minumlah juga kan. Sebelum beli yang hat pure, Mimie cuba dulu vulu minuman sarang burung yang ada dijual di 7-Eleven iaitu Minuman Sarang Burung Ecolite The Joy of Life.



MINUMAN SARANG BURUNG ECOLITE THE JOY OF LIFE



Lepas beli tak maknanya terus minum. Simpan dulu dalam peti sejuk. Esoknya baru minum. Bila minum eh not bad lah rasanya kan. Rasa air agar agar je korang tapi tak manis pun. Memang boleh masuk tekak lah. Kalau air manis manis ni Mimi kureng sikit 

Nak dapatkan kulut cantik dan sihat kenalah konsisten minum air sarang burungkan. Sebelum ni Mimi ada usha kat fb pegawai Mimi dia tolong lromote air sarang burung yang kawna dia jual. Rasa nak try tu juga 3 botol rm20. Bak sangat tey sebab ia mampu membantu merawat masalah asma. Yelah Mimi kan ada asma. Nak juga cuba. Lagipun kita tahu khasiat air sarang burung ni kan banyak 

Minuman sarang huru g ecolute ni harganya RM6.00++ di 7-Eleven lah. Exact amountnya tak ingat lah pulak. Tak silap Mimie ada juga lerida longan tapi masa beli longan memang tak ada. Ada yang asli je.


Mesti korang nak tahu apa khasiat minuman sarang burung ni kan. Jom tengok apa khasiatnya sampai ramai yang nak amalkan.

1. Zat kolagen yang terkandung pada sarang burung melancarjan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan dan membaiki saluran pencernaan.

2. Dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ia mengandungi nutrisi yang bagus untuk paru paru dan menguatkan saluran pernafasan. Hah sebab tuhlah Mimi beria nak minum sebab penyakit asma yang Mimi hadapi nihlah. Hope berjaya kurangkan sakit ni.

3. Untuk ibu mengandung memang bagus minum kerana mengurnagkan rasa sakit pada pu ggung. Juga menguatkan paru paru bayi ya g dikandung dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin.

4. Untuk orang tua pula kalau minum secara konsisten mampu menguatkan urat dan tulang serta daya ketahanan tubuh terhadap penyakit.

5. Untuk kanak kanak pula ia membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan menguatkan paru paru.

6. Bagus diamalkan oleh mereka yang perokok kerana mengurnagkan kesan dari nikotin dan mencegah serangan barah.

7. Untuk wanita pula kalau minum secara konsisten dapat meningkatkan kadar metabolisma, memperbaiki kulit dan melambatkan proses penuaan.

Hah banyakkan khasiat srang burung ni. Thats why ramai yang amalkan minum air sarang burung ni. Kalau dapat air rebusan yang dibuat sendiri lagi bagus kan.

Korang yang nak try minum air Ecolite ni boleh dapatkan di 7 Eleven berhampiran. 

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino's Semasa Perjalanan Balik Kampung

$
0
0
Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.



Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”



Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.



Puan Linda juga berkata, “Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”




Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.


SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG SEPANJANG HARI

$
0
0
SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG SEPANJANG HARI | Dulu kan Mimi ingat lagi kalau sarapan malas nak makan berat berat Mimi minum minuman bijirin 3 in 1. Sebab senang nak sediakan. Koyak bungkusan masuk dalam cawan, buh susu sikit tuang air minum terus. Tapi tuhlah sampai tengahari perut lapar semula. Tapi rasa manis tu tetap ada. Bukan manis semulajadi. Sebab ada kandungan gula kan.

Bila umur makin meningkat ni Mimi duk mencari minuman multi-bijirin yang tak ada kandungan gula dan yang penting perut kenyang sepanjang masa. Cari punya cari, jumpalah SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG. Mimi beli dekat Watsons je wei. Tapi jenuh jugaklah dua tiga Watsons cari tapi tak ada. Eh laku keras pulak Surya S Great Grain ni kan?



BAHAN KANDUNGAN SURYA S GREAT GRAIN

Untuk pengetahuan koranglah kan, minuman multi-bijirin Surya S Great Grain ni mengandungi bahan semulajadi yang terdiri daripada 18 bijirin berkhasiat iaitu beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rani beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitan, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih cia dan beras pulut. Ia juga mengandungi campuran 5 makanan sunnah iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu di mana ia menpunyai nutrien yang komprehensif termasuklah karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan menjadikannya pilihan terbaik buat korang yang nak mulakan rutin harian korang dengan baik.


Korang dah puasa 6 atau puasa ganti belum? Hah kalau belum lagi baru nak mula puasa, apa kata korang amalkan minum Surya S Great Grain semasa sahur nanti. Gerenti kenyang dan full saja perut korang sampai berbuka. Bukan sahaja bagus diamalkan untuk berpuasa tau tapi kalau korang yang mana plan nak diet secara sihat boleh juga amalkan Surya S Great Grain ni. Sepanjang Syawal dah makan macam macam dah tiba masa diet untuk singkirkan segala lelemak dalam badan. Amalkan minum multi-bijirin waktu sarapan akan buat korang kenyang sepanjang hari di samping membekalkan tenaga pada korang seharian.



Surya S Great Grain juga boleh dijadikan minuman untuk seisi keluarga dan buat kita ibu ibu yang ingin memberi nutrisi yang baik untuk anak anak. Buat korang ibu ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi bagus minum Surya S Great Grain ni. Ia juga bagus diamalkan untuk mengelak penyakit seperti kolesterol, obesiti dan pelbagai lagi.

PENDAPAT MIMI MENGENAI SURYA S GREAT GRAIN



Masa mula mula minum tu Mimi macam tak boleh nak masuk sebab bancuh dengan air suam. Nak bagi nampak selera untuk minum Mimi simpan dalam peti sejuk bagi sejuk. Bila sejuk baru gagah minum. Tapi bila dah masuk peti sejuk kena kacau tau sebab ia mendap ke bawah. Memang bila amalkan minum Surya S Great Grain ni memang rasa kenyang tau. Nak makan lain pun tak lalu sebab perut rasa penuh. Rasa Surya S Great Grain ni tawar tau korang tak ada rasa gula langsung. Then, korang akan terasa kacang merah dan beras merah tu lebih dari bahan yang lain. Tapi okaylah minuman ni. Taklah langsung tak boleh minum. Nak nak Mimi jenis tak suka manis boleh saja telan tapi kena masuk peti sejuk dulu lah. 

Korang boleh dapatkan Surya S Great Grain ni di semua cawangan Watson, cawangan Himalaya dan farmasi tempatan yng berhampiran dnegan korang atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada. 

Untuk info lanjut, boleh layari :

Shopee : 


Happy 3rd Birthday Muhammad Adhwa Faris

$
0
0
HAPPY 3RD BIRTHDAY MUHAMMAD ADHWA FARIS | Alhamdulillah! Hari ni anak bongsu Mimi (buat masa ni lah) Muhammad Adhwa Faris genap 3 tahun. Rasa sekejap saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun dia. Rasa baru semalam je lahirkan dia.



Sakit czer pun terasa rasa lagi tau. Siapa sangkakan anak ketiga Mimi lahirkan secara pembedahan. Bukan Mimi minta tapi dah kehendakNya. Ada hikmahnya kan. Anak sulung dan kedua Mimi bersalin normal. Cuma lahirkan Muhammad Adhwa Faris ni istimewa sikit. Tak kisahlah lahir normal atau czer dua dua ada istimewanya. Sama sama sakit. Kalau diberi peluang mengandung lagi memang Mimi nak normal. Mimi rasa czer lagi sakit dari normal. 

Jadi tak perlulah buat perbandingan lahir normal lagi bagus dari czer. Kadang ada ya g mulut celupar nak saja Mimi sepuk mulut dia. Bagi Mimi lahir normal ke czer ke sama saja kesakitan yang ditanggung, betul kan?

Imbas semula kejadian 3 tahun yang lepas. Masa tu Mimi sibuk masak untuk berbuka. Masa masa tu dah sakit dah. Rasa sakit di bahagian bawah perut (atas ari ari). Sakit yang sama Mimi rasa masa nak bersalinkan Aina dulu.



Memang sakit on off on off tapi kerap. Memang redah tahan saja sakit sambil masa. Tup tup masa masak gas pula habis. Sakit makin bertambah. Duduk dekat kerusi meja makan bantai menangis sebab sakit. Terus whatsapp suami yang pergi rumah kawan sekejap ada urusan.

Kelam kabut suami balik siapkan keperluan anak anak sebab nak hantar balik PD. Nasib baik baju baby siap semua. Cuma baju Mimi jela tak siap lagi. Sambil sakit sambil bagi arahn kat suami apa keperluan Mimi. 

Dah siap semua terus balik PD. Hantar anak anak rumah makcik. Ajak makcik teman pergi hospital PD. Doktor check pembukaan jalan dah 2cm. Check jantung baby. Makin lama makin naik. Doktor decide tolak ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sebab diorang tak ada pakar plus katanya baby besar. Dan yang Mimi tak nak denfar dia cakap kemungkinan kena operate. Huargghhh! Tak nak operate, takutttt!! Pasrah dan redha jela kena naik ambulans pergi HTJ. Seumur hidup 1st time tau naik ambulans. Pengalaman betul!

Sampai HTJ terus kena tolak masuk labour room. Doktor pasang CTG semua, check jantung baby normal. Doktor pun cakap baby tak besar so boleh bersalin normal. Masa tu lega dah. Tapi bila check suhu badan Mimi doktor cakap Mimi demam. Kita punyalah sangkal doktor cakap demam. Doktor cakap demam, Mimi jawab tak demam. Hahaha nampak tak ada hati nak melawan cakap doktor. Dah doktor cakap demam tu maknanya demam lah! Dasar degil!



Ramai jugaklah nurse dan ada dua doktor perempuan pantau Mimi. Entah macam mana bacaan jantung baby makin lama makin naik. Dokotr yang sorang tu pandang doktor lagi sorang. Mimi pun pandang dua dua doktor tu dan dua dua pandang Mimi. Saling pandang memandang. Eh eh! Terus doktor tu cakap, "Puan, kita terpaksa proceed operation" Nak tak nak terima jelah. Macam macam prosedur yang Mimi kena lalui. Last last tolak ke labour room. Tak ingat kena tolak masuk pukul berapa tapi malam lah.

Dalam labour lepas kena bius, sempat minta izin nurse nak tidur. Hahaha teruk betul perangai. Lantaklah doktor nak buat macam mana nak keluarkan baby. Sedar sedar nurse kejutkan cakap baby dah keluar. Alhamdulillah lahirlah seornag anak lelaki yang Mimi namakan Muhammad Adhwa Faris. 

Nak tunggu kehadiran Adhwa dalam perut memang macam macam Mimi lalui. Bila dah pregnantkan dia hadap lagi macam macam masalah. Rasanya buku dia paling tebal compare dengan kakak kakak dia. Nak lahirkan dia pun macam macam tapi dialah paling sennag nak jaga masa baby. Cuma kena prolonged jaundis tu biasalah. Dah ummi dan abi dia sama sama darah O. Faham faham sajalah kan.


Hari ni genap usia Adhwa 3 tahun. So tak tahu apa lagi perancangan nak sambut birthday Adhwa. Tengah memikir lagi ni. Nak sambut jauh jauh tak berani sebab abi dia mood standby bekerja. Anytime saja kena panggil balik kem. Maybe beli kek sambut kat rumah saja kot. Nanti cerita sambutan hari lahir Adhwa Mimi share entry lain ya.

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

$
0
0

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK | Jarang sekali kita dengar seseorang autisme melibatkan diri dalam bidang muzik. Satu bakat dan kelebihan yang luar biasa. Mimi baru tahu dan sedar sebenarnya orang istimewa ni kelebihan yang ada padanya boleh seiiring dan setanding kita manusia normal. Dan Mimi salute pada seorang remaja istimewa yang terlibat dalam bidang muzik iaitu Ariq Azhafi. Siapa Ariq Azhafi? Mesti korang tertanya tanya kan. 




Ariq Azhafi atau nama penuh beliau ialah Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berusia 17 tahun dan telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain. Beliau juga diberi gelaran yang cukup sinonim dengan beliau iaitu "Timeboy". 

Tertanya tanya juga kan kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Ia digelar sedemikian kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. 



Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 


Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.



Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.



Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 




Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 



Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.



Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :




"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.




Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.




Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆





Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip"KITA" 


Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

Puding Triffle Kek Pisang Menu Jamuan Hari Raya Sekolah Anak

$
0
0
PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK | Selagi syawal tak habis memang macam macam jamuan raya yang ada kan. Kali ni jamuan hari raya dekat sekolah anak anak.

Macam biasa balik dari sekolah Aina dan Auni dah tanya nak masak apa untuk jamuan raya. Sebab malas nak fikir sangat bab masak masak ni Mimi decide buat puding triffle. Tapi nak tahu macam mana boleh jadi PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK hah baca sampai habis.



Malam tadi gigih tau cari beberapa bahan yang tak ada nak buat puding triffle. Last sekali cari kek. Swiss roll cake ni bila time tak nak banyak pula di kedai. Time kita nak, time tuhlah tak ada. Last last decide beli kek pisang. Sebab kek tu yang ada, beli jelah. Nak pergi kedai lain jauh sangat. Amik jela apa yang ada.

Dah beli semua barang, bertungkus lumus lah Mimi kat dapur buat puding triffle sambil dibantu Aina dan Auni. Alhamdulillah selesai buat puding pukul 10.30 malam.

Kalau nak resipi puding Triffle korang boleh tengok resipi di bawah. Resipi ni untuk dua tupperware besar. 



Bahan bahan

Kek pisang
2 tin buah koktail
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard
Gula
3 gelas air
10gm agar agar
1200 ml

Cara buat senang je.


1. Potong kek pisang sama besar dan susun dalam bekas. Ketepikan. 
2. Agar - agar : Panaskan 1200ml air dan masukkan 10gm serbuk agar agar. Lepas tu masukkan gula. Dah menggelegak ketepikan. 


3. Kastard : Bancuh tepung kastard dalam 1 gelas air. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan dua gelas air lagi,setengah tin susu cair dan air buah koktail tadi. Last sekali masukkan gula. Rasa dah okey. Kastard pun dah pekat, ketepikan.



4. Kek yang dah disusun tadi dalam tupperware sapu dengan lebihan air buah koktail. Kemudian lapiskan kek tadi dengan kastard dia ats. Kemudian taburkan buah koktail tadi. Selesai susun buah tadi dan agak dah sejuk baru curahkan agar agar tadi.
5. Dah siap boleh simpan dalam fridge.



Senang saja nak sediakan puding triffle ni sebab tu Mimi pilih buat puding triffle. Senang dan jimat masa kan. Tapi sedap jugak guna PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK ni kan. Selalu guna swiss roll cake. Kali ni pakai kek pisang pula. 

BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2

$
0
0
BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2 | Dari dulu lagi memang Mimie sejenis ulat buku. Kalau ada event buku yang buat sale memang takkan lepaskan peluang pergi. Tapi tengok tempat juga kalau jauh sangat memang tak pergi.

Salah satu event book sale yang Mimie teringin nak pergi sudah tentulah BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2. Sebelum ni selalu tengok kawan kawan up cerita diorang shopping sakan buku buku di Big Bad Wolf. Jealous tau tengok dorang shopping. Sampai terdetiklah dalam hati, BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni tak nak ke buat kat Seremban. Yes! Finally ada juga Big Bad Wolf kat Seremban. Bila dapat tahu, apa lagi tak lepas peluanglah datang sini kan.

Pintu masuk ke Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2


BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2

Banner Big Bad Wolf Boom Sale


Pertama kali jejak kaki kat Big Bad Wolf 2019 di Mydin Mall Seremban 2 jadi tak keruan sebab besar yakmat. Duk terfikir habis ke jelajah semua section kan. Penyudahnya memang tak habis jelajah semua section sebab besar sangat. Lagipun Mimie datang sini minggu ni sebab risau minggu depan tak dapat datang sebab nak pergi jemputan kahwin. So, kesempatan yang ada gunakan sebaiknya ye tak. 

Hah korang yang tak berkesempatan nak jejak kaki ke Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 ni jangan risau jangan sedih sedih sebab masih ada masa lagi korang nak datang je sini. Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 ni berlangsung dari 27 Jun sehingga 7 Julai 2019 bermula dari pukul 10 pagi sampai 12 tengah malam. Hah 14 jam sehari tau Big Bad Wolf Book Sale ni dibuka. So, masih ada masa lagi nak datang sini shopping buku! 

Masa sampai kat Big Bad Wolf Book Sale 2019 ni pun ramai juga yang datang nak beli buku. Budak budak sekolah pun ramai. Yela, dah ada book sale besar macam ni takkan masing masing nak lepaskan peluang kan. Satu kerugian kalau tak datang BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni. 

Orang ramai mula memenuhi Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2


PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE W019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2

Fokus utama nak cari buku untuk Aina dan Auni barulah cari buku untuk diri sendiri. Rambang mata dibuatnya sebab PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2 ni tau korang. Antaranya buku  cerita kanak kanak, buku latih tubi untuk pelajar sekolah, buku motivasi, buku keagamaan, novel Melayu dan Inggeris, kamus, Al-Quran dan banyak lagi. 

Antara buku cerita kanak kanak yang ada

Section novel novel Melayu

Section buku latih tubi pelajar sekolah

Majalah untuk kanak kanak pun ada

Buku motivasi yang ada

Buku buku keagamaan pun ada juga tau

Harga semua buku yang ada di sini jangan cakaplah. Murah dari harga yang biasa dijual di pasaran. PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni murah murah tau korang sebab ada diskaun dari 75% sehingga 95%. Jangan tak percaya ada buku serendah RM1 tau. 

Ni pula Big Bad Wolf  Membership Zone

Pelanggan berpeluang memenangi RM50 baucer


Yang kaki novel, memang confirm tak keruan kalau datang sini sebab novel jauh murah dari harga asal. Ada harga RM8 ada harga RM10. Mimie memang hantu novel tapi tak beli novel Melayu pun sebab dekat rumah ada 5 buah novel masih cantik elok berplastik tak baca lagi. Buat hiasan dekat almari. So, Mimi cari buku keagamaan dan novel Inggeris. Nak improve kan bahasa Inggeris gitu! 

Aina duk belek buku latih tubi yang ada

Belek belek buku yang ada

Cepat nak beli buku apa. Pilih pilih! 


Untuk Aina dan Auni Mimie belikan buku latihan dan buku cerita. Adhwa Mimi belikan buku ABC Upin Ipin. Jumlah semua buku plus harga beg plastik RM0.20 ialah RM58.20. Puas hati sangatlah dengan RM58 dapat banyak buku. Nampak gaya memang akan jejakkan kaki lagi kat sini. Tak percaya tengok kan jelah. 

Berpeluh peluh tau nak beli buku punya pasal. Dah puas, moh ler bayar kat kaunter. 

Sebelum balik bergambar dulu dekat pintu gerbang Big Bad Wolf Book Sale 2019

Tepek lagi sekeping gambar! 

Hasil rembatan di Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2

Buat korang yang tinggal di sekitar Seremban dan Port Dickson, apa tunggu lagi. Jom sama sama meriahkan BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2! Banyak buku yang best best ada dijual di sini. Tak rugi kalau datang! Tapi jangan lambat sangat tau takut nanti buku yang korang nak kehabisan. 

Info lanjut mengenai BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 korang boleh layari : 


Instagram

Facebook

Website


Viewing all 669 articles
Browse latest View live