Waktu Yang Paling Sesuai Timbang Berat Badan | Kalau bercerita bab berat badan agak sensitif sedikit sebenarnya kan? Nak nak orang tanya berapa berat korang. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada cara nak dapatkan bacaan berat badan yang tepat sebenarnya. Bukan main timbang saja sebab ada waktu berat kita berbeza beza tau. Jadi, Mimi nak share dengan korang waktu paling sesuai timbang berat badan.
WAKTU PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN
![]() |
Penimbang berat badan yang Mimi beli di Shopee |
Dulu Mimi pelik juga kenapa timbang berat badan hari ni lain hari esoknya lain. Kadang turun kadang naik. Sampai Mimi cakap penimbang rosak. Hahaha..Sekali bukan penimbang tu rosak tapi Mimi yang sebenarnya salah tak tahu WAKTU YANG PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN. Sia sia saja penimbang tu dipersalahkan.
Sebenarnya korang waktu yang paling sesuai untuk korang timbang berat badan adalah pada waktu pagi. Kenapa waktu pagi bukan waktu malam? Ini kerana berat badan kita pada waktu pagi dan waktu malam adalah berbeza. Perbezaan ini adalah disebabkan pengambilan makanan dan minuman yang tidak konsisten serta keadaan pundi kencing yang tidak konsisten juga.
Jadi, korang adalah disarankan WAKTU PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN adalah waktu pagi. Kalau nak timbang berat badan hari hari pastikan korang timbang berat badan pada waktu pagi selepas bangun tidur, selepas buang air kecil, sebelum makan sarapan dan timbang berat badan pada waktu yang lebih kurang sama. Mungkin ada yang masih kurang jelas dan faham kan. Okey, jom Mimi terangkan.
Contoh hari Isnin, korang bangun pagi jam 5.45 pagi. Korang terus mandi, dah buang air kecil dan air besar. Keluar bilik mandi lebih kurang pukul 6.05 pagi. So, korang terus timbang berat badan. Berat badan yang korang dapat tuh lah berat badan sebenar. Dah timbang, lepas tu nak melantak sarapan pun tak apa. Esoknya hari Selasa, rutin seperti biasa. Tapi hari korang keluar bilik mandi 6.07 pagi. Korang terus timbang berat badan. Jadi, waktu korang timbang berat badan ni lebih kurang sama dengan hari semalam.
Gambar kat atas ni Mimi timbang waktu malam tau. Yang atas sebelum mandi dan buang air kecil. Gambar bawah selepas mandi dan buang air kecil. Keluar bilik mandi terus timbang, kaki pun tak sempat kering. Tu sebab nampak kesan air pada penimbang tu. Nampak kan berat berbeza. Tapi nampak still berat kan sebab yela perut penuh makanan lagi plus belum membuang. Setiap pagi timbang berat Mimi maintain je around 59-60 kg. Bila malam je berat mendadak naik. Sekarang ni dalam usaha turunkan berat badan ideal sebab lutut dah mula sakit. Sebab apa sakit? Boleh baca entry Mimi kat bawah nih.
Baca sini :
Sebelum ni memang Mimi pernah dengar berat badan yang paling ideal untuk kita timbang adalah waktu pagi. Itu sebenarnya berat badan kita. Rutin harian Mimi sekarang ni kan setiap kali lepas mandi, Mimi akan timbang berat badan. Kalau timbang waktu malam pun saja suka suka nak tengok beza berat waktu pagi dan waktu malam. Dekat rumah memang Mimi standby penimbang berat badan tau. Mimi beli di Shopee. Harga asal RM3+.++ tapi selepas tolak diskaun baucer dapat harga RM2.++ saja. Hah, terlebih jimat kau!! Nak shopping kena jadi bijak.
Penimbang berat badan iscale |
Masa beli penimbang ni, Mimi dapat juga tali tape pengukur warna pink yang digunakan untuk ambil ukuran bila buat baju tu dan dibekalkan juga bateri saiz triple A dua biji. Apa yang best penimbang ni, selain daripada timbang berat ia juga akan paparkan suhu korang.
Berat badan Adhwa |
Gambar di atas ni berat badan Adhwa yang di ambil pada pukul 8.46 malam ya. Suhu dia memang tinggi sebab Adhwa demam time ni tapi pantang nampak penimbang dia nak juga timbang. Macam Mimi cakap sebelum ni lah, kalau timbang berat badan waktu malam saja suka suka. Selalunya timbang berat waktu pagi paling sesuai. Nanti Mimi share dengan korang berat yang Mimi ambil setiap pagi mulai 26.02 sehingga 28.02. Cukup tiga hari sajalah Mimi share. Berat sebelum ni Mimi catat dalam buku saja. Oh ya, penimbang ni kalau korang nak beli cari saja dekat Shopee tau. Laju laju lah install aplikasi Shopee confirm tak rugi...hehehe