Album Vessbroz Menampilkan Lagu Electro-Pop Yang Catchy | Korang kenal tak kumpulan Vessbroz? Vessbroz merupakan kumpulan dua beradik berasal dari Iran dan kini menetap di Malaysia iaitu Armia dan Arsham. Selain daripada menyanyi mereka juga merupakan EDM (Elektronic Dance Music), DJ dan Remixing Duo. Jadi, tidak hairanlah jika lagu lagu yang dihasilkan semuanya segar dan sedap di dengar di halwa telinga. Mimi dah memiliki pun album lagu Vessbroz ni tau korang. Korang pun patut ada juga album Vessbroz menampilkan lagu Electro-Pop yang catchy ini.
ALBUM VESSBROZ MENAMPILKAN LAGU ELECTRO-POP YANG CATCHY
![]() |
Album Vessbroz - LOST |
Mimi dah pun dengar lagu lagu yang dimuatkan dalam album LOST Vessbroz ni. Album Vessbroz menampilkan lagu Electro-Pop yang catchy dan semua lagu dalam album LOST ini best tau. Kalau dengar dalam kereta, confirm takkan mengantuk. Sebaliknya korang akan seronok dan ikut sekali rentak lagu. Macam Mimi bila stress bekerja, Mimi mendengar muzik yang rancak dan catchy ketika memandu.
![]() |
Swafoto dengan album Vessbroz - LOST |
Macam Mimi katakan, semua lagu best dan catchy. Tapi Mimi paling suka lagu Fleeting dan Never Know. Untuk pengetahuan korang lagu Fleeting ni Vessbroz featuring Dato' Zainal Abidin. Hah, bergabung dengan penyanyi lagenda tu. No wonder lah lagu best dan sedap halwa telinga mendengar.
Manakala lagu Never Know pula Vessbroz featuring Farahdhiya. Lagu ni pun best juga tau. Tak jemu dengar. Sekarang ni Mimi gigih nak hafal kedua dua lagu ni tau.
Vessbroz juga ada berduet dengan seorang lagi penyanyi Malaysia iaitu Nadeera. Ketiga tiga artis ini telah menandatangani kontrak dengan Vessbroz. Ini membuktikan artis kita juga mempunyai aura dan mutu nyanyian tersendiri. Tahniah buat ketiga tiga penyanyi Malaysia ini.
![]() |
Senarai lagu dan artis yang terlibat |
Selain daripada artis Malaysia, Vessbroz juga ada berduet dengan beberapa artis dari negara lain iaitu Kyle Davis, Black Gs, Britney Nieves, Dylan Thomas, Arastella dan Mehrdad Mozart. Mimi pernah share dengan korang sebelum ini berkenaan album Lost ini.
Lagu lagu Vessbroz ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat mereka tau. Kalau korang tak percaya korang boleh view lagu lagu mereka di Youtube. Kebanyakan mendapat lebih dari 1,000,000 views tau.
Mimi sertakan beberapa video muzik dari Vessbroz untuk korang hayati lagu lagu mereka yang fresh dan catchy.
Untuk sebarang urusan mengetahui lebih lanjut mengenai Vessbroz dan ingin buat sebarang temubual korang boleh hubungi maklumat seperti di bawah :
Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telefon : +6019-211 2288
Email : samkassim@gmail.com
Web : www.vessbroz.com
Vevo : Vessbroz Vevo