Belanja Anak Anak Makan di Pizza Hut | Jumaat lepas, Mimi kerja half day sebab nak perbaharui lesen kereta yang nak luput keesokkannya. Lepas dah selesai semua Mimi belanja anak anak makan di Pizza Hut.
BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT
Sebenarnya memang dah jadi rutin setiap bulan Mimi akan belanja anak anak makan. Selalunya diorang nak KFC tak pun Pizza Hut saja. Tapi Mimi jarangggggg sangat bawa anak anak makan di Pizza Hut. Setahun sekali saja. Banyak makan di KFC atau restoren makan biasa.
Dah niat sempenan hari lahir Mimi, Mimi nak BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT. Mimi decide ambil set untuk dua ke tiga orang makan iaitu Set Double Fortune Meal. Dalam set tu ada 1 regular Cheese Sang Cheesy Bites, 2 sup cendawan, 1 appetizer Mimi ambil Cheesy Garlic FlatBread dan 2 air ambil soya. Menu tambahan Mimi order 2 aiskrim untuk Aina dan Auni dan Mama Mia Meatballs.
Mula mula macam biasa sup dan air sampai. Lepas tu, Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mia Meatballs.
![]() |
Makan tak pandang kiri kanan dah sebab sedap sangat |
![]() |
Masa ni Aina main tarik cheese tu sampai panjang |
![]() |
Auni cakap sedappp |
![]() |
Garlic Cheesy Flatbread. Salah satu menu favourite Mimi |
![]() |
Mama Mia Meatballs yang boleh tahan sedapnya |
Bila Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mka Meatballs habis barulah Cheese Sang Cheesy Bites sampai. Kira watak utama dalam menu yang Mimi order.
Cheese Sang Cheesy Bites ni ada Crispy Tempura Prawns, Sos Telur Masin dan bahagain tepi pizza yang dipenuhi dengan cheddar dan mozarella. Bila nak makan korang kena perah lemon tu kat atas pizza. Kalau tak perah lemon pun boleh juga tetap sedap tapi rasa pelik sebab telur masin tu rasa macam tak berapa serasi. Bila perah lemon, baru rasa tu serasi dan lagi sedap.
Pizza ni dipotong kepada 6 bahagian tapi tak habis pun, Mimi minta tolong staff Pizza Hut bungkuskan.
![]() |
Cheese Sang Cheesy Bites Pizza |
Akhir sekali baru aiskrim anak anak sampai. Aina aiskrim coklat Auni pula aiskrim strawberi. Tak sempat nak ambil gambar licin aiskrim.
Alhamdulillah, tertunai sudah niat nak belanja anak anak makan pizza. Lepas ni tak tahu bila lagi dapat bawa anak anak makan pizza. In shaa Allah ada rezeki anak anak lepas ni makan lagi di Pizza Hut.