Assalamualaikum
Cerita Sabtu lepas..Rutin setiap tahun mak mak bila dah mula buka sekolah. Selain dari balut buku, tulis nama pada buku sekolah, jahit name tag dan lencana pada baju dan tudung sekolah anak anak juga wajib buat setiap tahun.
Mimi pun tak ketinggalan join aktiviti mak mak lain ya. Jahit name tag dan lencana sekolah pada baju sekolah anak anak. Masa zaman Mimi sekolah dulu lekat terus name tag dan lencana. Rendam air terus lekap pada tudung dan gosok. Senang kerja. Sekarang kena jahit. Sebelum ni lencana sekolah lekat saja tapi memandang abi diorang lupa nak belikan lencana, Mimi selongkar mencari stok lencana. Mujur ada masih baru dan tak guna lagi. Tapi jenis kain. Memang kena jahit.
Tapi itulah, bila menjahit cerewetnya seorang Mimi tak boleh bawa bincang. Siap buat garisan dengan pensil ya pada tudung sekolah. Sebab tak nak senget. Dah garis tu, pin pula dengan jarum peniti. Sejenis yang sakit mata kalau nampak name tag dan lencana tu senget. Ada orang mungkin tak kisah janji ada. Tapi Mimi memang tak boleh. Kalau nampak senget sanggup tetas semula jahitan tu, jahit semula.
Cerewet sangat penat dan letih pun dapat. Jadi, tak nak pisang berbuah 2,3 kali memang itu Mimi buay. Ambil pensil dan pembaris, buat ukutan dan garis. Untuk lencana, Mimi guna benang putih. Untuk name tag guna benang hitam.
Dah siap jahit name tag dan lencana, padam semula garisan yang nampak. Lepas dah jahit, masuk bakul basuh. Selesai masalah. Penat letih belakang cerita janji mata tak sakit tengok name tag dan lencana sekolah senget. Tapi Mimi tak attach gambar dah siap. Nanti Mimi share entry lain lah. Gambar Auni dan Adhwa pergi sekolah.