FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi | Sekarang ni kan Mimi ada hobi baru selain daripada baca novel. Mimi suka kumpul koleksi lipmattte pula. Tak kisah lah dari jenama apa pun kalau warna menarik dan cantik mesti Mimi nak beli. Sebelum cuti hujung tahun lepas Mimi beli lipmatte jenama FAME yang sedang meletop letop tuh. Sudah semestinya FAME Lipmatte Envy dan Candy jadi pilihan Mimi sebab warna dia menarik minat pula untuk Mimi cuba.
FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY PILIHAN MIMI
FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi |
Tengok semua koleksi FAME Lipmatte tak tentu arah dibuatnya tau. Warna cantik cantik. Tapi kali ni FAME Lipmatte Envy dan Candy pilihan Mimi. Bulan lepas kan FAME buat promosi kan. Jadi, Mimi grab duit lipmatte dapatlah RM50.
![]() |
FAME Lipmatte Envy dan Candy |
Warna FAME Lipmatte ni cantik cantik tau. Bila pakai di bibir mudah kering. Pakai nipis pun dah cantik. Kalau pakai tebal nanti nampak fake pula. Apa yang best FAME Lipmatte ni tak keringkan bibir pun. Kira bibir tak kering dan mengelupas lah. Sapuan pada bibir pun jadi rata dan sekata.
FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY
![]() |
FAME Lipmatte Candy yang Mimi pakai semalam |
Mimi dapat lipmatte ni pun pagi semalam sebab beli melalui kawan. Minggu lepas dia pun sama juga dengan Mimi, cuti rehat. Jadi, semalam barulah dapat. Lepas solat Zohor semalam Mimi cuba pakai FAME Lipmatte Candy. Masa pakai rasa nak gelak pun ada sebab tak pernah cuba warna ni kan. Tapi bila tengok macam cantik pula kan.
Hari ni pergi kerja cuba pakai FAME Lipmatte Envy pula. Nampak cantik pula sebab warna ni pun Mimi tak ada. Memang duk cari warna macam ni. Fefeeling Neelopak lah pula kan. Masa ni duk layan Naagin sebab datang awal kan. Serius muka..hahaha
Lepas ni nak beli warna lain pula. Bila dah ada hobi baru ni, memang tak boleh nak tahan nafsu tengok lipmatte. Tak kisah lah jenama apa pun asalkan selamat digunakan dan original. Kalau fake rosak pula bibir ni. Sebelum ni Mimi dah ada koleksi lipmatte dari Ephyra, Seqy Beauty dan NYX. Kali ni beli koleksi FAME pula. Baru baru ni Mimi dapat kod diskaun dari HERMO, sempena bulan kelahiran. Kepala otak dah fikir nak beli lipmatte lagi..hahaha...
Bila dah jadi hobi tak rasa membazir pun sebab guna bukan buat hiasan kan. Betul tak? Sama macam hobi Mimi baca dan kumpul novel. Tak rasa membazir pun, nanti anak anak dah besar boleh baca. Korang ada tak sama hobi macam Mimi duk gila nak kumpul lipmatte juga. Kalau sama kita geng. Kot manalah tahu kan kita boleh bertukar tukar hadiah lipmatte kan.