Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat

$
0
0

Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat | Hai korang! Apa khabar? Semoga semua sihat walafiat hendaknya. Tiba tiba hari ni Mimi nak berkongsi dan tukar pandangan dengan korang mengenai snek tambahan yang sihat untuk anak anak. Sebagai ibu, pastinya kita ingin berikan yang terbaik untuk tumbesaran anak anak supaya mereka membesar dengan sihat, kuat dan cergas. Betul tak? Apa yang korang lakukan untuk pastikan anak anak korang membesar dengan sihat dan kuat? 

Mimi sendiri selain daripada memastikan mereka makan makanan sihat dan segar yang dimasak di rumah, Mimi juga akan pastikan anak anak mendapat snek tambahan yang sihat seperti minuman susu kaltur atau yogurt. Anak anak Mimi memang suka makan snek. Keropok, aiskrim, coklat dan sebagainya. Kadang marah juga sebab diorang suka makan snek tambahan macam ni. Bukan elok sangat makan selalu, betul tak? 



Jadi, cara Mimi untuk pastikan anak anak dapat snek yang bagus untuk pembesaran dan kesihatan mereka Mimi akan pastikan stok minuman susu kultur dan yogurt jenama Fernleaf CalciYum sentiasa ada untuk menggantikan snek yang tidak bagus. Pokok pangkal hati kita sebagai ibu bapa. Kuat atau tidak untuk bertegas dengan anak anak mengenai pemakanan mereka. Mimi bersyukur sebab bila ada minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum di rumah anak anak tak minta snek lain. Lega hati. 

Mimi cukup risau bila anak anak suka makan snek yang tidak bagus, mereka akan menghadapi masalah penghadaman. Sedangkan kita orang dewasa pun tidak tahan sakit bila ada masalah penghadaman inikan pula anak anak yang masih kecil kan. Sebab itu kenapa Fernleaf CalciYum menjadi pilihan Mimi sebab khasiat yang terdapat di dalamnya banyak membantu pembesaran dan penghadaman anak anak Mimi.


Minuman Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf CalciYum Bantu Penghadaman Anak-anak 



Seperti yang Mimi beritahu tadi, minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum menjadi pilihan Mimi untuk anak. Bukan anak saja suka, Mimi pun suka sebab rasanya yang sedap. Sejak dari dulu lagi, Mimi memang akan berikan anak snek yang sihat dan berkhasiat macam Fernleaf CalciYum ini.  


5 Sebab Mengapa Minuman Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf CalciYum Menjadi Pilihan 

Mesti korang nak tahu kenapa Mimi lebih memilih minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum daripada minuman susu kultur lain yang ada di pasaran. Sebagai ibu, Mimi akan selektif dan cerewet untuk berikan yang terbaik untuk anak. Sebelum nak berikan sesuatu kepada anak, Mimi akan pastikan khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam sesuatu produk. Ini 5 sebab mengapa minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum menjadi pilihan utama Mimi. 




1) Mempunyai nutrisi penting Probiotik DR20 ™

Anak Mimi mudah kena masalah penghadaman senang kata sembelit. Jenis makan sahaja apa yang ada tapi bila nak membuang mula bermasalah. Dulu pernah juga merasa masalah sembelit, memang sakit sangat. Jadi, Mimi tak nak anak merasa perkara yang sama. Bila anak anak kena sembelit memang otak terus berfikir cara nak selesaikan masalah penghadaman anak. Sebab itu Mimi memilih minuman susu kultur Fernleaf CalciYum kerana ia mengandungi Probiotik DR20 ™ yang baik untuk perut. Probiotik ini berfungsi menyokong sistem pencernaan yang sihat, dan menjaga daya tahan badan yang kuatJadi, probiotik DR20 ™ adalah bakteria baik yang menjaga perut anak-anak. Yogurt Fernleaf CalciYum juga mempunyai Probiotik DR20 ™ dan baik untuk penghadaman.

Probiotik DR20 ™ juga membantu menyokong sistem imun anak-anak. Jadi, anak-anak tidak akan mudah jatuh sakit kerana adanya Probiotik DR20 ™ yang menjadi perisai untuk kesihatan anak-anak yang aktif. Selain daripada itu, usus anak-anak juga akan menyerap semaksimum mungkin zat nutrien dari makanan kerana usus sihat.



2) Tinggi Kalsium dan Vitamin D serta Kandungan Gula Yang Rendah



Untuk tumbesaran anak-anak, khasiat dari Kalsium dan Vitamin D sangat penting. Kalau korang nak tahu, Kalsium diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat manakala Vitamin D pula tidak boleh dihasilkan dalam badan dan kita kena ambil melalui makanan ataupun suplimen. Jadi untuk menghasilkan Vitamin D dalam tubuh badan anak, Mimi berikan minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum. 

Yang paling best, produk Fernleaf CalciYum mengandungi 2 kali ganda kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat berbanding susu segar biasa 100 ml tau. Kedua-dua minuman susu kultur dan yogurt CalciYum mempunyai logo 'Healthier Choice' dari Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kandungan gulanya rendah. 

Jadi, pilihan Mimi ini tepat dan tak salah kan untuk tumbesaran dan kesihatan anak. 


3) Mempunyai 4 perisa yang berkhasiat dan sedap



Untuk pengetahuan korang, minuman susu kultur Fernleaf CalciYum mempunyai 4 variasi perisa yang sedap iaitu Asli, Oren, Anggur dan Epal. Setiap botol minuman susu kultur kandungan 100ml dan Mimi akan beli kesemua perisa. Semua perisa merasa kan. Bukan sahaja berhasiat malahan sedap juga. 

Untuk yogurt juga ada 4 perisa iaitu Chocoberry, Strawberi Anggur, Strawberi Mangga dan Vanilla Anggur. Kesemua perisa sedap. Yang bagusya, Yogurt Fernleaf CalciYum juga mengandungi Phoculipids™ nutrien yang sangat baik untuk tumbesaran anak-anak. 




Setiap kali nak hantar anak ke rumah pengasuh, Mimi akan bekalkan dia sebotol minuman susu kultur dan juga yogurt Fernleaf CalciYum. 

4) Harga yang murah dan berpatutan

Bagi minuman susu kultur Fernleaf CalciYum ini, kita boleh dapatkan satu set 5 botol serendah tidak sampai RM5. Macam Mimi beli di Giant harga 2 set RM4.20. Tempat lain Mimi tak pasti. Cuma yang Mimi sedar, harga minuman ini memang tidak akan melebihi dari RM5. Manakala bagi Yogurt Fernleaf CalciYum pula untuk 2 set (4 jennis perisa) boleh didapati dengan harga kurang dari RM10. Bagi Mimi harga kedua duanya masih murah dan berpatutan untuk kita semua beli. 




Sebelum Mimi terlupa, Mimi nak kongsi dengan korang semua. Sekarang ni dengan setiap pembelian minuman susu kultur Fernleaf CalciYum, akan dapat  percuma DIY mainan kereta lumba Boboiboy tau! Boleh juga luangkan masa dengan anak DIY kereta lumba Boboiboy. Adhwa memang suka setiap kali beli minuman susu kultur Fernleaf CalciYum, dia akan dapat koleksi yang berbeza. Semua koleksi dia ada dah itu pun tak pernah jemu suruh beli lagi sebab nak kumpul kereta mainan Boboiboy banyak. 

Dekat mana nak dapatkan minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum ni? Hah kalau korang nak beli untuk anak-anak, bolehlah ke kedai serbaneka, hypermarket berhampiran dengan rumah korang untuk dapatkan Fernleaf CalciYum yang menjadi kegemaran kanak-kanak ni.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Girasoles para colorear