Riadah Terancang Hiking di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson | Assalamualaikum dan hai semua! Lama juga tak update blog dengan entry baru personal. Biasalah Mimi sedang melalui fasa bertenang. Hari ni baru ada mood nak up entry. Nak kongsi dengan korang pengalaman Mimi sertai Aktiviti Riadah Terancang Hiking di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson.
Hiking Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson
Seperti kebiasaan, Jumaat petang tempat kerja Mimi memang ada aktiviti riadah terancang. Tak kisahlah aktiviti apa pun badminton ke, hiking ke, jogging ke asalkan aktiviti sihat.
Jabatan Mimi pula minggu ni buat aktiviti hiking. Kali ni Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson. Sebelum ni Mimi akan buat walking setiap petang Jumaat di Taman Tasik Seremban. Kali ni join hiking pula. Lama dah tinggal aktiviti hiking ni. Last hiking masa bujang. Sekarang anak dah 4, bayangkan berapa lama tak hiking.
Mimi sampai di tempat hiking jam 2.45 petang. Sebelum mulakan hiking, kami diberi sedikit taklimat dan buat senaman regangan. Selesai taklimat dan senaman regangan, kami mulakan hiking.
Perjalanan nak turun ke pantai memang agak mencabar. Kalau lama tak buat hiking tiba tiba nak buat memang akan surrender awal awal. Mimi gagah lagi sebab setiap hari petang Isnin hingga Khamis memang Mimi pergi gim. Sampai kami di pantai sempat bergambar dulu kemudian teruskan hiking untuk ke Batu Putih.
Bergambar kenangan dulu sebelum teruskan hiking ke Batu PutihStamina tu masih adalah tapi... Tapi kan.. Ada kejadian yang berlaku selepas track Batu Putih tu. Sampai Batu Putih tu Mimi dan yang lain sempat duduk berehat sebelum mulakan hiking semula.
Nak dijadikan cerita, selepas Batu Putih, Mimi tak boleh teruskan sebab kepala mula sakit dan pening yang amat sangat. Minum mineral lepas tu rasa loya. Terus muntah kat situ juga. Nasib baik kawan satu jabatan ada standby roti dan coklat Kinder Bueno. Lepas makan coklat yang dia bagi baru Mimi boleh teruskan hiking. Kalau tak berkampunglah dekat situ. Dahlah kepala pening dan nak pitam perut pula meragam nak membuang.
Memang tinggal kami berempat saja di belakang. Yang lain dah siap sampai rumah api Tanjung Tuan. Kami memang tertinggal belakang, gara gara Mimi sakit kepala dan tak larat nak teruskan. Memang tenaga drop habis. Rugi dah kat situ tak dapat nak bergambar di rumah api.
Punca kepala sakit dan rasa pening? Sebabnya sebelum hiking Mimi tak sempat nak makan. Air manis dan coklat pun Mimi tak standby dalam beg. Memandangkan sekarang ni Mimi tengah cut makan, makanan yang manis manis memang Mimi tak makan. Kalau tak dalam beg mesti standby coki coki atau cadbury.
Lagipun dah lama tak hiking, so keperluan penting yang perlu dibawa semua lupa. Betul betul bawa air mineral saja masa tu. Jadi pengajaran buat Mimi lepas ni nak hiking kena pastikan perut terisi dan standby makanan dan minuman isotonik atau manis untuk tambah tenaga.
Selepas hiking, pegawai Mimi ajak makan laksa di gerai makan tepi jalan selepas hotel Thistle tu. Mimi order laksa dan milo ais. Tu pun makan tak habis. Selepas makan dan minum baru tenaga betul betul okay. Mimj sampai rumah jam 6.15 petang.
Apa pun jadi pengalaman manis dan bermakna buat Mimi. Jadi peringatan juga selepas ni nak join apa apa aktiviti pastikan semua keperluan ada dan mencukupi.