Resipi Biskut dan Kek Guna 3 Bahan Untuk Juadah Hari Raya | Tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya. Walaupun kita semua menyambut Hari Raya kali ini dengan suasana yang berbeza namun hari kemenangan bagi umat Islam perlu diraikan. Tak dapat balik kampung sambut raya dengan keluarga memang sedih tapi nak buat macam mana, kita perlu utamakan kesihatan dan keselamatan kita. Virus Covid-19 masih ada lagi di kalangan kita.
Mimi sendiri buat persiapan nak sambut Hari Raya. Antara persiapan yang Mimi akan buat ialah sediakan biskut dan kek di pagi Hari Raya nanti. Kali ini Mimi pilih biskut dan kek menggunakan 3 bahan sahaja. Jom tengok biskut dan kek 3 bahan yang boleh disediakan sebgaai juadah Hari Raya nanti.
Resipi Biskut dan Kek Guna 3 Bahan Yang Mudah dan Menjimatkan Masa
Bahan bahan :
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/4 cawan Nutella
Cara cara :
1. Griskan loyang/ dulang pembakar dan panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit. Siap!
Kredit : sini.com.my
Bahan bahan :
100g kacang hazelnuts
4 biji putih telur
Gula
Cara cara :
1. Panggang kacang hazelnuts ke dalam ketuhar suhu 180° celcius selama 15 minit.
2. Buang kulit kacang dan kisar kasar.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 150° celcius dan lapikkan dulang dengan kertas minyak.
4. Pukul putih telur sehingga kembang menjadi meringue.
5. Kemudian masukkan gula dan kacang ke dalam adunan putih telur.
6. Sudukan adunan ke atas dulang dan bakar selama 30 minit.
Kredit : sini.com.my
Bahan bahan :
350g mentega
1/2 cawan gula ising
1 cawan tepung gandum
Cara cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180° celcius.
2. Gaulkan mentega dan gula ising. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati menjadi doh yang lembut.
3. Uli doh menjadi panjang sehingga 1/4 inci tebal dan potong doh bentuk bulat.
4. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak kekuningan.
Kredit : sini.com.my
Bahan bahan :
250g mentega
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat
Cara cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150° celcius.
2. Gaulkan mentega dan susu pekat hingga sebati. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan doh lembut jangan terlalu keras.
2. Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan tekap ke atas dulang. Biskut boleh dihias dengan coklat cip.
3. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak. Siap.
Bahan bahan :
250g marjerin
1 cawan gula
4 cawan tepung gandum
Cara cara :
1. Satukan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Jika adunan terlalu lembik tambahkan tepung dan gula.
2. Lepas adunan dah sebati tekan ke dalam acuan.
3. Susun acuan yang telah diisi adunan biskut di atas dulang. Bakar selama 20-25 minit suhu 200° celcius (ikut pada oven masing masing) Jika biskut dah nampak kekuningan boleh angkat. Siap.
Kredit : Sha Aishah
BISKUT SUJI
Bahan bahan :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak sapi
Cara cara :
1. Masukkan gula kastor ke dlm tepung. Gaul, masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sampai sebati jadi adunan.
2. Bakar suhu 170 atas bawah 20-25 minit. Siap.
Nak lagi sedap, selepas bakar, sejukkan dan golekkan biskut dalam gula kastor.
Kredit : fashafer mazmy via mahn
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak sapi
Cara cara :
1. Masukkan gula kastor ke dlm tepung. Gaul, masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sampai sebati jadi adunan.
2. Bakar suhu 170 atas bawah 20-25 minit. Siap.
Nak lagi sedap, selepas bakar, sejukkan dan golekkan biskut dalam gula kastor.
Kredit : fashafer mazmy via mahn
Bahan bahan :
1 pek biskut marie
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawna milo
Cara cara :
1. Hancurkan biskut marie seperti serbuk roti.
2. Masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit hingga sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut suka hati.
4. Nak nampak biskit menarik boleh salutkan dengan coklat rice, nestum, kacang dan sebagainya.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam. Siap!
Kredit : Nurasyikin Ali
Bahan bahan :
1/2kg tepung gandum
500g mentega
Coklat cadbury (sejuk bekukan)
Cara cara :
1. Campurkan tepung dan mentega. Gaul sehingga jadi doh.
2. Bentukan doh menggunakan acuan kuih tart. Keluarkan coklat dari peti sejuk beku. Balut coklat hingga semua tertutup.
3. Panaskan oven dengan suhu 159° celcius menggunakan api atas bawah selama 5-7 minit. Boleh sapukan kuning telur atas tart untuk dapatkanrupa biskut yang menarik. Bakar suhu 130° celcous api atas bawah selama 30 minit. (ikut pada kesesuaian oven masing masing). Siap.
Kredit : Puan Wan Nur Mahani Wanumar
2 cawan milo (agak agak saja)
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat
Cara cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Mesin bagi mix semua.
2. Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit. Siap!
Kredit : Hafiza Samijan
KEK OREO CHEESE
Bahan bahan :
2 bungkus biskut oreo ( yang panjang )
200ml susu dutch lady
Keju cheddar (diparut)
Cara cara :
1. Blend hancur oreo sekali dgn krim biskut oreo.
2. Masukkan susu coklat sikit demi sikit.
3. Bubuh adunan dalam bekas.
4. Kukus 20 minit. Siap.
Kredit : Nurul Diana
Menjadi Ke Biskut dan Kek 3 Bahan Kalau Buat?
Belum cuba belum tahu kan. Dah cuba baru tahu jadi ke tidak. Mustahil lah tak jadi kerana semua resipi ni telah dibuat terlebih dahulu oleh tuan empunya resipi.
Sebagai contoh biskut semperit susu 3 bahan tu Mimi sendiri yang buat dan memang menjadi. Setiap tahun biskut semperit susu tu wajib ada. Memang mudah dan sennag buat. Jimat masa dan tenaga. Anak anak kecil pun boleh buat.
Nak buat biskut dan kek kita kena berani cuba dan cuba. Kalau setakat menggunakan 3 bahan sahaja insya Allah menjadi. Cara nak sediakan pun mudah sangat. Nama pun biskut dan kek 3 bahan kan, memang mudahlah.
Yang masih belum buat biskut dan kek raya tu apa kata cuba saja resipi yang Mimi kongsikan ini. Boleh pilih mana satu yang hendak dibuat. Janji ia hanya gunakan 3 bahan sahaja dan memudahkan kita untuk sediakan. Selamat mencuba!