Resipi Ayam Masak Asam Yang Mudah Disediakan | Bila hujung minggu macam macam aktiviti yang boleh dibuatkan. Hujung minggu biasanya Mimi suka jalan jalan tapi tak sihat duduk rumah sajalah. Masak pun biasa biasa saja. Sesuai dengan tekak orang tak sihat. Mimi nak share dengan korang resipi Ayam Masak Asam yang mudah disediakan.
RESIPI AYAM MASAK ASAM YANG MUDAH DISEDIAKAN
Ayam Masak Asam |
Resipi ni memang mudah disediakan tau korang. Yang tak tahu atau tak pandai masak pun boleh buat. Main campak campak saja. Kalau yang baru mula nak belajar masak apa kata korang cuba resipi Ayam Masak Asam yang mudah disediakan ni.
RESIPI AYAM MASAK ASAM
3 ketul ayam dipotong dadu (potong besar)
Serbuk kunyit
1 inci halia di hiris halus
1 biji lada merah dihiris
Bawang besar merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1 biji tomato dibelah 8
Sedikit garam
Cara masak :
Gaulkan isi ayam yang dicampurkan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak, jangan garing sangat tau. Kemudian panaskan minyak, tumiskan bawang, halia, bawang putih dan lada masak yang dihiris sehingga naik bau. Lepas tu, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sekejap sampai kuah asam menggelegak. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa ya kalau lupa tawar la lauk korang. Akhir sekali masukkan tomato dan gaul sebati. Dah siap boleh makan dengan nasi panas. Sedap tau korang.
![]() |
Ayam Masak Asam |
Kalau tak tahu nak masak apa, cuba masak ayam masak asam ni. Sesekali makan lauk macam ni memang sedap. Sebenarnya kita boleh pelbagaikan masakan kita cuma tu lah antara rajin dan malas. Kadang kadang mood rajin nak masak tu ada tapi tuhlah ketandusan idea nak masak apa. Korang yang baru nak belajar masak tu apa kata korang rajin cari resipi di Google atau beli buku resipi yang ada dijual di kedai kedai buku.
Dari seekor ayam tu kan sebenarnya macam macam resipi boleh buatkan. Masak lemak cili api, kari, sup, asam pedas, masak kicap, sambal, padprik dan pelbagai aneka jenis masakan yang boleh dimasak dan disediakan. Janji bahan ada dan cukup semua jadi kan. Korang ada tak yang suka masak macam Mimi. Mimi suka masak tau. Suka try and error. Sedap masak dan masak lagi. Tak sedap cari punca makanan tuh jadi tak sedap. Habis cerita. Masak ni kena ada minat tau. Tak suka atau memang tak minat masak, korang lah lapar. Lagi best makna masakan air tangan sendiri dari makan di luar. Sesekali makan di luar boleh saja tapi janganlah hari hari, betul tak?