Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Bakal Pengantin Dijemput Hadir Ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam

$
0
0
Bakal Pengantin Dijemput Hadir Ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam | Bila cuti sekolah bermula, maka bermulalah musim orang berkahwin. Pastinya ramai bakal pengantin yang sibuk membuat persiapan majlis masing masing. Tidak lama lagi tahun 2017 akan menutup tirainya. Dan bakal pengantin 2018 pula berdebar menanti saat bahagia mereka. Buat semua bakal pengantin dijemput hadir ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam

BAKAL PENGANTIN DIJEMPUT HADIR KE JOM REWANG 2018 DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM




Terimbau kenangan pada tahun 2008, di mana Mimi dan suami melangsungkan perkahwinan. Time tu tema kami warna ungu (pihak perempuan) dan warna coklat gold (pihak lelaki). Dulu dulu tidak banyak pilihan pakaian pengantin,  pelamin dan hantaran. Sekarang ini,  pelbagai pilihan yang ada dengan design yang cantik dan kreatif. Rambang mata jadinya. Majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng, perlukan perancangan yang teratur dan teliti. Kena pastikan segala yang dirancang teratur rapi. Perlunya senarai semak untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan dan merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Boleh rujuk senarai semak di bawah sebagai panduan bakal pengantin. 


Buat korang yang sedang merancang mengadakan majlis pertunangan atau mendirikan rumahtangga, ada berita baik buat korang semua. Untuk pengetahuan korang,  Puspawangi Event Management kini sedang bekerjasama dengan Kerja Kahwin menganjurkan event JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26hb Januari hingga 28hb Januari 2018 mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam. Bakal pengantin dijemput hadir ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam bagi memeriahkan lagi majlis ini. 

Sumber : Google

Apa itu JOM REWANG 2018? JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan pakej lengkap di bawah satu bumbung yang sama bagi perkhidmatan persiapan perkahwinan untuk para pengunjung yang bakal mendirikan rumahtangga nanti. Jadi, para pengunjung terutamanya bakal pengantin mempunyai banyak pilihan untuk pakaian pengantin, pelamin, hantaran dan katering untuk majlis perkahwinan mereka nanti. 

KENAPA BAKAL PENGANTIN PERLU DATANG KE JOM REWANG 2018?




Buat semua bakal pengantin korang perlu datang ke JOM REWANG 2018 tau. Kenapa bakal pengantin perlu datang ke Jom Rewang 2018? Di JOM REWANG 2018 banyak kelebihan yang akan korang dapat jika mengunjungi event ini. Antara kelebihan dan tarikan utama event ini ialah :

1. Terdapat lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya. 

2. Sebanyak 300 syarikat perkahwinan dari pelusuk negara alan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana. 

3. Para pengunjung juga akan mendapat kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli belah Plaza Alam Sentral. 

4. Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya. 

Sumber : Google

Berita baik buat semua pengusaha butik pengantin yang berminat dan ingin turut serta dalam pameran JOM REWANG 2018 serta ingin menyewa tapak, boleh dapatkan maklumat lanjut di :

Email : puspawangieventmanagement@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


“Mr bolero banat lines”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


“Hanggang s apag tanda natin”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.