Jom Berkenalan Dengan Blogger Shuhaida Kabdy | Sebelum ni Mimi ada share cerita mengenai blogger kak Linda, kak Ita, kak SA dan Ana. Kali ni nak cerita pasal kak Sue pula atau lebih dikenali dengan nama Shuhaida Kabdy. Tak payah buang masa lagi jom berkenalan dengan blogger Shuhaida Kabdy.
JOM BERKENALAN DENGAN BLOGGER SHUHAIDA KABDY
Kak Sue |
Blogger Shuhaida Kabdy atau Mimi lebih mesra panggil kak Sue ni, Mimi kenal beberapa bulan lalu dalam group blogger. Dari situ Mimi kenal kak Sue walaupun tak pernah bersua muka. Seronok tau berborak dengan Kak Sue walaupun dalam whatsapp. Macam dah kenal lama. Kak Sue juga tak lokek kongsi ilmu blogging tau.
Blog kak Sue pun seronok dibaca sebab santai santai kan. Kalau korang nak kak Sue review produk atau perkhidmatan perniagaan korang pun boleh tau. Dialu alukan confirm puas hati.
Kak Sue sama macam Mimi juga ada tiga orang cahaya mata. Selain daripada berblogging kak Sue juga bersama suami dia menjalankan perniagaan tau. Hah, nak tahu kak Sue dan suami berniaga apa korang boleh terjah blog kak Sue nanti. Mimi pun belum berjumpa dengan kak Sue personally tapi memang berharap sangat dapat jumpa kak Sue suatu hari nanti. In shaa Allah ada rezeki tak ke mana kan. Mesti dapat jumpa juga.
Nak kenal kak Sue dengan lebih dekat korang follow blog dan socmed kak Sue.
Blog : www.shuhaidakabdy.com