5 Teknik Minum Air Gula Yang Berkesan | Setiap kali mengandung, ibu ibu takkan terlepas daripada minumnair gulabarau lebih dikenali MGTT. Setiap kali mengandung memangvrasa seronok dan teruja tapi bika mengenangkan kena MGTT tu kan terus lemah segala sendi. Hahaha spesis memang menyampah betul nak minumnair gula ni.
Kalau diingatkan semula kenangan minum air gula masa mengandungkan anak sulung dan anak nombor dua memang kelakar. Macam tak sangka Mimi sanggup buat macam tu tau! Masuk anak ketiga dah pandai apply teknik minum air gula supaya tak loya dan muntah.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Sumber : FB 9 Bulan 10 Hari |
5 Teknik Minum Air Gula Yang Berkesan
Masa mengandung anak sulung dan anak nombor dua memang Mimi loya minum air gula. Masa yang sulung Mimi termuntah sikit sebab minum sikit sikit. Masa mengandungkan anak kedua pula, Mimi mengelat minum air gula. Apa Mimi buat biarlah rahsia.
Tapi sejak mengandungkan anak yang ketiga Mimi dah tahu teknik minum air gula yang berkesan supaya tidak loyan dan muntah. Nak tahu apa tekniknya. Jom baca 5 teknik minum air gula yang berkesan!
1) Pilih air gula yang berperisa
Setahu Mimi kebanyakan Klinik Kesihatan menyediakan air gula yang original tiada berperisa. Tak silap area Klinik Kesihatan Putrajaya ada air gula berperisa. Jealous tau bila dengar kawan cerita masa minum air gula dia dapat perisa oren. Dia siap cakap minum macam air kordial. Rasanya nak tak nak kitabtak ada pilihan nak minum air gula berperisa.
2) Minum air gula waktu ia masih suam
Masa nak minum air gula pastikan air gula masa tu suam suam kuku. Tak terlalu sejuk tak terlalu panas. Yang sedang sedang saja. Kalau terlalu sejuk akan menyebabkan loya. Kalau terlalu panas melecur pula bibir dan tekak nanti.
3) Bila minum air gula jangan berhenti
Hah perlu diingatkan masa mula mula nak minum baca Bismillah dulu bagi yang beragama Islam. Kemudian, tarik nafas dan tutup hidung dengan picit menggunakan jari telunjuk dan ibu jari kiri. Dah picit hidung terus minum sekali teguk tanpa berhenti in syaa Allah takkan terasa kemanisan air gula tu. Memang menjadi. Akan rasa loya dan bulu meremang tapi takkan rasa nak muntah.
4) Bila minum jangan menghayati
Korang kena kosongkan minda korang. Jangan setkan dalam otak yang korang sedang minum air gula. Kosongkan minda tu. Jangan terlalu hayati sangat "kenikmatan" air gula tu.
5) Lepas minum duduk sekejap, jangan berjalan untuk elakkan pening
Lepas habis minum, duduk sekejap untuk tenangkan diri dan untuk mengelakkan korang daripada pening. Kalau rasa nak tidur, pergilah tidur dalam kereta sementara tunggu dua jam lagi untuk ambil darah. Macam Mimi duduk saja di bangku dalam klinik, tidur sekejap dalam keadaan duduk.
Selepas Mimi praktikkan kelima lima teknik minumnair gulanyangbberkesan ni memang langsung tak ada rasa nak muntah ke apa. Syukur sangat sebab semua berjalan dengan lancar. Buat korang yang akan minum air gula nanti, jangan lupa praktikkan teknik minum air gula ni tau. Mudah mudahan urusan korang dipermudahkan.